dewan rakyat

Wednesday, October 31, 2012

Orang bercerita dan kita pendengar..

Bismillahirrahmanirrahim...

Mula-mula sekali terharu dengan mama aryan sebab rajin komen entri aku yang lama-lama.. Bukan 2,3 entri je tapi lebih daripada tu.. Bukak dashboard tengok komen banyak-banyak, sengih-sengih aku sensorang.. Tima kacih banyak-banyak kak.. Terasa diri disayangi.. =P Jangan risau ofcourse aku sayang semua kawan blogger aku.. Tapi hari ni sayang akak lebih sikit.. Hari ni rasa nak diskriminasi sikit.. ^_____^

Semalam sorang kawan aku mesej..

'Atil, nak pinjam patrik kejap.'

Bila baca mesej tu mula buat aku rasa ada aura kegelapan yang akan menyelubungi sebentar lagi.. Aku tahu mesti ada sesuatu terjadi kalau tak, takkan dia akan cakap macam tu kan.. Kawan aku mula bercerita apa yang terjadi.. Dan aku memang tahu kisah sebelum nya terkedu je baca mesej dia.. Nak cakap pun tak tahu macam mana.. So, aku hanya suruh dia bercerita apa yang terjadi dan aku rasa itu lebih perlu daripada nak baca nasihat aku yang aku tahu nanti sama je macam orang lain cakap..

Aku ni bukan orang yang pandai nak nasihat dan tegur orang pun.. Kalau ada orang yang cerita masalah sekali pun aku akan cakap benda yang sangat simple buat orang tu terfikir.. Kadang-kadang aku tegur orang pun dalam keadaan orang tu boleh menerima tanpa rasa hati sebab selalu sangat manusia ni main cakap je sampai tak fikir perasaan orang..

Satu nasihat yang sama tapi diucap oleh orang yang berbeza akan membuatkan pelbagai penerimaan.. Bukan semua orang sama kan cara dia terima nasihat.. Dan bukan semua orang boleh terima nasihat.. Dan lagi bukan semua pandai bagi nasihat.. Tapi tak bermakna kita tak payah bagi nasihat tapi kena cara yang betul.. Betul kan.. 

Kadang-kadang orang yang bercerita masalah dia ni cuma mahu bercerita.. Lepas tu orang yang mendengar bagi nasihat macam-macam.. Selalunya orang yang bercerita tu ada set dalam fikiran dia skema jawapan untuk orang lain cakap bila dia bercerita.. Tapi, bila yang pendengar ni lari dari skema jawapan rasa geram pun ada.. Lagi-lagi bila pendengar ni bagi nasihat dengan cara yang sangat tak cool..

Kadang-kadang orang malas nak bercerita masalah sebab dah tahu skema jawapan yang diberi.. Contoh, sabarlah.. Takpun dia akan cakap jangan cakap sabar dah.. Tapi, memang itu pun jawapan yang boleh diberi oleh pendengar kan...

Hari tu, ada sorang kawan mintak tips dari aku.. Sedar tak sedar panjang berjela mesej aku bagi macam boleh buat entri.. Sebab aku tahu orang yang dilanda kesedihan ni macam mana.. Bukan sebab aku pernah rasa tapi aku yang selalu menjadi pendengar dan peneman setia.. 

Untuk bagi nasihat kat orang atau tenangkan orang bagi aku letakkan diri dalam orang tu dan kita tahu apa yang kita nak dengar kalau kita ada masalah tu.. Jangan hanya simpati tanpa ada arah tujuan.. kalau tak tahu cakap apa diam saja melainkan orang tu yang pinta nasihat tu..

Aku cakap ni atas dasar apa yang pernah aku lalui.. Tak banyak mana tapi dah berapa ramai orang menangis depan aku buat aku rasa belajar daripada setiap apa yang jadi depan mata.. 

Entah kenapa entri ni rasa suram.. Pasal apa entah.. =P

p/s:: ada kawan aku kata aku ni baik jadi kaunselor.. Walaupun aku tahu dia sedapkan hati aku je.. =P




Tuesday, October 30, 2012

Berkongsi nama..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dia.... berkongsi nama tapi berbeza pada pangkal nya..
Dia.... saudara yang paling dekat jaraknya tapi jauh jarak umurnya
Dia.... berbeza tinggi nya tapi dia lebih tua..

