dewan rakyat

Monday, February 17, 2014

Ku lihat hijau...

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku nak cerita pasal pakwe merah. Tapi, macam dah tak ada rasa nak tulis...

Aku nak cerita pasal kerja. Lagi lah tak ada rasa nak tulis buat masa ni...

Nak diikutkan sekarang, waktu ini aku patut dah tidur. Penat sangat setelah drive dengan lamanya untuk beberapa hari. Ketahuilah, aku tak suka drive. Kalau boleh aku nak orang yang hantar aku kemana-mana. Pergi kerja, balik kerja dan lain-lain. Melainkan masa nak bersendiri. Tapi, taulah tak semua yang kita nak boleh dapat. Kan... =)

Betapa penatnya ketika ni. Barang yang banyak dalam kereta aku biarkan je diharapkan esok awal-awal pagi aku berupaya bangun awal dan bawa semua masuk. Kalau tak habis barang yang masuk peti sejuk tu. Hahaha..* padahal takut sebab luar gelap dan dah tengah malam woi, sensorang lak tu. Aku kan berani dalam tak berani.

Tapi, waktu penat boleh pulak bukak laptop dan update blog. Padahal, masa senang-lenang laptop dipandang sepi. Sebab apa rajin? Sebab tak sabar nak tunjuk gambar. Sebab tak sabar nak transfer gambar kedalam laptop. Sebelum ketidaksabaran itu hilang wajarlah aku merajinkan diri update blog terus.. Tak gitu?? 

Ini tentang kami sahabat berempat yang susah-senang bersama, gembira bersama, menangis bersama sepanjang beberapa tahun ini. Iya, percutian yang biasa tapi cukup menggembirakan hati aku yang gundah-gulana tentang soal dunia. Jalan terbaik lihat lah ciptaan Allah seluas mata memandang. Tak kurang juga merehatkan diri seketika daripada urusan dunia yang merunsingkan diri dikala meniti dewasa ini.. Acecece.. Apakah skema sangat ni??

Walaupn hakikatnya sekarang kaki dah sakit. Badan dah penat. Tulah duduk ofis je tak bersenam. Padan muka sangat kau atil.

Malas nak cerita panjang. Aku letak gambar je. Aku syak blog ni dah sunyi sepi jadi tak kisahlah letak gambar aku banyak. Lalalala~~

*gambar ni aku tak letak filter, edit bagi lagi cantik mahupun effect yang melampau. Sekadar resize, letak frame sikit dan hak milik monolog diri ini. Itu je. Jadi, kalau muka kami macam hampeh dan buruk. Mang itulah dia.. Kalau background dan lighting dia cantik pun mang itulah dia.. Hahaha..

Hanya aku yang mampu melawan cahaya matahari sebab protection mata lebih..



Menghijau, Dan itulah yang menyenangkan..


Usaha itu penting untuk selfie.. *sanggup ye letak atas pokok2 kecik tuh.. Stabil.



Awan.. kau cantik..



Mereka ada =)



Lavender.




The best picture. Boleh buat cover novel ni. Oh, awan terima kasih kerana bekerjasama ei. ^_^ (pic ni bagi x-large)




Antara prop yang penting untuk selfie. Tong sampah. Terima kasih.



Walaupun effect muka paling depan ni aku tak suka. Tapi kena letak jugak sebab tiga tempat ni je kami pergi meskipun masa ke tempat lain sepatunya banyak.. Ish2... 

Dari hari jumaat lepas kerja, hari sabtu dan hari ahad ni, duduk dalam kereta saja. Dan itu memenatkan campur seronok walaupun hakitkatnya, aku tak suka drive!! *esok (hari isnin) aku amik cuti. Jadi, sebab tu aku berani berjaga lagi sekarang. K, bye!!


p/s:: tempat yang aku pergi ni tempat yang aku tak pernah pergi masa lawatan sekolah dulu-dulu mahupun dengan family. Ladang teh tu? Terpencil tapi puas hati. Sebab tu jugak sakit kaki. Tolong urut please,, Hahahaha...