dewan rakyat

Thursday, March 7, 2013

Benda dah jadi..

Bismillahirrahmanirrahim....

"Pagi tadi masa datang sini saya dengan Sawin kena rompak. Tapi, saya dapat lari. Sawin yang kena."

Pagi-pagi lagi aku datang kerja dihidangkan cerita cenggini oleh salah seorang pekerja lelaki Myanmar yang sama keja dengan aku. Dia pandai cakap melayu. Jadi, syok sikit sembang. Dia cerita macam mana dia hampir kena rompak tapi selamat sebab dia kayuh basikal lelaju. Cuma kawan dia lagi sorang Sawin yang aku tak kenal lagi sebab kerja bahagian belakang yang kena rompak. Mujur Sawin bawak RM 16. Itu jelah yang dapat. 

Menurut citer Payson (ikut suka hati aku je eja nama dorang), dorang datang naik basikal dan jalan tu sunyi. Datang kerja pun hari gelap lagi kan. Tiga motor enam lelaki. Kali kedua kot dorang ni ni kena. Sebelum ni kawan lagi sorang. 

Payson bagitahu company yang dia takut nak tinggal tempat lama dia. Jadi, company pun cari lah dorang rumah baru kot nanti. Company sayang dia. Rajin sesangat dia ni kerja. =)

Bila Payson cerita pasal tu teringat pulak..........

2005
Masa ni keluarga aku masih lagi menetap tempat lain tapi mak dan ayah aku dah bina rumah kat tempat tinggal sekarang. Memang dorang berazam dah pencen nak balik situ. Sayang sangat dengan dengan tempat tu. Tahun 2005 pun rumah dah siap. Barang pun dah banyak angkut balik. Memang macam dah lengkap lah rumah masa tu.

Mak dan ayah aku selalunya balik dua bulan sekali takpun tengok bila ada kelapangan. Jarang lah aku dapat ikut sebab aku kat duduk asrama. Disebabkan mak aku rasa tempat tu selamat sangat sebab dulu-dulu bertahun-tahun duduk takda apa jadi. Mak aku dengan beraninya tinggalkan barang berharga dekat rumah yang tak berpenghuni lagi tu.

Satu hari, kami balik dan kebetulan aku cuti. Mak aku ajak sekali anak-anak murid kursus dia ikut sekali. Sesampai saja rumah, bukak lampu ruang tamu, mak aku dah rasa semacam. Tengok karpet macam beralih sikit. Bila masuk je bilik dia, apa lagi. Menjerit lah bila tengok almari dah kena selongkar habis. 

Masa tu bilik aku belum macam bilik tidur lagi. Barang-barang simpan dalam bilik aku, jadi takda lah kena selongkar sangat. Masuk bilik kak aku, memang tunggang terbalik lak. Mak aku dah menangis bagai nak rak. Barang kemas pusaka, syiling-syiling luar negara yang sepupu-sepupu aku bagi, tv habis semua kena kebas. Paling mak aku sedih bila pingat yang sultan Perak bagi dia pun hilang. Tinggal gambar semata-mata.

Polis datang lah rumah kami nak check. Tapi, mang tak dapat apalah sebab dah lama sangat benda tu jadi rasanya sebab dah dua minggu tak balik.. Dah lama sangat polis tu kat rumah, mak aku nak buat lah air panas. Tengok-tengok, dua tong gas kena angkut sekali. Nak buat sejuk. Sunquick pun tak da. Mang bergembira betul yang masuk rumah tu kan.

Kami cari punca macam mana orang boleh pecah masuh. Rupa-rupanya, ayah aku lupa kunci sliding door. Kiranya dorang umpil gril jelah. Tapi, yang best apa yang ayah aku cakap.

"Takpelah tak kunci sliding door. Nanti kalau deme pecahkan sliding door tu kan lagi rugi kita." Cakap dengan gaya selamba sambil gelak. Encik Polis tu tengok je ayah aku semacam. Siap boleh lagi ayah aku cakap,

"Benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Terima jelah."

Mak aku tengok jeling je ayah aku. Sebab memang dari awal ayah aku buat macam bukan hal besar je jadi. Gelak je dia tahu. Mak aku yang risau lelebih tapi ayah buat rileks. Aku pun geleng kepala tengok. Ish2...

