dewan rakyat

Friday, November 30, 2012

Berlian..

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari tu saja jenjalan dengan kakak. Orang nak belanja kita ikut saja lah dia nak kemana kan. Jalan sana-sini nampak lah kiosk Cool Blog yang si Heliza comel jadi duta tu kan. Aku mang suka semua jenis ice-blended. Tak kiralah mana pun aku beli. Dah jumpa tu belilah satu. Mulalah terbukak cerita kat kakak aku mula-mula aku beli ice-blended ni.........

Masa tu jalan-jalan dekat Mydin Mall Kuala Terenganu. Memang ke situ jelah kalau keluar kan. Memang dah tak ada tempat lain. Nampak kiosk Each A Cup kot nama dia. Aku dah tengok lah ada course mates aku yang lain ada beli. Aku pun join lah beli sekali. Mula-mula beli memang blur kan tak tahu nak pilih mana. Aku pun ikut je apa dicadangkan penjaga kedai tu..

Bila dah pergi kali kedua dan kali ni aku sorang je. Dah tahu dah nak beli yang mana. Mulalah nak tunjuk hebat kononnya dah pandai pilih dan beli. Dengan konfiden nya aku cakap kat jaga kedai tu,

"Nak yang coklat ada berlian sekali ei."
"Berlian??" orang kedai tu mula pandang pelik, kerut-kerut dahi dia.

Aku pun tunjuk lah bekas yang ada bulat-bulat hitam tu.

"Oh, itu pearl dik."

Erkkk.. Aku pun buat tak tahu, ngangguk sajalah. Mujur lah tak ada pelanggan lain kan kat situ. Kalau tak, mahu kena senyum-senyum aku. Itupun yang amik order tu dah tersengih.

Sejak kejadian tu memang aku ingat lah, itu pearl atil bukan berlian.. Kalau aku cakap mutiara terima lah jugak. Aku translate kan!!

Bila aku cerita tu kat kak aku, memang kena gelak habis lah.. Ceittt!!

google

p/s:: tima kacih untuk semua yang ucap tahniah tu ei.. ^_^

Wednesday, November 28, 2012

Officially..............................???


Bismillahirrahmanirrahim.. 

Seperti yang aku cakap hari tu, aku pergi Kuala Terengganu. Semalam baru sampai rumah tapi bukan dalam semiggu ni memang aku habiskan masa di Terengganu. Banyak sangat hal dan terasa trip kali ni yang sangat panjanggggg.. Kesana-kemari..

Kali ni aku datang bukan sebab belajar tapi sebab lain. Selama tiga tahun yang rasa sekejap je aku datang balik setelah beberapa bulan.. Ni korang nak aku cerita yang mana satu pasal percutian aku dan family atau majlis yang satu lagi?? Setelah aku fikir baik lah aku cerita majlis yang satu lagi kan (aku yang jawab sendiri  =P). Holiday punya kisah bila-bila masa tapi untuk majlis yang julung-julung kali dalam hidup aku mestilah kena cerita lebih-lebih kan. 

Ini kali pertama aku datang dengan semua ahli keluarga aku kecuali abang aku sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan dia tak dapat turut serta. Selalunya, mak dan ayah aku je datang, takpun kakak sulung aku. Masa mula-mula aku daftar belajar sini je kakak aku sorang lagi ikut. Abang aku pernah datang sekali masa dia on the way nak balik rumah kak ipar aku kat kelantan. Jadi, masa ini lah buat pertama kalinya semua nya ada sekali tapi yelah macam aku cakap abang je yang tak ada.. =(

Apalah yang aku merepek dan merapu kan. Penat dah buat entri yang bawah sekali baru aku bagi jawapan, konon-konon suspen tapi kali ni aku cakap awal-awal. I’m officially graduated. ^__________________________^ 

Tengok aku senyum lebar bukan main kan. Tolong bagi aku senyum lebar kali ni. Ya, aku tahu banyak lagi benda akan berlaku dalam hidup aku lepas ni kan. Tapi, kali ni biar lah cerita gembira pada hari berbahagia sebelum aku sakit kepala nak fikir masa depan. (Ayat merayu ni) =P

Aku dapat sesi kedua dan petang pulak tuh. Pagi tu, 24hb hujan seronok sangat turun kan tapi Alhamdulillah menginjak pukul 1 petang hujan mula reda dan lepas tu memang tak turun dah sampai esok pagi. Walaupun banyak masa pagi tu, aku tetap kelam-kabut sebab kena berkumpul 1.30 petang. Tapi, aku siap lambat sebab nak solat lagi, pakai baju lagi.

Masa tu jugak lah entah macam mana kain baju kurung boleh tercabut dua-dua butang dia. Padahal baju baru. Masa tu jugak jenuh cari keronsang atau pin apa saja. Nanti tak pasal-pasal aku tersungkur atas stage kan. Takpun terlucut kain. Erkkk..  Lepas tu, peristiwa berdarah berlaku (ayat gempak konon). Aku tak tahu lah apa yang aku buat sampai jari aku berdarah. Aku tak perasan pun sampailah aku tengok habis baju aku ada tompok-tompok darah dan aku tengok jari, amik kau ada segaris line yang penuh darah. Mahu tak lagi kelam-kabut masa tu. Mana nak cari tisu, mana nak betulkan tudung, mana nak bawak jubah (jubah aku saiz L k).

