dewan rakyat

Thursday, April 24, 2014

40 tahun..

Bismillahirrahmanirrahim...

Rezeki yang ada mestilah dikongsi bersama kan. Lagi-lagi dengan family. Rezeki pun jadi lebih berkat gitu. Jadi, aku, kakak-kakak aku dan juga abang aku yang satu-satu nya tu merancang lah menyambut ulangtahun mak dan ayah ke 40. 

Sebenarnya, plan tu antara aku dengan kakak sulung aku. Nak makan seafood kononnya. Aku kan tinggal dengan dia. Nak belanja family dia lah merangkap birthday dia bulan Januari haritu. Tapi ada hal yang tak dapat dielakkan (ayah aku sakit dan aku bergegas balik kampung) plan tu cancel digantikan aku belanja lain waktu tapi biasa-biasa jelah. Walau macam mana pun kami plan lain nak sambut anniversary mak dan ayah pulak. Kiranya plan lagi bagus sebab nak paksa abang yang dekat Kuantan balik dan paksa mak dan ayah datang umah kak aku. 

Plannya, aku support makan. Kak sulung support tempat tinggal. Kak kechik support aktiviti lain dan abang aku takda support apa-apa. Cukuplak dia balik kan. Minyak dan tol dia lagi. Takpa kami adik-beradik yang memahami. Hahahaha...

Nak bagi suprise kat mak dan ayah memang tak boleh lah sebab, mak aku busy gilerrrrrrrr... Kalau tak cakap awal-awal nanti entah kemana dia pergi. Jalan sana lah. Mesyuarat situ lah. Pergi sini lah. Jadi, aku sebagai anak manja lagi gedik buat ayat macam ni,

"Nanti masa 12hb mak dengan ayah kena datang sini tau. Kami dah booking tempat. Angah pun balik."

Ayat arahan gitu. Hahahaha.. Padahal mana ada booking tempat pun. 

Sebenarnya memang plan nak tidur apartment area situ (area tempat makan) yang kak sulung nak support tapi sebab tempat full walaupun program dah anjak ke depan lagi yakni 5hb (sebab mak busy macam biasa) masih lagi penuh. Jadi, nak taknak kami stay lah rumah banglo mewah kak sulung aku ni (mewah sangat). Selamat masa ni masa rumah kak sulung aku ada air (kan ke kena catu). Fuhhh, selamat kalau tak ada jugak yang tak mandi nanti.

Walaupun kami paksa mak dan ayah datang tapi kami langsung tak cakap nak pergi mana. Makan apa dan aktiviti menda kami nak buat. Langsung tak. Jadi, kat sini masih lagi suprise kan. Mak aku bawak beg baju macam nak duduk lama. Sebab dia tak tahu nak pakai baju apa.

"Mak nak pakai apa ni? Seluar ke baju kurung? Nak bawak kami pergi mana ni?" mak aku tak habis-habis tanya.

Ayah aku? Buat tak kisah je asalkan mak aku bagi baju apa yang dipakai. Ayah pakai jeee...

Aku hari Sabtu tak nyempat-nyempat siapkan kerja nak balik awal. Sampai rumah, mak, ayah dangan abang dah ada. Tunggu kak kechik je. Kak sulung ada kenduri jadi dia gerak dari arah bertentangan. Dengan satu kereta bergeraklah kami ke,

itu kak sulung ei

Nampak tak? Kami makan seafood kat Jeram, Kuala Selangor je pun. Tapi ini first time untuk kami semua. Seumur hidup aku tak pernah sanggup beratur panjang-panjang nak beli makanan. Untuk kali ni takpe walaupun hujan rintik-rintik, ombak bergelora tuh.



Kami berempat, beratur bersama, berhujan bersama.. demi KETAMMMMM
Kami selesai pilih nak makan seafood apa sebelum maghrib. Maghrib tu solat lah kat situ. Ada surau yang disediakan jangan risau. Yang best tengok reramai orang pergi solat, beratur panjang, macam sejuk hati. Lepas tu boleh pulak takda air (tempat perempuan selamat), yang laki nya pergi tadah air hujan. So sweeetttt......

Alalala, comey nya...
Itu je gambar time makan nak tunjuk. Gambar makanan lain tak mau tunjuk. Nanti ada yang mengidam susah pulakkan. Mana tau pulak ada yang tengok masa tengah puasa, meleleh nanti. Apapun pergi makan kat sana. Besttttt.... Harga pun ok lah. Tetiba teringat ketam fresh dia. Kerapu tiga rasa. Kupang. Siakap stim. Fresh orange. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Aku pulak yang lapar. Hahaha.. Yang penting fresh weyhh,

Hari nak menginjak malam. Jadi, apa yang ada kat Kuala Selangor?? Kelip-kelip!!

Muka kelakor je aku rasa
Whole family 
Ini lah tempatnya kelip-kelip Kampung Kuantan. Jangan tanya mana gambar kelip-kelip sebab memang tak nampak lah dalam kamera kan. Memang gelap betul. Tapi, cantik sangat. Kekuasaan Allah kan. Indah. 

Sebenanrnya, masa pergi tengok kelip-kelip tu aku takut jugak. Pertama, takut buaya. Sebab air yang tenang jangan disangka takda buaya. Kedua, ular. Sebab kelip-kelip suka duduk kat pokok (aku lupa dah nama dia), gelap pastu tak nampak apa kan. Jadi, imaginasi tu tinggi.

Keseluruhannya, seronok sangat. Tengok kelip-kelip tu aku lah beria siap cakap, 

"Walau macam mana pun atil tetap nak pergi situ." Hey, cakap adik manja semua ikut kan.Hahaha. Ok, itu aku tipu.


Tapi, keseronokan itu bila mana kau tahu kau masih ada keluarga. =)


*bila kak sulung cakap mak ayah dah kahwin 40 tahun, dia tersedar, "Along dah tua lah."

7 comments:

Chic Na said...

betul tu.. rezeki mestilah dikongsi bersama.. seronoknya gather2 dgn family.. tak pernah pegi tgk kelip2 tu.. pernah merancang tapi tak jadi.. takde jodoh ngan kelip2.. hahaha..

reenapple said...

huwargh.. sweetnya family kau. :D


jadinya kakak sulung kau usia 40 thn la? Ehhh

Cik Nur™ said...

bestnyaaaa..!!

bila kita kongsi rezeki kita dengan yg lain2..bertmabah2 murah rezeki kita lepas tu..
insyaAllah..!

atil..!!!

Detective Fiqa said...

wahhhh :D
df pun tahun lepas buat suprise for my mum and my dad. hee
walaupun pakai duit penyara jepun. tapi fuhh. haha
seronokkan kak ? :D
yeahh sy tau memang sgt seronok

Yana Libra said...

wah..bestnye..sweet sangat..hehe :)

Kira Sakura said...

akak pulak rasa bahagia tengok gambar tue :)

betul, bahagia bila dengan keluarga kita nie. segala penat, resah gelisah semua hilang

aryan azra said...

rezeki yg ada dikongsi bersama keluarga mestilah berkat... wah bestnyer jln2,sedap gak makan kat situ,akak pernah pergi sekali je