dewan rakyat

Wednesday, December 25, 2013

Sleeping beauty

Bismillahirrahmanirrahim...

Tido.. tido.. tido

Ketahuilah sekarang ni perangai suka tido aku makin kronik. Sangat. Cuti je tido berjam-jam lamanya. Macam hari ni, aku kerja tapi half-day. Balik rumah solat dan makan pastu tidur. Ingatkan nak tidur sejam je sekali sampai ke petang. Kalau hari-hari biasa, pukul berapa entah lepas isyak aku dah tidur. Makan pun tak. Aku syak berat aku sekarang makin menurun ataupun statik lagi-lagi bila tidur banyak, selera makan tu pun menurun sama. Lunch pun tak makan sangat Aishhhh...  Harus diseru selera makan macam dulu-dulu..

Dulu masa sekolah menengah semangat tidur dalam kelas adalah tinggi. Lagi-lagi masa Form 1. Paham-paham lah orang yang baru nak sesuaikan diri duduk asrama. Bangun sebelum pukul 5 pagi nak berebut bilik air. Nak pergi solat subuh berjemaah. Nak breakfast kat dewan makan. Nak sampai kat tempat perhimpunan sebelum pukul 7.15 pagi. Jadi, untuk permulaan (padahal sampai ke form 5) semua itu memenatkan. Malam pun bukan tidur awal. Pukul 12 lebih baru tidur. Belum tolak tambah prep dan aktiviti lain lagi kan. Penyudahnya aku tertidur masa dalam kelas, lagi tepat masa cikgu mengajar. Ok, bukan aku sorang ye tapi majoriti. Tapi aku yang senang kena detect. =P

Subjek yang mengundang untuk aku mengantuk teramat sangat ialah bahasa arab dan pendidikan islam. Biasalah subjek agama syaitan ni lagi suka kacau. Tidur tu macam tak ingat dunia. Tersengguk-sengguk, pastu tertidur terus. Hahaha.. Cikgu taklah selalu tegur aku tapi ada sekali tu, ustaz ni sergah aku. Aku ingat lagi, hari tu hari rabu, hari pelajar kena pakai uniform persatuan. Aku masa tu pandu puteri. Ustaz ni sergah aku dan cakap,

"Kamu pakai baju apa ni?"
"Baju pandu puteri ustaz."
"Dahtu kamu dah pandu kemana tadi? Ke parit? Ke longkang?"

Bayangkan betapa malunya aku masa tu. Tapi aku tak pernah insaf pun.  ;)

Tahun-tahun selepas itu lebih kurang je. Kebiasaannya, kalau cikgu tak masuk kelas majoriti tunduk kat meja. Tak kiralah lelaki ke perempuan ke. Masa tu kami panggil semua nya dah syahid. Aku jangan tanyalah kan. Memang dalam kalangan kawan-kawan aku memang paling kuat tidur. Yang paling aku pelik, bukan aku sorang je tidur tapi mesti aku yang kena. Ada sorang kawan aku ni rileks je tak pernah kena padahal dia lagi selalu aku rasa. Muka femes kot aku ni kan. Perasan.

Sampailah Form 5, guru kelas aku ustaz yang ajar arab. Masa parents kena datang sekolah untuk amik report card, ustaz ni bagitahu mak, ayah aku.

"Hani ni semua ok. Baik dan belajar semua ok. Tapi, itulah masa saya mengajar dia ada mengantuk sikit. Mungkin kelas saya pagi-pagi dan petang-petang kot kan."

Pandailah ustaz tu cover aku balik. Mak dan ayah aku tengok je aku. Aku macam biasa sengih. Hahaha..

Bab kawan-kawan lagilah. Aku paling tak tahan dorang ni jadikan aku kambing hitam. 

"Kalau atil tidur kita selamat."
"Atil hang lah penyelamat kami."
"Aku akan tidur kalau atil tidur."

Teruk kan. Alih-alih aku yang kena. Dorang lain haram selamba je. Tak adil betul!!

Gejala aku tidur tak kira masa ni terhenti masa sekolah je. Lepas tu ok dah sampai sekarang. Belum lagi time kerja aku tidur melainkan masa rehat. Lepas solat adalah perkara best untuk tidur lagi-lagi masa pakai telekung. Perghh... Nyaman sangat.

Jadi, cool tak aku masa sekolah dulu?? (sambil angkat kening)

Sampai sekarang aku ingat ayat kawan aku. Masa tu dah habis sekolah. Dia ke maktab, aku ke tempat lain kan. Ayat dia,

"Atil, kalau hang ada kan best. Kami mengantuk giler dalam kelas tapi tak ada orang cover. Kalau hang ada boleh cover kami. "

Cissssss... Aku dah berubah weyh..

*cik na ini bukan entry kenakalan atil ei. atil tak nakal lah masa sekolah dulu.. hahaha.. rahsia2..
**aritu aku pergi rumah sorang blogger ni yang eksiden. eksiden yang dia jatuh sendiri lah sampai tangan berbalut. terkejut dia aku datang.. hahaha.. kata sekampung kan.. =)
***bila difikirkan balik semua subjek aku mengantuk.. hahahaha...

Monday, November 18, 2013

The journey

Bismillahirrahmanirrahim...

Pernah tengok cerita "journey to the west" tak?? Yang ada Sun Wukong kot nama dia. Cerita tu zaman aku kecik-kecik dulu. Main layan jer. Dah besar baru aku tau cerita tu pasal monyet yang nakal nak pergi jumpa Buddha.. Tapi, sepanjang aku tengok tak pernah pulak aku fikir bukan-bukan sebab Buddha pun aku tak kenal. Mujurrr.. Tapi cerita tu besttt.

Nak diikutkan intro tu saja je. Dah tajuk entry The Journey, secara spontan teringat cerita tu. Padahal tak ada kena mengena dengan entri pun. 

Alkisahnya, aku nak cerita aku pergi kenduri kawen kawan aku hari tu. Kawan matrik. Kawan sekatil. Iya, dia suka menumpang katil aku. Dan aku bagi tumpang pun. Saje sempit2 atas katil single tuh. Entah pape. Tapi, sekarang dah kawen budak tecik tuhh. Fuhhhh..

Aku banyak dapat invitation kenduri ni tapi jarang lah aku bersungguh nak pergi. Kali ni, aku siap apply cuti yea. Almaklumlah aku ni kan kerja hari sabtu. Kawan baik, takkan tak pergi. Menapaklah aku pergi Raub, Pahang tu ditemani safi rania dan bawang ungu. Aku paksa teman. Ingat aku berani drive sensorang. Lagipun, sah-sah mak dan ayah tak bagi pergi nanti.

Semangat nya aku, aku apply cuti sebulan awal kalau tak silap. Nama aku dekat board tak padam-padam pun, walaupun orang lain dah silih ganti cuti. Nampak tak kat situ kesungguhan aku. Belum lagi iron tudung 2 minggu awal. 

Jadi, 16hb November tarikh dinantikan pun tiba. Excited tunggu safi rania dan bawang ungu sampai. Tapi, sebenarnya excited sebab aku cuti haritu. Orang yang rajin bekerja memang macam ni kan.

Pergi sana macam biasa. Jalan nya macam biasa jer. Dan semua biasa je. Tapi, dalam kereta tu mulut aku tak henti bercakap lah. Macam dah lama tak jumpa orang nak bersembang. Bercakap je memanjang. Nasiblah korang layan aku. Nak buat macam mana asyik ngadu dekat Patrick Star je. Bosan aku. Bosan...

Tahniah ei
Aku malas nak edit gambar, mahupun watermark. Lantaklah, gambar tu kat situ. =P Yang kawen tu net. Yang sebelah aku tu wa. Dia roomate aku masa kat matrik. Merangkap kawan baik net dari sekolah yang menjadi kawan baik aku juga masa matrik. Nampak tak kat situ kenapa aku beria nak pergi kenduri tu jugak. Kiranya 2 in 1 lah. 

Net dengan suami dia ni aku tau kisahnya. Macam mana kenal. Macam mana net bergaduh bagai. Pinjam tudung aku pun ada masa gi dating. Belum lagi first dating aku pun ada. Peranan besar aku kat situ. =)

Lepas kenduri tuh, aku, safi rania dan bawang ungu plan nak pergi jenjalan on the spot. Tak kisahlah mana-mana. Nak pergi Cameron macam jauh, hari dah petang. Nak pergi Genting aku tak berani nak drive jalan macam tu. So, aku cakap aku teringin pergi sini,

Ini aku snap sendiri yea.

Wah, bajet France sangat. Confident masuk simpang padahal signboard tak tulis itu jalannya. Menggelabah suruh safi rania bukak GPS. Last-last, naik jugak lah. Agak-agak jalan curam berbengkak-bengkok dan macam takda tempat u-turn sah-sah nak taknak kena sampai atas jugak kan kalau salah. Tapi, well I'll drive. Betul lah tu. Hahaha..