Sampai depan dewan semua dah berkumpul. Aku pun berjalan sangat pantas tempat kawan-kawan kos lain yang berkumpul. Masa tu lah nak pakai jubah, nak pin kan jubah yang besar gedabak tu, jawab call dari bawang ungu yang tak sampai, hentikan darah kat jari dan macam-macam lagi. Selamat pakai jubah kan, kalau tak, nampak lah darah bertompok-tompok kat baju tu.

Tapi, bila berarak masuk dalam dewan, semua perasaan yang kelam-kabut hilang. Tinggal perasaan gemuruh je takut naik stage. Lagi-lagi aku tak sempat datang masa raptai memang risau je nanti. Elok pulak aku beratur agak depan bersama-sama kawan-kawan sengal aku, bawang ungu, safi rania dan c_comey. Memang nervous bukan main lah. Kos aku pulak yang kedua petang tu selepas kos kimia. Memang berderau lah darah nya. Tapi, lepas dah amik ok je. Dah tak  tengok dah penerima lain. Bersembang saja dengan orang kiri-kanan, sorilah penerima lain kan.

Habis je semua terima ijazah tu, nak dekat pukul 7 malam . Keluar dewan melilau cari family aku. Terharu masa tu, kakak-kakak aku bagi bunga tiga jambak. Terima kasih ye kakak-kakak semua.

Kira ada berapa semua
Masa ni lagi kelam-kabut, safi rania nak balik jugak petang tu. Semua budak kos dah bertebaran entah mana hala. Aku mamang tak sempat langsung tangkap gambar dengan mereka semua kecuali kawan-kawan baik jelah. Jadi, kat sini ada gambar dorang je. Kakak aku sibuk ajak balik sebab dah maghrib. Sabar jelah.


Malam tu, ada dinner untuk semua graduan. Masa tu, ex-roommate aku hantar mesej banyak kali tanya aku datang ke tidak sebab nak bagi kad birthday yang telah disimpan selama dua tahun.  Kiranya, untuk dua birthday aku tahun ni dan tahun lepas. Aku cakap nak datang tapi tunggu bawang ungu amik aku. Bawang ungu amik aku lambat. Jadi, masa aku sampai dinner tu tinggal berapa kerat je ada lagi. Sedih sangat. Lepas ni entah bila boleh jumpa kan. Dahlah c_comey dan safi rania tak ada.. =(




Disebabkan aku dah tulis entri beserta gambar bukan main panjang lagi. Elok lah rasanya aku stop kat sini. Aku tulis entri ni panjang-panjang bukan apa, sebab malas nak buat part-part lain. Tengok, entri ni pun macam kelam-kabut aku tulis.. Arghhh, minggu kelam-kabut kot.

Sebelum tu, lupa nak cakap aku ni graduated apa kan. Aku amik Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) di Universiti Malaysia Terengganu.



Terima kasih untuk kawan-kawan yang dah tahu dan wish. Terima kasih c_comey dan bawang ungu yang bagi bunga sampai aku nak bawak balik pun tak cukup tangan. Sorry kawan sebab aku tak sempat nak beli apa-apa pun. Nanti aku buat something special untuk korang ei. Thank you safi rania sebab amikkan jubah aku sampai sanggup datang awal dan merempat entah dimana. Kalau tak sebab ko maybe aku dan bawang ungu pakai jubah saiz XL kot.  Tak lupa jugak family aku yang ada sama sampai sanggup mintak cuti. Kakak sulung yang sponsor baju hijau menyerlah yang tak pernah aku pakai seumur hidup. Tapi, sayang aku tak ada gambar hanya dengan baju tu pun. Untuk kakak ipar yang sponsor baju dinner untuk aku pinjam. Untuk kakak lagi sorang yang beli banyak-banyak bunga sebab risau aku tak dapat bunga langsung. Dan of course untuk mak dan ayah yang sentiasa ada untuk aku bila-bila masa dan menghabiskan banyak duit untuk ini. Akhir sekali, syukur pada Allah untuk semua ini. =)

*Tengoklah gambar aku puas-puas.. Hahaha..

UPDATE:: kebanyakan gambar telah dibuang.. ahaks!!

Wednesday, November 21, 2012

Tekad hati

Bismillahirrahmanirrahim..

'ILSM ( institut latihan statistik malaysia ) kat sungkai,perak'

Aku baca betul-betul tempat tu. Macam nak dekat dah dengan rumah aku walaupun aku tak pernah pergi pun tempat tu cuma lalu saja. Aku nekadkan hati, hantar mesej cakap nak jumpa. 

Kebetulan mak dan ayah aku pergi Kl melawat kawan dengan van. Jadi, sah-sah kereta tak ada siapapun pakai. Kalau tak jangan harap kereta tu tersadai je kat rumah. Tapi mak aku boleh pulak terlupa bawa kunci rumah membuatkan rencana aku jadi macam tak kena.

Orang yang aku nak jumpa pulak kata habis kursus dalam pukul 5, rasa-rasa macam mak dan ayah akan sampai rumah jam tu je. Dalam pukul 4.30 aku call ayah dan ayah cakap dah sampai Rawang. Aku kira-kira sempat lah aku nak jumpa kejap. Kejap pun jadi lah. Misi mesti dijalankan. Dahlah masa kenduri kak aku tu misi tak dapat dilaksanakan.

