dewan rakyat

Monday, February 11, 2013

Sembang dua anak dara

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak aku tinggal rumah kak aku ni, aku selalu tidur merempat entah mana. Ikut suka hati tidur kat mana-mana. Cuma sejak kebelakangan ni jelah aku tidur dalam bilik sebab kak beli katil baru. Eh, bukan sebab aku tinggal situ eh. Sebab lain yang tersurat lagi tersirat. Lagi-lagi aku dah tidur awal sangat, kalau aku tidur depan tv pun tak boleh sebab family kak aku tengok tv lagi. Aku nya waktu tidur pulak dah macam sama waktu dengan waktu kerja. =P

Anak sedara sulung aku tu yang baru je menginjak umur 13 tahun 9hb hari tu pun entah kenapa tak tidur dalam bilik dia. Menempek tidur depan tv kat ruang tamu. Kadang-kadang dia join jugak tidur dengan aku dalam bilik, sekatil. Kalau mood aku tidur kat luar tengok abang ipar takde. Aku tidur lah dengan anak sedare aku sekali. Dan bila tidur sekali mula lah keluar cerita macam-macam.

Dia dah remaja lah kira nya kan. Baru tinggalkan zaman sekolah rendah lagi hingusan dan masuk alam sekolah menengah yang bagi aku mencabar kot. Jadi, dia banyak lah cerita kat aku itu, ini. Rindu kawan sekelas dia dulu lah. Pasal kawan dia dah pandai couple lah. Cakap kasar-kasar lah. Dan macam-macam lagi. Aku pun taknak ketinggalan untuk berceloteh jugak. Yelah, sekarang kan dah kekurangan kawan nak bergosip dan berkongsi cerita face to face. Terasa macam ada kawan sebaya pulak. =)

Aku pun siap bagi amaran jangan nak gedik-gedik sangat. Ikut orang yang tak betul. Dia pun cakap lah,

"Alah takda ayong macam tu. Tak suka lah."

Aku pun cakap lah. Memang lah sekarang dia kata tak suka, menyampah dan nampak benda tu semua tak elok. Tapi, kalau sampai tahap tengok orang sekeliling entah pape mestilah nak juga cuba benda yang tak baik tu kan. Aku pun tahu lah benda itu semua. Lagi-lagi waktu sekarang yang nak cuba semua dan kekeliruan kehendak dalaman.

Bagi aku setiap kali kita melalui fasa baru, nak beralih ke arah satu fasa ke fasa yang lain mesti ada kejutan budaya punya. Antara kita kuat nak lalui jalan yang betul, cari sahabat yang baik, persekitaran yang bagus mungkin kita boleh lawan itu semua dengan kehendak Allah. Kalau tak, walaupun semua dah baik sekeliling tapi dalaman pun entah pape, tak jadi jugak kan. 

Walaupun aku ni taklah melalui banyak fasa sangat dalam hidup tapi sekurang-kurangnya dah lalui benda-benda yang pelik yang kadang-kadang aku rasa semua nya cerita yang direka-reka tapi wujud di alam nyata. Selalu rasa menyesal benda yang aku dah buat dulu. Selalu rasa tak patut aku buat macam tu dulu. Tapi, menyesal tanpa perubahan takda gunanya.

Bagi aku lagi, kita mungkin tak akan jadi matang sematang nya walaupun dah meningkat umur sebanyak mana sekalipun. Sebab banyak je dengar cerita orang yang dianggap matang tapi buat sesuatu tak sepatutnya. Tapi, aku rasa walaupun kematangan tu tak dapat kita capai 100%, sekurang-kurang nya kita rasional untuk berfikir dalam setiap perkara yang kita buat. Itu pun kearah  kematangan fikiran jugak kan.

Untuk anak sedare aku tuh, aku sebagai mak sedara mithali (ada ke macam tu) jaga-jagalah dalam meniti zaman remaja ni. Nampak macam best je semua tapi...... sambung lah sendiri. 

Dah lama tak buat entri serius ni kan. Bila baca balik. Erkkk.. Aku ke yang taip.??

