dewan rakyat

Sunday, April 14, 2013

Mereka berdua...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ayah seorang pendiam dan banyak cakap bila mula becerita. Kecik-kecik dulu, sebelum aku tidur mesti ayah akan ceritakan kisah-kisah nabi, ajar aku surah-surah pendek, cerita sang kancil takpun bacakan buku cerita. Ada jugak kadang-kadang ceritakan zaman kakak-kakak dan abang aku masa dorang kecik. Bergantunglah benda apa yang aku suruh ayah cerita. Kalau baring depan tv masa tu ayah akan mendepangkan lengan dia. Aku dan kakak aku mulalah berebut-rebut nak baring. Kadang-kadang mak pun nyibuk sama.

Sekarang ayah tetap sama cuma dia buat pada cucu-cucu nya pulak. Suka pulak tengok cucu-cucunya bercakap,

"Atok, atok nak dengar atok cerita ni pulak," sambil menghulurkan buku cerita. Kadang-kadang ada jugak yang cakap,

"Atok, atok dan baring kat atok." Masa tu mengimbau giler kenangan lalu. 

Ayah seorang yang penyayang walaupun biasalah seorang ayah tak tunjuk yang dia sayang. Setiap kali kami berpisah nak balik rumah masing-masing. Ayah akan peluk kami dan cium kepala kami. Sampai bergegar lah kepala dibuatnya. Bukan kami adik-beradik je menantu pun sama dia buat. Lagi buat aku terharu ialah setiap kali jumpa adik-adik perempuan ayah (mak-mak sedara aku) ayah akan buat macam tu. Nampaknya sayang seorang abang kepada adik-adik. ^_^

Hari tu, aku hanta wish nite kat ayah, ayah reply cenggini,

Mohon maaf blurr.. =)
Emak pulak seorang yang mesra, banyak cakap dan akan jadi pendiam kalau merajuk. Aku suka cari gaduh dengan sampai mak akan merajuk. Dan mulalah adegan sesi memujuk lepas tu. Nak buat macam mana aku ni bukan anak yang mendengar kata sangat. Erkkk..

Jangan bercerita masalah atau mengadu dengan mak sebab dia akan berusaha untuk masuk dalam masalah tu. Nama pun mak kan. Kadang-kadang bukan masalah pun tapi dia akan berusaha jugak nak memenuhi. Contoh, hari tu aku praktikal di ladang tanaman koko. Dan mak tanpa disuruh selongkar almari fail dia semata-mata nak cari buku pasal koko. Masa final year, aku cerita pasal projek aku. Dan mak selongkar lagi untuk cari nota dia. Oh, mak!! Ada sekali tu aku saja cerita kat mak,

"Mak, dinner nanti atil kena cari aksesori yang ada bintang." Pastu, dapat call daripada mak,

"Atil, mak tak jumpa lah. Mak dah pusing-pusing kedai area sini tak da pun."

Tujuan sebenar aku nak bercerita je tak sangka pulak mak cari. Belum lagi pasal hal besar kan. Hal masuk asrama, hal belajar, hal kerja banyak mak yang uruskan. Bukan aku je tapi semua adik-beradik. Semua benda dia nak uruskan. Kakak aku nak kahwin ni pun semuanya dia nak uruskan walapun kakak aku kata tak pe dia boleh buat. Tapi mak aku cakap,

"Dulu masa along dengan angah mak susah-susah buat. Masa kakchik pun mak kena buatlah jugak. Baru adil." Dulu lain mak.  @_@ 

Dan jangan bagi harapan dekat mak. Masa aku nak beli handset untuk dia aritu, dia tolak mentah-mentah sebab kononnya dulu-kala kami pernah belikan dia handset kena curik jugak. Tapi, dalam masa bersembang dalam beberapa minit kemudian,

"Kalau atil nak belikan mak fon baru jangan yang touch screen ke, slide ke mak tak pandai lah." Erkkk.. Nampak tak kat situ?? Heee~~  Belum lagi dia ingat kereta apa aku nak beli dulu-dulu. Asyik ungkit je. Pengsan aku gini.

Dua-dua orang tu walaupun berlainan karektor tapi tetap mak dan ayah aku. Tetap menjadi satu dalam hati aku. Kadang-kadang aku selalu terfikir nak duduk-duduk jauh daripada mak dan ayah. Bukan sebab tak sayang cuma bila dekat-dekat mesti nak gaduh. Mungkin jugak dosa besar lawan mak dan ayah, masa tu jugak syaitan lagi syok kacau. Jadi, aku suka duduk jauh sikit sebab bila call rumah mesti aku tanya macam ni,

"Mak rindu atil tak?"
"Napa ayah tak sihat? Rindu atil ei?"