Aku drive sendiri padahal selama ini tak pernah lagi aku drive sendiri lebih 10km dari rumah aku tanpa teman. Selalunya mesti ada mak atau ayah atau keluarga lain ikut sekali. Iyalah nak kemana aku sensorang pun kawasan rumah aku ni. Lainlah tempat aku belajar dulu.

Dengan laju nya aku drive kononnya nak cepat sampai walaupun aku bukan pasti pun tempat tu. Nama pun penumpang kereta. Memang aku tak ambil kisah pasal tempat. Bila sampai, aku call lagi si dia nak jumpa kat mana dan akhirnya pertama kali aku jejak ILSM tu.

Siapa lah yang aku nak jumpa sangat tu kan.. itulah dia pemilik blog ini blog mama aryan akak kita yang ada anak dua hero yang comel lagi hensem.. =P

Tak lama pun jumpa sebab aku kena bergegas balik sebab takut mak tak dapat masuk. Lagipun dah petang memang aku tak tahu nak bawa akak berjalan kemana-mana. Sori sangat ye kak. Nak bawak pergi TRAP pun dah petang. Sembang jelah. Suasana sembang yang aku diam je (penipu besau lah aku diam)

Balik-balik rumah, mak tak sampai lagi aku nak masuk rumah, cuba buka pintu gril tapi tak boleh. Sudah nya aku tunggu sampai mak balik baru boleh masuk rumah. Tulah, konon-konon protection daripada orang pecah masuk. Anak sendiri tak lepas nak masuk.. Aduhai!

Semalam cakap kawan maya.. Tup.. tup.. hari ni aku jumpa.. dan semalam punya entri aku bagi tahu 'adik' aku tu dan ini dia punya komen,


Ceitt, kutuk aku dulu. Mentang-mentang programmer. Siapa yang cakap aku taknak jumpa dia ke? Of course nak tapi tunggu dia kawen kan.. nak tengok adik ipar.. Ahaks!!

*Aku akan berada di Kuala Terengganu sampai hari Ahad. Siapa nak join aku?? Sila bawa hadiah sekali kalau nak jumpa.. Lalalala~~

Tuesday, November 20, 2012

Kawan maya

Bismillahirrahmanirrahim...

Disebabkan semua orang dah tahu umur aku dan ramai je kata muda lagi, kembang kempis hidung kejap.. Sori lah kalau bahasa diri aku kepada sesiapa yang lebih tua.. Eh, tetiba pulak kan.. Dalam blog je tulis aku.. Tapi, kalau berkunjung ke teratak semua masih lagi bahasakan diri dengan bahasa yang sangat lembut.. =P

Sepanjang aku bergelumang dalam dunia maya ni dari zaman sekolah sampai sekarang ramai lah kawan maya kononnya.. Tapi tak ramai lah yang berkekalan ataupun rapat sangat.. Selalu nya kejap je kawan.. Untuk entri ni nak cerita salah seorang kawan maya aku.. 

Dia ni kawan maya aku paling lama lah aku kenal tanpa jumpa atau apapun.. Dan kami takda lah sampai ada no fon masing-masing..Tapi, kami masih berhubungan satu sama lain walaupun bukanlah selalu dan jarang sangat.. Itupun sebab ada banyak laman sosial kan.. Mula-mula kenal sebab main chess online.. Tak tahulah main di mana.. lepas tu ada chat sikit-sikit kat Yahoo Messenger (YM) sebab yelah aku sekolah asrama sekali-sekala je aku main internet pun.. 

Dia suka hantar emel info, islamik kat aku dan semua aku baca. Bila zaman friendster dan myspace memuncak pun aku rasa dia ada dalam list kawan aku tapi masa tu dah tak sembang lansung.. Kiranya jadi silent friend jelah.. Sampai lah masuk U, ada facebook dia still jadi kawan walau aku tak tahu macam mana dia sentiasa ada dalam list friends. Dia je pun kawan stranger dan paling lama ada. Pelik! Masa tu pun kami jadi kawan sekadar kawan dalam facebook tanpa sembang, chat, komen atau apapun.. Dan aku rasa maybe saja add je kot dan aku anggap dia tak ingat aku dah..

Sampailah tahun lepas dia wish birthday kat facebook yang masa tu aku tak hide tarikh birthday dan cakap lebih kurang macam ni,

'Selamat hari lahir kawan lama main chess'

Erkk, tak sangka dia ingat lagi aku rupanya padahal dah bertahun kami diam sesama sendiri cuma kadang-kadang aku stalker facebook dia macam jadi silent stalker je. Masuk tahun ni mungkin lima atau enam tahun aku kenal dia di dunia maya dan sampai sekarang dia masih misteri lagi bagi aku.

Lupa pulak, dia tua lima tahun dari aku rasanya. Aku pun tak ingat sangat. Tapi yang pasti asal kelantan dan dulu dia U mana aku ingat lah.. Sekarang, tak lah sembang sangat cuma kadang-kadang tegur kat twitter itupun aku entah macam mana jadi kakak dia kan padahal aku muda lagi dari dia..

