dewan rakyat

Thursday, January 3, 2013

Bajet sangat..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah beberapa kali mak pergi situ, dan dah berapa kali mak sibuk-sibuk suruh tengok dia. Berapa kali jugak mak aku cerita benda yang sama dan keterujaan nya. Dan berapa kali dah kami semua teruja jugak tengok mak dalam tuh. Lepas tu gelak-gelakkan mak sebab kononnya khusyuk sangat kan. 

Bila dengar nak pergi lagi, aku pun sama menggedik nak ikut. Aku kan memang tak tahu malu. Lagi-lagi kalau benda yang aku nak. Mak pun bagi nama aku, dan aku pergi jugak weyh. Lantaklah aku sorang je muda. Yang penting aku merasa.

Siapa-siapa yang ada twitter aku tahu kot. Lagi-lagi cik nur dan ejam, aku memang bising kat situ je bagitahu aku nak kemana sebab situ tak da orang sangat. Ikut suka hati aku nak luah apa kan. Rasa macam kanak-kanak riang je kat situ. =P

Tahu tak rancangan Tanyalah Ustazah dan Al-Kulliyyah tv9 dengan tv3. Aku pergi rakaman sana lah. Live lagi weyh. Rasa kelakar pun ada. Awal giler pergi padahal start lambat lagi. Memang rombongan cik kiah kami semua.

Rakaman tanyalah ustazah tu dekat Sri Pentas. Tahulah kalau Sri Pentas ni, ramai lah selebriti. artis semua kan. Kelakar aku tengok makcik-makcik ni, aku mestilah konon-kononnya behave. Tak da tunjuk muka excited pun. Padahal cuba kalau dengan kengkawan. Erkkk..

Aku masa tu jadi photographer yang setia. Tolong snap kan gambar semua. Kami pergi tu dalam 37 orang. Nampak seorang artis ni semua pakat serbu. Alih-alih semua kamera bagi kat aku. Aku takda pun masuk gambar eih. Lagipun memang tak rasa pun. Seronok kalau dengan orang lebih tua ni, dorang tak segan pun. Jadi, macam lagi meriah lah bila bergambar tu.

Blogger sekampung takyah angkat kening nampak mak sendiri
AG dan Bienda
Sebelum ramai yang datang
Ceruk pun jadi
Mak tersepit. Masa ni serabut!!
Masa Ally Isakandar tu, aku mula-mula nampak. Tapi, aku buat tak tahu je. Dia senyum, aku pun senyum. Bajet dah lama kenal kan. Mestilah, aku pergi kenduri kahwin dia yea. (itupun sebab adik dia junior aku. muahaha).. Entah-entah dia mang kenal aku?? Ok, aku perasan..

Waktu tengah rakaman tu, ada telefon bunyilah, apa lah. Muka tidur pun dapat tangkap tu yang tak tahan. keluar tv muka tidur. Bukan aku. Harap maklum. Walaupun dah cakap awal-awal silent kan fon takpun off terus masih lagi berbunyi. Biasalah kan.

Masa dah habis rakaman tuh, aku nampak Kamal Adli dengan Miera Liyana kot nama dia. Tapi, apakan daya, makcik-makcik tu tak kenal dorang. Maka, tak da lah mereka mengejar nya. Hahaha.. Tak hensem betul tengok kamal dengan jambang nya. Hmmm...

Untuk Al-Kulliyyah, kami pergi Bukit Jalil, tapak jom heboh tuh. Masa Al- Kulliyyah ni ramai sikit. Sebab ada kumpulan lain dari beberapa tempat. Lagi meriah kat situ kan. Ada pencarian Daie sekali. Dia review je performance peserta minggu-minggu lepas.  

Kan kalau orang nak shooting, mesti nyala lampu. Lampu tu memang terang lah. Ada makcik ni suruh tutup lampu tu sebab dia sakit mata. Penerbit tu gelak jelah. Dia kata,

"Makcik nak pakai cermin mata hitam ke?" Erkkk...


Dengan Ustaz Fauzi je aku amik gambar sekali bila orang tak ramai. Nampak macam rapat je gambar tu. Tapi, aku dah jarakkan diri ke belakang sebenarnya.

Bajet macam artis satu hari dua kali shooting. Live lagi. =P

Bajet..



