dewan rakyat

Thursday, December 24, 2015

Bayar PTPTN

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Maulidur Rasul semua!!! =)

Masa amik degree dulu aku ni peminjam PTPTN. Nak buat macam mana kan, bukan pandai sangat nak dapat scholarship so amik lah loan ni. Macam biasa bila habis belajar ofkos dapat surat suruh bayar. Masa tu mak aku dah bising sebab aku tak kerja lagi dan suruh aku bayar. Yelah, parents aku ni memang bab-bab hutang amatlah jaga. Semua kena selesaikan secepat mungkin. Kalau tak nanti bising. 

Masa aku nak beli kete dulu pun ayah aku dah warning awal-awal,

"Atil, dah sanggup ke nak berhutang ni? Nak tambah hutang ni?" 

Susah weyh nak yakin kan ayah aku masa beli kete dulu sebab ayah aku lagilah tak bagi berhutang. Masa aku start sambung master aritu pun dia warning jugak,

"Atil, kalau tak cukup duit jangan gatal-gatal nak mintak or hutang dengan org lain. Mak dengan ayah hidup lagi dan mampu lagi."

Betapa tegasnya mak dan ayah aku.

Jadi, aku jadi sangat determine masa aku bayar PTPTN. Dari gaji first lagi. Mesti ramai org merungut kan bayar. Ada yang bayar tak pernah berkurang, ada yang bayar tak cukup dengan bayaran yang ditentukan, ada yang tak bayar langsung. Mestilah. Kalau sambung belajar lagi, tak dapat kerja lagi. Macam mana nak bayar. Tahu sebab PTPTN ni orang cakap pasal riba sebab tu taknak bayar. Tapi, dah hutang kan, nak buat macam mana, kena bayar jugak. Siapa suruh pointer tak tinggi mana kan. 

Masa mula-mula bayar, amatlah takut sebab nanti tak berkurang. Jadi, aku ni risau duit aku tak tentu hala pergi mana, nanti penat je bayar. Jadi, aku SELALU CALL PTPTN. Lantaklah aku bayar sikit pun, memang aku sibuk tanya, 

"Ada tak dapat bayaran saya?"

Aku rasa ramai yang buat salah masa ni. Sebab dorang bayar tapi dorang jarang check. Ohoi, sanggup ei bayar2 tapi tolak ciput or tak berganjak? Aku bayar tiap-tiap bulan, tiap-tiap bulan aku check. Duit aku kot. Tapi, alhamdulillah aku elok je dia tolak. Dan mungkin yang tolak ciput tu, tak tukar pada ujrah. Kalau dah tukar, tapi PTPTN tolak macam hampeh je, rajin-rajin lah call. Point nya ialah JANGAN MALAS NAK TANYA PTPTN. Jangan dah bayar banyak baru perasan. Rajin-rajin kan diri check ye. =)

Masa ada rebat bayar berterusan tu, aku lagi lah bayar banyak-banyak. Pantang ada duit lebih. Pastu PTPTN macam buat-buat lupa nak bagi rebat. Aku tak pernah lupa nak call. Bahagian aku ok. Jangan nak buat-buat lupa. Hahaha..

"Kau gaji banyak boleh lah bayar?"

Ehem, gaji aku tak banyak. Kalau orang tau aku kerja apa, gaji berapa, orang akan kata,

"Kau belajar tinggi-tinggi macam ni je gaji? Kerja?"

Biasa dah kot. Lantaklah asalkan aku masih boleh bagi mak ayah duit, ada simpan sikit, belanja diri sikit, bayar hutang. Keberkatan mesti ada. =)

"Kau bujang lagi, boleh lah."

Ehem, aku ramai je kawan tak kawin lagi. Masih belum lagi mampu nak bayar dengan rajin.

