dewan rakyat

Thursday, January 3, 2013

Peluru yang lebat.

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tengok langit, hujan lebat nih. Kaki dengan laju melangakah sambil memegang senjata pelindungan. Tapi, apa pasal senjata perlindungan aku ni macam tak dapat menampung perluru yang lebat jatuh ke bumi ni. Bergoyang-goyang dan tak kukuh. Lagi-lagi serangan angin yang kencang membuatkan langkah aku makin sukar. Mana nak tahan peluru, mana nak tahan daripada diri melayang.

Aku berjalan beriringan dengan bawang ungu ketika itu. Baru saja habis peperiksaan di dewan penyu menuju ke asrama. Sampai persimpangan antara kafe dan asrama bawang ungu meminta diri untuk membeli makanan tetapi aku meneruskan langkah ke asrama kerana sudah membeli bekalan.

Angin makin kuat, dengan berbaju kurung putih berbunga hijau kecil dan bertudung hijau, aku rasakan diri aku melayang. Lebih-lebih lagi tempias hujan makin membasahi diri. Membuatkan diri aku tidak selesa dengan pakaian sendiri dan mempercepatkan langkah. Lagi kuat pegangan aku pada senjata perlindungan yang makin tidah kukuh aku rasa. Al-maklumlah beli yang murah. Cepat je nak rosak.

Beberapa meter lagi nak sampai ke asrama entah macam mana, senjata perlidungan sudah bertukar arah. Membentuk cendawan terbalik separuh apabila batang nya di kepala, lengkuk nya separuh keluar. Apa lagi, peluru dengan laju melencunkan baju kurung putihku. Dalam hatiku,

"Sudah, dah lah ramai orang ni."

Semua mata yang sama-sama berkejaran dalam hujan memandang ku yang jalan bersendirian. Lelaki yang beramai-ramai di pondok wakaf berhampiran mula mengetawakan aku. Jelas di pendengaranku.

Aku yang sudah kebasahan dalam hujan sudah tidak pedulikan lagi hujan lebat terus berlari dengan laju nya ke bangunan asrama tanpa perlindungan. Lopak air habis dilanggar tidak aku pedulikan. Asalkan cepat sampai. Alang-alang dah basah. Mandi je hujan.

Sedang mendaki tangga ke bilik aku, aku disapa jiran bilik.

"Eh, atil ke tadi yang payung terbalik tu. Ingat kan siapa tadi," katanya yang melihat kejadian dari koridor tingkat atas

Aku hanya tersengih sambil dalam hati menyumpah-seranah payung yang makan tuan. Huh!

Masa ni tahun pertama aku di uni. Waktu duduk hostel lagi. Sepanjang duduk Terengganu berapa banyak dah aku beli payung. Semua tak tahan sebab angin kuat. Belum lagi yang aku patahkan, tersepit entah kat mana, insiden tak sengaja. Semua murah-murah. Itu yang jadi macam tu. Mungkin. Uni aku kat betul-betul tepi pantai. Kalau time hujan lebat-lebat macam ni, ombak kuat boleh dengar sampai asrama. Rasa macam ada badai je nak melanda.Sekarang dah ok kan pantai timur. Ikut cerita Emma uni dia teruk jugak kan kena. Tengok kat fb pun teruk jugak banjir kat uni aku. Syukur masa aku kat sana tak pernah merasa semua tu. Kalau tak, haru!! 

Alhamdulillah, sekarang semua beransur baik kan. ^_^

Google

    

32 comments:

Emma said...

skang dh hujan smula.. bleh dikatakan tiap hari.. tp x banjir cm dlu la.. cumanya, kalo g exam konfem kaki sejuk2 bab basah.. dgr2, banjir kedua akan mnyusul plak nih.. btw, sy dh beli payung baru aritu, rasanya payung ke3 kot sejak sy berada di cni.. hohoho.. sbab aritu gna payung yg lipat tu, jadi mcm insiden yg sma seperti crita kat atas.. maluu -______-

shar90 said...

ahahaa... laki mmg pantang tgok org dlm kesusahan,,, gelak la dorng xD
tp sye tetap di trengganu melwan peluru2 tersebut xD

Cik Nur said...

dapat bayangkan macam mana payung tu terpeleot..mmg geramkan rasa...

tapi semua tu kenangankan atil..
seteguh mana pun payung tu, mmg xdapat lawan angin ciptaan DIA..

Evagurl Izma said...

selalu payung jenis lipat tu yang lembik sket. hehe. dah banyak kali kena jugak. tp wat muka slumber badak cmtu je :P

mama aryan said...

penah juga jd kat akak mcm tu..memang malu giler lah,rasa nak masukkan je muka dlm payung yg dah macam cendawan tu kemudian larik laju2..hehe
sekarang dah tak guna payung yg lipat2 tu,guna yg panjang tu je

نورعيم said...

uitm dungun eh?

now, banjir fasa kedua. hujan tak henti skng ni. balik exam tadi pn basah kuyup even guna payung. nasib la exam dlm banjir. ni.