Ok, sebagai driver amateur, berbangga dengan diri sendiri sebab aku drive tempat macam tu. Serius tak jangka jalan sempit dan selekoh memang tajam lah. Bajet Fast n Furios jap. =P

Nak masuk kena bayar RM12 SEORANG. Nak taknak masuk lah. Macam mana nak U-turn pun, kalau dah kaunter tiket atas bukit macam tuh. Ceittt.. Padan muka tak survey tempat. Lepas tu, baru suruh bawang ungu google tempat ni. Hotel, apa yang ada kat sini. Apa yang best. Ish2

Masuk-masuk tak tau nak tuju mana. Nampak hala ke Japanese village kot nama dia, main taram je. Ok, jalan dia lagi curam. Fuhhh, selamat ada dataran aku masuk dulu sebab aku nampak ada guard dengan palang kat entrance Japanese village tuh. Kang kena bayar acane?? situ lagi tak boleh u-turn memang kat puncak. Pandai ei dorang nya strategi pemasaran. Memang kena bayar pun. So, turun balik dan decide ke Colmar Tropicale. Mujur takda kena bayar. Dan hasilnya,



Nak makan dekat kedai-kedai France dia macam mahal je tapi teringin. Nak tidur situ kalau tak tapi semua bilik standard dah full. Standard pun harga berapa. Agak-agak deluxe nya lagi lah kan. Terus cancel. Jadi, jalan-jalan snap gambar, tengok akrobatik, tengok swan hitam n swan putih. Tengok, auntie2 chinese jenjalan. Tengok mat salleh check in. 

Lepas tu, hujan balik (sebelum nya hujan jugak), so baik lah turun sebelum lebat. Kang tak pasal-pasal je kan. Dah lah aku drive, driver teruk ni. Hahaha..

Bagi aku, seronok je jalan sini, Honeymoon lagi seronok. Hahaha. Tapi, kalau nak relaxing best ja. Selain yang aku tulis kat atas. Ada je rock climbing, paintball, flying fox bagi yang suka aktiviti lasak. Ada taman haiwan jugak kot. Ada naik kuda. Tapi, yelah masa suntuk. Tak berbaloi bayar RM12 sorang tapi pergi kejap. Harus spend more time there. Lepas ni kalau datang lagi wajar pergi Jepun pulak yea. Dah pergi Europe ke Asia Timur lah pulak. Pastu pakai kimono. Berangan. =)

Opsss, aku tak cakap kat mana ei. Inilah BUKIT TINGGI, Pahang. Kiranya tak jauh sangat dari KL pun.

Tak dapat makan makanan France kat atas pun takpelah. Kita pergi Mr. Steak House, Seksyen 13, Shah Alam pun ok pe. =) Makanan safi rania lagi sedap daripada aku. Nasi. 

p/s:: mohon maap menyepi. Ingat aku lagi tak ni?? Berapa bulan ei aku ilang??

Sunday, September 15, 2013

hensem ke?? =P

Bismillahirrahmanirrahim..

Haritu nak ucap selamat hari raya, konon-kononnya nak update blog. Tak jadi. Nak ucap selamat hari merdeka. Tak jadi. Jadi, aku ucap selamat hari Malaysia lah nampaknya kan. Hidup aku beberapa bulan ni busy, serabut, tak terurus dan entah pape lagi lah. Yang paling teruk tabiat makan aku berubah terus. Uwaaaaaaa.... Jadi lidi lah nanti.. Tiap-tiap hari, sambil drive, buat kerja, drive lagi, fikiran aku menerawang nak update blog. Tapi hasilnya hampeh. Sebutir pun tak keluar. Aku rasa hepi, sedih, bengang sampai nak jerit gilaaaaaaaaaaa kuat-kuat pun tak sempat nak cerita. Bukan blog je kawan pun tak sempat. Pffft....

Banyak benda berlaku jadi beberapa bulan ni dan banyak betul nak cerita tapi biasalah saya seorang yang bukan bekerja dengan komputer. Jadi, susah sikit lah. Malam dah ngantuk sangat. Hujung minggu. Ok malas nak cakap merapu dah.. =P

Nak dijadikan cerita sebulan puasa hari tu aku stay kejap dengan kakak bujang aku (sekarang officially married). Teman dia lah konon nya. Aku dengan seronok nya pergi lah upload gambar keadaan dalam rumah dalam instagram (keadaan je ok). Entah macam mana, kalau korang ingat lagi entri ni kawan maya, entri tahun lepas kot yang aku kenal dia dah lama tu. Dia reply tempat aku tinggal dengan tepat nya. Dan mengejutkan, dia tinggal blok depan aku je. Yang mana sah-sah setiap kali aku balik rumah (apartment) mesti lalu blok dia dulu.

Aku tak tahulah macam mana perasaan korang, bila mana orang yang bertahun korang kenal tapi tak pernah bersua muka, berjanji nak jumpa pun. Tiba-tiba tinggal dekat sangat dah. Macam mana excited nya aku dulu boleh terserempak dengan misz domu dan macam mana terkejutnya aku tau pasal blogger sekampung. Lagi teruja aku kali ni tau. Lebih-lebih sangat.

Nasib dia lah yang pegi upload gambar kereta dia yang buat aku tau rumah dia yang mana satu (lokasi apartment aku mestilah secret). Jadi, sejujurnya aku berharap terserempak dengan dia walau sekali. Iya, aku mengaku. Mesti nak tengok live kan. Tapi, mestilah tak nampak pun. Itu perkara biasa ah kalau berharap. Siap, doa macam ni lagi. Moga-moga Allah bagi ar aku tengok dia live sementara aku stay rumah kak aku. hahaha..

Sehinggalah, suatu petang yang sesak sebab bulan Ramadhan dengan bazar lagi. Simpang nak masuk blok tu sesak sikit. Maka lambat lah bergerak nya. Aku yang ada daya pengecaman agak tinggi, aku nampak sorang ni naik motor sebijik muka macam dia. Bertahun aku tengok gambar, boleh cam kot. Jadi, dengan sepantas kilat sampai rumah terus bukak twitter, tweet dia.

'Dik, motor plat ....... kan.'

Dia gelak konon-kononnya tapi mestilah mengaku jugak kan akhirnya. Bingo!! Dan aku terserempak buat kali kedua dalam situasi yang sama. =P

Safi rania kawan dengan dia jugak dekat facebook dan twitter. Tapi, kami lebih suka kenakan sesama sendiri dekat twitter. Jadi, masa tu macam mana kami boleh lupa yang dia follow sesama kami kat twitter termengumpat pasal dia terang-terangan. Lupa weyh kewujudan dia.. Biasalah jarang berinteraksi pun dengan dia kan. 

'Dia hemsem ke?'
'Takpun.Biasa-biasa je pun.' selamba je aku jawab. Tapi, setakat tu je kami cakap pasal dia. Lepas tu terus berborak betapa rindunya kami berdua, aku dan safi rania.

'Rindu  nak duduk serumah dengan ko. Dengar ko membebel.' safi rania tweet.
'Aku pun sama jugak .'

Tiba-tiba,

'baik korang berdua bermadu je, dapat serumah.'

Gila!! Dia tweet kami berdua. Yang tak menahan pergi favorite point aku tulis 'takpun, biasa-biasa je pun'.

Terus kami offline tapi bersambung ke wechat. hahaha..

Pengajarannya, sila bagi line clear nak ngutuk orang.. =p

Sunday, July 28, 2013

Kerinduan yang tak tertahan

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah nak masuk fasa terakhir dalam bulan Ramadhan pun.. Macam mana semua??? Aku macam biasa dan berusaha untuk tingkat kan amalan. Lagi, walaupun dah da charger baru pun nak bukak laptop dan update mahupun bw masih di takuk lama.. Macam nak bersara je (tetiba ayat tak masuk pendahuluan. Tadi citer sal amalan)


google



Rindu..

Iya, aku rindu. Dah lama nak tulis kerinduan ni tapi tulah pasal, bajet sibuk sangat padahal membuta, tengok tv je. Iya, aku banyak benda nak buat sejak kebelakangan ni. Bukan sibuk cuma cuba menguruskan kehidupan. Ececece..

Rindu..

Rindu apa?? Rindu tempat tu. Tempat yang rata-rata semua orang nak pergi. Sedangkan orang yang tak pernah pergi merindui tempat tu apatah lagi aku yang dah menjejakkan kaki kat sana. Menangis, gembira, bergaduh semua nya ada cerita di sana. Gelisah pun ada. Bila difikirkan balik banyak lagi aku tak cerita.. =)

Rindu..

Dengan suasana yang menyenangkan walaupun macam-macam ragam manusia ada. Sampai terdetik hati ni nak tengok benda pelik. Yah, aku dapat tengok dan terkejut. Mujur aku tak jadi macam tuh.. Muhasabah diri..

