dewan rakyat

Thursday, January 24, 2013

Dua minggu..

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Maulidur Rasul semua. Banyakkanlah selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad (peringatan untuk diri sendiri). Hari ni aku cuti. Oh yeah!! Selamat aku bukan bawah production department, kalau tak, sah-sah aku kerja kan. Selama 2 minggu aku kerja, aku guna kereta kancil kak sulung aku. Masa interview pun dengan confident aku jawab nanti guna kereta kak aku padahal aku tak pernah tanya pun. =P

Tapi, mungkin aku ganas sangat guna kereta tu ataupun aku ni mang teruk kalau guna kereta. 

Kejadian Pertama,

Masa first day kerja, aku drive kereta sorang-sorang tapi mak dan ayah aku ikut belakang takut aku sesat. Yelah, mana pernah aku drive dalam bandar dan tempat banyak lori macam gitu. Kereta kancil tu pulak berembun tak beratap, jadi pagi tu memang kabur lah kereta. Walaupun aku dah lap, masih lagi samar-samar je nampak. 

Mungkin sudah suratan, masa kat traffic light aku nak belok kanan. Aku depan sekali. Masa tu depan sekolah pulak tuh. Sah-sah sesak kan pagi-pagi. Bila hijau, aku tunggu lah motor habis jalan semua. Aku ingatkan dah habis, jadi aku jalan lah. Entah macam mana ada motor dari belakang laju je meluncur depan kereta aku buat U-turn. Dan apa lagi. Aku langgar lah montot motor dia. Budak sekolah perempuan pulak tuh. 

Tapi, taklah sampai jatuh motor tu, masih elok dan dia berlalu pergi sambil melemparkan pandangan tajam. Erkk.. Aku pun tak tahu nak buat macam mana, jalan jelah. Dengar bunyi something fishy je kat kereta tuh. Mak dan ayah aku jauh ke belakang kena block dengan kereta lain. Aku drive dan berenti bahu jalan, call mak aku. Aku tak kuar dari dalam kereta. Rupa-rupanya. mak ayah aku dah lepas nak masuk highway. 

Aku pun drive jelah walaupun rasa macam ada tak kena sangat dengan kereta tu. Bila nampak kereta mak ayah, dan macam ok je nak berenti aku pun berenti lah tepi highway. Turun je dari kereta, tengok-tengok. Abis bumper depan jatuh teruk. Lagi sikit nak cabut. Dah aku seret bermeter-meter jauhnya mang lagi teruklah. Tak tahu buat macam mana, ayah aku amik tali rafia ikat dan teruskan ke tempat kerja. Sampai tempat kerja tukar kereta dengan ayah aku. 

Dah macam karma, anak sedare aku petang tu kena langgar dengar motor. Erkk. Selamat luka sikit je dekat siku dia. 

Kejadian kedua,

Pagi tu, dengan happy aku pergi kerja. Entah apa yang fikir aku tak tahu. Sampai tempat kerja, aku keluar kereta dan dengan confident kunci kereta pakai tangan (kereta kunci manual kan). Lepas dah kunci, baru perasan, kunci kereta masih ada kat dalam. Sudah!!

Buat muka tak reti walaupun takda kunci spare dalam tangan aku terus punch card, pergi toilet buang yang patut (dah macam rutin harian pepagi sampai ofis), call kak aku. Kak aku kata nanti dia hantar tapi nada dia dalam mood tak puas hati. Jauh weyh, tempat kerja kak aku. Bertentangan arah.

Aku masuk lab, buat kerja macam biasa. Tak cerita pun kat siapa-siapa. Taknak lah jadi bahan ketawa pepagi tuh dengan ofis mate. Dah lama sikit, sambil buat kerja, baru aku cerita kat sorang dalam gelak-gelak. Lepas tu, baru cerita kat manager aku. Mang kena gelak lah. Walaupun dia cakap nanti minta tolong siapa-siapa bukak kan. 

