dewan rakyat

Sunday, December 6, 2015

Full time vs part time

Bismillahirrahmanirrahim..

Ehemmm..

Dah lama nak cerita ni tapi tak tercerita.. Aku banyak mengarang cerita kononnya nak tulis dalam blog tapi tak jadi. Selalunya aku banyak karang masa aku drive. Sebab buat masa ni masa aku banyak dihabiskan dalam kereta. Drive sana sini. Rushing sana sini

Aku dah jadi full time student balik sejak bulan 9 haritu. Dan aku jadi part time worker sejak dari bulan 9 jugak. Tapi, untuk sebulan ni aku dah macam full time untuk dua-dua nya. Kerja dan belajar. Jujur katakan penat ohoiiii.. Mungkin sebab aku bukan superwoman lagi. Cuba untuk jadi.

Kelas aku malam. Hampir setiap hari. Buat masa ni, aku masih still stay dengan kak aku kat Shah Alam dan berulang hari-hari ke Serdang. Tak tahulah kegilaan apa aku sanggup berulang. Lepas tu, untuk sebulan ni aku masih kerja kat tempat lama kat Port Klang atas sebab-sebab tertentu. Jadi, perjalanan aku hari-hari ialah Shah Alam- Port Klang- Serdang - Shah Alam.

Jujurnya aku tak lah penat sangat dengan kerja or belajar. Yang penat nya menghabiskan masa atas kereta. Mungkin aku ni jenis senang mengantuk. Banyak kali jugaklah kereta tak tentu hala masa aku drive sebab aku ngantuk. Ohoi, nak rushing dari pukul 5 lebih dari Port Klang ke Serdang dengan kerja bahagian production nya, kena sampai kalau boleh sebelum pukul 6.30 petang.. Agak mencabar lah jugak.

Ok, 

Dah cukup aku mengadu aku penat. Jauh sekali nak mengeluh.. Peranan ada blog kan... Mengadu sikit.. Hahaha.. Sebenarnya tak lah seteruk macam tu. Propa je lebih. Aku masih lagi ok. Seronok je. Kurang lah fikir pasal benda lain sebab busy. Jadi, kalau aku cakap aku busy tu, memang betul-betul lah busy. Walaupun ada masa aku cakap aku busy, aku sedap tidur. Well, busy tidur. Masih dikira busy kan. (^.^)

Menarik ke tak cerita aku kali ni? Takpe sekurang-kurang nya aku tahu ada masa nya bukan senang nak senang tapi sebenarnya bukan susah jugak nak senang. Balik kepada diri jugak kan.. 

Kata akhir daripada aku kali ni, lantak lah orang nak kata apa, orang kata nak jadi apa, asalkan kita tahu kita tahu kita on the track. SO, ON YOUR MARK, GET SET, GO!!!

4 comments:

Yana Libra said...

busynye...mengalahkan menteri dah..hehe..

takpe selagi single dan belum ada kmitmen, pulunlah semua benda yang nak dibuat..macam saya ni, nak belajar lagi pun pikirkan anak je..kesian asyik kena tinggal masa kerja, kalau sambung blaja lagilah takde masa dengan dia..huhu..alih2 dah besar je nanti, tak sempat nak follow perkembangan dia pun nanti..hehe

bertabahlah ye! respectlah..hehe :)

Kakak Cantik said...

giler gigih..tabik spring la blh rushing2 mcm ni

Kira Sakura said...

oiiii bahaya bawak keta ngantuk2 ni. please take care ok

Chic Na said...

Chaiyok Atil!! Kak na faham betapa bosannya atil drive sampai mengantuk2.. Jauh giler kot Klang - Serdang.. Apepun, fighting!