Ya, aku rindu tempat tu. Tempat lahirnya Rasullullah dan tak lupa tempat membangun nya Islam. Makkah dan Madinah. Setahun. Setahun. Setahun.. Masih segar di ingatan Ramadhan di sana..=)



Aku rasa walaupun aku selalu senyum masa amik gambar tapi senyuman dalam setiap gambar ni lain macam.. kan..kan.kan.. =P dan salute walaupun masa pergi sana terik bukan main muka tetap glow amik gambar.. gambar ni takda edit bagi magic skin or glow yea.. *perasan.. hahaha

Monday, July 15, 2013

Spontan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kadang-kadang kita akan jawab secara spontan atau dengan kata lain kata-kata yang lebih jujur. Aku?? Bercakap spontan bila aku rasa bengang dan tak tahan sangat. =P

Situasi 1

Kerja aku ada kena mengena dengan lori. Jadi, nak tak nak, lambat lori sampai maka lambatlah aku balik. Hari tu, lori sampai lambat. Aku pun memaksa diri untuk tunggu dan test quality. Bila dah siap kena panggil lori masuk. Tapi, bila aku keluar aku tak jadi nak jerit sebab malu pulak tetiba ramai pekerja bahagian kilang kat depan. Aku masuk ofis balik. Akak ni merangkap bos kecik aku tanyalah aku sambil gelak-gelak,

"Dzatil, mana lori nya tak masuk-masuk. Eh2, tu driver nya baru keluar toilet ko panggil sapa ni lah Dzatil?? Hahaha.."

Bukan stakat dia sorang gelakkan aku, Yang ada dalam ofis pun sama gelak kononnya aku panggil lori kosong. Aku banyak kali lah cakap,

"Saya tak panggil lagi lah kak." Tapi, dipandang sepi je alasan aku. Aku geram, last-last aku jawab.

"Dah akak suruh saya panggil lori, saya panggil lah lori kan." Selamba jer...


Situasi 2

Dalam sibuk buat kerja sambil sembang-sembang kosong dengan sorang staf ni (padahal aku malas nak sembang), dia cakap,

"Dzatil, kalau gaji kita beribu-ribu takpelah jugak kan."

"Iya, tapi banyaklah tanggungjawab nya. Tengok macam akak tuh (manager aku)."

"Alah, pandai-pandailah nanti."

Aku malas nak layan dan bengang sebab banyak kali dia macam ni. Kerja ngelat.

"Kalau tak berkat tak guna jugak kan." Selamba jer.. Dan dia terdiam terus.

Untuk seketika aku hilang dari dunia blog sebab charger laptop rosak. Nak beli baru masa tulah bajet nan hado. Nak pinjam kakak punya charger, dia pakai notebook. Pinjam notebook dia nak update dan bw, tetiba je notebook dia blank. Pffft.. Eh, tak terlambat lagi kan aku nak ucap Selamat Berpuasa semua!!!!!! Moga Ramadhan kali ni lebih diberkati.. =)


Friday, June 7, 2013

Once again.. Terkurung

Bismillahirrahmanirrahim..

Ingat tak lagi aku pernah cerita dulu pasal aku terkurung dalam toilet masa sekolah?? Apa?? Korang tak ingat?? Mentang-mentang aku makin senyap je.. Ish2.. Takpa. Aku cerita bab lain pasal terkurung dalam toilet ni.

Masa tu aku konon-kononnya pergi melancong dengan mak aku ke suatu tempat yang asing (tahun 2010 rasanya). Tapi bukan planet lain pulak. Tempat je lain. Alkisahnya, macam biasa aku ni kan muka toilet. Semua tempat yang aku singgah mesti pergi toilet. Nak terbuang itu lah, ini lah. Rasa tak sedap lah. So, jangan risau kalau di tempat baru korang dengan aku mesti awal-awal aku boleh tunjuk mana toilet.

Jadi, masa tu aku nak pergi toilet. Mak aku tunggu kat luar. Yelah mana tahu nanti tak pasal-pasal ahli rombongan tinggalkan kami. Macam tolong cover line lah. Aku dengan confident melangkah masuk ke dalam kamar kecik tuh. Dah abis semua nak bukak pintu tak boleh. Tresekat kunci dia. Aku cuba lagi. Tak boleh jugak. Cuba lagi. Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh.

Sudah....

Nak telefon mak, mak memang tak bawak fon. Mengharapkan aku je yang bawak. Dahlah tempat orang. Aku dah menggelabah. Mulalah, aku menjerit dari dalam tuh,

"Anybody there???" macam betul-betul je aku jerit ayat ni. (aku lupa sebenarnya apa yang aku cakap)

Ada lah orang menyahut daripada luar. Aku cakap lah aku dan tersekat kat situ. Kunci tak boleh bukak. Entah apa-apa lagi aku bebel. Aku dengar daripada dalam macam dah kecoh je kat luar. Pintu toilet tu pun dah bergoyang-goyang.

Entah macam mana terbukak pintu tu. Aku keluar dengan muka selamba padahal macam dah nak menangis. Tengok ramai dah kat situ. Yang tolong bukak cleaner. Tapi, yang tolong hulurkan bantuan dan menyahut panggilan aku ni ada makcik ni. Dan dia cakap,

"Orang Malaysia jugak rupanya." Aku pun sengih je. Kalau tau sama-sama melayu takyah susah-susah aku nak speaking.

Lepas tu, aku keluar mak aku tanya.

"Kenapa lama??" sengih lama macam kerang busuk dan bercerita dengan panjang lebarnya. Memang kami dah tak berpisah lepas tuh.. Takkan terpisah. Acecece..

Haritu, ada akak ni terkurung dalam toilet di ofis. Datang akak lagi sorang selamatkan nya dengan tendang pintu sampai terbelah dua. Jadi, pintu kotak lah pintu toilet kami selama beberapa hari. Nak berak tertahan-tahan takut terlepas gasnya. Epik sangat.

Friday, May 10, 2013

Rilek brader vs splash

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila kau penat tengok komputer
bosan dengan facebook dan twitter
Dia kata gitu, dia tu kata gini
rasa-rasa macam nak maki
Jangan brader, rilekkkkk..

Ni antara lirik lagu Rilek Brader, Art Fazil feat. Imuda (aku confuse peranan Imuda dalam lagu ni). Memang itulah perasaan aku sepanjang minggu ni bila online. Sebab tu malas nak update blog. Kang tak pasal-pasal aku menghamburkan kemarahan kat blog.. Erkkk.. Apapun dengar lagu ni masa  pergi kerja atau masa balik, memang tersnyum-senyum lah. Rilekkkkk...

Cerita pasal relaks masa pergi kerja, aku pagi-pagi dengan hepi drive pergi tempat kerja sambil menyanyi-nyanyi ikut alunan lagu dalam radio. Tak reti nyanyi pun aku bantai jugak sambil menghirup udara pagi (bukak tingkap masa drive). 

Suatu hari, pagi tu sejuk lebih daripada biasa sebab malam nya dah hujan. Masih basah-basah lah jalan raya dengan berlopak nya. Lagi semangat lah aku drive dengan angin sejuk tuh. Dalam dok senyum sensorang, lalu jalan belah kanan dalam keadaan laju tak laju nya. Aku nampak ada treler laju daripada side bertentangan (ada divider kat tengah). Dari jauh aku nampak percikan air. Aku yang nampak macam tak sedap hati, lagi-lagi aku hampir dah dengan treler tu. Cepat-cepat slow kan kereta. 

Tapi, dalam beberapa saat je. 

'Splasssshhhhhhhhh'

Macam sebaldi air dicurah cermin depan. Dengan sepantas kilat break mengejut. Kereta depan pun sama. Mujur aku dah stand by awal-awal. Tak pasan pulak ada ke tak kereta kat belakang aku. Rasa-rasa pulak baju dan tudung aku pun basah sama. Ceitttt... Terus naikkan tingkap pasang air cond. Lepas tu, kalau pagi-pagi lepas hujan memang tak da nya aku bukak tingkap dah. Dah macam orang bawak motor pulak kena splash. (aku bukak tingkap sikit je eih)

Beberapa minit sebelum.....

Masih memandu. Aku nampak ada motor ni, potong motor lain dan orang yang dia potong lalu lopak air. Dan kesudahannya dia kena splash. Aku tak tahan terus tergelak tengok situasi tu sebab lain daripada lain. Yelah, selalu nya kereta yang buat motor kena. Ini lain. Dan akhirnya, lepas beberapa ketika aku pulak kena. Karma. Atau lebih tepat. Kun fayakun.. 

Bulan Rejab dah.. Cepat je rasa.. =)

Disebabkan aku agak akan ada nanti kata aku bukak tingkap luas2 lak.. Bukak sikit jelah. Cukup sekadar angin masuk.. =)  hee~~

Friday, April 26, 2013

Senyuman di Kuala Lumpur

Bismillahirrahmanirrahim...


Tengok tajuk angkat kening sikit. Siapa pernah tengok cerita ni,


Ada Izzue Islam lagi. Sebab cerita ni lah aku minat sangat-sangat dengan Izzue ni. Tengok dia comel je dalam cerita tu. Sweet je. Kecek kelate lagi. =P

Disebabkan aku ni pengaruh tv agak kuat. Jadi, aku pun merancang lah dengan kakak aku nak pergi semua tempat yang ada dalam cerita tu. Lagipun kali terakhir pusing kl yang betul-betul melawat kl masa Form 2 dulu. Itupun rombongan sekolah. Pusing kl maksud di sini ialah lawatan sambil belajar yea. Belajar sangat ko atil.