Dia... nampak kasar orangya tapi hati nya lembut
Dia... mudah menangis tapi aku tidak
Dia... nampak pendiam tapi menyimpan seribu kisah dalam hatinya

Dia... selalu ada untuk aku
Dia... selalu memanjakan ku
Dia... selalu membuatkan aku nampak lebih berusia darinya
Dia... selalu memberikan aku apa jua..

Aku dan dia.. selalu bergaduh
Aku dan dia.. selalu berkongsi apa saja

Dia.. terasa saat mak dan ayah memanjakan aku..
Aku.. seorang yang tak ambil peduli orang lain kata
Dia.. terasa bila mak dan ayah melebihkan aku
Aku.. seorang yang akan memberikan kelebihan ku padanya..

Walaupun salah-faham, gaduh-gaduh, cara dia melayanku ketika marah aku tahu dia sayang kan aku... sebab hanya aku adiknya seorang..

Dan aku tahu dia salah seorang saudara kandung yang paling aku sayang..

Happy birthday to my beloved sister Hani....... Umur dia rahsia... Yang pasti agak jauh beza dengan aku tapi bila sekarang nampak sebaya saja..

Untuk dia.. semoga rahmat sentiasa dilimpah ke atas nya dunia dan akhirat.. dan yang penting bawak balik abang ipar satu ei.. =P

Kek dah selamat dibuat oleh aku hari tu.. Special home made cake for her..  May Allah always bless u sis.. ^_^


Gambar masa kecik boleh.. Gambar dah besar nampak sangat beza.. =P

Wednesday, October 24, 2012

Amali untuk itu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari Raya Aidiladha nak dekat dah.. Esok pun dah hari Arafah kan.. Sunat bepuasa.. Hari Jumaat raya.. Nanti bagi kaum adam dua kali lah dengar khutbah.. Bagus lah peringatan jugak tuh kan.. Bila raya haji ni teringat masa sekolah dulu.. Aku ingat masa Form 4 belajar sembelihan.. Masa Form 5 belajar bab haji.. Macam mana aku boleh ingat sebab sekolah aku dulu ada amali untuk dua-dua bab tu.. So, masa Form 4 kami ada sembelih haiwan dan masa Form 5 ada amali haji +sembelih sekali..

Haiwan terpilih untuk dijadikan bahan sembelihan ialah .............. puyuh... Takkan nak sembelih kambing ke lembu.. Mahu besar bajet.. Ayam pun jenuh jugak.. Kalau puyuh semua orang wajib kena sembelih sorang seekor.. Dan aku tak terkira berapa banyak aku sembelih sebab aku suka walaupun puyuh tu comel je.. =P

Masa Form 4 buat goreng kot kalau tak silap.. Kami yang Form 4 lah kena bersihkan puyuh tu dan goreng dan yang makannya kami jugak sekali dengan Form 5.. Kiranya kami menumpang sembelih masa dorang amali haji..

Bila Form 5 pulak, still buat sembelih dan macam tahun sebelum nya aku sangat seronok nak sembelih puyuh-puyuh tu kan.. Tapi kali ni macam tahun sebelumnya jugak Form 4 lah pulak masak untuk kami.. Masa tu buat sup dan dijadikan bahan untuk buat bihun sup..

Macam aku cakap tadi Form 5 amali haji.. So, kami buat semua rukun dalam haji tu.. Bermalam di Mina (bilik prep), lontar jamrah (depan hostel lelaki), tawaf (ada replika kaabah), saie (area depan dewan) dan lain-lain lagi.. Aku pun tak berapa nak ingat tapi yang pasti berlepas daripada Malaysia konon-konon pun ada buat.. Padahal berlepas dari dewan je pun..  Dan masa tu kami jadi tontonan lah warga asrama kan.. Dah bertelekung kemana je.. Yang lelaki aku tak ingat dorang pakai ihram macam mana.. Gambar dorang pun takda.. Macam ada yang tibai selimut je aku rasa..