Itulah kawan maya aku paling lama dan bertahan sampai sekarang walaupun kami ni sangat jarang dan tak pernah jumpa pun tapi aku boleh ingat dia kawan yang mana.. Biasanya, aku ni cepat lupa orang untuk jangka masa yang lama.. Lagi-lagi orang yang aku tak kenal. =P

Kalau dia kahwin tak ajak aku memang nak kena lah kan.. Nak tengok sikit adik ipar.. Eh, bukan aku lagi muda dari dia ke??

Monday, November 19, 2012

Carca- marba 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Mula- mula sekali nak letak ni..

google

Ada entri lepas-lepas yang tak lah lama sangat, baru je every night dan Imam-imam yang benar aku tinggalkan tanpa jawab segala pertanyaan yang diberikan.. Ececece.. Macam kaunter pertanyaan la pulak kan.

Lagipun, hari Isnin yang sejuk-sejuk ni sebab hujan di pagi hari aku keluarkan lah entri yang biasa-biasa saja walaupun selama ini entri aku tak ada luar biasa pun..

Yang entri every night tu, habis semua komen nak aku anta wish jugak.. Mahu pengsan aku kalau betul-betul hantar kat semua. Apalah sengat wish tak seberapa aku tu, nak aku wish kat korang. Cuba tanya yang aku wish biasa je pun. Kadang-kadang aku forward semalam punya wish.. Erk.. Terbocor rahsia..

Lagi satu ada yang cakap lepas wish nak mesej panjang-panjang.. Kalau dengan semua yang aku wish tu aku bermesej. Mahu pening kepala aku. Lagipun ada terma dan syarat kalau aku mesej berlabun sampai tengah malam.. =P

Untuk imam-imam yang benar pulak, itu memang imam empat mazhab fikah yang ada sekarang.. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad.. Kalau nak suruh aku cerita pasal buku ni nanti jadi fakta sejarah semata-mata.. Tapi kalau baca buku ni sebijik macam novel cinta yang kita biasa baca.. Ada dialog, ada peristiwa, ada suasana, jadi bukan buku ilmiah yang penuh fakta tapi penceritaan yang menarik.. Diingatkan untuk orang yang suka baca macam aku lah kot rasa novel ni seronok.. Sebab dia novel lah aku tak ngantuk baca..

Setakat ini sajalah entri biasa-biasa aku untuk hari Isnin ini. Hajat hati nak cerita pasal kenduri rumah kak aku hari tu yang penuh makanan tapi lain kali jelah kalau kerajinan yang menebal..

Sebelum tu nak cakap terima kasih cik kotak hati aka safi rania aka azah yang dengan sweet nya buat entri untuk dia yang kita suke dengan gambar ni sekali,








Dan kepada semua yang wish happy belated birthday pun terima kasih jugak.. Erkk,, sepatutnya aku diam kan saja birthday aku tuh.. Ahaks!!

Untuk shirah, kiter tak malu lah nak ngaku umur kita 22.. Muda lagi.. =P

Saturday, November 17, 2012

Little black dress

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni hari apa?? Erkk.. Dah beberapa hari nak update blog tapi bila buka blog rasa kosong. Jadi, aku ambil keputusan taknak tulis. Buka lagi. Kosong... Apa yang kosong tak tahulah.. Dah macam lagu najwa latif pulak kan..


Beberapa hari lepas dan sepanjang minggu ni entah macam mana dan kenapa aku call kawan-kawan sekolah menengah balik. Berborak panjang mengimbau kenangan lama dan aktiviti baru mereka. Otak aku cuba mencerna kos dan kerja yang mereka lakukan sekarang. Dan tentulah berlainan semuanya sebab ada sesetangah yang mereka cerita aku tak paham. Jadi layan kan aje.. Buat-buat paham..

Ada yang aku call gelak je manjang walaupun tak tahu gelak sebab apa. Ada yang macam serius. Ada yang macam meluahkan perasaan. Rasa macam rindu sangat nak jumpa. Beberapa tahun kan dah tinggal sekolah. Lagi-lagi masing-masing duduk merata dan jauh pulak tu. Belum lagi tempat kerja dan belajar yang berlainan.


Lebih-lebih lagi bila aku tengok movie korea ni,





Cerita pasal persahabatan. cemburu antara kawan baik, pendam perasaan.. Memang membuatkan aku rindu semua. Rindu juga kawan U tapi sebab tak lama sangat berpisah dengan mereka tak kisah sangat. Bila tengok cerita tu memang kadang-kadang kita sembunyikan perasaan sebenar daripada kawan baik kita sendiri sebab kita taknak tengok mereka sedih kan. Cari tempat lain untuk meluahkan perasaan. betul tak??

Kawan sekolah kawan paling lama aku rasa sebab lima tahun bersama. Tinggal asrama lagi. memang tahu perangai masing-masing. Dan aku ngaku sekarang susah dah aku nak jumpa kawan yang betul-betul aku percaya dan sayang macam kawan sekolah. Dunia ni penuh misteri dengan orang misteri kan. Lepas keluar sekolah barulah aku jumpa dunia misteri tu.. Orang yang aku rasa macam takkan wujud dalam dunia ni pun dah jumpa..

