dewan rakyat

Sunday, March 24, 2013

Jimat..

Bismillahirrahmanirrahim..

Mula-mula sekali aku dah agak entri yang lepas mesti org ingat aku yang bertunang. Kalau aku betul-betul tunang aku takkan heboh punya. =P Sebab itu kakak aku dan korang bukan kenal pun kakak aku, jadi takpelah aku cerita kan. Siap komplot dengan cikna suruh dia jangan upload gambar coklat cikna buat untuk aku. Kejam kan.. Hahahaa.. Mesti cikna tahan sabar je masa main tweet2 dengan ciknur haritu..


Nampak tak coklat cikna buat untuk aku je tuh.. Ada lah yang lain jugak. Cuma nak fokus tang atil comel je. Disebabkan atil comel sayang giler nak makan. Rasa macam menghapuskan kecomelan diri sendiri. =P Nampak nya muka bajet comel dah merebak ke blog. Selalunya bajet comel dekat twitter je. Coklat ni aku simpan tak bagi budak kecik makan tau. Mak, kakak2 aku je dapat makan dengan anak sedare yang besar. Anak sedara kecik buat muka simpati memang aku tak bagi lah. Sebab tu jugak aku terpaksa makan "ATIL COMEL" sebelum aku menyesal kot2 balik keje tengok-tengok dah habis. Bukan boleh caya budak kecik yang suka selongkar peti ais tuh.

Sebenarnya, aku nak cerita pasal lain. Macam-macam nak cerita tapi kesempatan waktu dan kemalasan membuatkan aku macam takda masa nak bercerita kan. Nak kata kerja penat sangat, taklah jugak. Tapi, dalam kata tak penat tuh, balik rumah lepas isyak terbongkang jugak aku tidur. Memang awal giler ah. Aku wish nite pun dalam separuh sedar. So, rasa-rasa nya aku penat ke tak keja tuh??

Kerja sekarang ok lah. Untuk first job mana boleh demand sangat. Kawan-kawan kerja pun ok. Cerita pasal dorang nih. Dorang sangat suka belanja makan. Siap cakap lagi,

"Dzatil, nanti lagi 2, 3 tahun kat sini, mesti naik gemuk punya." Macam lah aku kurus sangat. Huh!

Aku baru kerja tak sampai 3 bulan tapi rasa-rasanya semua pernah belanja aku. Pizza, kfc, mcd, nasi paprik, rendang ayam, nasi himpit. Semua nyalah. Mula-mula dulu lagi lah ada nak belanja mcd. Siap tanya nak burger mana. Malu weyh nak pilih masa tuh. Adoyai..

Yang best semalam, saja mesej dengan akak yang kira nya aku paling rapat masa kerja. Dia cakap dia masak nasi goreng dan bla..bla..bla..bla.. Aku saja main-main,

"Kalau nasi goreng planta lagi sedap kan. Kak su masak lah."
"Kejap lagi kak su masak nasi."
"Yeay, kak su bawak pergi ofis esok yea."

Siyez nya aku main-main je cakap dan aku ingat akak tu tu main-main je balas. Jadi, semalam hari sabtu aku pergi kerja dan dengan harapan masa rehat nak pergi beli makanan, dia dah warning awal-awal.

"Kak su dah bawak nasi goreng jangan tak makan pulak."

Dengan itu save bajet aku. Kiranya seminggu lah aku tak beli lunch sebab hari Jumaat sebelum tuh, Asst. Manager belanja makan. Lalalala~~

Company tempat aku kerja sekarang ni, hari-hari ada breakfast. Pukul 10 makan. Isnin, nasi lemak. Selasa, bihun/ mee goreng. Rabu, kuih-muih. Khamis, nasi goreng. Jumaat, nasi lemak. Sabtu, roti canai. Kakak aku kata macam budak tadika. Tapi, aku cakap JIMATTTTT... Boleh kira dengan jari barapa banyak aku guna duit untuk makan. Kadang-kadang makan megi je. Giler jimat kan aku. Jimat-jimat pun megi sampai 2 bungkus aku telan. Erkkk..

p/s:: ofismate cakap aku kuat makan. Tang mana aku kuat makan pun tak tahulah. Mungkin keupayaan aku makan banyak dalam satu masa dan kerap kali nampak aku mengunyap membuatkan aku dilabel macam tu. -__-"

21 comments:

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

Hihi..lucu bila hani ckp syg nk mkn cklat sbb mcm mnghapuskn kcomelan..hihi..xpe, hani ttap comel eh:-)
Best btul dpt mkn free org blnja..nk jgk!;-)

Cik Nur™ said...

tajuk jimat, pic coklat, ingtkan jimat nak mkn coklat...
hehehehe...

wahhh..murah rezeki atil. ramai yg belanja..lepas ni kohon atil belanja nur pual..kehkehkeh...

nur gurau2 je ye atil...kang ingat betul2 naya..hihihi...

itupun dah tersegan tau..huhu..

zulhilmi tempoyak said...

keja.. pastu kumpui duit tau.. pastu meh la dtg minang.. :D

Azlan Strider said...

wah...makan free ker???nie bleh berjimat sambil kumpul duit buat kawin nih..hehehe

Regards,
-Strider-

Hanamiko Sakura said...

saya pulak sejak masuk u ni, kawan dengan kawan yang suka makan ayam goreng, asyik teringin je nak makan ayam goreng.. hahaha

kiera'sakura said...

wawawawawa kalah akak yang ngandung nie mintak ape semua dapat :p

Chic Na said...

akhirnya.. terpaksa jugak gigit kan atil comel tu. tp xdenya comel tu hilang. haha..

atil keja company ape? bestnya asyik makan je. cikna sesuai kot keja kat situ. kekeke..

Chipsmore said...

waaahhh.. mmg jimat laaa kalo ad disediakan bfast.. hmm, kje ktne? bleh sy apply nt.. haha..

Khai faiz said...

teratur gigi... gigitan pada coklet pun nampak comel.. eh buley plak

MizzTina said...

atil mmg comel.. =)

cweet pinky said...

hhehehe , kelakar la , suker tgk kek , untungla ramai belanja kan , wish nak kerja tempat cmtuh gak la :P

hehehehe ~

CP pown orang selalu label kuat makan even CP dah tak kuat makan dah skg , hehehe

shar90 said...

untunglaaa org tu comel... ehehe
mohon kongsi kecomelan tuh xD

AiSyA LiEzA said...

hahahaha... xkan terhapus punyalah kecomelan awak kalau mkn kek tu..ekkekeke xD

iAmCekbolat said...

ecececehh . comel comel ! heeee

Domu-kon said...

nak jimaaatttt....! oouuuhhhhhhh tidakkkk--> drama habis

Cho Zila said...

yang best cam budak tadika.. itu sudah jimat kan... orang memberi kita merasakan.. tapi nanti dah dapat gaji merasaler kot memberi pulakkam...

tenku butang said...

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

hainom OKje said...

Tak apa kuat makan pun janji kurus hehe

mama aryan said...

sedap nampak coklat2 tu...

Cik Aini said...

kehkehkeh
dorang xleh terima lah tu wpun sekadar kat coklat.hahahahaha

kay_are said...

ofis mane yang ade sediakan brekfas tu? memang jarang sangat aku dengar pasal ofis yang bagi brekfas macam tu..