dewan rakyat

Sunday, January 29, 2017

PAC

Bismillahirrahmanirrahim...

Berbelah bahagi nak cerita tapi disebabkan mana tau ini information yang bagus untuk orang lain dan aku jugak untuk future reference jadi aku update pasal ni. Entri ni mungkin panjang sebab aku bukan suka buat entri banyak part.

Sebelum aku cerita panjang lebar, maksud PTD aku rasa rata-rata tau kan. Maksud PTD ialah Pegawai tadbir diplomatik. PAC pulak singkatan daripada PTD Assessment Centre.  Jawatan ni aku apply guna spa tulah. Entah macam mana ada rezeki aku dijemput buat exam online PTD. Nak diikutkan ini kali kedua aku exam online PTD. Kali pertama dengan tak prepare apa-apa, main google semua benda, line internet macam apa, soalan gambar rajah ada keluar tak, senang cerita aku fail. Jadi, kali kedua ni konon-kononnya aku study sikit. Sikit je supaya tak terkejut kan. Yelah, agak-agak dengan 50 soalan tu sempat nak google semua? Tips nya tau lah pasal isu semasa sikit. Jimat dah masa tu. Lainlah korang amat hebat dan pantas dalam google dan tahap kelajuan interent yang super duper. Sebab kan aritu baru lepas olimpik dia tanya siapa pemenang emas malaysia paralimpik yang pertama dan itu soalan no 1. Sebab aku dah pernah fail so aku dah dapat gambaran soalan dia macam mana. Untuk soalan math, aku ni dah lama tinggal math, syukurlah aku ada buat home tuition math so taklah berkarat sangat. Tapi, soalan dia KBAT pastu pusing entah mana. Gunalah kalkulator dengan super duper pantas supaya sempat nak kira semua. Kalau tetiba ada dia suruh cari X dalam rajah tapi gambar habuk pun takda, gunalah kuasa hentaman korang. 

Senang cerita, aku lulus exam online kali kedua ni. Jadi, aku dipanggil untuk PAC. Syukur jugak, tarikh dipanggil aku dah habis exam, dah hantar thesis jadi aku free. PAC ni ada dua hari. Kebiasaanya, PAC akan dibuat di pusat latihan PTD iaitu INTAN. Aku dapat INTAN, Bukit Kiara. Untuk tahun sebelum ni, selama dua hari tu, satu malam dorang akan bermalam di INTAN. Untuk aku kali ni tak ada.

Hari pertama

Sebelum kami layak untuk meneruskan akiviti dalam PAC ni kami kena lalui ujian saringan kesihatan dan ujian kecergasan jasmani kebangsaan (ukjk). Saringan kesihatan macam biasa, blood pressure dan heart beat. Ukjk pulak kami akan diuji BMI (aku underweight for sure), ujian genggaman tangan, duduk dan jangkau, bangkit tubi dan bleep test (lari ulang-alik 20 meter). Untuk korang masa akan datang mohon sesangat exercise lah berminggu-minggu sebelum tu. Nampak macam senang tapi hakikatnya taklah senang sangat. Aku paling teruk bangkit tubi lah. Masa sekolah rileks je buat tengok sekarang habis sakit semua. Setiap ujian yang kena buat ada markah dan dikira supaya kami boleh teruskan PAC. Proses ujian ini agak lama. Kami daftar pukul 7 pagi lebih kurang dan selesai ujian pukul 1 bergantung kami nya giliran. Orang nya pulak dalam 100 lebih, sebab tu jadi lama. Kalau cepat giliran habis awal dah boleh makan tengahari dan solat. Selepas makan tengahari dan solat, pegawai bertugas panggil kami beratur untuk mengetahui keputusan ukjk lulus atau gagal. Kalau lulus pegawai  akan lekatkan sticker lulus beserta no giliran pada emel surat panggilan PAC dan terus naik bas yang disediakan untuk ujian esei pulak. Alhamdulillah, dalam macam hape aku ukjk aku, aku lepas. So, jom buat esei!

Esei terbahagi kepada dua, iaitu Bahasa Melayu dan English. Setiap esei diberi masa 30 minit. Setiap esei diberi dua soalan dan pilih salah satu. Masa ni, memang aku goreng habis lah. Yelah, lama dah tak buat esei BM yang menggunakan tatabahasa dengan betul. Untuk esei BI pulak, grammar berterabur. Sudah bertahun aku tulis BI untuk term sains. Tiba-tiba hal semasa kan. Takpe asalkan kita berusaha. Soalan esei macam mana? Lebih kepada pengetahuan am. Jadi,jangan risau. 