Petang sikit baru kak aku sampai masih lagi dalam mood tak puas hati, tapi sebab sayang adik, hantarkan jugak kan. Manager aku yang tak tahu kak aku dah datang dengan seronok nya cakap,

"Ada orang tak boleh balik ni."

Aku sengih-sengih sambil tunjuk kunci spare yang aku dah dapat. =P

Kejadian ketiga,

Hari yang paling awal aku balik. Selalulanya, lambat sikit baru keluar. Tapi, kali ni dah siap kerja, terus amik beg punch card keluar. Kononnya nak sampai rumah awal. Tapi, masa tu jugak lah tak pernah-pernah aku balik highway kesas tu jammed. Rupa-rupanya ada accident. Macam biasa accident bukan lorong belah aku tapi belah sana, jammed nya mengalahkan tempat accident. Memang macam tu kan kita ni kat Malaysia.

Nak pergi isi minyak, sebelum balik kg, entah macam mana sebelum sampai stesen minyak tuh, aku dengar something bawah kereta. Dalam hati, takkan aku langgar apa-apa sampai bumper jatuh lagi. Aku paksa jugak kereta tu sampai pam minyak. Bila turun kereta, aku tengok tayar belah kiri dah kempis. Sabor jelahhh.

Macam biasa, buat macam takda pape berlaku, aku isi minyak penuh. Drive kereta kat parking isi angin. Senget sikit tak masuk parking betul sebab dah senget sebelah kereta tuh. Aku call kak aku. Pergi surau sebab tak asar lagi. Duduk depan kereta call bawang ungu dan safi rania saja menggedik nak cerita. Baru nak bukak mee goreng lunch tengahari tadi tak habis, kak aku sampai, suruh biar je kereta kat situ nanti abang ipar aku amik. Mujur lah pam minyak tu dekat dengan rumah.

Baru dua minggu aku bawa kereta tuh, tapi dah macam-macam jadi. Tapi, aku syukur mujur semua yang jadi mesti tempat aku ramai orang. Aku fikir sebab hari first day keja aku cakap kat parents takyah ikut, tapi dorang follow jugak. Syukurlah dorang ikut. Aku tertinggal kunci kereta masa dah sampai ofis. Kalau masa lain, entahlah. Tayar kereta pancit memang betul kat ramai orang. Lepas tu, dekat dengan rumah dah. Syukurlah. Allah tu mang perancang terbaik kan.

Mak pesan baca ni, mudah-mudahn kalau kita ditimpa musibah pun, mudah dapat pertolongan. 


Doa ni pengelak sihir jugak kan. Ada dalam Al-Mathurat juga. ^_^

Sunday, January 20, 2013

Dua M

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak akhir-akhir ni produktiviti entri blog aku makin menurun (ayat bukan main lagi kan), sebab kemalasan nak online dan bukak laptop membuatkan aku biarkan jelah malam-malam aku dengan tidur awal. Siang-siang dah tak boleh. Lagi-lagi aku kerja bukan ngadap komputer pun. Berlumur dengan minyak sesaja. Habis kuku-kuku aku hitam. Aishhh..

Yang mendoakan aku supaya sihat tu terima kasih lah. Sihat pun. Alhamdulillah. Masih lagi senang hati pergi kerja cuma sekarang sakit tekak sampai berubah suara. Hampeh punya anak sedare asyik gelakkan aku suara lain. 

Walaupun macam dah basi pasal percutian balik kampung yang tak berapa nak jadi kampung aku tuh, aku tetap nak cerita jugak. Bercerita kan memang hobi aku. Lagipun, manalah tahu nanti aku lupa macam mana. Baik aku cerita kat korang kan. kan. kan...

Aku cerita berdasarkan komen korang entri hari tu. Dua M. Minangkabau dan Makan. Ok tak macam tu?? 

