dewan rakyat

Friday, January 11, 2013

Equator

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini aku rasa macam nak demam. Pening kepala sikit-sikit pun ada. Siap pesan 100+ lagi dengan ayah. Biasalah air ubat kalau rasa nak demam dan demam. Mohon agar Allah beri kesihatan pada diri ini. Dahlah nak kena medical check up isnin ni. Mohon korang pun doakan yea. Paksa ni. =)

Aku baca komen-komen semua dah nampak lah yang ada betul nya sikit-sikit. Tape, biar aku cakap je terus-terang. Kampung yang aku sebut-sebut tu di kawasan Padang, Indonesia. Lagi tepat namanya Bonjol dekat dengan Bukit Tinggi, Indonesia. Kiranya, aku berdarah minangkabau yang tak reti cakap minang.. =P

Sebab itulah bangunan tu rekaan dia macam minangkabau kan. Asli punya minangkabau. Bukan dari negeri sembilan tuh. Bangunan tu adalah muzium pasal Imam Bonjol (korang kenal ke?? aku kerturunan ke-7 weyh) terletak betul-betul di garisan Khatulistiwa.

nampak tak papan tanda tuh
Ini pertama kali aku jejak sini. Bukan aku je, mak dan ayah aku pun sama. Cuma makcik aku (kiri sekali dalam gambar) dah pernah datang. Itupun lama dulu. Kami ke sini sendiri. Selama ni aku bercuti luar negara tak pernah main redah tanpa ikut agensi pelancongan kecuali Thailand, Singapore dan Brunei sebab sempadan betul kan. Lagipun ini jugak pertama kali aku pergi Indon.

Aku pergi 5hb naik flight ke Padang. Kat sana, ada pangkat cucu sedare mak aku jemput. Terasa diri aku tua sebab pangkat anak sedare pun umur 40 tahun. Macam kenal lama kami mesra ja padahal semuanya pertama kali jumpa. Naik avanza, aku seat belakang. Pening pale weyh. Sikit lagi nak muntah. Jalan di situ. tahulah bengkang-bengkok macam ular kena palu. Belum lagi cara memandu yang dasyat aku rasa. Rasa nak luruh jantung. Huuuu~~

Cerita perjalanan, lain kali aku cerita. Nampak sangat tak ada mood nak bercerita kan. Heee~~ Sekurang-kurangnya aku jawab kan. ^_^

Bahasa negeri sembilan berbeza dengan bahasa minang. Dan aku rasa aku lagi pandai cakap belah ayah (bukan minang ei) daripada mak aku sebab kalau balik kampung ayah aku (dekat je dengan slim river) mesti cakap ni. Tapi, kalau minang?? Mak aku sendiri tak pandai. Apa daaa..

Benda yang paling ingat masa shopping yang aku lepas nak cakap,

"Bara ei seko." harap maaf bila tulis lain macam jadi nya. =P

*entri peluru yang lebat tu, habis semua tulis peluru jugak ganti hujan. Menghayati cerita betul korang ni yea.. 

39 comments:

Cik Aini said...

wahhh hebat..
tgk tu tulis "nda melintasi Khatulistiwa" dah tu.hehehe
eh makanan padang pedas2 kan Atil kan :)

Cik Nur said...

first..!heeee... #sian H xdapat...

yeay..betul tekaan nur.. :)

wahh..kamu ke indonesia ya..!
asikkkk... :)

bare ei seko..
maknanya terima kaseh eh..?

Cik Nur said...

wehhhhh..sekali kena potong dengan ai tu..!

Encik H said...

hahahahahaha..padan muka cik nur!! :p

Encik H said...

kiranya aku dah teka tepat, siap stalk kat twitter, bak datang la hadiah..hehehe

Cik Nur said...

hahaha..gaban H..!

Eh..nur pun teka betul...!
Nak hadiah jugakkk..!

Kekekekekeek.. ;p

Dayana Bahar said...

best tu pi bercuti.. bila ntah nak tengok tempat org...

Dezee said...