Ini adik dia, bukan dia..

25 comments:

Cik Aini said...

hehehe
pesan kat ank sedara tu..nti kalo g toilet jgn angkut geng..jgn smp kena kunci dlm toilet.hahahha jgn jd cam mak sedara dia tau :)

aku HaniAsyira said...

@cik ai:: alamak!! lupa pulak nak pesan macam tuh

Ann Ishak said...

sememangnya entry serius ni...banyak nasihat

Encik H said...

alamak..adik dia comel la...:D

Azlan Strider said...

lama tak nampak update entry..hehehe..tapi memang betul pun apa yang hani ckp tu..setiap fasa baru yang kita lalui pasti akan memberi macam2 effect terhadap diri..kekadang klu nak menyesal un tak leh gak..just anggap its just a part of learning process dalam hidup..hehe :D

Regards,
-Strider-

Jna marcello said...

biaq btul hani ke yg taip ??? hahah mcm serious sikit entry kali ni..apa pun adik kecil itu sgtttt kiuttttt

Ejam zam said...

atil tgh mode serious... lets have a sit and cupcake... ;)

Chic Na said...

wahh memang mak sedara mithali ni. bestnya ada anak buah yg dah remaja. boleh sharing2. :)

✿A I N A A✿ said...

betul tu... bila ena makin meningkat dewasa ni, makin byk benda yang kita sngka mustahil utk berlaku tetapi berlaku pd diri ena.. masyaAllah, sebab tu ena percayakan Allah itu Mah Berkuasa. Allah mampu buat apa sahaja even perkara tu tak diterima logik akal kita

Domu-kon said...

remaja skerg..meankutkan la.. entah..isau juga if ada ank2..hehehe.. entri serius nie.. dah boleh jadi mak2 org nie..

AiSyA LiEzA said...

ehhehhe.... kejutan budaya ada dimana2 je... ekkekekeke.. >.< comel adik dia :)

Chipsmore said...

Jadi macik mithali dh eh? :P adik dia solehahnya... hehe

cweet pinky said...

jiwa muda kan , macam2 boleh jadik , memag patut nasihat , tak leyh nak ingat semuanya bakal jadi baek jer ..

Cik Nur said...

ehh..makcikk yg baik.. :)
Budak2 ni, kena ckp lembut2..citer pgalaman kita sikit, baru diorg mcm respek...

almaklumlah, mkcikkan byk pengalaman...hiuhihi

mama aryan said...

salam atil..

serius betul entri kali ni..hehe

comel gambar tu..

MizzTina said...

mithalinya atil ni.. hehehe..adik dia comel, msti kakaknya pun comel..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

kena rajin bg nasihat kat budak2 yg sedang meningkat usia...

kay_are said...

betul2.. cikgu aku pun cakap zaman sekolah menengah r zaman yang boleh ubah ape jadi kat seseorang bile besar nanti sebab mase ni r sifat nak try sume bende tu datang.. so depend kat diri sendiri cane je r.. hmm.. comel adik anak buah ko tu.. ^^

Ainn Hazwany said...

Alolololo comelnyee adik dia ! :)

Detective Fiqa said...

tomeyyy :D hehehehe

Hanamiko Sakura said...

bila dekat padang mahsyar.. lagi2 ditanya soalan.. apa yang kamu habiskan sepanjang usia MUDA/REMAJA kamu? glup!!

Ain Norainsyah said...

humm...kadang-kadang semakin umur bertambah, semakin tak matang pulak. Perubahan dari satu fasa ke satu fasa memang menarik sebenarnya. Banyak mende yang nak diexplore. Tak sabar nak jadi dewasa. :)

Comey betul anak sedara akak tu. he

inche hlovate said...

sya 22 tahun tapi kadg2 macam tak bape nak matang jugak haha

kiera'sakura said...

betol la nak mendidik bebudak nie kena dari awal kalau tidak jadilah buluh

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

seronok jgk bila borak ngn bdk yg br nk menginjak remaja..hehe..btul..bila ingt balik kita zman muda2 dlu,rasa mcm malu je..hee