Tidur dalam bilik prep tu macam-macam cara ada.. Ada yang tidur atas meja lah.. Ada kat bawah lah.. Sangkut baju keliling bilik tuh.. Mujur bilik prep berkarpet.. Ok lah sikit..

Bila ingat-ingat sekarang macam seronok je.. Ingat lagi ustaz suruh ulang tawaf balik sebab kami tak buat betul-betul.. Yelah tawaf kena khusyuk.. Ini semua nya tengok kamera.. Apa daaa..

Tapi sekarang entah mana hilang ilmu bab haji.. Tak ingat apa-apa pun.. Aishhh..

Tak tahulah gambar ni sebab apa..

p/s:: Semoga kita sama-sama bermuhasabah diri peristiwa yang berlaku dalam setiap rukun haji tuh.. Semua nya berlaku ada sebab kan.. Disitulah ada pengorbanan..

Monday, October 22, 2012

cengkerang...

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap kali aku tengok stesen minyak ni mesti nak tergelak.. Apatah lagi kalau lalu stesen ni kan.. Mesti teringat je.. Agak-agak korang dapat teka tak stesen minyak apa daripada tajuk yang aku letak??

Cerita nya bermula begini...... (ada effect angin bertiup kat situ)

Masa tu aku sorang je tinggal kat umah sewa untuk beberapa hari disebabkan projek aku yang dah mula daripada housemates lain.. Beberapa hari lepas tu, kawan aku balik.. Biarlah aku namakan dia c_comey sebab dia sendiri yang save no dia dalam fon aku dan letak nama ni.. So, biar jelah kan... Kami bosan duduk rumah sewa sebab tak ada buat apa so dia ajak lah aku jenjalan naik motor.. Aku malas nak bawa kereta bawang ungu walaupun dia tinggalkan untuk aku guna.. Masa ni lah nak jenjalan dengan c_comey naik motor.. Padahal selalu je aku tumpang dia.. =P

Hajat hati nak pergi bandar kuala terengganu tapi sebelum tu c_comey nak singgah kedai keropok lekor dulu.. Kedai keropok lekor yang pertama kali aku jumpa nak order guna sistem nombor macam dekat bank or pejabat pos.. Tapi, kami nak beli keropok dah goreng tak payah lah amik nombor.. Cuma sesiapa yang nak beli yang tak goreng wajar lah amik nombor melainkan korang tempah siap-siap macam selalu aku buat..

Disebabkan minyak motor c_comey tak berapa nak ada, dalam perjalanan nak pergi kedai tu jumpalah stesen minyak ni.. Nampak macam baru buka tapi ada sebuah je kereta kat pump minyak tuh.. Kedai dalam stesen minyak tu nampak dah buka je.. C_comey membelokkan motor nya masuk simpang stesen tu walaupun aku tengok dua-dua jalan nak masuk dan keluar kena hadang dengan barrier atau halangan yang macam empat segi tuh.. Kalau kereta confirm tak boleh masuk tapi dah motor.. Selit-selit lepas jugak..

Bila dah berenti dekat pump minyak tu, c_comey suruh aku pergi bayar kat dalam kedai tuh.. Aku pun pergi lah.. Sementara tu, lelaki empunya kereta yang ada sebuah je kat pump minyak tu datang sembang dengan c_comey.. Aku jalan nak menapak masuk kedai tapi dari luar aku tengok dua pekerja perempuan dalam kedai tersengih-sengih tengok aku.. Aku pun pelik lah.. Aku salah pakai ke?? Ada yang tak kena ke?? Aku buat salah ke?? Takpun sebab aku pakai helmet tak tanggal lagi ke?? So, cepat-cepat aku tanggal helmet.. Tapi, yang pelik lagi ialah lama pulak lelaki tu sembang dengan  c_comey dan c_comey pun panggil aku suruh patah balik..

Masa aku dah pergi kat motor tu, barulah lelaki tu cakap,

"Dik, stesen minyak ni bukak minggu depan."

Kami pun apa lagi cepat-cepat naik motor terus pergi dari situ.. Ceittt.. Yang lelaki tu punya panjang mukadimah dengan c_comey baru nak cakap.. Aishhh..