Walaupun masa tu Form 2, aku dengan kawan aku yang buat proposal yea. Cari tempat tinggal, naik ofis pengetua semata-mata nak dapat permission. Last-last, masa hari lawatan tuh, kawan aku lagi sorang tak dapat pergi, dia balik rumah sebab disyaki deman denggi. Kawan baik lak tuh. Peneman duduk dalam bas tapi takda. Tskkk... Dan aku pergi jugak tapi hari kedua aku pulak demam panas. Nampak happening sangat jenjalan ke kl tu kan. @_@

Setelah menyusun planner dengan baik punya jadilah kami iaitu kakak aku, aku, kawan kak aku, bawang ungu, dan anak sepupu bawang ungu (beria taknak bawak anak sedara sendiri kena bawak anak sedara org lain) pergi menapak ke kl. Aku namakan misi ini MENAKHLUKI NEGARA. Sebab semua tempat aku pergi ada NEGARA. Tapi, tak semua dalam cerita tu aku pergi sebab Zoo Negara kena bayar weyh. Jalan-jalan time sengkek. Memang taklah. Haruslah ke tempat free dan yang kena bayar pun muzium. RM2 je. So, kita gantikan dengan Planeterium Negara je =P

Dan dengan itu, tengoklah gambar aku bebanyak aku nak letak. Bukan senang kan. Tapi, macam biasa aku syak tak lama nanti habis semua aku delete.. Lalalala~~

Benda paling best ialah masa kat Tugu Negara ada tourists dari China ni ajak kami bergambar. Perghhh.. Rasa macam popular pulak kan. Tapi, masa dia dorang request tu cakap fully  mandarin. Ternganga kami tak paham.. =D

Cakap kat bawang ungu,

"Dulu masa kita Form 2 pergi lawatan kita berebut-rebut cari omputih nak tangkap gambar. Sekarang kita lak ada orang yang request."

Oh, bawang ungu kan classmate aku masa sekolah dulu. Tapi, dia tak demam yea. Berseronok je jalan sambil menjaga aku yang demam ni dulu. So sweet.. Hahaha..

XOXO.. Gedik tetibe..

p/s:: Izzue Islam berlakon dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia kan. Best novel tuh. Sweet. Nak pinjam boleh. Mintak kat anak sedara aku.

p/s/s:: kira berapa sweet aku tulis.. 

Sunday, April 14, 2013

Mereka berdua...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ayah seorang pendiam dan banyak cakap bila mula becerita. Kecik-kecik dulu, sebelum aku tidur mesti ayah akan ceritakan kisah-kisah nabi, ajar aku surah-surah pendek, cerita sang kancil takpun bacakan buku cerita. Ada jugak kadang-kadang ceritakan zaman kakak-kakak dan abang aku masa dorang kecik. Bergantunglah benda apa yang aku suruh ayah cerita. Kalau baring depan tv masa tu ayah akan mendepangkan lengan dia. Aku dan kakak aku mulalah berebut-rebut nak baring. Kadang-kadang mak pun nyibuk sama.

Sekarang ayah tetap sama cuma dia buat pada cucu-cucu nya pulak. Suka pulak tengok cucu-cucunya bercakap,

"Atok, atok nak dengar atok cerita ni pulak," sambil menghulurkan buku cerita. Kadang-kadang ada jugak yang cakap,

"Atok, atok dan baring kat atok." Masa tu mengimbau giler kenangan lalu. 

Ayah seorang yang penyayang walaupun biasalah seorang ayah tak tunjuk yang dia sayang. Setiap kali kami berpisah nak balik rumah masing-masing. Ayah akan peluk kami dan cium kepala kami. Sampai bergegar lah kepala dibuatnya. Bukan kami adik-beradik je menantu pun sama dia buat. Lagi buat aku terharu ialah setiap kali jumpa adik-adik perempuan ayah (mak-mak sedara aku) ayah akan buat macam tu. Nampaknya sayang seorang abang kepada adik-adik. ^_^

Hari tu, aku hanta wish nite kat ayah, ayah reply cenggini,

Mohon maaf blurr.. =)
Emak pulak seorang yang mesra, banyak cakap dan akan jadi pendiam kalau merajuk. Aku suka cari gaduh dengan sampai mak akan merajuk. Dan mulalah adegan sesi memujuk lepas tu. Nak buat macam mana aku ni bukan anak yang mendengar kata sangat. Erkkk..

Jangan bercerita masalah atau mengadu dengan mak sebab dia akan berusaha untuk masuk dalam masalah tu. Nama pun mak kan. Kadang-kadang bukan masalah pun tapi dia akan berusaha jugak nak memenuhi. Contoh, hari tu aku praktikal di ladang tanaman koko. Dan mak tanpa disuruh selongkar almari fail dia semata-mata nak cari buku pasal koko. Masa final year, aku cerita pasal projek aku. Dan mak selongkar lagi untuk cari nota dia. Oh, mak!! Ada sekali tu aku saja cerita kat mak,

"Mak, dinner nanti atil kena cari aksesori yang ada bintang." Pastu, dapat call daripada mak,

"Atil, mak tak jumpa lah. Mak dah pusing-pusing kedai area sini tak da pun."

Tujuan sebenar aku nak bercerita je tak sangka pulak mak cari. Belum lagi pasal hal besar kan. Hal masuk asrama, hal belajar, hal kerja banyak mak yang uruskan. Bukan aku je tapi semua adik-beradik. Semua benda dia nak uruskan. Kakak aku nak kahwin ni pun semuanya dia nak uruskan walapun kakak aku kata tak pe dia boleh buat. Tapi mak aku cakap,

"Dulu masa along dengan angah mak susah-susah buat. Masa kakchik pun mak kena buatlah jugak. Baru adil." Dulu lain mak.  @_@ 

Dan jangan bagi harapan dekat mak. Masa aku nak beli handset untuk dia aritu, dia tolak mentah-mentah sebab kononnya dulu-kala kami pernah belikan dia handset kena curik jugak. Tapi, dalam masa bersembang dalam beberapa minit kemudian,

"Kalau atil nak belikan mak fon baru jangan yang touch screen ke, slide ke mak tak pandai lah." Erkkk.. Nampak tak kat situ?? Heee~~  Belum lagi dia ingat kereta apa aku nak beli dulu-dulu. Asyik ungkit je. Pengsan aku gini.

Dua-dua orang tu walaupun berlainan karektor tapi tetap mak dan ayah aku. Tetap menjadi satu dalam hati aku. Kadang-kadang aku selalu terfikir nak duduk-duduk jauh daripada mak dan ayah. Bukan sebab tak sayang cuma bila dekat-dekat mesti nak gaduh. Mungkin jugak dosa besar lawan mak dan ayah, masa tu jugak syaitan lagi syok kacau. Jadi, aku suka duduk jauh sikit sebab bila call rumah mesti aku tanya macam ni,

"Mak rindu atil tak?"
"Napa ayah tak sihat? Rindu atil ei?"

Dan untuk mak dan ayah HAPPY WEDDING ANNIVERSARY!!! Sayang mak dan ayah sangat-sangat!!

0104- birthday ayah
1304- wedding anniversary mak, ayah
3004- birtday mak
^_^

*nanti-nanti bagi mak dan ayah baca.. mesti terharu. tapi, nantilah. Tak pasal- pasal je nanti kan. Nantilah sangat. Ayah aku celik it k.. Erkkk..

Wednesday, April 3, 2013

Kena curi

Bismillahirrahmanirrahim...

Subuh itu rasa seperti ada yang tidak kena. Tidak tahu mengapa. Aku toleh ke kiri dan ke kanan sama saja. Masih sama jemaah yang hadir subuh itu. Aku usir jauh-jauh perasaan itu. Baris saf masih satu sama seperti selalu. Lagi-lagi saf perempuan bukan, subuh-subuh begini. Ketika yang lain merapatkan saf, aku turut serta, di tempat yang sama seperti hari-hari yang sebelum ini. Cuma kali ini perasaan yang lain. 

Kabiasaannya, apabila merapatkan saf aku turut sama menarik beg yang berisi kitab-kitab, Al- Quran dan juga handphone untuk berada di hadapan ku ketika solat. Tetapi tidak pada subuh itu. Aku biarkan saja di situ, di hadapan jemaah yang lain, kawan ku juga. Kami meneruskan solat subuh berjemaah. Entah macam mana perasaan yang kurang enak itu makin menebal masuk ke rakaat kedua. Aku tepis laju-laju gangguan syaitan itu. Ish2.

Sesudah memberi salam, B yang solat sebelah menegur aku,

"Eh, mana beg Kak S?"

Ketika itu baru perasan yang beg aku sudah tiada.


****

Fuh, penat nak reka cerita dalam keadaan malas nak menaip. =P tapi cerita kat atas memang betul pun. Mak aku lah. Dia hilang beg dia masa solat subuh kat masjid bulan lepas. Habis  enpon dia kena sekali sebab ada dalam beg. Memang teruk perangai pencuri tu, boleh mencuri tengah orang solat. Mungkin masa sujud kan. Dua orang makcik yang beg mak aku depan dorang terasa macam ada yang berlanggar tangan dorang masa sujud. Hmmm.. Dalam ramai-ramai tuh, mak aku yang kena amik beg depan saf. Ada jugak beberapa makcik lain yang kena tapi bak kata mak aku,

"Beg yang lain yang kena curi macam menyerah diri sebab letak kat belakang lah. Tepi pintu masuk. Tempat solat perempuan (kalau solat berjemaah dorang solat terbuka sikit)."

