dewan rakyat

Saturday, March 16, 2013

Bawang ungu

Bismillahirrahmanirrahim...

Bawang ungu..
Dena...
Kak Long...
Diya (opsss)...

Kalau bawang ungu tu aku rasa dah banyak kot nama tuh menghiasi cerita2 dalam blog aku. Dena nama yang diberi oleh safi rania. Kak long ikut suka hati je aku nak panggil sebab dia memang persis seorang kakak untuk aku sebab sikit-sikit, aku buat aksi kebudak-budakan mesti dia akan marah,

"Atil jangan buat macam tuh." "Atil jangan macam ni."

Kalau diya, hmmm malas nak ulas.. Kang tak pasal-pasal aku kena pelangkung.. =P

Apapun semua nama tuh untuk orang yang sama yang nama nya............................ 

Bawang ungu ni aku kenal daripada Form 1. Kami satu dorm, bertentangan katil, satu geng kecik (aku kan dulu2 lagi kecik dari dia). tapi sekarang @_@. Kiranya masa Form 1 kami memang segeng lah. Masa Form 2 dah tukar dorm sebelah- menyebelah, tapi kami sekelas pulak. Masa Form 2 macam aku dah tukar geng cuma aku kan baik dengan semua orang. =P Naik Form 3 entah macam mana kami dapat satu dorm sekali lagi. Cuma dah lain kelas. Masa ni jadi rapatlah sebab masa Form 3 dorm campur, jadi kami yang sama tingkatan mestilah ngam sesangat kan. Tapi, masa Form 4 bawang ungu tukar sekolah. Jadi, berpisah lah kami. Lagi-lagi dia ni jenis bukan nak contact orang. Ceittt..

Lepas daripada tu, kami macam berpisah (ayat macam apa dah) sehinggalah tetiba aku dapat mesej masa tahu dapat uni mana dapat daripada no tak kenal rupa-rupanya daripada bawang ungu. Tanya punya tanya dapat sama uni lepas tu sama kos pulak. Dan kemdian kami jadilah course mate, classmate,  housemate, roomate dan segala mate kat belakang. 

Dia sahabat yang baik untuk aku. Pinjam kan aku kereta walaupun hakikatnya dia tak bagi orang lain drive kereta dia kalau dia takda. Tapi, masa dia balik kg aku sesuka hati boleh drive selama seminggu kot. Terima kasih untuk dia sebab tu jugak aku dapat ulang alik pergi uni siapkan final year project. Belum lagi segala kebaikan dia buat.

Aku pulak sebagai sahabat nya, rasa-rasa nya aku selalu ada bila dia perlukan aku. Aku ada masa dia menangis sedu-sedan. Aku ada kalau dia ceritakan masalah dia. Aku ada untuk marah-marah dan ingatkan dia benda yang patut dia buat dan tidak. Tapi, dia akan pelik kalau tetibe aku cerita masalah aku. Nampak sengat jenis yang suka pendam perasaan kan aku ni. =P

Sebab apa aku buat entri ni?? Sebab 15hb Mac hari lahir dia. Aku buat entri khas untuk dia sebab ini dia sahabat real life aku. Berapa lama dah aku bersama dia kan. Sampai kan dia sendiri perasan perubahan dalan diri aku daripada bukan seorang penyabar daripada yang sekarang penyabar sikit. Berbeza kata nya. Dan aku rasa dialah orang yang paling banyak tahu rahsia aku. Terima kasih sahabat sebab selalu ada untuk aku!! Pesanan aku untuk dia,

'Hargai apa yang ko ada hari ni sebelum ko hilang lagi yea. Jangan nak kejar sangat masa lalu yang entah ada ke tidak. Apa yang ko ada hari ni lagi baik daripada yang dulu aku rasa. Lagi, cari goal dalam hidup. Jangan buat sebab orang lain, buat sebab ko dan masa depan. Think about ur future dear. Aku sayang ko sangat-sangat sahabat!' ^_^


18 comments:

Cik Nur™ said...

Selamat ulangtahun kelahiran bawang ungu...!!

susah nak cari kawan sedih, kawan ketawa ni kan....

atil, nur pun syg atil jugak..
walaupun xde mate2 kat belakang..hihih

Chic Na said...

happy birthday bawang ungu. ingatkan bawang ungu tu kakak kandung atil.

yelah atil & bawang ungu dah macam kembar. ;)

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

happy birthday bawang ungu.. semoga hubungan persahabatan korang kekal hingga ke syurga amin.. hehe

Azlan Strider said...

Happy Birthday to her...semoga perhubungan korang kekal selamanya..nak cari kawan memang senang..nak cari yang memahami diri sebenarnya agak susah...hehehe

Regards,
-Strider-

TiranaAduka said...

salam
Sama tapi tak serupa.
Lawatan di hari minggu.

zaza =) said...

selamat hari jadi juga bawang ungu =)

cweet pinky said...

CP pown ade besfren , and dye jer yang CP anugerahkan title besfren , satu2nya , kawan CP dari standard2 , :D

hehehe ~ aah , macam adek beradek la :P

kiera'sakura said...

selamat ulang tahun kelahiran bawang unggu.

a'ah muka korang ada seiras

Chipsmore said...

cam sme je muke... :D

Hepi belated bfday to bawang purple.. hehehe

TiranaAduka said...

salam atil
Pekabar?

MizzTina said...

epi besday utk bawang ungu.. bertuah ada kwn mcm tu tau..

iAmCekbolat said...

hooo bawang ungu . ni kan selalu cerita yg pasal kembar tu . wahh deabakk

Domu-kon said...

errr.. nak wish hepi besdey..cam terlambat sangat.. kalau macam.. nie wish.. selamat berusia 2* years and 5 days..

Cik Aini said...

hepi belated besday bawang ungu !
eh mata sama boolat lah Atil :)

Encik H said...

kawan aku masa form 1, masa form 2, masa form 3, or even form 4 and form 5, semuanya dah hilang..

semuanya dah hilang..:)

kay_are said...

hepi belated besday dekat bawang ungu.. tapi kenapa die tak berwarna ungu pun? =P

mama aryan said...

Seronok ada kawan mcm tu...
Moga persahabatan atil & bawang ungu akan berkekalan...

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

Ahah,muka nk sama:-)