dewan rakyat

Sunday, January 20, 2013

Dua M

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak akhir-akhir ni produktiviti entri blog aku makin menurun (ayat bukan main lagi kan), sebab kemalasan nak online dan bukak laptop membuatkan aku biarkan jelah malam-malam aku dengan tidur awal. Siang-siang dah tak boleh. Lagi-lagi aku kerja bukan ngadap komputer pun. Berlumur dengan minyak sesaja. Habis kuku-kuku aku hitam. Aishhh..

Yang mendoakan aku supaya sihat tu terima kasih lah. Sihat pun. Alhamdulillah. Masih lagi senang hati pergi kerja cuma sekarang sakit tekak sampai berubah suara. Hampeh punya anak sedare asyik gelakkan aku suara lain. 

Walaupun macam dah basi pasal percutian balik kampung yang tak berapa nak jadi kampung aku tuh, aku tetap nak cerita jugak. Bercerita kan memang hobi aku. Lagipun, manalah tahu nanti aku lupa macam mana. Baik aku cerita kat korang kan. kan. kan...

Aku cerita berdasarkan komen korang entri hari tu. Dua M. Minangkabau dan Makan. Ok tak macam tu?? 

Ingatkan negeri sembilan je ada orang minang

Banyaklah aku dapat komen macam ni. Ermm, asal orang minang negeri sembilan tu dari Indon lah. Memang kerajaan besar Minangkabau tu asalnya di sana. Lapangan terbang di Padang pun nama Bandar Udara Interanasional Minangkabau kalau tak silap. Pernah dengar lagu Ayam den Lapeh tak?? Ada sebut Pagar Ruyung kan. Situ istana besar dia. Istana Pagar Ruyung.  Tapi sekarang istana tu dah terbakar dan ganti dengan yang baru. Kalau nak diikutkan semua tempat yang ada dalam lagu tu aku pergi. Nak tahu kemana sila refer lirik lagu dia. Lagu tu pun asal sana yea. Sama macam orang jawa yang asal pun Indon kan. 


Istana Pagar Ruyung (aku takda dalam gambar)


Makanan di Padang mesti pedas dan sedap

Ini kena fikir masak-masak dulu baru jawab. =P Memang pedas tapi sedap lah. Masak lamak (kalau orang nogori, lomak kan) dia memang sedap lah kan. Tapi, yang tak tahan aku pergi rumah sedara aku tuh, habis semua lauk masak lemak nya. Ikan masak lemak, pucuk ubi masak lemak. Ada satu lauk je kot dia hidang sambal belut. Mahu terbakar perut aku. Pergi rumah sedara dekat bonjol hidang gulai tempoyak. Tiga rumah pergi, tiga2 hidang masakan sama. Aku syak dorang masak tempoyak tu belajar dari Malaysia pun sebab rata-rata sedara kat Bonjol tu merantau ke Malaysia kan. Lebih membuatkan aku senak perut makan ialah, setiap rumah aku pergi hidang nasi.

Rumah pertama sebab kami tidur rumah dia, pagi-pagi makan nasi dah. Rumah kedua singgah makan nasi lagi dan ikan masak tempoyak + ikan bakar fresh dari kolam belakang rumah (macam kebanyakan rumah ada kolam sendiri). Rumah ketiga pun sama. Tiga buah rumah kami pergi sebelum pukul 12 tengahari. Memang senak lah perut kan. Lagi-lagi jalan ke Bukit Tinggi tuh, membuatkan aku nak buang semua isi perut. Siapa suruh semua umah pergi tibai makan banyak.

Rumah Pertama. Malam. (pagi tak sempat snap)
Rumah Kedua
Rumah Ketiga (pesal semua makanan dekat aku)
Kalau di Padang mestilah ada Nasi Padang. Yang jenis hidang banyak-banyak tu. Menu wajib pucuk ubi. Pucuk ubi je free, yang lain kena sentuh sikit dah kena bayar. Jadi, jangan gatai-gatai pergi sentuh lauk yang taknak makan. Nak rasa Sate Padang tapi tak berkesempatan sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan. Jadinya, aku pernah makan Sate Padang yang ada kat Malaysia je lah. Pacel Lele dengan Pacel Ayam pun tak sempat makan. Tapi, merasa makan Pisang Kapit, Nasi Soto dan Lontong Janjang kot nama dia (ikut suka hati aku je eja).  Katanya dari isi dekat kulit lembu. Aku pun tak pasti. Kuih yang aku tak tahu nama.  Lepas tu sanjai ke sinjai atau nama biasa kerepek ubi tapi pelbagai perisa.

Pilih-pilih
Lontong yang tak reti eja nama nya
Nasi Soto yang tiada nasi dalam gambarnya.
Undefined
Kuih yang telah dilupai namanya
Minum pulak, makcik aku yang selalu pergi tuh tak habis-habis promote air Jus Apokat (Avocado) dan Jus Durian Belanda. Jus dia pekat gilerrr. Macam tak tambah air je. Untuk aku, minum sikit-sikit boleh lah. Tapi, nak habis kan segelas pun loya jugak sebab pekat sangat. Untuk orang suka jus macam tu ok kot. Mak dan makcik aku syok je minum. Jus Mangga pun sama je. Aku tanya da Jus Oren tak, pangkat anak sedara aku cakap ada Jus Jeruk je (limau kulit hijau tuh). Avacado murah kan kat sana. Tu yang semua nak minum. Aku sekali jelah order air tuh. Tekak tak dapat terima sangat. 