Ingatkan negeri sembilan je ada orang minang

Banyaklah aku dapat komen macam ni. Ermm, asal orang minang negeri sembilan tu dari Indon lah. Memang kerajaan besar Minangkabau tu asalnya di sana. Lapangan terbang di Padang pun nama Bandar Udara Interanasional Minangkabau kalau tak silap. Pernah dengar lagu Ayam den Lapeh tak?? Ada sebut Pagar Ruyung kan. Situ istana besar dia. Istana Pagar Ruyung.  Tapi sekarang istana tu dah terbakar dan ganti dengan yang baru. Kalau nak diikutkan semua tempat yang ada dalam lagu tu aku pergi. Nak tahu kemana sila refer lirik lagu dia. Lagu tu pun asal sana yea. Sama macam orang jawa yang asal pun Indon kan. 


Istana Pagar Ruyung (aku takda dalam gambar)


Makanan di Padang mesti pedas dan sedap

Ini kena fikir masak-masak dulu baru jawab. =P Memang pedas tapi sedap lah. Masak lamak (kalau orang nogori, lomak kan) dia memang sedap lah kan. Tapi, yang tak tahan aku pergi rumah sedara aku tuh, habis semua lauk masak lemak nya. Ikan masak lemak, pucuk ubi masak lemak. Ada satu lauk je kot dia hidang sambal belut. Mahu terbakar perut aku. Pergi rumah sedara dekat bonjol hidang gulai tempoyak. Tiga rumah pergi, tiga2 hidang masakan sama. Aku syak dorang masak tempoyak tu belajar dari Malaysia pun sebab rata-rata sedara kat Bonjol tu merantau ke Malaysia kan. Lebih membuatkan aku senak perut makan ialah, setiap rumah aku pergi hidang nasi.

Rumah pertama sebab kami tidur rumah dia, pagi-pagi makan nasi dah. Rumah kedua singgah makan nasi lagi dan ikan masak tempoyak + ikan bakar fresh dari kolam belakang rumah (macam kebanyakan rumah ada kolam sendiri). Rumah ketiga pun sama. Tiga buah rumah kami pergi sebelum pukul 12 tengahari. Memang senak lah perut kan. Lagi-lagi jalan ke Bukit Tinggi tuh, membuatkan aku nak buang semua isi perut. Siapa suruh semua umah pergi tibai makan banyak.

Rumah Pertama. Malam. (pagi tak sempat snap)
Rumah Kedua
Rumah Ketiga (pesal semua makanan dekat aku)
Kalau di Padang mestilah ada Nasi Padang. Yang jenis hidang banyak-banyak tu. Menu wajib pucuk ubi. Pucuk ubi je free, yang lain kena sentuh sikit dah kena bayar. Jadi, jangan gatai-gatai pergi sentuh lauk yang taknak makan. Nak rasa Sate Padang tapi tak berkesempatan sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan. Jadinya, aku pernah makan Sate Padang yang ada kat Malaysia je lah. Pacel Lele dengan Pacel Ayam pun tak sempat makan. Tapi, merasa makan Pisang Kapit, Nasi Soto dan Lontong Janjang kot nama dia (ikut suka hati aku je eja).  Katanya dari isi dekat kulit lembu. Aku pun tak pasti. Kuih yang aku tak tahu nama.  Lepas tu sanjai ke sinjai atau nama biasa kerepek ubi tapi pelbagai perisa.

Pilih-pilih
Lontong yang tak reti eja nama nya
Nasi Soto yang tiada nasi dalam gambarnya.
Undefined
Kuih yang telah dilupai namanya
Minum pulak, makcik aku yang selalu pergi tuh tak habis-habis promote air Jus Apokat (Avocado) dan Jus Durian Belanda. Jus dia pekat gilerrr. Macam tak tambah air je. Untuk aku, minum sikit-sikit boleh lah. Tapi, nak habis kan segelas pun loya jugak sebab pekat sangat. Untuk orang suka jus macam tu ok kot. Mak dan makcik aku syok je minum. Jus Mangga pun sama je. Aku tanya da Jus Oren tak, pangkat anak sedara aku cakap ada Jus Jeruk je (limau kulit hijau tuh). Avacado murah kan kat sana. Tu yang semua nak minum. Aku sekali jelah order air tuh. Tekak tak dapat terima sangat. 

