dewan rakyat

Thursday, December 24, 2015

Bayar PTPTN

Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Maulidur Rasul semua!!! =)

Masa amik degree dulu aku ni peminjam PTPTN. Nak buat macam mana kan, bukan pandai sangat nak dapat scholarship so amik lah loan ni. Macam biasa bila habis belajar ofkos dapat surat suruh bayar. Masa tu mak aku dah bising sebab aku tak kerja lagi dan suruh aku bayar. Yelah, parents aku ni memang bab-bab hutang amatlah jaga. Semua kena selesaikan secepat mungkin. Kalau tak nanti bising. 

Masa aku nak beli kete dulu pun ayah aku dah warning awal-awal,

"Atil, dah sanggup ke nak berhutang ni? Nak tambah hutang ni?" 

Susah weyh nak yakin kan ayah aku masa beli kete dulu sebab ayah aku lagilah tak bagi berhutang. Masa aku start sambung master aritu pun dia warning jugak,

"Atil, kalau tak cukup duit jangan gatal-gatal nak mintak or hutang dengan org lain. Mak dengan ayah hidup lagi dan mampu lagi."

Betapa tegasnya mak dan ayah aku.

Jadi, aku jadi sangat determine masa aku bayar PTPTN. Dari gaji first lagi. Mesti ramai org merungut kan bayar. Ada yang bayar tak pernah berkurang, ada yang bayar tak cukup dengan bayaran yang ditentukan, ada yang tak bayar langsung. Mestilah. Kalau sambung belajar lagi, tak dapat kerja lagi. Macam mana nak bayar. Tahu sebab PTPTN ni orang cakap pasal riba sebab tu taknak bayar. Tapi, dah hutang kan, nak buat macam mana, kena bayar jugak. Siapa suruh pointer tak tinggi mana kan. 

Masa mula-mula bayar, amatlah takut sebab nanti tak berkurang. Jadi, aku ni risau duit aku tak tentu hala pergi mana, nanti penat je bayar. Jadi, aku SELALU CALL PTPTN. Lantaklah aku bayar sikit pun, memang aku sibuk tanya, 

"Ada tak dapat bayaran saya?"

Aku rasa ramai yang buat salah masa ni. Sebab dorang bayar tapi dorang jarang check. Ohoi, sanggup ei bayar2 tapi tolak ciput or tak berganjak? Aku bayar tiap-tiap bulan, tiap-tiap bulan aku check. Duit aku kot. Tapi, alhamdulillah aku elok je dia tolak. Dan mungkin yang tolak ciput tu, tak tukar pada ujrah. Kalau dah tukar, tapi PTPTN tolak macam hampeh je, rajin-rajin lah call. Point nya ialah JANGAN MALAS NAK TANYA PTPTN. Jangan dah bayar banyak baru perasan. Rajin-rajin kan diri check ye. =)

Masa ada rebat bayar berterusan tu, aku lagi lah bayar banyak-banyak. Pantang ada duit lebih. Pastu PTPTN macam buat-buat lupa nak bagi rebat. Aku tak pernah lupa nak call. Bahagian aku ok. Jangan nak buat-buat lupa. Hahaha..

"Kau gaji banyak boleh lah bayar?"

Ehem, gaji aku tak banyak. Kalau orang tau aku kerja apa, gaji berapa, orang akan kata,

"Kau belajar tinggi-tinggi macam ni je gaji? Kerja?"

Biasa dah kot. Lantaklah asalkan aku masih boleh bagi mak ayah duit, ada simpan sikit, belanja diri sikit, bayar hutang. Keberkatan mesti ada. =)

"Kau bujang lagi, boleh lah."

Ehem, aku ramai je kawan tak kawin lagi. Masih belum lagi mampu nak bayar dengan rajin.

Orang yang rapat dengan aku mesti tahu betapa determine nya dalam mengawal kewangan aku. Orang akan sangka aku banyak duit tapi yang rapat tau flow mananya semua duit tu. Kalau aku dapat bonus, kebanyakn duit tu aku bayar hutang. Kaw2 punya. Berapa entah aku bayar untuk kete, berapa entah aku bayar untuk PTPTN. Jenis manusia tak sabar bebas hutang. =) Jujur nya, berapa sangat aku spend untuk diri sendiri. Hmmm...