Dezee orang minang juga..ayah Deze ketua adat..tapi adat tu xdiamalkan dalam family..atas arahan ayah sendiri.Kakak Dezee belajar medic di padang..masa pergi melawat muzium sana bila ditanya kami dari mana..ada yang berkata.."Oh ni balik kampung lakiranya ya.."

p/s: Dezee xsuka orang perempuan loghat negeri ni..bunyi agak kasar percakapanya.

Emma said...

wah2.. cm die.. melancong ke luar negara... hehehe.. buh la gamba banyak2.. :)

boni kacak said...

mesti sedap nasi padang kat sana kan??hehehe

cweet pinky said...

mak CP cakap , kalaw orang minang memasak sedap wooo ! :D

Nor Bashirah Mohd Fauzi said...

semoga demam itu tdak dtg menghinggap ke tubuh hati tu..hehehe

la indon ke? xsangka lak.. org kata mskn padang tu pedas.. nak komen2 panjg2.. tak reti lak entri nie..cuma boleh cakap...
" beri lah peluang untuk berkasih sayang, amka dunia ini akan aman"..tetiba..hehehe

Azlan Strider said...

i penah pergi bukit tinggi sekali...best jugak laa kat sana...tapi tak ingat pernah sampai sini ke tak..hehehe..cuaca pun sejuk kat sana..hehehe

Regards,
-Strider-

iAmCekbolat said...

mohon bawak cekbolat lain kali . kehkeh

TiranaAduka said...

salam asyira
Lawatan pg minggu.pekabar'

Liyaa Mf said...

Baru tau kat Indonesia pun ada org Minang rupanya ek? Ingatkan kat Nismilan je ada orang Minang. Huuuu. Byk kali baca part tu sbb nak konfemkan betul2 :P

Anak sedara umur 40? Fuhh, konfem dah bebelit gila susur galur ni. Then dea panggil apa? Makcik gak ke? Hahaha!

Hanamiko Sakura said...

bukit tinggi dekat klang pernah jejak.. bukit tinggi dekat indon tak pernah.. kehkehkeh :P

محمد رازيق said...

wah. syoknya bercti. kami ni belum kesempatan nak ke sana. hehe. btw thnx hani wish gudluck haritu.

MizzTina said...

bahasa minang mmg ssh nk faham..

kiera'sakura said...

kadang bila kita cakap kita org kampung sekian2 mesti org dok perli kita tak reti nak cakap loghat kampung tue.

padahal bukan kita membesar kat situ yang nak pandai cakap situ pun kan =.=

*ok luahan perasaan :p

Jna marcello said...

untuk entry ni Na da buat entry kat blog Na hehehe ;D gi bace eh Hani

ALS said...

Bestnya dapat jalan-jalan.. :)

Khai faiz said...

blk tmpt asal usul... Bestkan...

Kesuma Angsana said...

apapun jaga diri ye dik

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ooow?? kat endon pon ada org minang? ingatkan kat n.9 jerk.. hehehe

kay_are said...

kire ko asal dari indonesia r? pendatang r ni.. syuh syuh g balik sane balik weh! =P semoga cepat r demam ko sembuh ye.. mak aku cakap ade sedare kat sumatera tu tapi belah mane tak tau r aku..

Syazana Nazri said...

syaz bukan orang minang pun even anak jati negeri sembilan. hehe.

Edy Fee said...

syoknya berjalan sakan smp ke indon.huhuhuhu kira copy minangkabau la ni..or sebaliknya

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

atil bestnyer g indon..m ole2 tuk akak muahahahaha :p

Ain Norainsyah said...

bestnya dapat g sana. untunglaa~~ :)

papepun, cepat sembuh k. penat sangatlah tu. :D

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

bestnya g indon!lama dh teringin ke sana tu..hihi..smoga hani cpt smbuh..serius,dila rindu jgk kt hani!tq atas ucapan tu;)

mama aryan said...

bestnya..jln2 jumpa sedara mara ye

Ainn Hazwany said...

seronoknya jalan !

reenapple said...

jgn lupa makan ubat tau.. =)

Hans said...

seronok la berjalan2
:-)

haz said...

bestnya g indonesia =)

Detective Fiqa said...

untunglahh g melancong :P hehe

zulhilmi tempoyak said...

mohon buat vlog ckp sket.. ;p

TiranaAduka said...

bru ta tau ada nama kg bonjol.