Orang yang rapat dengan aku mesti tahu betapa determine nya dalam mengawal kewangan aku. Orang akan sangka aku banyak duit tapi yang rapat tau flow mananya semua duit tu. Kalau aku dapat bonus, kebanyakn duit tu aku bayar hutang. Kaw2 punya. Berapa entah aku bayar untuk kete, berapa entah aku bayar untuk PTPTN. Jenis manusia tak sabar bebas hutang. =) Jujur nya, berapa sangat aku spend untuk diri sendiri. Hmmm...

Aku cuma risau nanti aku kalau aku tak sempat bayar hutang-hutang aku macam mana? Takut lah. Apa yang dorang buat dengan duit tu, cara dorang kutip, cara dorang kenakan caj tu, aku tak boleh nak kata apa. Asalkan aku tahu hutang aku selesai.

Jujur jugak aku katakan. Kalau hutang korang terurus dengan jayanya. Apa sahaja akan jadi cukup. Lebihkan keluarga dan bersedekah lah selalu untuk merasa bahagia. Pastikan ukur baju di badan sendiri.

*Lain orang lain pendapat nya. Aku tak salahkan korang pun. Cuma point entri ni ialah tak kisah lah apa sahaja jenis hutang, nama pun hutang, harus dilangsaikan. 
** Lain orang lain masalahnya, jadi depends kat orang nya jugak kan. =)

Senyum selalu!!!! =) =) =)

Sunday, December 6, 2015

Full time vs part time

Bismillahirrahmanirrahim..

Ehemmm..

Dah lama nak cerita ni tapi tak tercerita.. Aku banyak mengarang cerita kononnya nak tulis dalam blog tapi tak jadi. Selalunya aku banyak karang masa aku drive. Sebab buat masa ni masa aku banyak dihabiskan dalam kereta. Drive sana sini. Rushing sana sini

Aku dah jadi full time student balik sejak bulan 9 haritu. Dan aku jadi part time worker sejak dari bulan 9 jugak. Tapi, untuk sebulan ni aku dah macam full time untuk dua-dua nya. Kerja dan belajar. Jujur katakan penat ohoiiii.. Mungkin sebab aku bukan superwoman lagi. Cuba untuk jadi.

Kelas aku malam. Hampir setiap hari. Buat masa ni, aku masih still stay dengan kak aku kat Shah Alam dan berulang hari-hari ke Serdang. Tak tahulah kegilaan apa aku sanggup berulang. Lepas tu, untuk sebulan ni aku masih kerja kat tempat lama kat Port Klang atas sebab-sebab tertentu. Jadi, perjalanan aku hari-hari ialah Shah Alam- Port Klang- Serdang - Shah Alam.

Jujurnya aku tak lah penat sangat dengan kerja or belajar. Yang penat nya menghabiskan masa atas kereta. Mungkin aku ni jenis senang mengantuk. Banyak kali jugaklah kereta tak tentu hala masa aku drive sebab aku ngantuk. Ohoi, nak rushing dari pukul 5 lebih dari Port Klang ke Serdang dengan kerja bahagian production nya, kena sampai kalau boleh sebelum pukul 6.30 petang.. Agak mencabar lah jugak.

Ok, 

Dah cukup aku mengadu aku penat. Jauh sekali nak mengeluh.. Peranan ada blog kan... Mengadu sikit.. Hahaha.. Sebenarnya tak lah seteruk macam tu. Propa je lebih. Aku masih lagi ok. Seronok je. Kurang lah fikir pasal benda lain sebab busy. Jadi, kalau aku cakap aku busy tu, memang betul-betul lah busy. Walaupun ada masa aku cakap aku busy, aku sedap tidur. Well, busy tidur. Masih dikira busy kan. (^.^)

Menarik ke tak cerita aku kali ni? Takpe sekurang-kurang nya aku tahu ada masa nya bukan senang nak senang tapi sebenarnya bukan susah jugak nak senang. Balik kepada diri jugak kan.. 

Kata akhir daripada aku kali ni, lantak lah orang nak kata apa, orang kata nak jadi apa, asalkan kita tahu kita tahu kita on the track. SO, ON YOUR MARK, GET SET, GO!!!