Jus Avocado
Cerita pasal makanan pun banyak kan. Nak sambung lain kalilah kalau rajin. Ke ada permintaan?? (ayat bajet). =P

Siapa entah mintak aku taruk gambar banyak-banyak. Amik lah buah tangan aku ni. Kira langsam sampai minggu depan. Lalalalala~~


*first day keja pun dah accident. Teruk--teruk  -_-'

27 comments:

Emma said...

tengok makanan banyak2 ni d malam hari, buat saya kelaparan malam2.. adehhh.. nak makan jugak!

xciden? langgar ngn ape? ce cite...

cik nana said...

masak lemak telur itik ada ? hihi.kte pernah ke indon nasi padang kat sana best tapi kalau pegi sana makanan nye lebih kurang je. kalau da asik makan je mmg xleh nak telan da..jus apokat tuuuu arghhhh xsedap mcm terkulat2 nak telan mase tu. haha tapi ad org ckp sedap. lain citarasa mungkin. hihi

Hanamiko Sakura said...

perghhh!! perut meletup makan banyak2.. wahaha!

iyka syafika said...

haish..tension pulak tgk mkn3 ni..lapar pulak.rse nye mesti best kan

TiranaAduka said...

salam asyira
Nice post.ok je ta bca post ni.biasalah.turun naik mood blogging

P/s ALHAMDULILLAH. sampai jua dgn selamat...buat tambh semangat blogging.dan tanda pshabtn dari ta

Hanamiko Sakura said...

nak komen lain dari tajuk entri..
kihkihkih..

nak jumpa kak hani.. tapi kak hani duk perak blah mana?

Liyaa Mf said...

Hahaha! Time kaseh la cite history Minangkabau tu. Akak memang failed la bab history ni :P

Masakan Padang tu, masa akak pernah gi Bandung dulu, pernah la rasa. Memang pandai2 kita la nak pilih makan yg mana. Usik sket je dah dikira. Better pilih yg betul2 nak makan, then makan kasi habes kan? Rasanya, pada akak biasa2 je. Takde la best gila mana. Hehehe

Jna marcello said...

Wahh makan all the time meriahhh hahaha
Tp kuih yg tidak diketahui name nye tu nampak sedapp hani :)

shar90 said...

byknye mkn... xtapau skit? xD

Dezee said...

Semua makanan kat atas ni Dezee xpernah cuaba..sam juga airnya..tapi pedas tu Dezee memang suka. Makan sampai berpeluh tu exercise juga kan?errr..

TiranaAduka said...

lawatan malam..

Cik Aini said...

eh undefined tu kueh ke apa Atil?
sedap ke?mkan sana suma pedas2 kan :)

dah mcm kj workshop lak minyak smp abis hitam kuku2.hahaha cemana yg bleh accident tu?haish...

MizzTina said...

meriah kan dpt jumpa family n sedara mara semua.. makan..makan.. makan.. blh release tension bila dpt mkn.. hehehe

Azlan Strider said...

perghh..tengok makanan minang terasa lapar plak...hehe..api makanan minang memang sedap kan??my last trip pergi padang aritu asyik makan jer kejenya..hahahaha

Regards,
-Strider-

cweet pinky said...

mak CP pown slau cakap makanan orang minang , aceh , padang memang sedap2 , CP pown teringin la nak makan , masak lemak cili api lak memg feveret CP lafik2 kalaw masak lemak cili api daging salai ~ pergh !

kay_are said...

malas pulak aku nak menggoogle lagu ayam den lapeh tu untuk tau mane ko jenjalan.. so takpe r ye.. tror ko eh leh makan nasi sebanyak 3 kali dalam sela mase camtu.. keje mane je ko banyak main ngan minyak? @.@

Cik Nur said...

atil dah minumlah jus alpokat tu eh..!

Xpe2..nanti kita borak panjang eh...
nak tahu gak ni..hihi

Ejam Ejam said...

ok. semua makanan semua tak pernah tgk and rasa... macam besh je...

kiera'sakura said...

avacado tue dia tmbh coklat ke dik?

lontong dia xsamanya dengan lontong kita. yg itu masak jawa kot ye?

banyak kuah soto dia =.=

eh akak pun sibok ngomen menda mkn je huuu

inche hlovate said...

amboi byknye mknanan..ehh macm mne boleh excident

boni kacak said...

sebenarnya kan.. ada sikit kesilapan info.. minang, jawa memang sama budaya , tapi hakikatnya, kita bukan berasal daripada Indonesia. sebab ramainya banjar, jawa, minang dan sebagainya datang ke tanah melayu sebelum negara Indonesia ditubuhkan lagi. jadi, sebab tu lah kita dan negara Indonesia memegang title serumpun. sebab sama bangsa dan budaya, tapi bukan asal daripada Indonesia :)

Yana Libra said...

yep..org minang bukan kat n9 je..hehe..bestnye dpt berjalan ke sana~ :)

mama aryan said...

meriah tengok makanan..tp akak dah tak selera nak makan apapun sekarang ni..huhu sedey

Zehan Ilyana said...

3 M
yang ketiga, saya.:)
haha

Domu-kon said...

minang = negeri sembilan.. tu je den tau..hehehe

apa pun.. banyak nya makan.. jeles2..lain kali nak ikut..hehehe..gurau je atil..

TiranaAduka said...

adoi lapo la pulak tgok gambr tu.berkeroncong ni.

Clive Einstein said...

uish...makanan sahaja...yang menggoda gituuu!!!heeeee~