Aku ingat lagi masa mak aku call bagitahu enpon dia kena curi aku tengah dalam toilet (memang rutin harian apabila sampai tempat kerja). Masa tulah mak aku punya risau, macam nak nangis cerita. Hmmm...

Dan haritu, mak kata ada makcik yang suka bagi kami durian kena pulak time maghrib. Tapi, makcik ni perasan dan stop solat pergi kejar pencuri tu dengan telekung2 dia. Tak sempat kejar tapi nampak macam lelaki. Entah lah..

Teruk betul perangai dorang ni kan. Terang-terang pun berani. Moga-moga berubah lagi-lagi kebanyakan yang beg dia curi tu semua nya pasal kitab-kitab iman, surah Yassin dan Al-Quran. Duit?? Nan hado lah..

Tapi, yang best nya mak aku dapat lah enpon baru aku dan kakak bagi. =)

p/s:: entri lepas apa pasal komen-komen cakap pasal kek?? kan Atil Comel tu coklat?? Aishh.. Agak-agak tak baca entri pun haruslah betul komen nya.. =P (saja nak letak besar-besar kali ni)

Sunday, March 24, 2013

Jimat..

Bismillahirrahmanirrahim..

Mula-mula sekali aku dah agak entri yang lepas mesti org ingat aku yang bertunang. Kalau aku betul-betul tunang aku takkan heboh punya. =P Sebab itu kakak aku dan korang bukan kenal pun kakak aku, jadi takpelah aku cerita kan. Siap komplot dengan cikna suruh dia jangan upload gambar coklat cikna buat untuk aku. Kejam kan.. Hahahaa.. Mesti cikna tahan sabar je masa main tweet2 dengan ciknur haritu..


Nampak tak coklat cikna buat untuk aku je tuh.. Ada lah yang lain jugak. Cuma nak fokus tang atil comel je. Disebabkan atil comel sayang giler nak makan. Rasa macam menghapuskan kecomelan diri sendiri. =P Nampak nya muka bajet comel dah merebak ke blog. Selalunya bajet comel dekat twitter je. Coklat ni aku simpan tak bagi budak kecik makan tau. Mak, kakak2 aku je dapat makan dengan anak sedare yang besar. Anak sedara kecik buat muka simpati memang aku tak bagi lah. Sebab tu jugak aku terpaksa makan "ATIL COMEL" sebelum aku menyesal kot2 balik keje tengok-tengok dah habis. Bukan boleh caya budak kecik yang suka selongkar peti ais tuh.

Sebenarnya, aku nak cerita pasal lain. Macam-macam nak cerita tapi kesempatan waktu dan kemalasan membuatkan aku macam takda masa nak bercerita kan. Nak kata kerja penat sangat, taklah jugak. Tapi, dalam kata tak penat tuh, balik rumah lepas isyak terbongkang jugak aku tidur. Memang awal giler ah. Aku wish nite pun dalam separuh sedar. So, rasa-rasa nya aku penat ke tak keja tuh??

Kerja sekarang ok lah. Untuk first job mana boleh demand sangat. Kawan-kawan kerja pun ok. Cerita pasal dorang nih. Dorang sangat suka belanja makan. Siap cakap lagi,

"Dzatil, nanti lagi 2, 3 tahun kat sini, mesti naik gemuk punya." Macam lah aku kurus sangat. Huh!

Aku baru kerja tak sampai 3 bulan tapi rasa-rasanya semua pernah belanja aku. Pizza, kfc, mcd, nasi paprik, rendang ayam, nasi himpit. Semua nyalah. Mula-mula dulu lagi lah ada nak belanja mcd. Siap tanya nak burger mana. Malu weyh nak pilih masa tuh. Adoyai..

Yang best semalam, saja mesej dengan akak yang kira nya aku paling rapat masa kerja. Dia cakap dia masak nasi goreng dan bla..bla..bla..bla.. Aku saja main-main,

"Kalau nasi goreng planta lagi sedap kan. Kak su masak lah."
"Kejap lagi kak su masak nasi."
"Yeay, kak su bawak pergi ofis esok yea."

Siyez nya aku main-main je cakap dan aku ingat akak tu tu main-main je balas. Jadi, semalam hari sabtu aku pergi kerja dan dengan harapan masa rehat nak pergi beli makanan, dia dah warning awal-awal.

"Kak su dah bawak nasi goreng jangan tak makan pulak."

Dengan itu save bajet aku. Kiranya seminggu lah aku tak beli lunch sebab hari Jumaat sebelum tuh, Asst. Manager belanja makan. Lalalala~~

Company tempat aku kerja sekarang ni, hari-hari ada breakfast. Pukul 10 makan. Isnin, nasi lemak. Selasa, bihun/ mee goreng. Rabu, kuih-muih. Khamis, nasi goreng. Jumaat, nasi lemak. Sabtu, roti canai. Kakak aku kata macam budak tadika. Tapi, aku cakap JIMATTTTT... Boleh kira dengan jari barapa banyak aku guna duit untuk makan. Kadang-kadang makan megi je. Giler jimat kan aku. Jimat-jimat pun megi sampai 2 bungkus aku telan. Erkkk..

p/s:: ofismate cakap aku kuat makan. Tang mana aku kuat makan pun tak tahulah. Mungkin keupayaan aku makan banyak dalam satu masa dan kerap kali nampak aku mengunyap membuatkan aku dilabel macam tu. -__-"

Wednesday, March 20, 2013

Bertunang..

Bismillahirrahmanirrahim...



Amacam cantik tak??? Baik angguk kepala semuanya. Hasil tempahan aku daripada cikna tersayang kan. Nampak best, menarik lagi tertarik... Kan... Kan.. Kan.. Dah lah nama sweet sangat macam tuh. Hafiz dan Hani... =)

Terima kasih lah kat cikna melayan kerenah pelanggan nya yang ini, dah lah jarang on9 kan. Mujur aku order awal2. Tup..tup.. tempahan dah tutup weyh untuk bulan 3.. Syukur sangat-sangat..

Dan dengan itu, pada 17hb Mac 2013, berlangsung lah hari yang tertera di atas. Mang sweet harinya. Hari yang aku kelam-kabut, tak tentu hala lagi, sibuk dan segalanya. 

Bawang ungu pun datang ok. Siap kami pakai baju corak sama lagi. Dah ada chemistry tu mang tak boleh nak buat apa lah. Tima kacih yea datang bawang ungu. Sayang ko lelebih.. Walaupun sesat bukan main lagi cik kak ni. Siap aku pergi jemput k. Lepas tu, kata aku bawak laju. Erkkk.. Saya memandu dengan sangat berhemah tau..

Sedara-mara yang jarang jumpa pun datang jugak. Sampai kan kami macam tak percaya je dorang datang. Yelah, muka yang susah sangat nak jumpa tiba-tiba muncul kan. Syukur lah. Meriah dengan sendirinya. 

Eh, aku tak cakap lagi yea kenduri tuh buat kat mana. Buat kat rumah kak aku je. Bukan kat kampung sebab kalau kat kampung takda sesiapa kat kampung yang boleh tolong mak. Alang-alang kami tiga beradik ada kat sini. Buat di sini jelah. Bagusnya, keluarga abang ipar aku tungkus-lumus tolong jugak tau.

Opssss, cakap bukan main.. Macam aku yang bertunang kan. Of course lah bukan. Kak aku yea. Yang aku ucap besday dia tahun lepas hope termakbul tu, macam menuju ke jalannya. ^_^ 

Untuk cik nur yang kena tipu tanpa sengaja.. Ampun cik nur!! Ingat kan nak senyap jugak sampai sudah tapi apakan daya, diri ini tak pandai menipu lama-lama. heeee~~ terima lah peace kabur ni yea.. Apalah kakak aku ni nervous sangat sampai blurr gambar aku.. Ceitt..



p/s:: walaupun banyak kali aku tulis p/s cenggini. Nak tulis jugak. Mintak maaf tak bw sangat ei. mampu update je ni dulu. lepastu yang drop komen tapi aku tak terjah-terjah lagi pun maaf. Kena updated bloglists lagi ni sebab aku rajin bw bloglists dulu. Pastu, nak terjah org lain mula mengantuk dah. heee~~ kena buat list panjaaaaaangggggggggg... confirm aku boleh sampai lepas tuh. Itupun dengan izin Allah.. =)

p/s/s:: tima kasih cikna buat coklat ATIL COMEL (letak caps lock sikit). walaupun family aku macam protes ada atil comel kat situ.. hahaha

Saturday, March 16, 2013

Bawang ungu

Bismillahirrahmanirrahim...

Bawang ungu..
Dena...
Kak Long...
Diya (opsss)...

Kalau bawang ungu tu aku rasa dah banyak kot nama tuh menghiasi cerita2 dalam blog aku. Dena nama yang diberi oleh safi rania. Kak long ikut suka hati je aku nak panggil sebab dia memang persis seorang kakak untuk aku sebab sikit-sikit, aku buat aksi kebudak-budakan mesti dia akan marah,

"Atil jangan buat macam tuh." "Atil jangan macam ni."

Kalau diya, hmmm malas nak ulas.. Kang tak pasal-pasal aku kena pelangkung.. =P

Apapun semua nama tuh untuk orang yang sama yang nama nya............................ 