Jus Avocado
Cerita pasal makanan pun banyak kan. Nak sambung lain kalilah kalau rajin. Ke ada permintaan?? (ayat bajet). =P

Siapa entah mintak aku taruk gambar banyak-banyak. Amik lah buah tangan aku ni. Kira langsam sampai minggu depan. Lalalalala~~


*first day keja pun dah accident. Teruk--teruk  -_-'

Friday, January 11, 2013

Equator

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini aku rasa macam nak demam. Pening kepala sikit-sikit pun ada. Siap pesan 100+ lagi dengan ayah. Biasalah air ubat kalau rasa nak demam dan demam. Mohon agar Allah beri kesihatan pada diri ini. Dahlah nak kena medical check up isnin ni. Mohon korang pun doakan yea. Paksa ni. =)

Aku baca komen-komen semua dah nampak lah yang ada betul nya sikit-sikit. Tape, biar aku cakap je terus-terang. Kampung yang aku sebut-sebut tu di kawasan Padang, Indonesia. Lagi tepat namanya Bonjol dekat dengan Bukit Tinggi, Indonesia. Kiranya, aku berdarah minangkabau yang tak reti cakap minang.. =P

Sebab itulah bangunan tu rekaan dia macam minangkabau kan. Asli punya minangkabau. Bukan dari negeri sembilan tuh. Bangunan tu adalah muzium pasal Imam Bonjol (korang kenal ke?? aku kerturunan ke-7 weyh) terletak betul-betul di garisan Khatulistiwa.

nampak tak papan tanda tuh
Ini pertama kali aku jejak sini. Bukan aku je, mak dan ayah aku pun sama. Cuma makcik aku (kiri sekali dalam gambar) dah pernah datang. Itupun lama dulu. Kami ke sini sendiri. Selama ni aku bercuti luar negara tak pernah main redah tanpa ikut agensi pelancongan kecuali Thailand, Singapore dan Brunei sebab sempadan betul kan. Lagipun ini jugak pertama kali aku pergi Indon.

Aku pergi 5hb naik flight ke Padang. Kat sana, ada pangkat cucu sedare mak aku jemput. Terasa diri aku tua sebab pangkat anak sedare pun umur 40 tahun. Macam kenal lama kami mesra ja padahal semuanya pertama kali jumpa. Naik avanza, aku seat belakang. Pening pale weyh. Sikit lagi nak muntah. Jalan di situ. tahulah bengkang-bengkok macam ular kena palu. Belum lagi cara memandu yang dasyat aku rasa. Rasa nak luruh jantung. Huuuu~~

Cerita perjalanan, lain kali aku cerita. Nampak sangat tak ada mood nak bercerita kan. Heee~~ Sekurang-kurangnya aku jawab kan. ^_^

Bahasa negeri sembilan berbeza dengan bahasa minang. Dan aku rasa aku lagi pandai cakap belah ayah (bukan minang ei) daripada mak aku sebab kalau balik kampung ayah aku (dekat je dengan slim river) mesti cakap ni. Tapi, kalau minang?? Mak aku sendiri tak pandai. Apa daaa..

Benda yang paling ingat masa shopping yang aku lepas nak cakap,

"Bara ei seko." harap maaf bila tulis lain macam jadi nya. =P

*entri peluru yang lebat tu, habis semua tulis peluru jugak ganti hujan. Menghayati cerita betul korang ni yea.. 