Sebab aku up entri ni nak cakap birthday aku 12hb aritu. Masa entri every night tu ada aku tulis macam ni, 

Terima kasih Allah kerana beri kesempatan aku hidup sampai hari ini.. Terima kasih mak sebab lahirkan aku dan besarkan aku dengan penuh kasih-sayang sampai hari ini.. Terima kasih ayah sebab didik dan manjakan aku sampai hari ini.. Hari ini hari bersejarah bagi aku..*wink

Saja tak tulis betul-betul nanti penat pulak korang nak wish kan. Semua laman sosial, aku hide birthday aku. Saja nak tengok kawan-kawan aku ingat tak. Bila yang tak ingat aku ingatkan. Sebab tu aku call semua nya sebab call free kan.. =P

*tcweet_pinky saya memang teruk semua jenis grammar dalam bahasa apa pun.. =P

Wednesday, November 14, 2012

Monkey...

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat menyambut tahun Hijrah yang ke 1434!!! Selamat tahun baru!! Ada pencapaian sepanjang tahun ni?? ^_^

Semalam penuh dengan bunyi mercun kawasan rumah aku.. Dumm.. damm.. bunyi mercun.. Dihiasi lagi dengan bunga api yang cantik.. Elok pulak nak dekat maghrib abang aku dan keluarga sampai rumah.. Abang yang jarang balik.. Kiranya sangat susah lah aku nak ketemu lagi dua orang puteri yang memang nama meraka pada pangkal nya putri.. Rasa macam dorang balik nak beraya pulak.. Padahal raya orang lain kan.. Rasa-rasa sekarang ni memang semua perayaan ada mercun dan bunga api kot.. Bagi meriah sikit.. Agaknya..

Pagi ni, eh, bukan.. Nak dekat tengahari mak aku ajak pergi kebun di kampung aku yang jauh nya tak berapa jauh dan tak berapa dekat tapi masih dalam daerah yang sama.. Mak kata buah dokong berbuah.. Jadi, alang-alang dah ramai di rumah (anak-anak kak aku ikut sama) kami pun pergi lah kebun.. Mula-mula was-was tengok kak ipar pakai baju macam nak pergi dinner.. Cantik kemain.. Aku?? Sarung saja apa yang ada.. Nak pergi kebun kan.. Kebun ke dusun??

Sampai sana, bukan sahaja dokong je berbuah.. Durian pun luruh, rambutan, cempedak (tapi tak sempat nak amik).. Jadi, mulalah sesi mengutip segala buah yang ada.. Kak ipar aku jaga yang sikecik-sikecik yang ramai.. Semua yang ada masa tu termasuk mak dan ayah aku 8 perempuan dan 2 lelaki.. Nampak sangat memang perempuan je kan ramai dalam keluarga aku..

Disebabkan buah dokong berbuah tinggi lebih dari galah, dengan itu terpaksa lah panjat.. Abang aku panjat dalam beberapa buah pokok.. Dan seterusnya....


Erkkk... lari laju-laju...

Ini lah akibatnya lelaki kurang dalam keluarga.. Aku membesar dalam kampung.. Ini sikit punya hal lah.. (berlagak sangat padahal pandai naik, tak reti turun.. Menggeletar kaki aku weyh nak turun)

Eh2.. nape tajuk monkey.. =P

Monday, November 12, 2012

Every night

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini cukup setahun aku wish selamat malam untuk kawan-kawan aku.. Dengan jayanya aku wish walaupun kadang-kadang rasa nak berhenti tapi aku teruskan jugak.. Walaupun ada yang kata aku banyak kredit padahal kredit aku jarang guna pun.. Sebab tu aku boleh wish tiap-tiap malam..

Orang yang aku wish selamat malam kadang-kadang bertambah kadang-kadang berkurang. Kena tengok jugak keadaan. Kadang-kadang rasa macam nak buang je orang tu dalam list aku, aku buang je.. Tapi, kadang-kadang bila aku dah buang, esoknya orang tu wish nite balik, maka dengan itu dia termasuk dalam list aku kembali.. Nampak sangat aku nak orang reply kan..

Tapi, tak semua kawan aku reply setiap malam.. Ada yang lama tak reply tapi sebab dia memang kawan baik sangat so aku still masukkan dia dalam list.. Untuk orang yang baru je masuk dalam senarai memang takkan lama kalau aku rasa nak buang je kan..

Kalau korang tanya aku wish kat siapa je selamat malam aku tu.. Aku wish untuk semua tempat yang aku pernah kenal orang.. Sekolah menengah, matrik (dulu je ada dalam list), kwn baik u, wakil coursemate, kawan fb dan sekarang tambah satu kawan blog kan.. Kawan sekolah rendah tak masuk lagi.. Tak tahulah sebab apa..

Berapa ramai sekarang?? Ada dalam 17 orang kot.. Entah.. Aku wish je yang dah memang siap ada dalam list.. So aku send saje..

Tadi, aku ada tulis kan, kadang-kadang pernah give up nak wish dah.. Tapi, ada satu masa aku memang nekad taknak wish.. Esoknya, dari pagi sampai malam ada je yang wish, morning lah, petang lah dan ofcourse malam jugak.. Masa tu aku terharu dan aku wish jugak walaupun bukan selalu dorang balas..

