dewan rakyat

Thursday, January 2, 2014

lump sum...

Bismillahirrahmanirrahim....

Setelah bergolek, terlentang dengan lamanya atas katil baru lah ada mood nak amik laptop, switch on dan cepat-cepat bukak blogspot sebelum mood rajin hilang. Padahal seharian kat tempat keja punyalah macam-macam idea datang. Konon-konon time rehat nak bw. Tapi haram aku tak buat. Macam tulah setiap hari. Mujur harini kecekalan yang amat sangat aku nak menaip jugak. Nanti lupa pulak benda yang nak cerita. Mana tau suatu hari nanti, nak kenang-kenang balik tapi dah tak ingat. Acaner tu??

Semalam tahun baru dan nasiblah aku cuti. Kalau kerja, aku meraung tak puas hati dalam hati macam biasa. Bila cuti dan konon-kononnya nak menenangkan fikiran ajak bawang ungu jenjalan. Tapi sebenarnya aku taknak cerita pasal tu pun. =P

Disebabkan tahun masihi, 2013 dah abis. Aku nak citer pe yang jadi tahun lepas. Paham-pahamlah 2013 tahun pemalas yang amat update blog. Banyak benda aku tak citer kan. Banyak benda aku lupa jugak sebab aku tak tulis kat mana-mana pun. Selamat ada gambar kalau tak memang tak ingat lah apa yang berlaku.

Kerja

First job ever. Kerja pertama aku seumur hidup yang bergaji dengan orang. Ok, dengan kata lain makan gaji. Setakat ni yelah aku bertahan, walaupun hakikatnya dah tak larat. Taklah kena teruk ke apa tapi ada sebab tersendiri. Nanti lah aku citer sal ni yea.. Insyaallah..........

Kahwin

Barulah aku dapat pergi kenduri kawin kengkawan. Mula-mula kawan matrik. Pastu kawan baik masa matrik. Pastu kawan sekolah. Kebanyakannya kawan yang betul-betul kawan baik aku sebab aku kerja hari sabtu. Kebetulan kenduri banyak hari sabtu. Jadi, terpaksa pilih kawan yang mana wajar aku amik cuti. Cuti aku sikit giler untuk aku mintak selalu. Kenalah kedekut sikit kan. Oh, lepas tu ofismate pun ada kawin jugak.. Tahniah yea korang!!

Yang paling penting kakak aku dah kawin. Gembira tapi sedih sebab dia lah orang yang paling aku susahkan daripada adik-beradik lain. Kakak yang paling kuat aku menyuruh, kuat teman kan ke hulu ke hilir. Sedih wooo macam hilang tempat bergantung. Selamat abang ipar selalu outstation, dapat jugak aku curi dia.. Hahaha..

Bloggers

Dalam pada aku jarang update, jarang blogwalking tapi aku berjaya jumpa blogger tahun ni. Mula-mula misz domu yang macam mana entah boleh terserempak dekat i-city (gambar misz domu je yg da snap). Pastu jumpa blogger sekampung. Ok, kay-are ni ada datang kenduri kak aku tapi aku busy dan tak perasan pun dia. Jadi, lepas tu kami jumpa lagi ditemani anak sedare aku (lagilah takda gambar sebab aku lebih layankan anak sedare aku). Yang terakhir, kakak mamaaryan. Haritu dia bersalin dan berpantang kat rumah dia. Kebetulan, dekat je dengan rumah aku. Aku pergilah melawat (takda gambar jugak sebab baby tengah menyusu).

Unexpected journey

Tajuk bajet movie the hobbit. Hang out dengan kengkawan adalah ohsem. Siapa lagi kalau bukan bawang ungu dan safi rania. Mula-mula ada jalan pergi i-city ikut suka hati. Pastu ikut suka pergi Bukit Tinggi, Pahang. Ikut suka hati jugak semalam merayau dengan bawang ungu pergi putrajaya padahal tak tahu langsung nak pergi mana (ok ini tahun 2014 punya).

Yang penting untuk permulaan 2013 haritu aku pergi Padang, Indonesia dan semestinya Bukittinggi, Indonesia juga. Ini memang ohsem giler..

Shopping

Ok, malas nak cakap. Membazir beli benda entah pape.. 

Cinta hati

Ok, part ni mesti ramai nak tahu kan. Aku ada pakwe baru. Nama dia merah dan sekarang muka dia dah crack dan perlu dibedah segera. Dia antar aku pergi kerja dan amik aku balik umah. Fine, aku kena cari duit untuk operation dia ni. Aku sayang dia sangat-sangat walaupun dia cuma............... (siapa tahu isi lah sendiri)


Azam tahun baru?? Aku sentiasa ada azam tak kira tahun baru ke tak. Azam jangka pendek atau jangka panjang. Azam untuk sebulan, setahun atau bertahun-tahun. Yang pasti azam untuk setahun lepas agak berjaya dilaksanakan. Tahun ini pun mintak dipermudahkan. Korang pun sama ye.. Dan pada yang aku tak bw lagi. Aku akan usahakan sesungguh hati ni. Insyaallah.. =)

*maaf tak letak langsung link. Giler pemalas.. 

9 comments:

Hanamiko Sakura said...

ahak ! tau dah saper pakwe dia tu. mesti lah kereta. right ?

Chic Na said...

ni memang lump sump habis ni.. syabas atil..

ingat, tak lama lagi atil kena keja 24/7 cover staff2 on maternity.. hahah.. and paling penting sila datang jumpa kak na.. ^_^

mama aryan said...

tu la dgn atil dah 2 kali jumpa..senang2 datang la rumah lagi,hari tu air pun tak sempat hidang.kali ni nak dtg bagitau..bole la akak masak...hahaha bajet sgt nak masak pada hal tak pandai masak pon

Detective Fiqa said...

hahaha =.=

Cik Nur™ said...

bila baca part hilang tempat bgantung sbb kakak kawin tu, rasanya mcm tahu bagaimana rasa itu..huhuh...

dann...kenapa ehhh en.merah boleh crak..? sayang betul..!

TiranaAduka said...

salam hani
Leh cam tu pulak..hehe lump sum je.
Maaf lama ta tak dtg sini. Ke bizian melanda
Pekabar hani?

Chipsmore said...

Slamat tahun baru sis :D best tak kerja? hehe.. smoga dipermudahkan segala urusan, smoga azam berjaya dilaksanakan.. :)

kay_are said...

Member sekampung tu mesti baik kan.. =P gambar gambar tak payah.. lol.. hmm.. nape mesti merah? bak gambar sekeping!

Kira Sakura said...

pakwe baru tue samada kereta atau motor