Bismillahirrahmanirrahim...
Hari tu aku cakap pasal cerita The Hobbit. Disebabkan aku cakap ada kaitan dengan The Lord of the Ring, korang agak aku peminat cerita tu kan. Erkk.. Padahal seumur hidup aku, aku tak pernah tengok LOTR. Tengok iklan, tengok cd, tengok kat tv sekilas pandang adalah. Tapi, tengok betul-betul, tak pernah pun. Aku ingat muka hero dan telinga dia je, jalan cerita satu pun aku tak tahu. Bila cik nur cakap watak tu pun aku tak tahu. Zaman LOTR tu masa aku sekolah rendah rasanya. Masa tu aku tak suka tengok cerita epik macam gitu. Jadi, tak adalah aku layan. Walaupun aku suka cerita fantasi. Tapi, waktu bebudak cerita genre tu tak boleh hadam. Lain lah Harry Potter.. =P
Sekarang ni dah penghujung kalendar masihi 2012. Nak masuk tahun 2013, sepanjang tahun ni, buat pertama kali aku buat senarai keinginan aku untuk tahun 2012. Selalunya, benda yang aku nak buat tak pernah nak rancang. Main redah je. Nampak sangat diri ni tak teratur kan. Takpun ingat dalam kepala sebab selalunya impian jangka panjang. Jangka pendek takda pun. Tapi, tahun 2012, aku beli planner dan plan sendiri. Entri kali ni aku nak tulis apa yang dapat aku buat. Cuma yang kecil-kecil saja kecuali yang pertama tuh. Yang tak dapat, kita diam kan saja. Injakkan ke tahun 2013 nampaknya. ^_^
Umrah
Syukur alhamdulillah untuk kesekian kalinya aku dapat jejakkan ke dua tanah suci tersebut setelah melalui onak dan duri. Aku ingat lagi, Ramadhan tahun sebelum tu, aku menangis teresak-esak setiap kali lepas solat doakan moga aku dapat pergi untuk Ramadhan akan datang. Lagi-lagi bila pandang tikar sejadah ada gambar kaabah. Bila aku bangun solat malam lagilah teruk aku menangis. Aku rasa sepanjang tahun aku doakan benda yang sama bersungguh-sungguh. Doa paling berusungguh aku pohon. Aku tak cakap kat sesiapa pun. Tiba-tiba mak dan kakak aku cerita mereka ada perasaan yang sama. Tengok duit simpanan cukup terbanglah kami berempat ke sana walaupun ada je halangan yang datang. Tapi, syukur semuanya dipermudah kan. Ada aku catat di blog melalui entri INI INI INI INI INI
Gajah
Ini wishlist aku masa awal tahun hari tu. Tengok movie thai kat tv terus cakap nak naik gajah. Tiba-tiba rasa gajah tu comel. Aku ni pengaruh tv kuat sikit. Memang berangan nak naik gajah. Habis semua orang aku bagitahu nak naik kan. Heboh lah. Orang semua ingat aku main-main padahal dalam hati berkobar-kobar sangat. Tak berapa lama lepas tu, entah macam mana kelab kos aku ada buat program "sehari bersama gajah". Aku yang sangat teruja terus ajak bawang ungu siap belanja dia lagi. Dorang ni macam tahu-tahu kan. Banyak entri aku buat pasal gajah tapi aku bagi link hari kejadian saja yang INI
Catat segala perbelanjaan
Tahun ni dengan jayanya, aku tulis semua perbelanjaan. Ada jugak yang terbabas lupa nak tulis tapi kebanyakannya aku catat lah. Ini diinspirasikan oleh ayah aku sebab setiap sen dia catat dalam komputer nya. Cuma, aku ni tulis dalam planner. Planner yang sepatutnya jadi perancangan aktiviti telah aku buat jadi buku kira-kira. Takut nak kira jumlah semua aku belanja. Erkk..
![]() |
segala resit aku simpan yea |
Pergi rumah safi rania
Safi rania duduk Kelantan je. Tak jauh dah dari Kuala Terengganu. Dah banyak kali dia ajak tapi tak dapat pergi jugak. Lagipun, tuan empunya badan pun jarang balik. Kami tak balik, dia pun tak balik. Macam mana nak pergi tuh. Rasa nya dari sem 1 dah plan nak pergi cuma tak berkesempatan lagi. Elok pulak betul-betul nak habis sem, lepas exam tak silap. Ada sorang lagi cousermate kami yang kakak dia kawin dekat dengan rumah safi rania. Jadi, kami pun pergi lah. Bukan aku dengan bawang ungu je. Suku daripada coursemates kami pergi. Ajak sangat datang rumah kan, satu rombongan besar datang.
Lagi satu benda aku nak bagitahu. Mak safi rania berkenan dengan bawang ungu nak buat menantu ataupun kata lain kakak ipar safi rania. ^_^
![]() |
Gambar masa kenduri je ada |
Selamat malam
Setakat ini, aku berjaya jugak antar ucapan selamat malam kepada kawan-kawan aku. Walaupun kadang-kadang sama je, tapi aku cuba jugak ucap kan setiap malam. Pernah je aku tertinggal untuk ucap atas sebab-sebab tertentu. Pernah sehari, pernah berhari-hari, ada jugak terlupa nak wish kat orang-orang tertentu bila fon buat hal. Selama mana aku boleh wish itu tak ada jaminan lah. ^_^
Aku ada tulis entri INI kan.
Berat
Entah lah berjaya ke tidak naik sekilo. *tengah fikir
Ini semua benda kecil yang nak aku buat tahun 2012 tapi sangat bermakna untuk aku. Kecil tapi bermakna. Itulah moto nya. Benda yang besar aku diamkan saja. Lalalala~~
(umrah tu yea projek paling besar tahun 2012)
p/s:: entri yang mengambil masa paling lama untuk tulis untuk tahun 2012
p/s:: entri yang mengambil masa paling lama untuk tulis untuk tahun 2012