Sampai sudah kami tak pernah pergi pun stesen minyak tuh.. Cuma kalau lalu memang tergelak bila teringat.. ^_^

Aku dan c_comey dalam kegilaan.. Ada seram tak muka aku??


Friday, October 19, 2012

Dalam kenangan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari tu ada cakap pasal mimo mati aka hamster yang bukan aku punya mati.. Sebab dia mati tak tahulah.. Menurut kawan aku yang merupakan tuan dia sebab mimo dah tua.. Tapi, aku rasa mimo mati sebab keseorangan dalam sangkar dia.. So, dia mati mengikut firasat aku sebab kemurungan kerana tiada pasangan di sisi.. Bila aku tanya kawan aku tuh mimo tu jantan ke betina, maka kawan aku jawab,

"Kalau aku kata jantan maka jantan lah dia.."

Apa punya tuan lah boleh tak tahu jantina pet dia..

Teringat mimo sebab aku lah yang suka bagi makanan merapu-rapu kat dia dulu.. Sori mimo.. Nanti aku datang Kelantan aku melawat kubur ko ya.. Tapi, tuan ko kata kubur ko dah hilang disimbah hujan..

Nampak tak daun kari tu?? Aku bagi


Dengan super ring nya


Sangkar baru dalam kenangan
Tuan dia cakap nak beli hamster baru dan namakn dia mimi.. Aku syak tuan dia nak anggap hamster tu betina pulak..

Bulu mimo sangat soft.. Teringatlah betapa lembut nya bulu mimo macam pegang tuala yang lembut direndam softlan.. Huuu~~


Wednesday, October 17, 2012

keluarga..........

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku ni bukan jenis senang suka, puji dan minat pada drama or filem yang aku tengok.. Nak suruh aku cakap best tu susah lah.. Tapi, kalau nak cakap tak best pun tak adalah cuma suam-suam kuku saja..  Lagi-lagi aku ni jenis malas betul nak ikuti drama bersiri.. Salah satu sebab ialah jalan cerita yang sama takpun aku takut episod last nanti aku tak dapat tengok.. So, jalan mudah semua drama bersiri aku tak ikut.. Nanti tak pasal-pasal dengar aku mengomel taknak tengok..

Sejak duduk rumah ni, adalah jugak tengok sikit-sikit drama bersiri.. Hari tu, cerita seram tv3 Waris yelah aku ikut... Sebab aku dah tengok dari Kekasih Ku Seru.. So, haruslah aku tengok sekuel dia kan.. drama bersiri lain aku tak ikut, cuma tengok kadang-kadang je.. Kalau korang cakap pasal citer indon jangan harap lah aku tengok.. Awal-awal aku reject.. Episod last tak pe.. =P

Tapi, satu hari aku tengok drama ni kat astro.. Drama lain dari lain.. Tak  pernah aku tengok drama macam ni kat Malaysia.. Lagi-lagi cerita melayu.. Walaupun tak ada unsur cinta, aksi or apapun.. Drama ni still menarik bagi aku.. Sia-sia aku ajak mak aku tengok pun suka.. Aku cerita kat kakak aku pasal drama ni pun dia suka walaupun kat rumah dia tak ada astro, sanggup dia tengok tiap-tiap minggu di Youtube..

Kalau korang jenis peminat cerita cintan-cintun, nangis-nangis atau thriller maybe drama ni bukan pilihan korang.. Tapi, kalau korang nak tengok cerita santai, happy, family dan bersangkut-paut dengan dunia realiti korang drama ni amatlah sesuai..

Drama yang aku sebut-sebut dari tadi ialah Keluarga Iskandar.. Mungkin ramai dah tengok dan dah habis pun cerita ni kat astro walaupun aku tahu akan ada ulangan dan macam ada sambungan.. Sesiapa rasa susah sangat nak tengok cerita ni kat astro bolehlah tonton di Youtube.. dari episod 1 sampai latest ada rasanya.. Sebab relaks je akak aku tengok dekat situ..