32 comments:

Cik Nur said...

sian kamal adli..hihihihihi...

amboii..kemain dia...dgn retis xmo tgkap..dengan ustaz fauzi mahu..hihii..

tapi ustaz ni, mmg sejukk je tgk muka diakan. :)

ppsst..aly dengan atil sape lagi tggi..?

heeeeeee

TokeY said...

hahaa.. nakal anak mak.cik.. nice baca entry ni..

mie said...

fuyooo...
ingatkan artis..
ehehhee

Ejam Ejam said...

atil jadi jurugambar sepenuh masa nampaknya aritu ye?

Domu-kon said...

makkk oiiihhh... tu dia..semua dengan retis..lepas nie..takde la atil ingatkan kita lagi..kita bukn retis..apa pun.. best gak p ngan mak cik-mak cik,, diotg xsegan..

boni kacak said...

bestnya... bienda pun ada tu.. wah..

Mira Adzlia said...

wow..pemes la lpas nih...hihi...

Khai faiz said...

lepas ni boleh la mintak autograph...

Emma said...

amboi.. bajet masuk tv eh? :P kamal adli dh berjambang k? alahaii.. mst dh x kacak kn...

Afasz said...

wow .. ramai artis eh

kay_are said...

aku tau mak aku pergi sane, tapi aku tak tau lak ko join sekali.. rajin gak ko eh ikut rombongan tu.. macam adik aku yang pompuan tu gak.. ally isakandar? ko ngidam nak makan nasi kandar ke ape ni weh?

kne bayar r sebab letak gambar mak aku.. bak sini singgit =P

kiera'sakura said...

nie mesti yg last week punya kan. hihihi masa dia sebut slim river tue akak dh agak dah ntah2 nie rombongan kampung budak berdua tue hihihihi :p

hainom OKje said...

Eh oklah tu Hani...macamana tu Hani boleh gi shooting...kena panggil ke apa?

Azlan Strider said...

wah..lepas bajet aris nie dah boleh masuk propaganjil laa nie..hehehe

Regards,
-Strider-

kopi pasta said...

hah bergamabr sakan2 makcik2 ni semua. pgalaamn skli sklae dan bukan slalu...huhu. so kiranya ada ske[ing jerla ko tu yg lain2 tu smua gambar2 makcik2 n mak ko tu?

Chic Na said...

ni bila punya show? da lepas ek. kalau tak boleh tgk atil masuk tv. hihihi..

reenapple said...

peewit.. ehehehe

ELeEa said...

seronok baca cerita kamu
hehehehe
=)

Kesuma Angsana said...

amboi meriah sungguh ngan makcik2 ni ye

Mimie said...

utgla dpt jumpe artis

nea lopah said...

sakan makcik2 tu yer... nice entry!
salam perkenalan. sudi2 jengah blog saya.
http://nabihahsejutarasa.blogspot.com/

Ema Blog said...

bila jumpa artis mmg eksited...sebab bukan senang nak jumpa kan..

✿A I N A A✿ said...

wahhh bestnyaaa.. dapat juga jumpa artis... kalau ena memang beribu2 kalilah ambil gambar kalau jumpa artis.. awww

Cikgu Ma said...

wah..jumpa selebriti la ea...

syafiqakarim said...

hahah
pemes nyewww awok.
bila nak jumpa tangkap gambo dgn \
titewww


brrr

Sya Chot .. said...

hamboi kemain nakal yer..hee..:P

Jna marcello said...

Pewit pewittttttt :)

Awkkk lepas ni boleh snap pix Na dgn artis lak taw! :)

Cik Gee said...

bestnyer.. tang jumpe Ally buat tak tahu mmg sy setuju.. sebab sy kalau jumpe artis pon buat tak tahu je walaupun dlm hati eksaited giler.. tak maw la kan buat dorang perasan yg dorang tuh femes sangat... hihi.. ^^

Nurul Faiz said...

amboi, seronoknya dapat bergambar dengan artis :) cayalah makcik.

Si Matatajam said...

Amboi2 tetiba jadi retis yek..minta signnnnn..hik hik

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah pemes la atil pas ni..nanti dh pemes jgn lupa kita plak tau muahahahaha :p

Orkid Edyliyne said...

hehe oklah tu. due2 pun rancangan yang best.. lagi2 rancangan ilmiah kan...
hehe... ^^