Dari situ aku tahu bukan balasan sepatutnya aku nak tapi keikhlasan dan sebab aku hantar mesej tu setiap malam.. Aku tahu semua kawan aku terharu aku hantar tiap-tiap malam walaupun kadang-kdang dorang tak balas.. Dorang pun banyak keja nak buat kan.. Tapi itu menunjukkan aku sentiasa ingat dorang walau sesibuk mana pun aku..

Tak bermakna aku tak pernah miss wish, sebab ada jugak aku tak wish bila aku busy, tertidur awal, tak ada kredit ataupun di luar kawasan ada coverage telefon kan.. Masa umrah dulu pun 2 minggu aku hilang tanpa berita sampai ada yang tercari-cari.. ^_^

So, siapa-siapa rasa nak aku wish setiap malam boleh lah bagitahu aku yea.. Padahal kadang-kadang aku forward je yang semalam punya takpun tukar smiley =P

Diingatkan jugak dalam aku rajin wish selamat malam pun tetap ada rule..

Terima kasih Allah kerana beri kesempatan aku hidup sampai hari ini.. Terima kasih mak sebab lahirkan aku dan besarkan aku dengan penuh kasih-sayang sampai hari ini.. Terima kasih ayah sebab didik dan manjakan aku sampai hari ini.. Hari ini hari bersejarah bagi aku..*wink

Friday, November 9, 2012

Imam-imam yang benar

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari tu aku ada cerita yang masa aku sampai KL Sentral ada pesta buku Islam.. Melihatkan duit yang mak bagi suruh beli kasut tapi aku guna beli buku.. Bagus tak?? Lagipun memang aku suka baca dan beli buku-buku macam tu. Minat dari dulu. Lebih dari dua lah koleksi aku. Lebih dari dua kira banyak lah kan. Lagi-lagi novel semua aku tak berapa layan dah melainkan novel yang ringan dan kurang atau tak ada unsur cinta je aku baca atau beli. Yang lagi seronok mak, ayah dan kakak aku suka baca. Kiranya tak rugi lah aku beli untuk bacaan aku seorang je kan.

Buku apa yang aku suka baca sekarang kebanyakannya buku biografi tokoh Islam. Maybe sebab aku suka sejarah dan penulis buku sangat pandai karang buku sebab bila baca terasa macam baca novel tak macam baca buku yang penuh fakta saja. Penyampaian yang bersahaja buat aku seronok baca macam real je k.


Ini lah buku yang terbaru aku beli khamis lepas. Dah khatam pun beberapa hari lepas walaupun rasa-rasa tebal lah jugak sebab komplikasi 4 buah buku terus kan. Sia-sia lah aku duduk dalam bilik je mengadap buku ni waktu petang.

Baca buku ni rasa sedih sangat macam mana susah payah imam-imam nak menegakkan Islam kan.. Boleh dikatakan semua pernah kena penjara dan disiksa. Tapi, alhamdulillah hasilnya sekarang apa yang mereka cuba tegakkan itulah yang kita guna pakai dalam ibadah kita kan setiap hari.

Walaupun keempat-empat ada hujah masing-masing dalam fikah yang boleh membuatkan pertenglingkahan tapi masih ada toleransi sebab berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah.. Yang pasti perbezaan hanya dalam fikah tapi bukan dalam akidah.

"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh paranabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barang siapa mengambil warisan tersebut dia telah mengambil bahagian yang banyak." (Hads riwayat At Tirmidzi) ambil dari muka belakang buku

Thursday, November 8, 2012

Babysitter ke bibik??

Bismillahirrahmanirrahim...


Dah seminggu tinggal rumah kakak bermaksud seminggu jugak lah aku jaga budak-budak ni sebab sepanjang aku ada tak hantar pun rumah pengasuh. Lagi-lagi semua nya dah malas pergi sekolah kecuali kakak sulung nya masih bersemangat..

Disebabkan dah duduk rumah ada budak kecik kat rumah.. Tak lah budak kecik mana sorang umur 4 tahun, darjah 1 dan kadang-kadang adalah kakak nya yang darjah 5.. Jadi, aku bangun lah awal jugak nak buat sarapan lah, masak untuk tengahari lah (padahal masak cincai je), basuh dan sidai kain. Bila rajin aku kemas lah rumah (kalau rajin). Kalau aku sorang jangan harap aku nak bangun awal sangat kan.

Kadang-kadang kalau kakak aku busy sangat tak sempat amik yang pergi sekolah tu, jadi aku lah tukang amik dan antar pergi sekolah petang pulak kan. Tu yang sampai kereta kak aku sedap je terseret dekat tiang. Nampak sangat jarang bawa kete. Parking pun tak betul.

Disebabkan dah beberapa hari dah macam tu, malam pun aku tidur dengan anak sedara yang darjah 1 (tido awal ye aku), masa lipat kain semalam bebudak ni cakap,

"Maksu ni nak jadi bibik ei."

Ceittt, itu korang panggil aku kan..

Nampak sangat aku yang kena buli, bukan aku yang buli tapi kuasa veto mengarah tetap ada walaupun bukan dalam nada marah.. Psikologi itu penting kan.. =P

Wednesday, November 7, 2012

Surat yang tiada..

Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu malam yang hening, aku leka menonton tv sambil memegang balang yang berisi potato chips.. Satu-persatu masuk kedalam mulut.. Kruk-krak bunyinya.. Sedang asyik menonton tv, dengar mak bercakap-cakap dengan fon tentang barang penting yang ditunggunya daripada encik posmen yang sepatutnya dah sampai..

Aku ligat berfikir perbualan mak.. Rasa macam pernah nampak sampul surat ekspress yang aku ambil dari peti surat..

"Mak, surat tu sampai bila??"
"Hari Jumaat katanya.. Mesti Jumaat minggu lepas kan sebab Jumaat semalam kan raya (raya haji)."
"Atil rasa atil ada kutip letak atas meja tuh." sambil tanganku menunjuk ke arah meja.
"Tak ada pun. Yeke til? Barang tu mahal tahu tak. Kalau hilang kena order balik."

Aku yang takut mak marah, bingkas bangun dari pembaringan menuju ke meja.. Habis selongkar satu meja.. Dalam fail, dalam diari mak aku, bawah meja, bawah alas meja, dalam laci, surat-surat lama dan semua tempat yang berhampiran meja aku cari tapi tak ada.. Mak aku mula mengeluarkan ayat-ayat nya yang mencengkam jiwa.. Lagi-lagi mak risau takut-takut cucu-cucu nya main surat tuh.. Jadi, mak aku selongkar habis surat khabar lama yang bertimbun, atas meja lain dan dalam almari yang penuh komik dan buku-buku tapi masih tak ketemu..

Mak juga cari balik tempat yang aku cari.. Aku check lagi fail-fail tu kembali berulang-kali sampai dah berpeluh-peluh badan.. Lepas tu, aku mula ingat hari-hari yang sebelum sebab setiap hari aku yang kutip surat dari peti surat sehinggakan aku boleh ingat surat yang sampai setiap hari.. Aku ingat yang tak ada sampul ekspress yang kutip sepanjang minggu tu..

"Tapi, kan atil cakap ada nampak dan letak atas meja?"
"Atil salah ingat kot. Atil ingat sampul ekpress mak yang lama tuh."

Jadi, kami berhenti mencari. Mungkin kami cari surat yang tak sampai lagi.. Tapi, mak tetap risau sebab barang tu mahal.. Aku sebenarnya konfius dengan barang-barang yang dipos untuk mak sebab tu boleh tak ingat yang mana satu.. Aku minta mak tanya lagi pada orang yang mengepos barang tu sekali lagi.. Tak lama lepas tu ayah pulang dari masjid dan mak khabarkan ada bil yang tak bayar lagi sebab mak aku jumpa bil tersebut masa belek-belek surat lama..

Ayah mencari bil tu tapi tak jumpa. dan sekali lagi aku bangun dan lihat atas meja dan memang tak ada bil tersebut.. Maka dengan itu mulalah pencarian bil pulak bersama dengan mak.. Cari punya cari tak jumpa jugak.. Mula musykil mana hilang bil tu.. Nak kata terbang kena tiup angin kipas tak ada jugak.. Ah, malam penuh pencarian yang tak jumpa.. Akhirnya aku give up tapi tidak pada mak.. Mak terus cari dan jumpa dalam longgokan surat lama yang aku kemas tadi.. Mungkin aku tak perasan terambil masa mengemas semula.. 

Aku masuk dalam bilik dan merebahkan diri atas katil untuk seketika dan akhirnya aku terlena terus.. Sedar-sedar keluar dari bilik, cerekarama dah habis.. Aishhhh.. Punya berazam nak tengok cerita tu.. Itulah kepenatan mencari surat yang tiada..

Tahukah korang sebenarnya surat tudipos bila?? Belum pos pun lagi sebenarnya.. Sabor jelahhh.. Orang yang pos salah bagi info.. Apa yang dia cakap hari Jumaat entahlah.. 

Monday, November 5, 2012

Family Painting

Bismillahirrahmanirrahim..

Mak dah ayah aku selamat sampai kat rumah dah.. Tapi, aku masih disini lagi dah rasa-rasa nya stay sini sampai hujung minggu ni sebab kakak ada buat kenduri sikit-sikit.. Daripada aku balik beberapa hari dan datang sini balik, jadi tinggal lah sini dalam seminggu lagi..

Hujung minggu haritu, kakak lagi sorang bawa lah aku pergi keluar bersama dengan anak-anak saudara lain.. Hajat di hati nak tengok cerita sinister tu tapi sebab bawa budak tukar plan tengok cerita lain.. Siap berjimba sakan main-main permainan dekat aeon tu.. Bukan anak sedara je semangat waja makcik-makcik nya pun sama jugak kan.. 

Tapi, dengan keazaman yang tinggi esoknya aku dan kakak aku keluar lagi sebab nak jugak tengok movie hantu.. Ingat kan nak tukar plan tak jadi citer sinister ganti dengan silent hill yang lagi advance dari sinister, tapi waktu tayang movie tu lambat dan tak sesuai.. So, sinister lah jugak jadinya..

Bagi aku movie ni ok lah.. Nak kata tak seram, tak jugak.. Tak kata tak seram pun tak jugak.. Berderau jugak darah tengok sambil jeling-jeling belakang tisu ganti bantal.. =P Kalau tengok dekat lappy aku rasa effect dia tak seram sangat.. Tengok wayang je seram lebih.. Dan tak dengar pulak orang jerit.. Ke, aku tak perasan?? Pembunuhan family yang dasyat.. Perghhh..

