dewan rakyat

Sunday, February 24, 2013

Tak dirancang..

Bismillahirrahmanirrahim...

"Atil, hari Sabtu malam nanti teman kakchik ei pergi rumah ofismate baru bersalin."
"Ok, tapi hari Ahad taknak pergi mana-mana yea. Nak berehat dan on9 je."

Jadi, lepas mahgrib Sabtu semalam terus bersiap-siap nak keluar. Ajak sekali anak-anak sedare yang lain sekali memandangkan rumah kawan kakak tu area Seksyen 7, Shah Alam dan hajat dihati lepas tu singgah.......... Sila sambung sendiri. 

Jenuh mencari kamera merah kesayangan tak jumpa. Entah mana aku campak pun tak tahulah. Habis selongkar semua tempat tapi tak jumpa. Sebab dah lambat kami berenam si anak dara semua terus menapak keluar menaiki kereta kakak ke Seksyen 7. Si kakak tak tahu pulak rumah ofismate dia kat mana. Mula melilau kat situ mencari. Konon-konon, guna GPS handset dia mula-mula. Tapi disebabkan GPS dia dah outdated, naik bosan dan sakit telinga kami semua bila dengar,

'Pengiraan semula jalan.'

Belum lagi dia suruh belok kanan tapi ada jalan yang belok kiri je. Jadi nya, tutup je GPS yang buat bising dan guna GPS yang ada dalam diri. Setelah berpusing tempat yang sama banyak kali sampai kan yang kecik tak habis-habis cakap,

"Nape pusing sini je dari tadi Achik?"

Kami pun jumpa blok yang di cari. Rumah yang dituju pun selamat tiba dan dapatlah tengok baby yang comel lagi sweet. Tak lama lepas tu, kakak meminta diri setelah bersembang dengan lama sampaikan kami tak tahu nak buat apa. Dahlah rumah tu penuh dengan family yang ramai. Grrr.

Lepas tu, kemana lagi nak dituju lagi-lagi dah bawa satu muatan penuh kereta. Tak pasal-pasal bising kalau tak singgah kan. Jadi, menapak kami ke dalam taman lampu warna-warni  atau gelaran glamer nya I-City.

Macam biasa ramai orang dan tak tahu pulak ada sambutan Chap Goh Mei kalau tak silap. Kami hanya melilau tengok sana-sini. Nak tangkap gambar kamera takda. Harapkan kamera hanset kakak yang memory dah penuh. Harap kan handset cikai aku tak payah lah. Si kecik cukup seronok,

"Maksu ada dinasor lah."
"Eh, ada gajah."
"Kuda.. Kuda.."

Nak bawa masuk ataupun naik pusing-pusing kerusi tu mang tak boleh lah. Duit pokai meh. Itupun dah bising. Nak itu ini. Tak lama lepas tu, ingat nak balik.. Rupa-rupanya ada bunga api weyh. Itulah first time aku countdown bunga api nak menyala di angkasa (ayat kemain). Selama ni tengok cam gitu je. Hasil dari kemera handset entah pape,


Bila dah habis pertunjukan, nak balik tapi sebelum tu kena bayar fee parking. Perghh, ramai pulak beratur. Aku suruh kak aku amik kereta bawa dua budak kecik sekali. Lagi dua budak besar tunggu sama aku. Saja suruh teman kan aku. =P 

Elok tengah beratur tu, aku macam kenal seseorang apabila nampak sisi muka nya. Terintai-intai aku nak tengok si dia, betul ke tidak. Nampak lelaki bawa kamera beratur sama dia macam dan konfem betul je tekaan. Entah apa yang anak sedare aku bebel aku tak dengar dah. Terus keluar daripada mulut aku,

"Macam kawan maksu je tuh." sambil tangan aku menunjuk ke arah itu. Cepat-cepat bayar parking sambil cam kan betul-betul muka dia. Lagi-lagi aku punya line laju sikit bayar daripada line dia. Cam lagi. Takut tersalah. Kenal melalui gambar je kan. Dah bayar terus keluar dan try call. Seperti dijangka, dia angkat fon depan mata aku dan cakap,

"Eh, I know you."

Siapakah gerangan beliau??

p/s:: bajet nak buat cerita suspen tapi takpa.. sila scroll ke bawah.. kah..kah.. malas buat entri berantai dah..



































































Beliau ialah pemilik blog  http://kisahsayabukankamu.blogspot.com/ atau selalu dipanggil Misz Domu tapi aku panggil Shirah je. Banyak kali kami nak keluar sama tapi selalu masa masing-masing tak sama. Kalau nak diikutkankan dia lah blogger first aku rancang nak jumpa tapi rezeki nya dapat dekat kak mama aryan kan. Berbulan dan nak dekat setahun kot rancangan nak jumpa tu. Rancang punya rancang terserempak macam tu je.. Serius. Speechless. Blogger yang agak rapat lak tuh. 