Dan untuk mak dan ayah HAPPY WEDDING ANNIVERSARY!!! Sayang mak dan ayah sangat-sangat!!

0104- birthday ayah
1304- wedding anniversary mak, ayah
3004- birtday mak
^_^

*nanti-nanti bagi mak dan ayah baca.. mesti terharu. tapi, nantilah. Tak pasal- pasal je nanti kan. Nantilah sangat. Ayah aku celik it k.. Erkkk..

27 comments:

Cik Nur™ said...

sweet entry ni...
dalam masa yg sama sebak pula baca..

betul atil, duduk sekali sgt besar cabarannya..berdosa thadap org tua tu, senang je boleh dapat tanpa sedar...

Nur kan degil..hahaha...

eh..nanti bglah mak ayah baca, kompem diorg terharulah..!

Cik Nur™ said...

lupa..selamat ulangtahun buat mak ayah atil..!

Cik Nur™ said...

rasa nak komen lagilah..boleh..?

happy belate birthday buat ayah atil..dannnn...akan dtg, happy birthday buat mak atil..!

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

So sweet! Ayah hani sgt2 pnyayang klu cmtu..beruntung tau sbb jarang ayah mcm tu..dan mak hani pun sungguh2 caring ngn ank dia..hepi anniversary!:-)

Chipsmore said...

alhamdulillah, dikurniakan ayah yg sporting, mak yg prihatin... Hehehe.. plus2 penyayang... :D

Chic Na said...

bertuah dapat ayah & mak yg sgt penyayang kan. kalau dok jauh mmg rasa lebih rapat kot. kalau tinggal sekali ada je yg buat tak puas hati. hihi..

banyak special day bulan 4 ni. ;)

TiranaAduka said...

salam atil
Beruntung mak ayah atil dpt atil yg amat menyayangi mereka ketat ketat.

shar90 said...

waaa... nak jd atok macam tu jgk r nanti... ehehehe xD

Zaza said...

beruntung atil..hepi anivesary utk mak ayah =)

reenapple said...

okeh... ini sweet. Mohon kirim salam kat mereka. =)

MizzTina said...

teringatkan abah akak pulak..rinduu arwah sangat²..

cweet pinky said...

CP antara anak yang tak pandai nak tunjuk sayang , huhuhu, tp CP sayang ...

mama aryan said...

salam atil...

selamat hari lahir dan selamat hari ulangtahun perkahwinan utk mak & ayah atil...

seronok baca entri ni..teringat kat arwah mak ngan ayah akak..

semoga mak & ayah atil terus pjg umur,murah rezeki & berbahagia selalu

Domu-kon said...

sweet giler entry nie..sweet giler..manis sangat..hehehe

iAmCekbolat said...

wah best tu . mak cakap kasi adil . haaa :)

kiera'sakura said...

sama mcm akak. duduk dkt asyik nak gaduh je. bila jauh mula la memasing rindu. hihi

inche hlovate said...

so sewittttt.. best plak entry ni..

eh eh..0404 buzday sya hihi

fiQ said...

huh..! entry ni buat aku nak blik kmpg.

Clive Einstein said...

hiiiiiiiiiiiiiiii cikkkk haniii!!!!
apa khabarrR???????????
lamaaa xjejak sini... :'(

Azlan Strider said...

wah..sweetnya..baca entry macam nie rasa rindu kat arwah parent makin kuat plak...hmmm :D

Regards
-Strider-

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

SO SWEET.....

TokeY said...

ong kedek kedek.... :).. best baca

Clive Einstein said...

ekhem ekhem.... :P

Cik Aini said...

so switt lah atil..
ni conpom terharu kalo depa baca ni.hehehe
bg je lah url blog ni snang skit nk pantau ank dara dia ni.hehehe

siapa pun mereka...mcm mn pun mereka..mereka ttp org2 penting dlm hidup kita..VVIP yg mbawa kita ke dunia ni..
syg mereka ketat2..

TiranaAduka said...

salam
Lawatan pg tirana aduka

TiranaAduka said...

berlabuh sejap di malam yg indah di sini.

kay_are said...

selamat hari ulang tahun yang aku rase dah lewat sangat nak wish.. aku repot kat mak ko, ko ngata die dalam ni.. =P