Thursday, January 10, 2013

Balik kampung.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama tak bersiaran kekok rasanya. Bukan setakat blog je aku diam, semua jenis laman sosial aku senyap je. Kalau blog tu dah biasa ke tapi kalau fon pun aku buat senyap tak reti je menimbulkan kepelikan (ada ke perkataan ni) dalam kalangan kawan-kawan aku. Ada yang tercari-cari aku. Rasa seronok pulak bila hilangkan diri macam tu je kan. Menunjukkan ada yang ambil berat lah tu. ^_^

Aku balik kampung beberapa hari lepas. Aku ada cakap kat cik nur. Bila cik nur tanya kat mana. Aku ada jawab tapi dalam nada main-main padahal sebenarnya betul cik nur, kampung yang atil cakap tuh. Kampung yang tak pernah jejak. Nak diikutkan situlah tempat lahir arwah nenek dan atok aku. Mereka membesar pun kat situ. Dan susur-galur mak aku pun bermula dari sana.

Jadi, aku terputus hubungan sekejap dengan orang di sini buat beberapa hari sebab mahal ongkos nya. Lagi-lagi permergian aku, aku tak bagitahu sesiapa pun. Adalalah sorang dua aku bagitahu. Itupun ada yang call tapi aku tak sempat nak cakap, kredit habis macam tu je. Orang yang call, aku yang kena bayar. Erkkk... Yang hantar mesej tu aku diam jelah. Nak buat macam mana kan. 

Nak cerita dalam entri ni tapi lain kalilah. Balik sini pulak banyak hal nya. Hal yang menggembirakan aku. Heee~~

Nanti aku BW slow2 yea. Mintak maaf yang singgah. Aku memang kena kejar masa sekarang ni. =)

*aku dah dapat kerja. Syukur, alhamdulillah. Bergegas aku pergi interview semalam weyh. Penat.

** ini entri teaser. nak gedik kejap. =P


Sila teka dimana.. wee~~

Thursday, January 3, 2013

Peluru yang lebat.

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tengok langit, hujan lebat nih. Kaki dengan laju melangakah sambil memegang senjata pelindungan. Tapi, apa pasal senjata perlindungan aku ni macam tak dapat menampung perluru yang lebat jatuh ke bumi ni. Bergoyang-goyang dan tak kukuh. Lagi-lagi serangan angin yang kencang membuatkan langkah aku makin sukar. Mana nak tahan peluru, mana nak tahan daripada diri melayang.

Aku berjalan beriringan dengan bawang ungu ketika itu. Baru saja habis peperiksaan di dewan penyu menuju ke asrama. Sampai persimpangan antara kafe dan asrama bawang ungu meminta diri untuk membeli makanan tetapi aku meneruskan langkah ke asrama kerana sudah membeli bekalan.

Angin makin kuat, dengan berbaju kurung putih berbunga hijau kecil dan bertudung hijau, aku rasakan diri aku melayang. Lebih-lebih lagi tempias hujan makin membasahi diri. Membuatkan diri aku tidak selesa dengan pakaian sendiri dan mempercepatkan langkah. Lagi kuat pegangan aku pada senjata perlindungan yang makin tidah kukuh aku rasa. Al-maklumlah beli yang murah. Cepat je nak rosak.

Beberapa meter lagi nak sampai ke asrama entah macam mana, senjata perlidungan sudah bertukar arah. Membentuk cendawan terbalik separuh apabila batang nya di kepala, lengkuk nya separuh keluar. Apa lagi, peluru dengan laju melencunkan baju kurung putihku. Dalam hatiku,

"Sudah, dah lah ramai orang ni."

Semua mata yang sama-sama berkejaran dalam hujan memandang ku yang jalan bersendirian. Lelaki yang beramai-ramai di pondok wakaf berhampiran mula mengetawakan aku. Jelas di pendengaranku.

Aku yang sudah kebasahan dalam hujan sudah tidak pedulikan lagi hujan lebat terus berlari dengan laju nya ke bangunan asrama tanpa perlindungan. Lopak air habis dilanggar tidak aku pedulikan. Asalkan cepat sampai. Alang-alang dah basah. Mandi je hujan.

Sedang mendaki tangga ke bilik aku, aku disapa jiran bilik.

"Eh, atil ke tadi yang payung terbalik tu. Ingat kan siapa tadi," katanya yang melihat kejadian dari koridor tingkat atas

Aku hanya tersengih sambil dalam hati menyumpah-seranah payung yang makan tuan. Huh!

