dewan rakyat

Tuesday, January 1, 2013

Membebel di permulaan 2013

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dah masuk 2013 ei. Aku nak buat entri semalam tapi biasalah bila ngadap laptop ni buka macam-macam. Jadi, kuburkan saja impian nak buat entri terakhir tahun 2012 kononnya. Takpa, buat entri permulaan 2013 pun boleh kan walaupun aku tak tahu nak tulis apa. 

Bukak facebook, twitter sibuk dengan azam baru. Malam tadi pun, lepas pukul 12 malam tengok dashboard berderet entri pasal tahun 2013 kan. Aku tak tahu azam apa aku tahun ni Azam jangka panjang memang adalah. Tapi, azam jangka pendek entah macam tak da.

Lepas tu, aku tahu kalau budak uni sibuk nak exam dah kan. Dah mula pun sesetengah uni exam nya. Aku ucapkan all the best lah untuk semua. Yang sekolah pun dah tak sabar nak masuk sekolah tu. Tengok dekat wall facebook junior sekolah tu sibuk updated status balik asrama nya (aku pun pelik apa pasal ramai sangat junior jadi freinds aku). Takpe, lepas ni tak ada nya online kan. Dah masuk asrama. Duduk lah kat sekolah tu diam-diam. Yang kerja teruskan bekerja. Yang kerja hari ni pun selamat bekerja yea.

Kereta rosak. Kereta mak dan ayah aku lah. Rumah ni ada satu je kereta dan itulah satu-satunya pengangkutan kami. Ada motor kak aku yang dia tinggal tapi tak ada siapa pun guna. Dengan itu, aku, mak dan ayah duduk diam-diam dalam rumah. Lagi-lagi ayah cari pomen tadi takda. Tutup semuanya. Confirm lepas ni kalau kereta tu dah elok, tak berani dah nak drive sensorang. Nanti kalau mati tengah jalan, tak pasal-pasal je aku makan pop corn sambil tunggu orang datang macam mama aryan. Betul kan kak.. hee~~

Tiba-tiba teringat kejadian yang sama berlaku masa kat rumah sewa dulu. Kereta bawang ungu rosak. Kami bertiga duduk saja dalam rumah sebab tak ada transport. Hujan pulak tuh. Waktu macam ni lah. Musim hujan. Sampaikan nak makan pun tak tahu nak makan apa sebab semua stok dah abis. Mujur telur ayam ada tinggal berapa bijik. Kalau tak, ada yang jadi tentu arah sebab tak dapat makan. =P

Rasanya, 1 Januari 2012 lah aku buat entri terbaru untuk tahun baru selepas aku buang semua entri lama. Aku tinggalkan kenangan lama mulakan hidup baru di blog dan mula blog walking sana-sini. Kalau tak, aku senyap je. Bila aku mula-mula blog, aku pun tak tahu. First entri je aku tak buang. Ada kot tarikh kat situ. 

Erkk, tengok dari awal perenggan sampai sini. Aku pun musykil apa yang aku bebel sebenarnya.

p/s:: teringat shirah call pagi haritu. dan aku sebenarnya mamai angkat call dia. Dengar suara kiter macam orang bangun tidur tak?? Kantoi, aku bangun lambat kan.. Lalalala~~ 

21 comments:

Encik H said...

erkk..boleh nampak la kau punya membebel tu sampai kau sendiri musykil entry ni cerita pasal ala..kahkahkah

shar90 said...

bukan permulaan je, smpai bawah bebelan kali nih... hehee ^^

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mmg membebel sungguh ni kihkihkih.....selamat tahun baru yer atil..moga tahun baru ni lebih bermakna tuk kita semua

dya bunga said...

hahaha..mmmg membebel pun.haha..happy new year ye

-meeSUPERGIRL- said...

mulakan hidup baru .. buang yg keruh ambil yg jernih . :)

Yana Libra said...

panjang tul membebelnya tu..hehe ;p

pape pun happy new year 2013~ :)

TiranaAduka said...

salam sis
Happy blogging
And
Jgn lupa e-mailkan alamat sis
Tq

Chic Na said...

suka baca orang memebebel tp tak suka dengar org membebel. hihi..

kena cek ni first entri atil. hihi..

cweet pinky said...

CP nak review 2012 tapi nak bagi ingat dlu nak tulis ape , taknak tertinggal apa yang penting dan menarik :D

mama aryan said...

bole try tu atil..makan pop corn dlm keta rosak hehe..

Emma said...

mmg bertepatan la tajuk entri nih.. hahahaa...

Si Matatajam said...

Moga tahun ni lebih baik dari sebelumnya...

QasehnyaRania said...

semoga tahun 2013 menjadi permulaan yg baik
in shaa Allah

kiera'sakura said...

mcm keta akak bateri kong ritu. mujur la osmate tak pegi keja lagi. klu tidak mati kutu la duduk kt umah huuuu

kay_are said...

memang boleh tahan r ko nye bebelan ni weh.. dari hal status azam tahun baru masuk ke budak nak balik asrama, orang nak keje, kete rosak cari pomen tak jumpe tibe2 masuk hal kawan ko sekali.. ni baru betul kelaut.

Cinta Misteri said...

membebel di thn baru.
duk umah jer, semua selamat. elamat tk kene kkn popkon, dyit pown slamat, slamat gk tkkyh cari pomen sana sini..

Cik Nur said...

adehh....memang mebebl sungguh ni atil..!
hahahahahaha....

Cik Aini said...

hihihi
ni kira awal2 tahun dah membebel ni Atil..jgn jadi cam mak nenek tau.hahahahaha

hainom OKje said...

Kenapa delete entry lama-lama Atil...sayangnya!!!

Kesuma Angsana said...

epy new year dik

Mimie said...

membebel la smp lebam