dewan rakyat

Monday, September 4, 2017

Roller coaster

Bismillahirrmanirrahim...

Harini rajin bukak laptop lepastu macam mana tergerak hati bukak blog. Pastu tengok kawan-kawan update cerita yang baru belaka aku terbaca sama. Pastu cakap dengan diri sendiri. Wahhhhhh, banyak nya cerita baru semua orang ni!!

Tahun 2017 semakin beransur pergi. Aku masih di sini yang masih tak tahu hala tuju hidup. Untuk tahun ni saja macam-macam terjadi. Hidup aku ni selalunya mendatar je. Takda rushing. Predictable. Bukan maksudnya smooth. Masalah ada. Tapi masalah berulang ataupun jangka masa lama untuk settle. Kiranya dalam satu tahun warna yang menghiasi cerita aku taklah pelangi. 

Tapi, tahun ni saja setiap bulan ada sahaja cerita baru, masalah baru, terumbang-ambing, gembira, duka, pahit, backstabber, jadi jahat, jadi bos, jadi kuli, travel, kenal orang baru, putus cinta, demotivated dan macam-macam lah. Macam-macam warna dah terpalit. Sampai aku takut bulan seterusnya bagaimana? Hidup memang begitu. Cuma sebab terlampau pantas semuanya nak hadam dalam satu masa aku blurr kejap. 

Tapi, setiap yang berlaku tak kira pahit atau manis, aku masih ada ramai orang yang disamping aku untuk sama-sama ketawa dan gembira. Cuma aku selalunya yang menjauhkan diri sendiri, Terpaksa mengaku yang aku selesa bersendiri. Aku boleh berada dalam crowd, hang out dengan orang tapi kebiasaaannya aku lagi suka bersendiri. Apapun terima kasih untuk semua yang ada!

2 comments:

Hanamiko Sakura said...

saya pun suka bersendiri kadang2.. sbb berada dgn org lain macam menyakitkan hati maybe? hehe

hai kak hani!!! hehe

Liyana Anuar said...

lama tak singgah sini..hehe..takpelah..yang penting diri sendiri happy~ :)