Bawang ungu ni aku kenal daripada Form 1. Kami satu dorm, bertentangan katil, satu geng kecik (aku kan dulu2 lagi kecik dari dia). tapi sekarang @_@. Kiranya masa Form 1 kami memang segeng lah. Masa Form 2 dah tukar dorm sebelah- menyebelah, tapi kami sekelas pulak. Masa Form 2 macam aku dah tukar geng cuma aku kan baik dengan semua orang. =P Naik Form 3 entah macam mana kami dapat satu dorm sekali lagi. Cuma dah lain kelas. Masa ni jadi rapatlah sebab masa Form 3 dorm campur, jadi kami yang sama tingkatan mestilah ngam sesangat kan. Tapi, masa Form 4 bawang ungu tukar sekolah. Jadi, berpisah lah kami. Lagi-lagi dia ni jenis bukan nak contact orang. Ceittt..

Lepas daripada tu, kami macam berpisah (ayat macam apa dah) sehinggalah tetiba aku dapat mesej masa tahu dapat uni mana dapat daripada no tak kenal rupa-rupanya daripada bawang ungu. Tanya punya tanya dapat sama uni lepas tu sama kos pulak. Dan kemdian kami jadilah course mate, classmate,  housemate, roomate dan segala mate kat belakang. 

Dia sahabat yang baik untuk aku. Pinjam kan aku kereta walaupun hakikatnya dia tak bagi orang lain drive kereta dia kalau dia takda. Tapi, masa dia balik kg aku sesuka hati boleh drive selama seminggu kot. Terima kasih untuk dia sebab tu jugak aku dapat ulang alik pergi uni siapkan final year project. Belum lagi segala kebaikan dia buat.

Aku pulak sebagai sahabat nya, rasa-rasa nya aku selalu ada bila dia perlukan aku. Aku ada masa dia menangis sedu-sedan. Aku ada kalau dia ceritakan masalah dia. Aku ada untuk marah-marah dan ingatkan dia benda yang patut dia buat dan tidak. Tapi, dia akan pelik kalau tetibe aku cerita masalah aku. Nampak sengat jenis yang suka pendam perasaan kan aku ni. =P

Sebab apa aku buat entri ni?? Sebab 15hb Mac hari lahir dia. Aku buat entri khas untuk dia sebab ini dia sahabat real life aku. Berapa lama dah aku bersama dia kan. Sampai kan dia sendiri perasan perubahan dalan diri aku daripada bukan seorang penyabar daripada yang sekarang penyabar sikit. Berbeza kata nya. Dan aku rasa dialah orang yang paling banyak tahu rahsia aku. Terima kasih sahabat sebab selalu ada untuk aku!! Pesanan aku untuk dia,

'Hargai apa yang ko ada hari ni sebelum ko hilang lagi yea. Jangan nak kejar sangat masa lalu yang entah ada ke tidak. Apa yang ko ada hari ni lagi baik daripada yang dulu aku rasa. Lagi, cari goal dalam hidup. Jangan buat sebab orang lain, buat sebab ko dan masa depan. Think about ur future dear. Aku sayang ko sangat-sangat sahabat!' ^_^


Thursday, March 7, 2013

Benda dah jadi..

Bismillahirrahmanirrahim....

"Pagi tadi masa datang sini saya dengan Sawin kena rompak. Tapi, saya dapat lari. Sawin yang kena."

Pagi-pagi lagi aku datang kerja dihidangkan cerita cenggini oleh salah seorang pekerja lelaki Myanmar yang sama keja dengan aku. Dia pandai cakap melayu. Jadi, syok sikit sembang. Dia cerita macam mana dia hampir kena rompak tapi selamat sebab dia kayuh basikal lelaju. Cuma kawan dia lagi sorang Sawin yang aku tak kenal lagi sebab kerja bahagian belakang yang kena rompak. Mujur Sawin bawak RM 16. Itu jelah yang dapat. 

Menurut citer Payson (ikut suka hati aku je eja nama dorang), dorang datang naik basikal dan jalan tu sunyi. Datang kerja pun hari gelap lagi kan. Tiga motor enam lelaki. Kali kedua kot dorang ni ni kena. Sebelum ni kawan lagi sorang. 

Payson bagitahu company yang dia takut nak tinggal tempat lama dia. Jadi, company pun cari lah dorang rumah baru kot nanti. Company sayang dia. Rajin sesangat dia ni kerja. =)

Bila Payson cerita pasal tu teringat pulak..........

2005
Masa ni keluarga aku masih lagi menetap tempat lain tapi mak dan ayah aku dah bina rumah kat tempat tinggal sekarang. Memang dorang berazam dah pencen nak balik situ. Sayang sangat dengan dengan tempat tu. Tahun 2005 pun rumah dah siap. Barang pun dah banyak angkut balik. Memang macam dah lengkap lah rumah masa tu.

Mak dan ayah aku selalunya balik dua bulan sekali takpun tengok bila ada kelapangan. Jarang lah aku dapat ikut sebab aku kat duduk asrama. Disebabkan mak aku rasa tempat tu selamat sangat sebab dulu-dulu bertahun-tahun duduk takda apa jadi. Mak aku dengan beraninya tinggalkan barang berharga dekat rumah yang tak berpenghuni lagi tu.

Satu hari, kami balik dan kebetulan aku cuti. Mak aku ajak sekali anak-anak murid kursus dia ikut sekali. Sesampai saja rumah, bukak lampu ruang tamu, mak aku dah rasa semacam. Tengok karpet macam beralih sikit. Bila masuk je bilik dia, apa lagi. Menjerit lah bila tengok almari dah kena selongkar habis. 

Masa tu bilik aku belum macam bilik tidur lagi. Barang-barang simpan dalam bilik aku, jadi takda lah kena selongkar sangat. Masuk bilik kak aku, memang tunggang terbalik lak. Mak aku dah menangis bagai nak rak. Barang kemas pusaka, syiling-syiling luar negara yang sepupu-sepupu aku bagi, tv habis semua kena kebas. Paling mak aku sedih bila pingat yang sultan Perak bagi dia pun hilang. Tinggal gambar semata-mata.

Polis datang lah rumah kami nak check. Tapi, mang tak dapat apalah sebab dah lama sangat benda tu jadi rasanya sebab dah dua minggu tak balik.. Dah lama sangat polis tu kat rumah, mak aku nak buat lah air panas. Tengok-tengok, dua tong gas kena angkut sekali. Nak buat sejuk. Sunquick pun tak da. Mang bergembira betul yang masuk rumah tu kan.

Kami cari punca macam mana orang boleh pecah masuh. Rupa-rupanya, ayah aku lupa kunci sliding door. Kiranya dorang umpil gril jelah. Tapi, yang best apa yang ayah aku cakap.

"Takpelah tak kunci sliding door. Nanti kalau deme pecahkan sliding door tu kan lagi rugi kita." Cakap dengan gaya selamba sambil gelak. Encik Polis tu tengok je ayah aku semacam. Siap boleh lagi ayah aku cakap,

"Benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Terima jelah."

Mak aku tengok jeling je ayah aku. Sebab memang dari awal ayah aku buat macam bukan hal besar je jadi. Gelak je dia tahu. Mak aku yang risau lelebih tapi ayah buat rileks. Aku pun geleng kepala tengok. Ish2...

2008
Lain kali aku sambung. Lalalala~~

Cikna dah approve cuti aku daripada blogging selama sebulan. Boleh kan. Heee~~ 


Sunday, February 24, 2013

Tak dirancang..

Bismillahirrahmanirrahim...

"Atil, hari Sabtu malam nanti teman kakchik ei pergi rumah ofismate baru bersalin."
"Ok, tapi hari Ahad taknak pergi mana-mana yea. Nak berehat dan on9 je."

Jadi, lepas mahgrib Sabtu semalam terus bersiap-siap nak keluar. Ajak sekali anak-anak sedare yang lain sekali memandangkan rumah kawan kakak tu area Seksyen 7, Shah Alam dan hajat dihati lepas tu singgah.......... Sila sambung sendiri. 

Jenuh mencari kamera merah kesayangan tak jumpa. Entah mana aku campak pun tak tahulah. Habis selongkar semua tempat tapi tak jumpa. Sebab dah lambat kami berenam si anak dara semua terus menapak keluar menaiki kereta kakak ke Seksyen 7. Si kakak tak tahu pulak rumah ofismate dia kat mana. Mula melilau kat situ mencari. Konon-konon, guna GPS handset dia mula-mula. Tapi disebabkan GPS dia dah outdated, naik bosan dan sakit telinga kami semua bila dengar,

'Pengiraan semula jalan.'

Belum lagi dia suruh belok kanan tapi ada jalan yang belok kiri je. Jadi nya, tutup je GPS yang buat bising dan guna GPS yang ada dalam diri. Setelah berpusing tempat yang sama banyak kali sampai kan yang kecik tak habis-habis cakap,

"Nape pusing sini je dari tadi Achik?"

Kami pun jumpa blok yang di cari. Rumah yang dituju pun selamat tiba dan dapatlah tengok baby yang comel lagi sweet. Tak lama lepas tu, kakak meminta diri setelah bersembang dengan lama sampaikan kami tak tahu nak buat apa. Dahlah rumah tu penuh dengan family yang ramai. Grrr.