Google
Drama ni mengisahkan Mak Jah dan 6 orang anaknya.. Abang Long, Abang Ngah, Kak Teh, Uda, Alan dan Ucu.. Anak-anaknya semua dah kawin kecuali Ucu yang still belajar.. Tengok drama ni memang terbayang family sendiri walaupun taklah sama.. Macam mana psiko mak dorang dan betapa havoc nya adik-beradik dorang.. Kadang-kadang aku rasa macam tengok mak aku dalam tv.. =P Aku suka giler watak Ucu sebab pandai dia manipulasi sesuatu dalam gaya bersahaja.. Agak-agak aku macam tu ke??

Drama ni lain sebab macam dokumentari sikit tak macam drama biasa yang nampak macam berlakon.. Dan kadang-kadang rasa macam dorang ni memang real family.. Hebat ke tidak?? Sebab selama ni aku tengok drama lain aku tahu dorang berlakon dan tak macam real.. Tapi drama ni memang semua macam erat je hubungan.. So, drama ni berjaya menipu aku dengan lakonan dorang..

Drama ni kalau korang nak rasa nilai-nilai kekeluargaan, konflik keluarga yang tak berapa dalam dan santai gitu.. Setiap keluarga ada kisah masing-masing.. Dan tag line drama ni.. Hmmm,, aku lupa pulak... Keluarga segalanya kot.. =P

Ni baru betul aku review citer..

p/s:: siapa ingat mimo?? hamster tuh.. dia dah mati.. sekian..

Monday, October 15, 2012

Bangunan itu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Disebabkan entri hari tu ramai yang ingat aku buat review citer tu.. Aku dah lama tak tengok movie baru pun.. Agak-agak rumah ni dekat dengan wayang takpelah jugak kan.. Cuma ada bangunan bekas panggung wayang yang sudah dijadikan supermarket adalah.. So, kalau aku buat review pun maybe pasal drama kat tv.. Padahal aku dah tengok Taken 2, Hotel Transylvania, movie apa entah lagi atas dasar download..  =P


Ramai pulak tanya pasal GM tu kan.. Aku tak ada benda nak cerita pada hari Isnin yang permai lagi sejuk sebab dari pagi sampai petang hujan + mendung saja dan mak aku dah pergi rombongan rakaman Tanyalah Ustaz dekat Sri Pentas jadi molek lah kiranya aku cerita pasal tu..


Ada yang tanya apa tu GM.. Aku pun tak dapat nak jawab.. Sebab memang besar-besar dia tulis GM Klang je pun.. Kalau tanya area mana.. Area Bukit Tinggi.. Berdekatan pun AEON Bukit Tinggi.. Aku pun tahu jalan pergi situ sebab dekat dengan rumah kakak.. Kalau naik highway dari rumah kak aku pandai lah.. Kalau tak, jangan harap aku tahu..

Dulu-dulu, GM ni macam sederat je.. Ada bahagian dia masing-masing.. Ada beberapa blok lain-lain warna.. Aku datang GM yang lama tu dari mula dia buka sampailah lah dah tak berapa banyak kedai.. Tapi, bukan selalu pun aku beli barang.. Banyaknya teman mak aku je cari barang dia.. Selainnya cuma cuci mata saja..

Google
Lepas tu, GM yang baru ni yang bertingkat-tingkat tu dibina sebelah bangunan lama je pun.. Dengar cerita GM lama ni nanti dirobohkan, nak buat car park.. Macam rugi je kan..

GM baru ni ada 4 tingkat tak termasuk car park, kalau tak silap.. Bawah sekali ada food court yang tak banyak lagi kedai buka.. Aku dah pergi 2 kali termasuk yang hari tu.. Kiranya, aku dah masuk situ dari tak berapa banyak kedai sampailah hari tu, majoriti kedai dah buka..

Kalau tanya apa jual kat situ.. Macam cik nur cakap bukan barang perempuan je.. Bagi aku siapa nak shopping kat sini kena beli borong ataupun satu barang lebih dari 2 baru dapat murah.. Kalau tak sama saja harga dia dengan tempat lain.. Mungkin sebab tu aku jarang beli barang kat sini except mak aku sebab mak aku berniaga sikit.. Untuk orang berniaga ok lah sangat.. Gadget2 pun ada.. Barang-barang bayi ada.. Sampai aku tak tahu barang apa pun ada.. Lagi-lagi aku tengok patung yang tak pakai baju berderet-deret..