Masa ni tahun pertama aku di uni. Waktu duduk hostel lagi. Sepanjang duduk Terengganu berapa banyak dah aku beli payung. Semua tak tahan sebab angin kuat. Belum lagi yang aku patahkan, tersepit entah kat mana, insiden tak sengaja. Semua murah-murah. Itu yang jadi macam tu. Mungkin. Uni aku kat betul-betul tepi pantai. Kalau time hujan lebat-lebat macam ni, ombak kuat boleh dengar sampai asrama. Rasa macam ada badai je nak melanda.Sekarang dah ok kan pantai timur. Ikut cerita Emma uni dia teruk jugak kan kena. Tengok kat fb pun teruk jugak banjir kat uni aku. Syukur masa aku kat sana tak pernah merasa semua tu. Kalau tak, haru!! 

Alhamdulillah, sekarang semua beransur baik kan. ^_^

Google

    

Bajet sangat..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah beberapa kali mak pergi situ, dan dah berapa kali mak sibuk-sibuk suruh tengok dia. Berapa kali jugak mak aku cerita benda yang sama dan keterujaan nya. Dan berapa kali dah kami semua teruja jugak tengok mak dalam tuh. Lepas tu gelak-gelakkan mak sebab kononnya khusyuk sangat kan. 

Bila dengar nak pergi lagi, aku pun sama menggedik nak ikut. Aku kan memang tak tahu malu. Lagi-lagi kalau benda yang aku nak. Mak pun bagi nama aku, dan aku pergi jugak weyh. Lantaklah aku sorang je muda. Yang penting aku merasa.

Siapa-siapa yang ada twitter aku tahu kot. Lagi-lagi cik nur dan ejam, aku memang bising kat situ je bagitahu aku nak kemana sebab situ tak da orang sangat. Ikut suka hati aku nak luah apa kan. Rasa macam kanak-kanak riang je kat situ. =P

Tahu tak rancangan Tanyalah Ustazah dan Al-Kulliyyah tv9 dengan tv3. Aku pergi rakaman sana lah. Live lagi weyh. Rasa kelakar pun ada. Awal giler pergi padahal start lambat lagi. Memang rombongan cik kiah kami semua.

Rakaman tanyalah ustazah tu dekat Sri Pentas. Tahulah kalau Sri Pentas ni, ramai lah selebriti. artis semua kan. Kelakar aku tengok makcik-makcik ni, aku mestilah konon-kononnya behave. Tak da tunjuk muka excited pun. Padahal cuba kalau dengan kengkawan. Erkkk..

Aku masa tu jadi photographer yang setia. Tolong snap kan gambar semua. Kami pergi tu dalam 37 orang. Nampak seorang artis ni semua pakat serbu. Alih-alih semua kamera bagi kat aku. Aku takda pun masuk gambar eih. Lagipun memang tak rasa pun. Seronok kalau dengan orang lebih tua ni, dorang tak segan pun. Jadi, macam lagi meriah lah bila bergambar tu.

Blogger sekampung takyah angkat kening nampak mak sendiri
AG dan Bienda
Sebelum ramai yang datang
Ceruk pun jadi
Mak tersepit. Masa ni serabut!!
Masa Ally Isakandar tu, aku mula-mula nampak. Tapi, aku buat tak tahu je. Dia senyum, aku pun senyum. Bajet dah lama kenal kan. Mestilah, aku pergi kenduri kahwin dia yea. (itupun sebab adik dia junior aku. muahaha).. Entah-entah dia mang kenal aku?? Ok, aku perasan..

Waktu tengah rakaman tu, ada telefon bunyilah, apa lah. Muka tidur pun dapat tangkap tu yang tak tahan. keluar tv muka tidur. Bukan aku. Harap maklum. Walaupun dah cakap awal-awal silent kan fon takpun off terus masih lagi berbunyi. Biasalah kan.