2008
Lain kali aku sambung. Lalalala~~

Cikna dah approve cuti aku daripada blogging selama sebulan. Boleh kan. Heee~~ 


22 comments:

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

Mcm2 skrg kn..kt usim ni rmai pljr kna ragut time bwak mtor,pecah rumah pljr...rmh dila lak dh 3x msuk pencuri..tp dia xdpt pe sbb rmh dila xde pape..blik tido kunci..so xdpt ambik..slerak je th

Chic Na said...

aik.. td kata nak cuti sebulan. entri last ni eh. maknanya citer 2008 tu sambung lg sebulan la ye. hikhik..

tu sebab salah ayah. sbb tu dia buat rileks je, takut kena bebel ngan mak. hihi.. sunquick pun depa kebas. over betul perompak tu.

Hanamiko Sakura said...

kelakarnya ayat ayah kak Hani XD

Cik Nur™ said...

ehh..cikna tak dapat persetujuan dari nur lagi tau...

mana boleh cuti sesuka hati..errr..hehehe.. :p

benda nak jadikan atil, nak buat mcm mana..terima ajalag..

ayat ayah atil tu sebenarnya penyedap hati je....

tp syglah kan..habis semua kena kebas...

tong gas skali kena angkut....hihih

iAmCekbolat said...

sayang tuuu . bolat yg baca ni pun rase geram . eeee sampaikan tong gas pun angkut _ _' haha

cweet pinky said...

ya ALLAH , perangai ayah cik hani sebijik macam mak ngan abah CP , jenis , BENDA DAH NAK JADIK ...

and , sikap tuh turun ke CP , CP pown lebih banyak redha bile dah berlaku sesuatu tuh ...

tapi antara mak ngan abah , abah la paling kuat dan tabah sebenarnya , salute abah !

cweet pinky said...

new entry :

http://dariilhamkehati.blogspot.com/2013/03/memartabatkan-bahasa-melayu.html

Aziela said...

Errr...orang lelaki memang macam tu kan. Kalau salah diorang, kecik hal jer...hehehehehe

Untunglah ada pekerja Myanmar yang tak ngelat mcm tu.

shar90 said...

mmg xsuke org amik barang org lain sesenang hati je... huh
tp tong gas pon kebas mmg xtau r nak ckp... huhuu

elyna mirsada said...

sgt positif pemikiran ayah wk,hehe

kiera'sakura said...

huishhhh sayangnya kalau akak pun menangis huuu agaknya pencuri tue pun dah aimed rumah tue takde org time bila tue yg dorg buat pojek kat situ

Azlan Strider said...

apa laa perompak nie..orang susah2 pun nak rompak..pegi laa rompak bend yang datangkan hasil yang lumayan skit..hehehe

Regards,
-Strider-

Nor Bashirah Mohd Fauzi said...

nauzubillah.. jadi atillpun kena hati2..kita pun pernah rumah kena msuk perompak..serammmmmm

Telor Power said...

positifnya.....

Chipsmore said...

rasa2nya pencuri tu tdo kot dlm rumah tu.. Hehehe.. tapi sian jugak, banyak brg berharga kot yg org tu amk.. adeshh

nini said...

=D hehe...comel la ayah awak...

mama aryan said...

lelaki biasala rileks lebih sikit..klu perempuan ni kecoh sikitkan..hehe sama la mcm akak

Cik Aini said...

adoiii
nasib nk buat air kat pak polisi kan..kalo x mesti x perasan tong gas pun kena kebas.hehehe baguslah ayah Atil..alasan logik tu..kalo kena pecah sliding lagi mahal..lg haru kot nk buat blk.hehehehe sdiri silap kan :)

hainom OKje said...

Apalah yg dia nak menyamun myanmar yang tak de benda tu ...kesian! Penyamun tu mat pit kot!

Ejam zam said...

nowadays, penyamun, mat pit sendiri kene samun dengan mat pit... ehh...

Encik H said...

Pingat Sultan Perak? wahhh..meh citer camne boleh dapat pingat tu..kira family Atil ni berpengaruh la jugak kot..

kay_are said...

ayah ko tu slumber kemain.. tapi betulgak..kalau gelabah cane pun, bende dah jadi kan..