Ayat dia bila aku cakap tak sangka jumpa tanpa dirancang.

"Mang jodoh lah tuh." 

Jumpa kejap je. Sebab nak balik kan. Kak aku pun dah amik kereta dia. Sempat snap pic yang ditangkap oleh Incik Akhlaken dia. Ayat paling aku ingat daripada dia,

"Muka lain lah daripada gambar."

Ofkos lah, selalu letak pic tak pakai spek. Kali ni aku pakai spek kan. heeee~~

*terkejut shirah tengok anak-anak sedare yang sama besar je dengan aku kan.. lalalalala... 

28 comments:

Hanamiko Sakura said...

saya bila nak jumpa *wink!* hehe

kiera'sakura said...

akak ingatkan gi beger bakar tadi heeeeee :D

mana gambar baby comel!!! :p

selalunya yang tak dirancang tue la yang baru dapat nak berjumpa nya kan, sama macam cari barang. klu tak cari confirm ada depan mata =.=

Cik Nur said...

Hagak2..kalau jumpa Nur dekat luar, atil boleh cam x..?

Bab GPS tu, mmg rasa nak lempang laju2lah kan..geram je bila duk ulang ayat yg sama..hahaha

Chic Na said...

susah jugak nak cam kan kalo setakat tengok gambar. kira terer la kawan atil tu dpt cam. huhu..

Dezee said...

Jumpa Dezee masa majlis nnt k..:)

siMimi said...

waahhh..bestnyeee..boleh jumpa ngn orang yg rapat dan tak disangka-sangka.hehehe..tak awkward ke?he

Domu-kon said...

hahahaha..ketawa panjang baca cerita nie.. betul kan..jodoh kan..hehehe..

mjur atil call.. kita dah panas dengan orang depan lambat byr parking.. apa pun..nanti kita dating sekali lagi..InshaAllah..

p/s: tak kenal bukan pasal spek ke x.. sebab dalam gmbr nampk lagi berisi.. bila jumpa.. makkk oiii.. nie tiang eletrik ke tiang gol..hehehe..joking..

Cik Aini said...

haishh
rsnya Ai pun x kenal lah Atil kalo jumpa luar..tp Atil kenal Ai kot.heheheehe

Azlan Strider said...

wah...jumpa rakan blogger gak ker??kecik betul dunia nie kan??hehehe..

Regards,
-Strider-

kay_are said...

untung r dapat tengok bunga api.. =P kire jumpe gak r tempat yang dituju.. aku tau dah ikut instinct ni lagi efektif di saat2 kecemasan..

✿A I N A A✿ said...

bila nak jumpa dengan ena ni?? hahahah.. wahh bestnyaa tengok firework, dah la dpt jumpa kwn blogger tu

inche hlovate said...

dah lama tak p ICT huhu

Domu-kon said...

atil..kita tag atil..join give away.mohler ke blog kita.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nak jumpa atil kihkihkih

iAmCekbolat said...

prmpuan eh ? hahaha ingt 'si dia' crush

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

GPS kalau dah update yg baru pon..kekadang ada silap gak.. salah jalan laa... lagi2 arahan tu bagi jalan yg jauh...huhuhu

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

bestnya klu dpt jmpa hani...dkat dh tu shah alam sbb slalu je g sana..hee..

محمد رازيق said...

suspen bila aku scroll ke bawah. hehe. penah gak jumpa few blogger. tp lately ni dah jrg.

Ain Norainsyah said...

tetiba rindu kat s.alam...huhu :)

Encik H said...

aku..aku..aku..aku belum pernah pergi i-city..zzzz

Hans said...

hehehe
shah alam best juga

Telor Power said...

Jangan percaya pada gadjet. GPS yg dah update pun blom tentu betul

tirahzairi said...

jom jmpa...hihi

Cik Aini said...

saja dtg lawat Atil sbb dah lama x ke udara..cheewahh ke udara beb!hahahaha
Atil sihat?

نورعيم said...

tu namanya dah jodoh nk jumpa. excited tak? hikhik.

shar90 said...

bile nk jumpe kite plak nih?
mohon dtg terengganu lg... ehehhee xP

cweet pinky said...

kalaw jumpa CP mesti tak kenal gak kan ??

mama aryan said...

atil pun member blogger pertama yg akak jumpa tau..
dah lama tak jalan2 kat i-city tu