dewan rakyat

Monday, February 18, 2013

Malin Kundang

Bismillahirrahmanirrahim..

Siapa perasan aku update makin jaranggggggg??
Siapa perasan aku bw pun makin kurangggggg??
Siapa sini orang dia perasannnnn?? Errkk.. takda kena mengena langsung pertanyaan tuh..

Kita skip je soalan di atas untuk korang jawab dan tumpukan pada entri aku nak tulis. Nak kena tulis laju-laju sebab aku nak tidur. Siapa suruh pergi lagi layan movie Juvana dulu kat youtube kan. Pastu baru terhegeh-hegeh nak update entri yang aku simpan berminggu-minggu dalam fikiran sebab kes malas nak bukak laptop. Walaupun tiap-tiap hari kononnya nak bukak last sekali tidurrrr.. Tolong halau tahap kemalasan aku tuh. Tolong!!

Malin kundang. Korang tahu kan. Siap ada sinetron indon yang last sekali malin kena simbah dengan lori simen. Ish2. Malin kundang ataupun femes nya dalam kat sini, si Tanggang. Kisah anak derhaka tak ngaku mak dia. Dah hebat kononnya boleh tak ngaku mak. Ish2 sekali lagi.

Hari tu, kan aku pergi Padang, Indonesia. Aku tak pernah tahu betul-betul wujudnya Malin Kundang jadi batu tuh. Tak tahulah benda tu betul ke tak. Tapi, memang ada lah tinggalannya. Sedara aku yang kat situ cakap. Jadi, kami nak lah tengok. 

Jalan nak kesana tuh bagi aku mencabar sangat. Memang lah naik kereta tapi bukit dia. Aduhai! Curam sangat. Ada satu bukit tuh, sedara aku tuh lambat tukar gear. Amik kaw, terberhenti kereta kat situ tak mahu naik. Kecuraman bukit tu aku rasa hampir 90 darjah kot. Lepas tu, sedara aku tuh cakaplah,

"Cari batu. Cari batu." dia takut kereta mengundur. Lagipun, nak mengurangkan beban kereta.

Mak aku, makcik aku, isteri dia duduk seat penumpang yang depan (kereta Avanza) keluar dulu. Aku duduk seat belakang sekali keluar jugak. Sorang jelah aku yang duduk seat belakang keluar. Tapi, disebabkan bukit dan graviti tinggi, pintu kereta susah nak bukak. Belum lagi dengan suka hati pintu hentak kepala aku balik. Sigh*

Nak cari batu pun satu hal. Aku memang berdiri je kat situ tak dapat nak jalan. Macam nak jatuh weyh. Mak aku jalan dengan gaya yang sangat menggelikan hati. Apa orang akan buat nak bagi stabil?? Mestilah jalan terkengkang-kengkang sikit kan. Maaf mak bukan nak ngutuk ei. Tapi, mak berjaya cari batu daripada aku yang duduk statik. Isteri sedara aku tuh, lagilah asyik terjatuh sebab tak stabil langsung. Erkkkk...   

Elok dapat batu, dengan elok jugak lah kereta tu meluncur laju mendaki. Ceitt.. Kami pun berjalan ke atas sambil tergelak-gelak, menggelakkan diri sendiri.

Dan sampai pantai yang dituju. Parking kereta. Tengok-tengok bukan kat situ. Kena jalan merentasi pantai. Mujur lah air surut. Jadi, menapak lah kami menjinjing kasut dan mensinsing seluar. Sampailah keluar statement daripada mulut aku,

"Nak tengok anak derhaka pun susah."

Akhirnya,

Masih jaun perjalanan

Nampak dah kapal dia

Baru nak sujud mintak ampun kan

Muka-muka nak bergambar dengan Malin Kundang 

Tinggalan kapal yang tidak sampai separuh
Entah apa namanya

Tali yang menjadi batu
Aku menjadi photographer yang setia je masa tu. Lagipun, taknak amik gambar dengan Malin Kudang. Ok, aku tipu. Ada jugak satu, dua gambar kot sebab kena paksa masuk. =P

Balik sini, tunjuk kat anak sedara yang aku tunjuk gambar dia hari tu. Mak aku pun mula lah bercerita dan mak aku cakap,

"Jadi, Qisya jangan lawan cakap ibu tau. Nanti jadi batu."

Sejak hari tu, kadang-kadang kalau dia nak melawan cakap. Aku guna modal tuh. 

"Hah, lawan-lawan. Nanti jadi macammmm......."

