dewan rakyat

Wednesday, November 16, 2016

Hilang arah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dikala aku mula menaip ni aku ada banyak kerja sebenarnya. Tiba-tiba mood menulis tu datang. Mood menulis mengadu. Eceh. Lama dah kot aku tak membebel kosong kat sini. Asyik-asyik cerita.

Dateline assignment berlambak nak harntar. Dateline thesis semakin hampir padahal aku analyse result pun tak habis lagi. Kadang-kaadang berfikir jugak apa benda aku buat sekarang ni? Bukan kadang-kadang tapi selalu. Betapa banyak nya aku berfikir sekarang, seumur hidup muka aku tak naik jerawat macam tumbuh lepas hujan tu tapi sekarang malas nak cakap. Jerawat tu memang lah selalu ada tapi taklah seteruk ni. Aishh,, Menunjukkan aku terlampau banyak berfikir dicampur stress yang tak berapa melampau.

Panic attack.

Aku rasa ada sikit panic attack tu. Hah. Suka-suka hati diagnos diri sendiri kan. Sebab orang mungkin tak nampak tapi sebenarnya darah gemuruh sangat teruk sebenarnya. Kadang-kadang tanpa sebab. Lagi-lagi sejak kebelakangan ni, nak tidur tak boleh, banyak berfikir, resah-gelisah melampau. Cuma beza nya aku pandai simpan. Aku tak tunjuk kat orang. Yelah, aku banyak sorang-sorang. Sebenarnya itu juga faktor kenapa aku suka sorang-sorang. Cuba untuk sorok perasaan gundah-gelana entah pape tu. Nanti orang kesan aku tak suka. Orang tanya lagi aku tak suka.  

Solusi nya, aku dah selalu bangun awal sebelum subuh sebab aku dah tak boleh tidur sebab rasa risau je. Risau yang amat. Tapi, kebaikannya masa tulah aku cuba dekatkan diri dengan Allah. Aku rasa treatment tu berjaya, sebab aku rasa lagi tenang tapi masih tak habis lagi. Arghh, banyak dosa ni.

Sekarang nak habis belaja dah. Insyaallah.. Cuma aku lagi banyak berfikir bila aku tak tahu hala tuju aku lepas ni. Diasak dengan pelbagai soalan pasal kerja, pasal pasangan hidup, pasal perancangan masa depan buat aku agak sesak nafas jugak. Belum lagi ditambah lagi dengan harapan tinggi kat aku daripada perlbagai pihak rasa down jugak kadang-kadang. Sekarang baru aku fikir aku bukan multi-tasking sangat pun. Otak aku ni tak boleh terima banyak benda dalam satu masa.

Aku rasa aku dah dijalan yang betul, apa orang kata 'On the right track' tapi tiba-tiba aku down. Hilang arah. Mohon arah yang aku cari tu jumpa. Aminn..

Jadi dewasa tu tak mudah, tapi kita kena berusaha untuk itu. Kalau mudah tu bukan hiduplah nama nya kan.