dewan rakyat

Wednesday, November 16, 2016

Hilang arah

Bismillahirrahmanirrahim..

Dikala aku mula menaip ni aku ada banyak kerja sebenarnya. Tiba-tiba mood menulis tu datang. Mood menulis mengadu. Eceh. Lama dah kot aku tak membebel kosong kat sini. Asyik-asyik cerita.

Dateline assignment berlambak nak harntar. Dateline thesis semakin hampir padahal aku analyse result pun tak habis lagi. Kadang-kaadang berfikir jugak apa benda aku buat sekarang ni? Bukan kadang-kadang tapi selalu. Betapa banyak nya aku berfikir sekarang, seumur hidup muka aku tak naik jerawat macam tumbuh lepas hujan tu tapi sekarang malas nak cakap. Jerawat tu memang lah selalu ada tapi taklah seteruk ni. Aishh,, Menunjukkan aku terlampau banyak berfikir dicampur stress yang tak berapa melampau.

Panic attack.

Aku rasa ada sikit panic attack tu. Hah. Suka-suka hati diagnos diri sendiri kan. Sebab orang mungkin tak nampak tapi sebenarnya darah gemuruh sangat teruk sebenarnya. Kadang-kadang tanpa sebab. Lagi-lagi sejak kebelakangan ni, nak tidur tak boleh, banyak berfikir, resah-gelisah melampau. Cuma beza nya aku pandai simpan. Aku tak tunjuk kat orang. Yelah, aku banyak sorang-sorang. Sebenarnya itu juga faktor kenapa aku suka sorang-sorang. Cuba untuk sorok perasaan gundah-gelana entah pape tu. Nanti orang kesan aku tak suka. Orang tanya lagi aku tak suka.  

Solusi nya, aku dah selalu bangun awal sebelum subuh sebab aku dah tak boleh tidur sebab rasa risau je. Risau yang amat. Tapi, kebaikannya masa tulah aku cuba dekatkan diri dengan Allah. Aku rasa treatment tu berjaya, sebab aku rasa lagi tenang tapi masih tak habis lagi. Arghh, banyak dosa ni.

Sekarang nak habis belaja dah. Insyaallah.. Cuma aku lagi banyak berfikir bila aku tak tahu hala tuju aku lepas ni. Diasak dengan pelbagai soalan pasal kerja, pasal pasangan hidup, pasal perancangan masa depan buat aku agak sesak nafas jugak. Belum lagi ditambah lagi dengan harapan tinggi kat aku daripada perlbagai pihak rasa down jugak kadang-kadang. Sekarang baru aku fikir aku bukan multi-tasking sangat pun. Otak aku ni tak boleh terima banyak benda dalam satu masa.

Aku rasa aku dah dijalan yang betul, apa orang kata 'On the right track' tapi tiba-tiba aku down. Hilang arah. Mohon arah yang aku cari tu jumpa. Aminn..

Jadi dewasa tu tak mudah, tapi kita kena berusaha untuk itu. Kalau mudah tu bukan hiduplah nama nya kan.

Wednesday, September 7, 2016

Sambung master ke??

Bismillahirrahmanirrahim..

Ok ni post pertama untuk tahun 2016. Konon busy sangat lah padahal malas melanda diri tahap keberapa pun tak tahu. Yelah, zaman belajar dulu mesti hari-hari menghadap laptop sebab tak ada hiburan lain. Sekarang takpun jadi sunyi sepi ditambah dengan hidup aku tak adalah warna -warni sangat nak cerita. Eh2..

Lepas degree dulu adalah mak aku asyik hint-hint aku suruh sambung terus. Lagi-lagi aku ke hulu-hilir temankan bawang ungu yang masa tu bersungguh-sungguh nak sambung. Tapi masa tu langsung tak ada perasaan ye. Tak ada. Jadi, aku abaikan saranan mak aku tu. Sebab bagi aku sambung master ni kena ada keazaman yang tinggi. Aku bukan jenis macam tu sangat. Lagipun dalam fikiran nak cari duit. Jenis dah aim nanti 2, 3 tahun kerja baru fikir nak sambung sebab aku nak simpan duit dulu + bayar hutang. Dan masa aku kena interview dengan bos lama aku dulu aku confident je cakap macam tu bila dia tanya future plan aku camna. Jadi, dia tak kisah sangat lah masa aku nak resign. Kiranya aku resign dengan cara yang baik sangat. Ececece.. Sebab tu dia offer aku uat part time. Hahaha...

Master ada ada tiga jenis:

1) Master by Research (penyelidikan)
2) Master by Coursework (kerja kursus)
3) Master by Mix Mod (mod campuran)

Master by Research
Ni fully research. Jadi nya zero kelas. Ramai kawan aku amik master macam ni termasuk bawang ungu. Selalunya dua tahun tapi depends juga dengan bidang research kita dan tahap kerajinan. Aku nak ulas banyak-banyak nanti salah kan sebab aku tak amik master jenis ni.

Master by Coursework
Disebabkan aku bukan jenis rajin. Bukan jenis suka sangat buat new discovery atau rajin nak research ni jadi memang master by research aku tolak awal-awal. Jadi, aku mula mencari universiti yang tawarkan kos yang menepati citarasa aku tapi by coursework lah. Coursework ni macam time degree. Ada kelas, ada exam, ada assignment. Entah kenapa aku suka macam tu. Takpun sebab aku nak belajar benda baru. Cuma, kelas tak strict sangat macam degree tapi berlambak assgnment. Masih ada exam tapi percentage kurang. Tak ada test (depends subjek). Ada mini projek. Yang mana sekarang ni aku kena buat tapi malas yang amat nak masuk lab. Kan aku kata sebab tu aku tak amik research.

Kos amik master by coursework ni lagi mahalllllllllllll daripada research. Berganda mahal nya. Jadi, sebelum sambung mohon buat calculation sewajarnya ya. Nanti terdesak tak ada duit nanti. Aku selamat lepas mybrain. Boleh lah cover yuran. Untuk perbelanjaan harian pandai-pandailah tanggung sebab tu ramai yang kerja. Lagipun ok je nak kerja kelas malam je. Memang sesuai untuk berkerja. Eh2, ni aku cerita master dekat UPM dan kos aku lah. Yang lain aku tak tahu. Harap maklum.

Master by MixMod
Ok. Ikut pemahaman aku dia ada kelas dia ada research. Macam mana tu tak berapa nak tahu. Aku adalah tengok-tengok jugak kat UiTM tapi sebab tak berminat sangat jadi aku pilih yang kat UPM tu.

Kos apa yang aku amik?
Sebenarnya betul-betul lain daripada aku amik masa degree tapi masih based sains jadi taklah lari sangat. Cuma bidang lari sikit. Tapi takpelah sebab aku suka!! Belajar benda baru. Jujurnya kali ni baru menghargai ilmu gitu. Dulu sebab nak ada degree. Adoi, teruk ke tak teruk pemikiran tak matang dulu. Sebab tu aku take time nak sambung tak macam kawan-kawan aku lain walapun mak ayah suruh. Sebab aku nak tahu bersedia ke tak dan matlamat aku macam mana.

Masa aku sambung ni pun, hutang PTPTN dan abis bayar. =) =) =) =)

Ni last sem aku. Ada 3 sem je. Sem ni kena pulun buat projek. Tapiiiiiiiii, amboih malas amat. Lagi-lagi aku bukan duduk dekat UPM pun. Shah alam. Tahap kerajinan tu lagi merudum lah. Mohon doakan aku supaya habis tepat pada masanya ye kawan-kawan.