Masa dah habis rakaman tuh, aku nampak Kamal Adli dengan Miera Liyana kot nama dia. Tapi, apakan daya, makcik-makcik tu tak kenal dorang. Maka, tak da lah mereka mengejar nya. Hahaha.. Tak hensem betul tengok kamal dengan jambang nya. Hmmm...

Untuk Al-Kulliyyah, kami pergi Bukit Jalil, tapak jom heboh tuh. Masa Al- Kulliyyah ni ramai sikit. Sebab ada kumpulan lain dari beberapa tempat. Lagi meriah kat situ kan. Ada pencarian Daie sekali. Dia review je performance peserta minggu-minggu lepas.  

Kan kalau orang nak shooting, mesti nyala lampu. Lampu tu memang terang lah. Ada makcik ni suruh tutup lampu tu sebab dia sakit mata. Penerbit tu gelak jelah. Dia kata,

"Makcik nak pakai cermin mata hitam ke?" Erkkk...


Dengan Ustaz Fauzi je aku amik gambar sekali bila orang tak ramai. Nampak macam rapat je gambar tu. Tapi, aku dah jarakkan diri ke belakang sebenarnya.

Bajet macam artis satu hari dua kali shooting. Live lagi. =P

Bajet..



Tuesday, January 1, 2013

Fakta lah sangat kan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni mencatat sejarah bila aku buat dua entri satu hari. Sebab nak tutup entri membebel tadi. Biasalah, kat rumah ada mak dan ayah je. Aku ni jarang dapat call mahupun nak call orang. Mesej orang pun malas. Dengan itu, dah lama sangat aku tak membebel depan-depan dengan kengkawan. =P

Hari tu kena tag dengan inche hlovate untuk "25 facts random about me". Lama sangat dah rasa tak buat benda kena tag ni. Sori lah yang tag tapi aku tak layan pun kan. Adoi, ampun!! Aku ni suka bercerita daripada join benda-benda cam ini. Tapi yang ni kira macam ok dan senang, meh aku cerita apa yang fakta sangat pasal aku kan.

1. Nama dekat link tu memang nama aku. Nama penuh dalam ic mahupun apa saja borang mahupun maklumat aku isi memang macam tu.

2. Tak berapa suka orang panggil Hani sebab berkongsi nama dengan adik-beradik lain. Tapi, kalau memang dah panggil tu, please continue. Itu nama rasmi aku. Cewahh. *edited

3. Aku adik dalam keluarga tapi tak bermakna family aku paggil adik. Ewww..

4. Peminta tegar warna biru. Tengok blog lah.

5. Bukan pecinta pink tapi tak bermakna takda barang pink.

6. Kalau lapar sangat aku boleh jadi incredible hulk

7. Cepat naik angin tapi cepat cool bila minum cool blog

8. Cepat blurr, sangat blurr, muka pun blurr. Hidup aku memang blurr.

9. Fobia dengan call. Menggeletar jawab call dan buat call. Sampai sejuk tangan ni weyh.

10. Taklah peramah sangat dengan orang tak kenal

11. Tapi kalau dah kenal, of course tak boleh berenti cakap.

12. Aku boleh makan laksa hari-hari.

13. Selalu jadi orang yang menunggu dari penunggu. Eh2.

14. Susah nak menangis, tapi bila kena marah dengan mak senang lah pulak kan.

15. Seorang yang paling banyak kena lipat kain walaupun dimana saja aku tinggal.

16. Ada sekotak yang dipenuhi tudung tapi tak yang pakai sikit je.

17. Aku bukan penggemar fesyen sangat. Apa yang senang dipakai aku rembat saja.

18. Kecik-kecik aku ni pendek dan dah biasa dipanggil katik.

19. Orang kata mata aku besar tapi aku tengok normal je.

20. Boleh bawak motor sampai gear dua je

21. Aku rasa ada cacing dalam perut aku. Ok, ni tipu.

22. Aku rasa masa aku bebudak aku ni comel. Muahaha..

23. Garang bila cakap dengan orang.

24. Mulut boleh jadi puaka bila tak tahan sangat.

25. Sweet tentang aku ialah aku senang minta maaf walaupun kadang-kadang bukan salah aku.

Dah 25 yea. Macam nak tulis lagi. Nak tambah boleh?? Hahaha..