Tak sempat nak habis ayat dia dah nangis. =P

Budak-budak boleh lah cakap macam tuh. Yang dewasa ni? Tak ada nya kan. Kalau tak, takkan banyak cerita si Tanggang moden. Moga-moga kita tergolong anak-anak yang soleh dan selehah. Dan kita sentiasa menghargai dan menjaga ibu bapa kita masa susah dan senang. ^_^ Ini je sebenarnya nak cakap dari awal lagi. 

Untuk kengkawan sekalian, aku bukan taknak bw yea. Ofkos, aku jenjalan nanti. Jangan pulaukan aku sudah. Cuba untuk bahagikan masa dan merajinkan diri. Heee~~ 

p/s:: mak aku demand wish nite aku jugak. Ampun mak!! Atil hantar jugak ei. Peace mak!!


23 comments:

Cik Nur said...

Tak tido lagi rupanyaa...!
hengatkan dah tido pas text tadi..hihi... :)

Ok, sedang bygkan atil menstabilkan diri di curaman 90darjah tu...

tapi kenapa perlu terkengkang2 nak stabilkan diri..? tak boleh ke kalau mendaki dengan gaya merangkak..?

Heee.... :)

Nampak mcm real..sama ada betul atau tidak, Hanya DIAA yang tahukan...

tp, kalau tak betul pun emak abah tetap tak boleh kita lawan.. :)

Cik Nur said...

Err..Kalau boleh masuk dalam tv tu kan, lama dah nur kabokan ke Yaya tu tau..

Hehehehe.. :p

MizzTina said...

akak pasan sgt.. hehehe..

nmpk ngeri lak batu tu..

kay_are said...

aku perasan ko memang malas pun.. aku layan gak cite indon tu dulu tapi kealut sangat sampai siap ade anak lepas tu anak die pun join derhaka sekali.. boleh pulak.. tapi memang nampak real tinggalan malin kundang tu.. memang betul ke? dekat 90 darjah? bahayenye..

Chic Na said...

eh macam betul2 lah. tp betul2 ke cobaan tu? hihihi.. kena bawak budak2 pegi sini la, baru diorang takut sket nak lawan cakap mak ayah. :)

kiera'sakura said...

betol la nak tgk anak derhaka pun susah!!!! kihkihkih

نورعيم said...

ohh pergi jalan2 ye. bestnya!

laa betul ke wujud malin kundang tu? igt dah cite dia mcm mane. huhu.

Domu-kon said...

ini adalah jawapan kepada soalan2 berikut..

" saya perasan..!"-->sila jangan doube meaning maksud ini..hehehe

wah.. atil nape tak terkangkang jugak..bajet ayu ke..?hehehe.. Tengok gak cerita malin kundang tapi gamaknya..macam xnak habis cerita tu..panjang..maka bai bai ler..

apa pun..thanks for the wishes..rajin atil..

Chipsmore said...

Wahh.. real ke citer tu? nmpak cam real je kan? rasa cam nak terbang ke sana lah plak tgk batu tu..

Pasal cari batu tu, sy x faham la.. -___-

mama aryan said...

salam atil..haa muncul punnnn.
wahhh..betul2 ada ye malin kundang nih,ingat dongengan semata,hihi..
rasa nak pegi je tengok sendiri

Azlan Strider said...

ye, anda semkin kurang mengupdate entry..hehehe..

wah...macam menarik jer padang nie..menyesal dulu tak singgah sana waktu pergi medan..isk..isk..

Regards,
-Strider-

Khai faiz said...

uish... kene tiba2 bangun malin tu... scary jugak

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

fuhhhhh boleh tahan gak curam bukit kalau dah sampai gitu seksanya nak naik...

Detective Fiqa said...

malin kundang aka si tanggang ke? sama kan ? err =="

inche hlovate said...

owh memang wujud ae

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

dila xprasan hani lama xupdate sbb dila pun lama xupdate..hehe

btw,takutnye tgk batu malin kundang tu..huhu

Iffah Afeefah said...

kemain ko berjalan sampai indon

jeles ni

mmg wjud eh sal malin kundang tu? aku ingt tipu2 je weh

Iffah Afeefah said...

kemain ko berjalan sampai indon

jeles ni

mmg wjud eh sal malin kundang tu? aku ingt tipu2 je weh

Cik Aini said...

betul2 ada eh?
tali pun betul2 kan..erkk trs rs insaf masuk dlm diri.huhu

cik nana said...

tengok Malin ni terus terbayang2 sinetron. hihi

TiranaAduka said...

erm..maafkan ta lama ta tak dtg sini.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

betul2 ker semua tu atik...tali tu nampak cm betul kan...tkt juga la kalo betul kan

Encik H said...

aku terbayangkan 1 benda jer..

kalau bukit tu curam dan someone jatuh, mesti la dia terus terguling2 ke bawah kan? ke camne?