Aku cuma risau nanti aku kalau aku tak sempat bayar hutang-hutang aku macam mana? Takut lah. Apa yang dorang buat dengan duit tu, cara dorang kutip, cara dorang kenakan caj tu, aku tak boleh nak kata apa. Asalkan aku tahu hutang aku selesai.

Jujur jugak aku katakan. Kalau hutang korang terurus dengan jayanya. Apa sahaja akan jadi cukup. Lebihkan keluarga dan bersedekah lah selalu untuk merasa bahagia. Pastikan ukur baju di badan sendiri.

*Lain orang lain pendapat nya. Aku tak salahkan korang pun. Cuma point entri ni ialah tak kisah lah apa sahaja jenis hutang, nama pun hutang, harus dilangsaikan. 
** Lain orang lain masalahnya, jadi depends kat orang nya jugak kan. =)

Senyum selalu!!!! =) =) =)

9 comments:

Hanamiko Sakura said...

bila saya dah habis belajar ni baru sedar betapa menyesalnya pinjam ptptn. huwarkhh..

sebab ada terbaca artikel, dia bayar bulan2 tapi baki hutang dia tetap banyak. takut la terjadi macam tu.

Yana Libra said...

baguslah camtu...kak sy pun duti habis banyak sebab nak setelkan hutang byk2..

tp, ada kawan sy kalau nak start bayar ptptn tu kena bayar rm4k dulu, baru dia akan start tolak..camne tu? mana nak dpt 4k? huhu...garu kepala :(

mun said...

selamat membayar hutang ptptn yer.. :)
mudah2han senantiasa dimurahkan rezeki...
mun dah setel bayar hutang masa belajar.. sebab ambil MARA.. pastu guna acc ke-2 KWSP utk setel habis hutang MARA..
selagi x abes hutang.. mmg x keruan dibuatnya kan..

Kira Sakura said...

ohhh memang kena check selalu ye dengan ptptn. ingatkan dorang ni jujurlah uruskan duit kita rupanya ada yang culas jugakkk hurmmm. mujur takde berhutang dengan ptptn(sbb tak sambung belajar)

jom masak! said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)

Chic Na said...

Teringat pulak satu2nya hutang yg tak habis2 bayar lagi.. PTPTN.. wuwuwu.. Konfem dah lepas ni mmg kena withdraw KWSP..

NUR CAHAYA said...

yes, bagus atil CP 100% setuju bab bayar hutang, ramai yang tanak bayar alasan je, ingat lah, hutang tetap hutang, kalau kau risau pasal riba, sepatutnya dari awal kau elak dari terlibat bukan masa nak bayar...CP ingat nak buat entry pasal ptptn jugak nanti...

CP buat masa ni ada skip 1 bulan tak bayar sebab ada masalah kewangan sebab perihal keluarga, in shaa ALLAH gaji bulan ni, nak cover balik...

hutang...
bukan kita deal dengan manusia sahaja,
tapi kita deal dengan ALLAH jugak....

Jodin said...

Saya bayar PTPTN guna JomPAY melalui CIMB Clicks tanpa caj.

Boleh refer link bawah ni.

Bayar PTPTN tanpa caj melalui JomPAY

cik hani said...

Start bayar PTPTN tahun 2015...
2015 bayar PTPTN 2-3k sekaligus..lepas buat ujrah
2016 bayar bulanan RM350 selama 1 tahun dan ada bayar RM10K terus guna duit saving..
Feb 2017 bayar penuh guna KWSP dan sedikit tunai RM2k.. Dapat rebat 15% sebab bayaran penuh.
March 2017 dapat surat pelepasan hutang PTPTN.. Yeayyy..
Tapi rebat 15% yang saya dapat tu tengah tunggu PTPTN bayar balik dekat saya..
Almost RM1.5k jugak dapat rebat..

Orang mesti ingat senangnya kita dapat bayar bulan-bulan duit PTPTN.
Kalau lah orang tahu macamana kita belanja duit & simpan duit untuk bayar hutang..
Dari 2012 hingga sekarang saya bawak bekal ke opis dan AKU MATIKAN TERUS NAPSUUUU ku untuk shopping..

Memang lega hutang dah habis bayar..
Selalu mintak orang tua doakan semoga dilapangkan rezeki dan permudahkan bayar hutang...