dewan rakyat

Friday, June 7, 2013

Once again.. Terkurung

Bismillahirrahmanirrahim..

Ingat tak lagi aku pernah cerita dulu pasal aku terkurung dalam toilet masa sekolah?? Apa?? Korang tak ingat?? Mentang-mentang aku makin senyap je.. Ish2.. Takpa. Aku cerita bab lain pasal terkurung dalam toilet ni.

Masa tu aku konon-kononnya pergi melancong dengan mak aku ke suatu tempat yang asing (tahun 2010 rasanya). Tapi bukan planet lain pulak. Tempat je lain. Alkisahnya, macam biasa aku ni kan muka toilet. Semua tempat yang aku singgah mesti pergi toilet. Nak terbuang itu lah, ini lah. Rasa tak sedap lah. So, jangan risau kalau di tempat baru korang dengan aku mesti awal-awal aku boleh tunjuk mana toilet.

Jadi, masa tu aku nak pergi toilet. Mak aku tunggu kat luar. Yelah mana tahu nanti tak pasal-pasal ahli rombongan tinggalkan kami. Macam tolong cover line lah. Aku dengan confident melangkah masuk ke dalam kamar kecik tuh. Dah abis semua nak bukak pintu tak boleh. Tresekat kunci dia. Aku cuba lagi. Tak boleh jugak. Cuba lagi. Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh.

Sudah....

Nak telefon mak, mak memang tak bawak fon. Mengharapkan aku je yang bawak. Dahlah tempat orang. Aku dah menggelabah. Mulalah, aku menjerit dari dalam tuh,

"Anybody there???" macam betul-betul je aku jerit ayat ni. (aku lupa sebenarnya apa yang aku cakap)

Ada lah orang menyahut daripada luar. Aku cakap lah aku dan tersekat kat situ. Kunci tak boleh bukak. Entah apa-apa lagi aku bebel. Aku dengar daripada dalam macam dah kecoh je kat luar. Pintu toilet tu pun dah bergoyang-goyang.

Entah macam mana terbukak pintu tu. Aku keluar dengan muka selamba padahal macam dah nak menangis. Tengok ramai dah kat situ. Yang tolong bukak cleaner. Tapi, yang tolong hulurkan bantuan dan menyahut panggilan aku ni ada makcik ni. Dan dia cakap,

"Orang Malaysia jugak rupanya." Aku pun sengih je. Kalau tau sama-sama melayu takyah susah-susah aku nak speaking.

Lepas tu, aku keluar mak aku tanya.

"Kenapa lama??" sengih lama macam kerang busuk dan bercerita dengan panjang lebarnya. Memang kami dah tak berpisah lepas tuh.. Takkan terpisah. Acecece..

Haritu, ada akak ni terkurung dalam toilet di ofis. Datang akak lagi sorang selamatkan nya dengan tendang pintu sampai terbelah dua. Jadi, pintu kotak lah pintu toilet kami selama beberapa hari. Nak berak tertahan-tahan takut terlepas gasnya. Epik sangat.

21 comments:

Cik Nur™ said...

hahahah..sori NUr ketawa pulak baca entry ni...

bukan apa dapat bygkan muka mkcik yg ckp "melayu rupanya" hahahaha..

tentu dia duk tbaygkan perempuan mat saleh tperangkap dalam tu..hahaha..

atil2..sabo je la...

err..pintu tu, yg tentang tu perempuan kan.? mmg powerlah sampai tbelah dua, tapi kalau dapat kat Nur, tak nampak rupa intu dah kot klau nur tendang..hahaha

Chipsmore said...

Hehehhe.. x abis2 terkurung dlm tandas.. :P err, xleh gelak lebih2, nt sy tkna plk.. kui3...pasnih kna tgk dlu pintu tndas tu cmna.. kalo ok, baru kunci, kalo x, tutup jer..hehe

mama aryan said...

salam atil...atil sihat?

hahaha...banyak betul kenangan atil dgn tandas ye.

inche hlovate said...

hahah sadis betul..smpai terkurung dalm toilet..

bila tengok pintu toilet ofis tu lagi sadis..sumpah tak terkeluar hajat den haha

Domu-kon said...

sape yang anonymous nie...?


apa pun atil..sangat kuat yer akak tu tendang..guru karate ke..hehehe..

lastly..atil n tandas xdpt dipisahkan..hehehe

Hijab Valley said...

Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Banyak tudung dan shawl2 yang menarik dari HV collection.Jangan lupa follow juga ye.. =)

Terima kasih
http://hijab-valley.blogspot.com

kay_are said...

aku rase toilet suke kat ko so memang toilet tu kalau boleh nak ko dok dalam tu lame2 =P

p/s aku takde kredit nak reply mesej ko.. tambah kat umah memang nset tolak tepi.. sekian..

kiera'sakura said...

nasib baik la ade jugak orang dalam toilet tue. cuba bayang kalau terkurung dah dekat nak tutup mall tue lepas tue takde sape dah kat dalam toilet. mau ada yang jadi kuat panjat toilet tue nanti hihihi

En. Nasrudin said...

pernah jugak terkunci ...dalam toilet .. dah la malam sorang pulak tu.. toilet kafe..kat kampus.. rele panjat dinding toilet.. keluar ikot toilet sbelah .. siap luka lagi lengan kesan memanjat...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hehe.. terkurung dalam toilet ye cik kak...

widiea azira said...

tandas berantu kot haha

Chic Na said...

kahkahkah.. lawak la cerita terkurung ni. paling tak tahan pintu terbelah dua. bahaya tu kalau nak membuang. kekeke..

Clive Einstein said...

haha
memang xde naseb la sampai terkurung kat dalam jamban...bayangkan kalau pintu tu memang xleh bukak.pastu malam pulak..xde org...wooooo.... >_<

hehehe

Ain Norainsyah said...

dalam toilet takpe lagi. ain terkurung dalam lif. cuba contact sesape takde line. sampai lastly rasa dah kurang oksigen dalam tu. berdoa dan mengucap jelah. nasib baik ada jugak line fon lastly walaupun macam chipsmore. hehe... :)

.::: Princess MOMOY :::. said...

fuh. dasyatnya . power puff girl ka itu sampai terbelah dua. haha...

boni kacak said...

hahahaha.. mesti kelakar kan situasi tu..hehehe

shar90 said...

kejamnyee tandas... ehee xD
pastu turn tandas plak dikejami... muehee xD

peach said...

love your blog! keep up the great work!! xx peach

momomoworld.blogspot.com
or
justalittlekitten.blogspot.com.au

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

haha..lucu..pngalaman tuh;-) lama xjenguk blog ni..br ada line n masa nk blogwalking..slmt brpuasa hani;-)

Cendol said...

hahahaha agaknya atil memang tak bernasib baiklah dgn jamban..haha ada krisis eh korangg??haha.tak baik tau jamban buat atil macam ni.NO! NO! NO!

hahaha kelakar entri ni..cendol pun penah jugak terkunci dlm jamban tp takdelah selaluu :P

zulhilmi tempoyak said...

kahkahkahkahkah...

ni bla nk hapdate lg ni..haha