Lepas tu, kemana lagi nak dituju lagi-lagi dah bawa satu muatan penuh kereta. Tak pasal-pasal bising kalau tak singgah kan. Jadi, menapak kami ke dalam taman lampu warna-warni  atau gelaran glamer nya I-City.

Macam biasa ramai orang dan tak tahu pulak ada sambutan Chap Goh Mei kalau tak silap. Kami hanya melilau tengok sana-sini. Nak tangkap gambar kamera takda. Harapkan kamera hanset kakak yang memory dah penuh. Harap kan handset cikai aku tak payah lah. Si kecik cukup seronok,

"Maksu ada dinasor lah."
"Eh, ada gajah."
"Kuda.. Kuda.."

Nak bawa masuk ataupun naik pusing-pusing kerusi tu mang tak boleh lah. Duit pokai meh. Itupun dah bising. Nak itu ini. Tak lama lepas tu, ingat nak balik.. Rupa-rupanya ada bunga api weyh. Itulah first time aku countdown bunga api nak menyala di angkasa (ayat kemain). Selama ni tengok cam gitu je. Hasil dari kemera handset entah pape,


Bila dah habis pertunjukan, nak balik tapi sebelum tu kena bayar fee parking. Perghh, ramai pulak beratur. Aku suruh kak aku amik kereta bawa dua budak kecik sekali. Lagi dua budak besar tunggu sama aku. Saja suruh teman kan aku. =P 

Elok tengah beratur tu, aku macam kenal seseorang apabila nampak sisi muka nya. Terintai-intai aku nak tengok si dia, betul ke tidak. Nampak lelaki bawa kamera beratur sama dia macam dan konfem betul je tekaan. Entah apa yang anak sedare aku bebel aku tak dengar dah. Terus keluar daripada mulut aku,

"Macam kawan maksu je tuh." sambil tangan aku menunjuk ke arah itu. Cepat-cepat bayar parking sambil cam kan betul-betul muka dia. Lagi-lagi aku punya line laju sikit bayar daripada line dia. Cam lagi. Takut tersalah. Kenal melalui gambar je kan. Dah bayar terus keluar dan try call. Seperti dijangka, dia angkat fon depan mata aku dan cakap,

"Eh, I know you."

Siapakah gerangan beliau??

p/s:: bajet nak buat cerita suspen tapi takpa.. sila scroll ke bawah.. kah..kah.. malas buat entri berantai dah..



































































Beliau ialah pemilik blog  http://kisahsayabukankamu.blogspot.com/ atau selalu dipanggil Misz Domu tapi aku panggil Shirah je. Banyak kali kami nak keluar sama tapi selalu masa masing-masing tak sama. Kalau nak diikutkankan dia lah blogger first aku rancang nak jumpa tapi rezeki nya dapat dekat kak mama aryan kan. Berbulan dan nak dekat setahun kot rancangan nak jumpa tu. Rancang punya rancang terserempak macam tu je.. Serius. Speechless. Blogger yang agak rapat lak tuh. 

Ayat dia bila aku cakap tak sangka jumpa tanpa dirancang.

"Mang jodoh lah tuh." 

Jumpa kejap je. Sebab nak balik kan. Kak aku pun dah amik kereta dia. Sempat snap pic yang ditangkap oleh Incik Akhlaken dia. Ayat paling aku ingat daripada dia,

"Muka lain lah daripada gambar."

Ofkos lah, selalu letak pic tak pakai spek. Kali ni aku pakai spek kan. heeee~~

*terkejut shirah tengok anak-anak sedare yang sama besar je dengan aku kan.. lalalalala... 

Wednesday, February 20, 2013

Salah panggil..

Bismillahirrahmanirrahim...

Disebabkan dah banyak kali buat entri serius, kali ni buat entri pasal diri sendiri pulak. Tapi, banyak ke entri serius aku buat?? =P Selalunya nya pun entri serius aku buat pun tersirat je banyak. Cuma yang hari tu lah tak da langsung unsur-unsur humor... Humor sangat lah kan.. Perasan!! Macam mana aku selalu perasan comel dengan cikna dan cik nur. Sampai suara sendiri pun dok perasan comel. =P

Nama aku kan tiga perkataan. Nama aku biasa-biasa saja. Nama panggilan pun kebanyakannya sama je orang panggil. Dua perkaatan pertama je guna. Yang akhir memang tak dalah. Kalau ada yang panggil. Sah-sah aku takkan toleh sebab tak biasa kot. Yang menjadi masalah nya, bila orang salah sebut nama aku. Nak geram ada, nak tergelak pun ada.

Hani
Ni nama universal. Semua orang boleh panggil. Selalunya kalau aku kenalkan diri pun guna nama ni. Lagi-lagi, kalau urusan formal dan untuk pertemuan jangka pendek. Kalau aku rasa aku kenal dengan orang tuh sekejap je, mesti aku kenalkan nama ni. Lagipun, nama ni semua orang boleh sebut kebiasaanya. Taklah susah-susah nak ulang banyak kali. Cuma, sebab nama hani macam "honey" membuatkan aku segan kot dengan nama ni. Walaupun nak diikutkan memang tujuan ayah aku bagi nama ni sebab nak semua orang panggil anak-anak perempuan dia "sayang".. Erkkk..

Tapi, punya senang nak sebut HANI tuh. Ada jugak panggil macam lain. Tak boleh nak salahkan pun sebab yang salah panggil selalunya orang-orang tua. Secara automatik nya mereka akan pangil,

"ANI."

Grrrrr...  Terasa macam cerita Pendekar Bujang Lapok masa Sudin ulang cakap Pendekar Mustar tapi salah,

"Aniiiiiiiiiiii!! Angkat kain hujan, jemuran dah turun!" Sila baca ikut macam dalam cerita tu yea...

Dzatil
Nama ni mang sangaaaaattttt selalu lah. Kalau diringkas aku rasa macam dah salu tulis kot dalam blog ni. Sila sebut nama aku yang ni tanpa bunyi "D" di depan ei. Kang jadi lain pulak. Nama ni selalu buat orang salah sebut. Susah sangat ke ei?? Tapi, salu nya aku redha je. Asalkan tak membawa makna yang merepek, merapu mahupun memburukkan lagi nama aku. Kata-kata itu kan doa.

Jiran sebelah rumah aku, panggil aku Fatin. Aku pun mengiyakan jelah kalau bertembung masa nak sidai kain. Kalau atil, tupun jadi atin. Pernah aku kenalkan diri dulu-dulu, orang salah dengar dan sebut "Zalim". ~_~'

Kadang-kadang, aku jadi "Datin". Orang doakan aku kawin dengan Dato' lah kot kan. Yang terbaru ialah, manager chinese tempat kerja aku sekarang panggil aku.....

BENDI!!!

Jauh sangat dah kot bunyi tu. -___-" 




Ni kawan aku tempah nama aku masa dia melawat tempat percetakan Al-Quran. Walaupun ada salah dalam ejaan nama aku, tapi aku hargai sangat-sangat. Plus, dia hadiahkan aku sekali dengan teddy bear. Cuma sedih teddy tu warna pink. =(

Monday, February 18, 2013

Malin Kundang

Bismillahirrahmanirrahim..

Siapa perasan aku update makin jaranggggggg??
Siapa perasan aku bw pun makin kurangggggg??
Siapa sini orang dia perasannnnn?? Errkk.. takda kena mengena langsung pertanyaan tuh..

Kita skip je soalan di atas untuk korang jawab dan tumpukan pada entri aku nak tulis. Nak kena tulis laju-laju sebab aku nak tidur. Siapa suruh pergi lagi layan movie Juvana dulu kat youtube kan. Pastu baru terhegeh-hegeh nak update entri yang aku simpan berminggu-minggu dalam fikiran sebab kes malas nak bukak laptop. Walaupun tiap-tiap hari kononnya nak bukak last sekali tidurrrr.. Tolong halau tahap kemalasan aku tuh. Tolong!!

Malin kundang. Korang tahu kan. Siap ada sinetron indon yang last sekali malin kena simbah dengan lori simen. Ish2. Malin kundang ataupun femes nya dalam kat sini, si Tanggang. Kisah anak derhaka tak ngaku mak dia. Dah hebat kononnya boleh tak ngaku mak. Ish2 sekali lagi.

Hari tu, kan aku pergi Padang, Indonesia. Aku tak pernah tahu betul-betul wujudnya Malin Kundang jadi batu tuh. Tak tahulah benda tu betul ke tak. Tapi, memang ada lah tinggalannya. Sedara aku yang kat situ cakap. Jadi, kami nak lah tengok. 

Jalan nak kesana tuh bagi aku mencabar sangat. Memang lah naik kereta tapi bukit dia. Aduhai! Curam sangat. Ada satu bukit tuh, sedara aku tuh lambat tukar gear. Amik kaw, terberhenti kereta kat situ tak mahu naik. Kecuraman bukit tu aku rasa hampir 90 darjah kot. Lepas tu, sedara aku tuh cakaplah,

"Cari batu. Cari batu." dia takut kereta mengundur. Lagipun, nak mengurangkan beban kereta.