Kena tag orang ei. Aku tag sesiapa nak buat yea. Sila-sila. Malas pulak nak tag ni. Ok. Aku memang pemalas pun.

p/s:: semangat cikna baca first entri aku. Padahal aku tak ingat apa yang aku tulis. Malu nak tengok. haha.,,

Percayalah, ini aku
*edited pasal nama hani tu. kang semua mogok taknak panggil hani pulak. susah nanti. =P

Membebel di permulaan 2013

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dah masuk 2013 ei. Aku nak buat entri semalam tapi biasalah bila ngadap laptop ni buka macam-macam. Jadi, kuburkan saja impian nak buat entri terakhir tahun 2012 kononnya. Takpa, buat entri permulaan 2013 pun boleh kan walaupun aku tak tahu nak tulis apa. 

Bukak facebook, twitter sibuk dengan azam baru. Malam tadi pun, lepas pukul 12 malam tengok dashboard berderet entri pasal tahun 2013 kan. Aku tak tahu azam apa aku tahun ni Azam jangka panjang memang adalah. Tapi, azam jangka pendek entah macam tak da.

Lepas tu, aku tahu kalau budak uni sibuk nak exam dah kan. Dah mula pun sesetengah uni exam nya. Aku ucapkan all the best lah untuk semua. Yang sekolah pun dah tak sabar nak masuk sekolah tu. Tengok dekat wall facebook junior sekolah tu sibuk updated status balik asrama nya (aku pun pelik apa pasal ramai sangat junior jadi freinds aku). Takpe, lepas ni tak ada nya online kan. Dah masuk asrama. Duduk lah kat sekolah tu diam-diam. Yang kerja teruskan bekerja. Yang kerja hari ni pun selamat bekerja yea.

Kereta rosak. Kereta mak dan ayah aku lah. Rumah ni ada satu je kereta dan itulah satu-satunya pengangkutan kami. Ada motor kak aku yang dia tinggal tapi tak ada siapa pun guna. Dengan itu, aku, mak dan ayah duduk diam-diam dalam rumah. Lagi-lagi ayah cari pomen tadi takda. Tutup semuanya. Confirm lepas ni kalau kereta tu dah elok, tak berani dah nak drive sensorang. Nanti kalau mati tengah jalan, tak pasal-pasal je aku makan pop corn sambil tunggu orang datang macam mama aryan. Betul kan kak.. hee~~

Tiba-tiba teringat kejadian yang sama berlaku masa kat rumah sewa dulu. Kereta bawang ungu rosak. Kami bertiga duduk saja dalam rumah sebab tak ada transport. Hujan pulak tuh. Waktu macam ni lah. Musim hujan. Sampaikan nak makan pun tak tahu nak makan apa sebab semua stok dah abis. Mujur telur ayam ada tinggal berapa bijik. Kalau tak, ada yang jadi tentu arah sebab tak dapat makan. =P

Rasanya, 1 Januari 2012 lah aku buat entri terbaru untuk tahun baru selepas aku buang semua entri lama. Aku tinggalkan kenangan lama mulakan hidup baru di blog dan mula blog walking sana-sini. Kalau tak, aku senyap je. Bila aku mula-mula blog, aku pun tak tahu. First entri je aku tak buang. Ada kot tarikh kat situ. 

Erkk, tengok dari awal perenggan sampai sini. Aku pun musykil apa yang aku bebel sebenarnya.

p/s:: teringat shirah call pagi haritu. dan aku sebenarnya mamai angkat call dia. Dengar suara kiter macam orang bangun tidur tak?? Kantoi, aku bangun lambat kan.. Lalalala~~