Movie ni macam mana?? korang tengok lah sendiri kalau berani.. Aku rasa dah ramai review cerita ni kan.. Sebab tu aku nak pergi tengok.. Mujur aku boleh tidur lena lagi tanpa fikir bukan-bukan.. Aku ni berani tengok cerita hantu tapi lepas tu yang boleh teringat-ingat kan.. 

Kalau korang pernah dengar pasal boogeymen, dalam cerita ni ada dan itulah dalang semua tu.. Takpelah aku cerita ending je.. Ending nya, semua mati.. Penulis tu mati kena kapak kepala nya.. THE END.. 

Pengajaran cerita ni jangan nak gatai-gatai pergi tinggal dekat rumah yang sah-sah ada pembunuhan ngeri dan misteri.. Lagi, kalau nak famous dan kemewahan tapi letak keluarga dalam bahaya tak guna jugak..

Berbalik pada tajuk, naskah akhir untuk pembunuhan terkakhir sebelum ada family lain yang kena adalah Family Panting bersamaan pembunuhan penulis tersebut.. Kalau tengok poster movie ni ada darah-darah itulah pembunuhan family penulis tu.. Nak sangat tulis novel pembunuhan kan.. Siap anak dia cakap lebih kurang macam ni,

"I'll make u famous again daddy." Aku rasa esoknya memang famous lah masuk surat khabar kalau dah kena bunuh macam tu..

Disebabkan shirah tulis kecik-kecik, kiter nak tulis jugak lah.. =P
Duduk rumah ni aku jadi babysitter so BW agak slow sikit..


Friday, November 2, 2012

Train.. Keretapi.. Train.. Keretapi

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasa macam semalam aku masih lagi di tempat aku bertapa, bangun pagi ni dah bertapa tempat lain pulak.. Rupa-rupanya aku dah beralih angin buat sementara waktu ke rumah kakak aku.. Sebab apa??? sebab mak dan ayah aku pergi honeymoon entah kemana tinggalkan aku sorang-sorang.. Disebabkan kerisauan mereka untuk meninggalkan aku sendirian kat rumah yang dah ada banyak kes pecak masuk, jadi aku pun travel alone ke rumah kakak aku kuasa dua di sini.. Padahal mak dah offer aku sekali untuk pergi.. Tapi disebabkan aku malas nak join rombongan cik kiah merangkap rombongan kawan-kawan mak aku, jadi aku menolak tawaran yang diberi..

Lagi-lagi aku tahu apa yang jadi kalau pergi rombongan dengan kawan-kawan mak aku nanti.. Ada saja yang jadi.. Aku dah banyak kali ikut yea.. So, aku tahu apa yang selalu berlaku.. Oh, lupa.. Sebab apa kakak aku kuasa dua, sebab dua-dua kak aku tinggal satu rumah.. Masuk aku, tiga beradik duduk satu rumah.. Selamat abang jauh kan..

Sebenarnya aku nak cerita yang aku pergi naik keratapi je.. Seumur hidup aku tak pernah naik keretapi kecuali komuter, lrt dan moneral tu lah.. Termasuk keretapi ke tuh?? Dah lama nak naik tapi ada je problem tak boleh naik.. Tapi, kali ni nak datang rumah kak aku berkobar-kobar aku pergi beli tiket awal-awal padahal beli tiket hari nak pergi lebih murah daripada beli cepat-cepat.. Lepas tu, sebab terlebih excited, habis aku bagitau semua orang aku nak pergi naik keratapi belum lagi asyik sebut-sebut je depan mak dan ayah.. Betapa keanak-anakannya nya kan.. Ok, bila dah kat rumah dan sorang je memang manja aku melampau.. =P

Kalau beli sejam awal dapat RM10 katanya

Dan mak aku menyokong penuh hasrat aku sebab dia pun dah lama tak naik.. Aku tahu entah zaman bila mak aku naik keretapi kan.. Bersemangat mak ikut ayah hantar aku sampai tunggu keretapi datang.. Kalau aku naik bas, tak adanya dia nak tunggu.. =)

Betapa sunyi nya stesen ni
Sekarang, aku nak selamat tiba rumah kak di Shah Alam.. Walaupun aku rasa nama tempat ni lain sebenarnya.. Semalam, sempat merayau sensorang kejap dan ada pesta buku islam kat KL Sentral.. Tapi, tak lama pun sebab beg di bahu berat.. Lebih baik naik komuter cepat boleh sampai rumah tidur kan..


Menjawab yang tanya patrik tu menda.. Inilah dia perkenalkan Patrick Star kawan sengal Spongebob.. Aku eja ikut kawan aku eja.. Dia lagilah, eja petrik.. And this is mine!! Dan dia juga untuk aku lepaskan geram termasuk kawan-kawan aku.. Sebab tu di nak peluk patrick.. kan patrick.. ^___^

p/s:: bukak beg baju, tengok-tengok baju duduk rumah sikit je ada.. sabor jelah.. kemas cepat sangat, macam nilah jadinya..

p/s/s:: aku tak reti eja keratapi.. Keretapi ke kereta api??