Tapi, yang penting penat pusing satu tempat tu.. Lagi-lagi sekarang dah macam mall kan.. Ada lorong-lorong punya banyak untuk kedai-kedai yang tak berapa besar.. Banyaklah kedai dalam tu.. Aku berjaya rembat beg saja yang dikongsi bersama kakak aku sebab satu beg harga biasa.. Dua beg RM 40.. Lagi-lagi memang aku nak pun beg macam tu.. Tapi, kalau jalan tengah aku tak ada mood langsung nak shopping or memang tak ada duit pandang sebelah mata pun aku tak heran.. =P

p/s:: khusyuk2 tulis entri, tiba-tiba iklan movie untuk tiga hari kat tv.. LOL~~

Thursday, October 11, 2012

untuk tiga hari..

Bismillahirrahmanirrahim..

Mula-mula sekali aku pelik kenapa komen  cik bolat tak timbul pun.. Tapi bila tengok emel ada.. Adakah aku dah ter'block' orang atau sesuatu yang terjadi tanpa aku sengaja lagi?? Lepas tu, kepada kiera dan kay_are yang mintak gambar sisi depan tak dapat ditunaikan.. Amboih, nak gambar lain pulak kan.. Lagipun itulah gambar yang aku dan kawan tu nampak natural.. Mana boleh nanti dia nampak lelebih dalam blog aku.. =P Aku dah delete pun gambar tu.. Sebab tu lah gambar berkuat-kuasa sementara saja.. Menjawab pertanyaan reenapple, betul lah tu nama dia.. Kawan sekolah ko kan.. Aku tahu.. =)

Berbalik pada tajuk, entry ni bukanlah entry nak review movie yang mebawa tajuk sama pun tapi nak cakap selama tiga hari berturut-turut aku berulang-alik pergi UKM bangi teman kawan aku si bawang ungu.. Mujurlah aku stay rumah kakak aku di Shah Alam untuk beberapa hari.. Tapi aku rasa nak dekat seminggu pun aku bermalam situ termasuklah mak dan ayah aku..

Hari Selasa, bawang ungu sampai naik bas dari Taiping petang.. Padahal appointment dia petang jugak.. Bergegas pergi UKM naik komuter tapi still lambat sampai lagi-lagi kami bukan biasa dengan tempat tu.. Bukan student situ kan.. Tambah dengan sesat dalam kampus, last2 sekali kami jumpa bangunan jelah lepas tu balik.. Mujur kakak aku ada kelas petang tu kat situ jugak.. So, balik dengan dia jugak..

Hari Rabu, set appointment lain tapi bawang ungu ni tak call dulu sebelum datang.. Just bagi emel.. Jadikan cerita lecturer tu dah keluar dari kampus pun.. Cuma kali ni kami dah jumpa bilik dia dan mak dan ayah aku hantar sebab mak aku nak cari suatu tempat kat bangi..

Hari Khamis, set another appointment tapi kali ni kami hantar jelah bawang ungu ke UKM.. Aku tak tunggu dia dah sebab nak balik Perak.. Itupun sebab mak aku kesian kat bawang ungu nak bimbit beg baju dia, sebab tu kami tolong hantarkan.. Kalau tak nak tunggu je tapi sebabkan dia ada dua interview dengan dua lecturers.. Sampai situ sahaja lah kami boleh tolong.. hee~~

Nak diikutkan aku saja nak berjimba dengan bawang ungu sambil aku tolong teman dia dan dia teman aku.. Tapi, dah jadi macam tu tak jadilah kami pergi jenjalan mana-mana dan dia teman aku untuk sesautu.. Walaupun macam tu, disebabkan memang aim aku nak bawa dia pergi GM Klang yang dah jadi macam mall tu, aku ajaklah jugak mak dan ayah aku bawak masa petang Rabu, rushing dari Bangi sebab GM Klang tu katanya tutup pukul 7..