Mak aku, makcik aku, isteri dia duduk seat penumpang yang depan (kereta Avanza) keluar dulu. Aku duduk seat belakang sekali keluar jugak. Sorang jelah aku yang duduk seat belakang keluar. Tapi, disebabkan bukit dan graviti tinggi, pintu kereta susah nak bukak. Belum lagi dengan suka hati pintu hentak kepala aku balik. Sigh*

Nak cari batu pun satu hal. Aku memang berdiri je kat situ tak dapat nak jalan. Macam nak jatuh weyh. Mak aku jalan dengan gaya yang sangat menggelikan hati. Apa orang akan buat nak bagi stabil?? Mestilah jalan terkengkang-kengkang sikit kan. Maaf mak bukan nak ngutuk ei. Tapi, mak berjaya cari batu daripada aku yang duduk statik. Isteri sedara aku tuh, lagilah asyik terjatuh sebab tak stabil langsung. Erkkkk...   

Elok dapat batu, dengan elok jugak lah kereta tu meluncur laju mendaki. Ceitt.. Kami pun berjalan ke atas sambil tergelak-gelak, menggelakkan diri sendiri.

Dan sampai pantai yang dituju. Parking kereta. Tengok-tengok bukan kat situ. Kena jalan merentasi pantai. Mujur lah air surut. Jadi, menapak lah kami menjinjing kasut dan mensinsing seluar. Sampailah keluar statement daripada mulut aku,

"Nak tengok anak derhaka pun susah."

Akhirnya,

Masih jaun perjalanan

Nampak dah kapal dia

Baru nak sujud mintak ampun kan

Muka-muka nak bergambar dengan Malin Kundang 

Tinggalan kapal yang tidak sampai separuh
Entah apa namanya

Tali yang menjadi batu
Aku menjadi photographer yang setia je masa tu. Lagipun, taknak amik gambar dengan Malin Kudang. Ok, aku tipu. Ada jugak satu, dua gambar kot sebab kena paksa masuk. =P

Balik sini, tunjuk kat anak sedara yang aku tunjuk gambar dia hari tu. Mak aku pun mula lah bercerita dan mak aku cakap,

"Jadi, Qisya jangan lawan cakap ibu tau. Nanti jadi batu."

Sejak hari tu, kadang-kadang kalau dia nak melawan cakap. Aku guna modal tuh. 

"Hah, lawan-lawan. Nanti jadi macammmm......."

Tak sempat nak habis ayat dia dah nangis. =P

Budak-budak boleh lah cakap macam tuh. Yang dewasa ni? Tak ada nya kan. Kalau tak, takkan banyak cerita si Tanggang moden. Moga-moga kita tergolong anak-anak yang soleh dan selehah. Dan kita sentiasa menghargai dan menjaga ibu bapa kita masa susah dan senang. ^_^ Ini je sebenarnya nak cakap dari awal lagi. 

Untuk kengkawan sekalian, aku bukan taknak bw yea. Ofkos, aku jenjalan nanti. Jangan pulaukan aku sudah. Cuba untuk bahagikan masa dan merajinkan diri. Heee~~ 

p/s:: mak aku demand wish nite aku jugak. Ampun mak!! Atil hantar jugak ei. Peace mak!!


Monday, February 11, 2013

Sembang dua anak dara

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak aku tinggal rumah kak aku ni, aku selalu tidur merempat entah mana. Ikut suka hati tidur kat mana-mana. Cuma sejak kebelakangan ni jelah aku tidur dalam bilik sebab kak beli katil baru. Eh, bukan sebab aku tinggal situ eh. Sebab lain yang tersurat lagi tersirat. Lagi-lagi aku dah tidur awal sangat, kalau aku tidur depan tv pun tak boleh sebab family kak aku tengok tv lagi. Aku nya waktu tidur pulak dah macam sama waktu dengan waktu kerja. =P

Anak sedara sulung aku tu yang baru je menginjak umur 13 tahun 9hb hari tu pun entah kenapa tak tidur dalam bilik dia. Menempek tidur depan tv kat ruang tamu. Kadang-kadang dia join jugak tidur dengan aku dalam bilik, sekatil. Kalau mood aku tidur kat luar tengok abang ipar takde. Aku tidur lah dengan anak sedare aku sekali. Dan bila tidur sekali mula lah keluar cerita macam-macam.

Dia dah remaja lah kira nya kan. Baru tinggalkan zaman sekolah rendah lagi hingusan dan masuk alam sekolah menengah yang bagi aku mencabar kot. Jadi, dia banyak lah cerita kat aku itu, ini. Rindu kawan sekelas dia dulu lah. Pasal kawan dia dah pandai couple lah. Cakap kasar-kasar lah. Dan macam-macam lagi. Aku pun taknak ketinggalan untuk berceloteh jugak. Yelah, sekarang kan dah kekurangan kawan nak bergosip dan berkongsi cerita face to face. Terasa macam ada kawan sebaya pulak. =)

Aku pun siap bagi amaran jangan nak gedik-gedik sangat. Ikut orang yang tak betul. Dia pun cakap lah,

"Alah takda ayong macam tu. Tak suka lah."

Aku pun cakap lah. Memang lah sekarang dia kata tak suka, menyampah dan nampak benda tu semua tak elok. Tapi, kalau sampai tahap tengok orang sekeliling entah pape mestilah nak juga cuba benda yang tak baik tu kan. Aku pun tahu lah benda itu semua. Lagi-lagi waktu sekarang yang nak cuba semua dan kekeliruan kehendak dalaman.

Bagi aku setiap kali kita melalui fasa baru, nak beralih ke arah satu fasa ke fasa yang lain mesti ada kejutan budaya punya. Antara kita kuat nak lalui jalan yang betul, cari sahabat yang baik, persekitaran yang bagus mungkin kita boleh lawan itu semua dengan kehendak Allah. Kalau tak, walaupun semua dah baik sekeliling tapi dalaman pun entah pape, tak jadi jugak kan. 

Walaupun aku ni taklah melalui banyak fasa sangat dalam hidup tapi sekurang-kurangnya dah lalui benda-benda yang pelik yang kadang-kadang aku rasa semua nya cerita yang direka-reka tapi wujud di alam nyata. Selalu rasa menyesal benda yang aku dah buat dulu. Selalu rasa tak patut aku buat macam tu dulu. Tapi, menyesal tanpa perubahan takda gunanya.

Bagi aku lagi, kita mungkin tak akan jadi matang sematang nya walaupun dah meningkat umur sebanyak mana sekalipun. Sebab banyak je dengar cerita orang yang dianggap matang tapi buat sesuatu tak sepatutnya. Tapi, aku rasa walaupun kematangan tu tak dapat kita capai 100%, sekurang-kurang nya kita rasional untuk berfikir dalam setiap perkara yang kita buat. Itu pun kearah  kematangan fikiran jugak kan.

Untuk anak sedare aku tuh, aku sebagai mak sedara mithali (ada ke macam tu) jaga-jagalah dalam meniti zaman remaja ni. Nampak macam best je semua tapi...... sambung lah sendiri. 

Dah lama tak buat entri serius ni kan. Bila baca balik. Erkkk.. Aku ke yang taip.??

Ini adik dia, bukan dia..

Sunday, February 3, 2013

raya orang lain..

Bismillahirrahmanirrahim....

Minggu depan cuti panjang.. Yeay!! Permulaan yang tak ada kena mengena dengan entri.. =P

Nak dekat raya dah kan. Raya cina. Minggu depan kan Chinese New Year. Selaku pekerja di syarikat empunya nya ialah chinese, kiranya kalau CNY macam syok lah sangat. Sebab macam-macam dapat. Walaupun aku ni new staff, tempias nya tetap ada. Weee~~ Hari tu, ada lah jamuan makan-makan untuk semua customer dan semestinya untuk semua pekerja dia. Dari office staff sampailah yang kerja kat kilang. 

Lepas tu, ada lucky draw. Sebab aku ni orang baru termasuk lagi sorang pekerja kilang tuh, jadi takdalah lucky draw. Tapiiiiiiiii, masih ada hadiah untuk kami. Biasa-biasa saja tapi ok lah tu untuk permulaan. Aku hargai sangat. Walaupun dah aim nak mixer senang nak buat kek. =P Jangan risau semua akan dapat. Beza nya hadiah dia besar atau kecik je. Paling besar pun mesin basuh. Ada angpow, cuma jumlah aku punya mestilah sikit daripada orang lain. Takkan nak dapat sama level dengan dorang yang kerja bertahun. Tak paham aku pasal apa, semua kat situ kerja bertahun-tahun tak tukar kerja.

Hadiah yang biasa2 balut guna ni je. Suprise!
Adalah daripada tak ada. Syukur.. ^_^
Aim nak bagi hadiah kawin kat akak. Lalalala~~
Bawak balik jugak sekotak buah limau yang sedap lagi manis untuk dikongsi bersama keluarga.. Acecece..

Dan macam biasa hari sebelum jamuan tu aku mimpi dapat handset tuh. Jenuh nak tukar mimpi tapi tak sempat sebab dah terjaga. ~_~". kan dah dapat benda tuh..

Itu saja berita terbaru dari aku. Tima kasih. Weeeee~~~

p/s:: lagu Be Mine daripada Tasha Manshahar tu lagi sedap dalam vresi english aku rasa..