Habis esei pulak balik ke dewan besar naik bas untuk aktiviti berkumpulan. Dalam satu kumpulan ada lebih kurang 10 orang. Aku kumpulan 5. Aktiviti petang tu kami diuji psikologi dan cara untuk handle kumpulan masing-masing. Panel meminta kami untuk membina menara menggunakan bahan diberi. Aktiviti lain ialah kami diberi 5 lagu dan perlu mencipta tarian berdasarkan lagu. Tarian mestilah sekata dan kena dengan lagu. Aktiviti tamat pukul 5. Lepas tu, semua dibenarkan balik. Sebelum balik, kami dah diberi tajuk untuk pengucapan awam (BM) dan public speaking (BI) jadi balik tu boleh bersedia. Aku gagah jugaklah balik cari maklumat, buat teks dan hafal serba sedikit padahal yelah dah penat kan siang tu. Tapi, eh mana boleh mengalah lagi kan. Berusaha Atil!!

Hari kedua

Hari kedua, pukul 7 aku dah sampai. Kami dah diberi bilik masing-masing mengikut kumpulan untuk ujian seterusnya. Untuk mengelakkan supaya tidak sesat, kami satu group gerak sekali. Syukurlah dapat group sporting. Alhamdulillah, aku rasa aku buat ok untuk pengucapan awam dan public speaking. Kalau boleh masa kat depan tu jangan bawa teks. Kalau tiba-tiba blank kat depan tibai lah pape pun tak kira BM or BI. Dan bagilah semangat kat team mate korang tu. Yelah, semua orang neves kan. Lepas tu semua pun latar belakang pendidikan yang berbeza. Bagi perhatian bila ada orang tengah present, walaupun masa tu telinga korang bukan dengar sangat, yelah belum lepas tapi buat-buat dengar. Itu pun dah kira bagi semangat. Lepas tu, pakai baju yang sesuai. Aku senang je pakai baju kurung. Yang lelaki, panel tu cakap pakai kameja, ber'tie', berkasut dan kalau boleh berkot.

Selepas pengucapan awam BM & BI, ada group discussion. Masih lagi dalam BM & BI. Masa ni kami diberi satu isu untuk dikupas. Kami kena bincang. Takpun dengan kata lain ada debat dengan cara berhemah, Kalau tak setuju jangan merendahkan pendapat orang lain, jangan timbulkan isu sensitif. Setiap sesi diberi 1 jam. Penat jugak nak perah idea nak cakap dan diskus dalam sejam kan. Group kami ok tak da argue sangat. Hahaha.. Stress panel tengok kami sebab dah macam bersembang. Aku pun masa tulah banyak cakap. Biarlah, asalkan jangan senyap dan sunyi sepi.

Berakhirnya group discussion BI maka berakhirlah PAC. Yeay!!! Eh, sebelum tu kami perlu menjawab ujian psikometri secara online. Kiranya balik rumah baru jawab. Ada lebih 300 soalan kena jawab. Berpinar mata. Kawan aku bagi tips jangan pilih jawapan yang 'agak', 'kurang', sebab macam tak yakin. Tapi, aku dah jawab sebelum dia bagi tips. Hmmm, takpelah nak buat macam mana. Kalau ada rezeki dapatlah dipanggil interview.

Jadi, apa aku rasa untuk PAC ni? Aku rasa happyyyy sangaatttt sepanjang PAC ni. Bukan sebab aku yakin lulus ke apa sebab aku dapat pengalaman baru, kawan baru dan pengetahuan baru. Yelah, buat benda yang sama selalu jadi aku nak sesuatu yang lain. Kawan-kawan lak walaupun kenal pun dalam dua hari je dorang best jugak. Itulah dah lama tak bersosial kan.

Kepada yang dapat PAC ni pergilah. Jangan mengalah sebelum mencuba. Kalau dah buat tapi gagal itu lain. Sekurang-kurangnya berani mencuba. Samalah macam aku. Kalau ada rezeki adalah, kalau belum rezeki cuba lagi. Takpun ada rezeki yang lebih baik untuk aku masa akan datang. Yang penting pengalaman dan kenangan tu kan. 

Akhir kata, selamat berjaya semua!!

p/s: PTD banyak stage lagi. Lepas ni kalau pass, ada interview pastu ada lagi, ada lagi…


5 comments:

tiga lalat said...

byknye interview mkcik kann., ;p

aryan azra said...

semoga berjaya atil

Hanamiko Sakura said...

woho. macam nak jadi pengawai tentera pulak.. hahaha

good luck! akak :)

shar90 said...

Hai... lamanye x dtg sini. XD
Smoga bjaya ye. Cari jgk info ptd utk someone, merata... rupanye info detail kt sini pon ade... hehee ^^

NUR CAHAYA said...

hahaha, gigih yaya membaca dari awal sampai akhir, rasa janggal pulak guna yaya dengan kawan blogging ni, haha

btw, thanks kongsi pengalaman, walaupun panjang tapi berbaloi baca...bagus untuk orang lain nak join nanti, dari nervous gila2 boleh la slow down sikit..

yaya ucapkan selamat maju jaya la kat hani...hehe