dewan rakyat

Monday, October 12, 2015

Culik

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari tu, kakak sulung aku bawa family dia dan aku (mestilah sebab aku kan tinggal dengan dia) makan kat luar. Masa tu nak maghrib. Habis makan tu memang dah maghrib. Lagi-lagi sekarang ni kan Maghrib masuk awal. Jadi disebabkan makan pun tempat jauh mestilah kena berenti solat mana-mana.

Berhenti solat kat stesyen minyak yang terkenal kalau bab-bab surau ni. Mana lagi kalau tak Petronas. Entahlah, selalunya kalau cari petrol pump nak berenti solat mesti Petronas. 

Hujung minggu, kawasan bandar, selalunya mesti ramai orang. Ruang solat memang kecik, muat-muat lah 4 orang macam tu. Berselisih ramai-ramai tu. Aku dengan laju masuk first sekali, dan first sekali dapat solat antara kakak dengan anak-anak dia. 

Anak-anak dia semua nya solat kecuali yang kecik sekali. Kalau korang masih ingat aku selalu sebut pasal Qisya. Dan dia lah sorang duduk terperuk dengan henpon mak dia main game dan sling bag mak dia dan kak dia kat leher. Masa solat tu ada dengar kak aku cakap kat dia,

"Qisya, duduk sini diam-diam ye." Nampak sangat tak kusyuk kan. Hahaha..

Habis solat tu, aku bersiap dengan sepantas kilat. Dahlah orang makin bertambah memang sesak je rasa. Jadi, aku panggillah,

"Fatnin Qisya dah-dah. Jom keluar."

Qisya tak berganjak. Ralit dengan enpon main game.

"Fatnin Qisya. Jom lah." Aku cakap sekali lagi.

Tiba-tiba ada makcik ni menyampuk,

"Biarlah dia kat situ mak dia yang suruh duduk situ tadi."

Aku terdiam. Aku tak tahulah nak terus panggil ke apa. Kebetulan kakak Qisya merangkap anak sedara aku lagi sorang dah habis solat. Cakap benda yang sama suruh berenti main game. Disebabkan aku rasa malu kena tegur macam tu dan tengok kakak Qisya dah da. Takpelah aku keluar je lah dulu.

Tapi, Qisya bangun jugak mengikut aku keluar selepas di'halau' kakak nya.

Masa tunggu kat luar dengan Qisya nampak makcik tu keluar.

Dalam kereta tu aku  ceritalah pasal tu, kakak Qisya tu cakap,

"Haah, tadi makcik tu tanya nama Qisya apa."

Jadi,betul tekaan aku sah lah makcik tu ingat aku ni mungkin dalam percubaan "menculik" Qisya.

Persoalannya, kalau kakak Qisya cakap aku ni mak sedare dia atau Qisya sendiri panggil aku 'maksu' jadi siapa yang akan malu dulu?? Aku ke makcik tu?? Hahaha.. 

Apapun makcik tu sangatlah baik sebab alert kan. Kalau betul-betul aku ni orang jahat guane. Hah! Good job makcik.. =)