dewan rakyat

Friday, June 26, 2015

Home tutor

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat menyambut bulan Ramadhan semua!!! Puasa baik-baik.. Beramal ibadah baik-baik.. Jangan puasa tapi tak solat.. Jangan buat sunat je yang wajib tinggal.. *peringatan bersama (^.^)

Tahun ni busy lah jugak ataupun buat-buat busy. Yang pasti minggu ni straight dua minggu aku keja tak cuti. Kadang-kadang rasa takjub dengan diri sendiri sebab rajin. Ataupun sebenarnya tak sampai hati?? Walaupun sebenarnya dah gigih google cara-cara nak tulis resign letter. Eh2..

Tapi, tahun lepas tahun yang agak senang-lenang. Pukul 5 je dah laju je punch-card. kalau datang awal lagi laju aku punch-card keluar. Sampaikan aku tanya kak aku yang suka pergi gym tu,

"Along, atil rasa nak join lah pergi gym tu. Bayar berapa?"

Disebabkan itu semua kos aku cancel kan angan-angan, aku fokus kepada cari duit lebih. Jadi, aku nampak iklan home tutor online. Tanpa membuang masa click sana-sini aku daftar walaupun tak harap apa-apa. Memang sesaje.

Entah macam mana pada suatu petang yang hening, masa aku dah lupa aku penah daftar nak jadi tutor, aku dapat call suruh aku pergi rumah client ajar anak darjah 5 dan darjah 6, sains dan matematik. Dia call hari jumaat, suruh aku pergi hari ahad petang.

Aku yang langsung takda pengalaman ajar orang, tak kena interview pun macam terpinga-pinga tapi still terima job tu. Lantaklah reti tak reti janji cuba. Rezeki jangan ditolak kan.

Hasil nya, sampai sekarang aku bertahan selama setahun lebih jadi home tutor kepada keluarga yang sama. Walaupun masa UPSR tahun lepas anak dia yang jadi anak didik aku tak dapat A pun tapi masih diberikan kepercayaan untuk ajar anak dia yang naik darjah 6 tahun ni. 

Ada kelas-kelas lain yang aku amik. Aku tak amik murid banyak pun atau kata lain rumah yang berbeza-beza. Aku jadi home tutor untuk tiga buah rumah tapi cukup buat aku kelam-kabut ataupun orang tengok gigih dia ni cari duit. Hahaha. Malam Isnin, Selasa, Khamis dan Ahad petang cukuplah buat masa ni mengisi lapang selain side income. Aku ni dah lah keja dari Isnin sampai Sabtu. Kadang-kadang kena datang keja hari ahad. Tahu tak macam mana mengahnya nak kejar kelas-kelas ni. 

Walau macam mana pun jadi home tutor ni lah aku jumpa diri aku sebenar tak macam aku pergi kerja hari-hari yang rasa tak ada feel langsung. Jadi home tutor walaupun aku terpaksa bergegas, contoh tiba-tiba hari tu kena stay back kat tempat keja sampai kul 7, balik rumah setangah jam. Lagi sampai rumah aku masa setangah jam untuk solat, makan dan mandi sebelum pergi tusyen pukul 8. Gigih ke tak gigih tu.=)

Apapun aku happy apa yang aku buat. Budak-budak tu buat aku rasa senang dan tenang. Syukurlah dapat pulak mak ayah bebudak tu yang ok.

Tapi, yang tak best nya dorang ni jenis tak bagitahu aku kalau ada hal atau takda kelas, Aku punyalah kelam-kabut, sekali menapak dah sampai rumah, pagar tutup. Lampu tutup. Masa tu memang ada sikit rasa sakit hati. Aishhh.. Selamat selalu belanja aku lebih. Hahah..