Azlan Strider said...

betul2 terbang ke payung tu??i pernah tengok perempuan bawak payung tapi payung dia terbang..kesian gak but at the same time macam kelakar..hehehe

Regards,
-Strider-

Chic Na said...

pernah jgk tgk payung jd mcm tu. lain kali beli payung besar tu atil. tp susah nak bawak jelah. eh, dah habis belajar kan. so takyah la. hihi..

Jna marcello said...

Tu maknenya mmg kuat laa hujan klau sampai mcm tu skali jd payung..Na syor kan hani beli baju hujan macm mat motor pakai..bole kan??? (Ini hanya pendapat hani) jgn marah :D

✿A I N A A✿ said...

sebab tu ena ni tak suka pegang payung tau.. sbb ena dah terkena.. angin kuat masa tu, hujan, tercabut kepala payung tu.. nasib baik tak kena orang... huuuu

Cik Gee said...

selalu kalau angin dah kuat semacam je, mmg payung pon dah tak mampu jadi pelindung dah.. jadi kesimpulannya, sy akan berlari2 anak sampailah ke destinasi yg dituju. sekian.

ape pon tak boleh.

Cik Gee said...

selalu kalau angin dah kuat semacam je, mmg payung pon dah tak mampu jadi pelindung dah.. jadi kesimpulannya, sy akan berlari2 anak sampailah ke destinasi yg dituju. sekian.

ape pon tak boleh.

cweet pinky said...

kat tg.mlim nih pown angin kuat2 kowt , kalaw pakai payung tak lut la, banyak kali tgk patung orang rosak , kebetulan kolej nih tmpat laluan angin ...

sebenarnya kalaw nak lebih praktikal , pakai payung tapi pakai gk baju hujan ... baru la selamat sikit tapi kat malaysia nih , orang sangat alergik nak pakai baju hujan , termasuk la CP pown ...

MizzTina said...

akak boleh bayangkan acane rupe payung tu..hehehe.. tp bengang gak bila kena gelak..

boni kacak said...

hahahahhahahaha.. saya dapat bayangkan situasi tu..hahaha. nasib baik saya tak ada masa tu, kalau tak saya gelakkan awak depan2..haha.kejam tak??hehehe

kay_are said...

kemain epik lagi ko nak cite yang ko basah kne hujan bile payung yang ko guna tibe tibe buat hal.. +__+ aku tak pernah lagi kne macam ko ni sebab jarang sangat aku bawak payung g mane2.. tapi hujan peluru tu memang pernah je rase.. sakit woo tambah2 kalau time tu ngah bawak motor.. tahan je r..

ELeEa said...

pelajar di uni k.Trg juga dulu
pernah menempuh pengalaman sebegini
meredah air yang mula bertakung di laluan pejalan kaki utk ke kelas =)
pngalaman yg jarang diperoleh =)
hehehe

-meeSUPERGIRL- said...

hari tuh payung mee terbang samapi patah besi2 dy . malu + geram sbb payung baru beli haha

-meeSUPERGIRL- said...

hari tuh payung mee terbang samapi patah besi2 dy . malu + geram sbb payung baru beli haha

dya bunga said...

dya pun pernah kne..siap payung tu terbang lagi..haha

CekbOlat-bOlat said...

PD jaranggg hujann . fuuuuuuuu panassss

Si Matatajam said...

Akak pun pernah kena payung terpeleot sb angin kuat..abih basah..

si kiut lavender said...

hahah..awak..
kita senasib ler...
tapi,yg untungnya time payung terbalik org xde..hihihi..
kat sini pun angin kuat klau hujan..
duk sini baru 1 sem dah nk dekat 10 pyung sebab byk yg rosak..adeii=_=

Hans said...

hahaha
pernah tgok orang yang mengalami nasib yang lebih kurang sama
hehehe

Si Matatajam said...

Singgah lagi

Jna marcello said...

saya datang lagii Hani..
mana awk??mana?manaa?mana?
;p

ejulz said...

hahaha.. kuat sgt makan payung ni.. haha

haz said...

siannya.. lainkali pkai payung buat drpada besi semuanya. kejam sungguh sape yg gelak tu. ish

haz lak payung yg ade skrg still berthan since 2008 kot kalau x slp. tp dh berkrt menanti tkr bru je tu. hihi

Khai faiz said...

tragis juga bila cendawan jadi terbalik kan...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

atil kena beli payung yg besaw sikit tu xpun beli jer terus payung yg org dok meniaga tu hahahahaha

Orkid Edyliyne said...

sangat biasa berlaku perkara macam tu lagi2 musim tengkujuh... hehe...
sekarang, musim tengkujuh sekejap je... rasanya dah habis dah sekarang... ^^

kiera'sakura said...

satu yg akak takut klu pakai baju putih kalau ujan huuuu...

uni kat tepi pantai bila kena angin sepoi2 tue mesti rasa sempoi je kan