dewan rakyat

Monday, July 15, 2013

Spontan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kadang-kadang kita akan jawab secara spontan atau dengan kata lain kata-kata yang lebih jujur. Aku?? Bercakap spontan bila aku rasa bengang dan tak tahan sangat. =P

Situasi 1

Kerja aku ada kena mengena dengan lori. Jadi, nak tak nak, lambat lori sampai maka lambatlah aku balik. Hari tu, lori sampai lambat. Aku pun memaksa diri untuk tunggu dan test quality. Bila dah siap kena panggil lori masuk. Tapi, bila aku keluar aku tak jadi nak jerit sebab malu pulak tetiba ramai pekerja bahagian kilang kat depan. Aku masuk ofis balik. Akak ni merangkap bos kecik aku tanyalah aku sambil gelak-gelak,

"Dzatil, mana lori nya tak masuk-masuk. Eh2, tu driver nya baru keluar toilet ko panggil sapa ni lah Dzatil?? Hahaha.."

Bukan stakat dia sorang gelakkan aku, Yang ada dalam ofis pun sama gelak kononnya aku panggil lori kosong. Aku banyak kali lah cakap,

"Saya tak panggil lagi lah kak." Tapi, dipandang sepi je alasan aku. Aku geram, last-last aku jawab.

"Dah akak suruh saya panggil lori, saya panggil lah lori kan." Selamba jer...


Situasi 2

Dalam sibuk buat kerja sambil sembang-sembang kosong dengan sorang staf ni (padahal aku malas nak sembang), dia cakap,

"Dzatil, kalau gaji kita beribu-ribu takpelah jugak kan."

"Iya, tapi banyaklah tanggungjawab nya. Tengok macam akak tuh (manager aku)."

"Alah, pandai-pandailah nanti."

Aku malas nak layan dan bengang sebab banyak kali dia macam ni. Kerja ngelat.

"Kalau tak berkat tak guna jugak kan." Selamba jer.. Dan dia terdiam terus.

Untuk seketika aku hilang dari dunia blog sebab charger laptop rosak. Nak beli baru masa tulah bajet nan hado. Nak pinjam kakak punya charger, dia pakai notebook. Pinjam notebook dia nak update dan bw, tetiba je notebook dia blank. Pffft.. Eh, tak terlambat lagi kan aku nak ucap Selamat Berpuasa semua!!!!!! Moga Ramadhan kali ni lebih diberkati.. =)


11 comments:

Chic Na said...

super spontan.. hehe..

Salam Ramadhan juga atil.. ;)

Zaza said...

mmg kdg mcm tu juga..selamat berpuasa zatil =)

Cik Nur™ said...

jawapan spontan selalunya boleh buat org terkedukan..
heheh

boni kacak said...

saya suka jawapan2 spontan tu..hehehe

lepas ni rajin2 update tau

mama aryan said...

salam ramadhan atil...

baru muncul, lama akak tunggu,ingat atil pegi mana la hehehe..

kiera'sakura said...

nie mesti kes lepas geram yang diperam nie kan. patut la lama menyepo, ingtkan terkurung lagi (merujuk pada entry sebelum nie) hihihi :p

Domu-kon said...

kelakar la jwpn atil..tapi setngah org kena jawb cmtu.. susah nak faham if xdirect answer,,

Cik Aini said...

kekekeeke
ala2 bengang je kan jwb pnggil lori.hehehe
selamat berpuasa Atil :)

shar90 said...

yg 1st tu lawak... kesian org xcaye... hehehe xP

kay_are said...

ko keje bahagian logistic ke related ngan lori? ke bahagian inspection tak pun quality kot? betul2.. besar gaji besar tanggungjawabnye.

Clive Einstein said...

halu halu...dimanakah kamu? heheh :)