Korang tau tak GM Klang?? memang makin besar nampaknya.. Dah bertingkat-tingkat.. Ibaratkan macam kedai-kedai kat Jalan TAR tu tapi dalam versi mall dan sejuk.. Murah dan banyak kedai sampai boleh lenguh kaki.. Dah ada car park tingkat atas tapi  naik atas selekoh nya amat tajam dan menggerunkan.. Rasa macam dalam cerita Initial D pulak.. =P

Kami pusing-pusing satu GM tu lama jugak sebab mak aku cari barang.. Itupun tak masuk semua kedai.. Last-last sekali tak ada beli apa-apa pun melainkan manik paket kecil.. Ayah aku yang dah bosan tunggu dalam kereta naik atas.. Terserempak kami kat tingkat satu.. Memang masa tu nak turun pun.. Ayah aku cakap,

"Tak ada apa-apa pun tempat ni.. Semua barang perempuan je."
"Dahtu shopping nya perempuan yah."

Google
 Silalah pergi situ yang oleh buat rambag mata dan mengalirkan duit begitu saja..

Tuesday, October 9, 2012

bukti..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ramai yang tak caya aku cakap dan mintak bukti kan.. Lagi-lagi yang kata tengok facebook dia.. Itu shirah je yang cakap.. Tapi percayalah, dia sangat suka edit gambar.. So, ini lah kami..





Ini tanpa kesan khas langsung.. Rasa macam dah banyak tangkap gambar sama tapi susah jugak nak godek-godek album..

Lain kan?? Kalau dengan bawang ungu sama lah jugak sikit aku dengan dia..

Kami memang ada chemistry.. *wink2*..

p/s:: gambar berkuat kuasa sementara saje.. (^.^)

p/s/s:: dan nama pun gambar berkuat kuasa sementara.. dah tak ada dah.. =P

Kami tak sama

Bismillahirrahmanirrahim..

Orang selalu samakan muka dengan sesiapa.. Nampak sangat muka aku universal.. Ada je kembar nak samakan dengan aku.. Tapi selalunya orang akan cakap muka aku sama dengan orang lain kalau aku pakai spek.. Sebab tulah aku malas pakai spek dan menyebabkan power naik sesuka hati..

Walaupun macam tu, dalam banyak orang kata muka aku sama sana-sini tak pernah lagi orang tersalah panggil aku.. Tapi, dengan muka sorang kawan ni 100% lain dari aku ada pulak yang tersalah antara kami.. Muka kami memang berbeza antara satu sama lain.. Kawan aku tuh putih melepak, mata lain, hidung lain, mulut lain, bentuk muka pun lain.. Kalau kami sama-sama pakai spek pun lain.. Berbeza lah muka dia cun-melecun (sah-sah perasan budak ni jap lagi kalau baca) dengan aku yang biasa-biasa saja.. Mungkin kami tinggi lebih kurang sama.. Kurus pun lebih kurang (ni aku yang perasan) membuatkan orang tersalah antara kami.. Lagi-lagi kalau yang tak berapa kenal dan kenal melalui fb je..

Situasi 1 (aku)

Aku pergi bilik pegawai sains dan minta sign untuk guna lab lebih masa.. Selalunya aku jumpa pegawai perempuan tapi dia cuti hari tu.. aku pun jumpa lah pegawai lelaki lain.. Pegawai lelaki ni pulak ada main fb dengan kawan aku tuh.. Tapi pegawai tu tak kenal lah sangat kawan aku tu.. Selalu kawan aku mengelak nak pergi pejabat sebab segan.. Aku tak kisah lah kan sebab tak ada kena-mengena dengan aku.. So, dengan confident aku pergi jumpa.. Belum sempat cakap apa-apa

"Ye, ....... (nama kawan aku) ada apa-apa hal??" tanya pegawai tu..

Aku ni mang nak tergelak kat situ.. Tapi buat-buat tak perasan jelah.. Aku tengok kawan aku yang teman sekali.. Tersengih-sengih kami.. Aku pun bagi borang tuh.. Mungkin dia dah perasan nama lain dekat borang baru sebut,

"Guna sorang je ke lab Hani??"

Cover lah tuh..

Situasi 2 (aku)

Hari tu hari nak pulangkan semua brang pinjam dari lab.. Bersemangat waja aku hantar, konon-konon dah siaplah kan projek aku.. Dengan lab assistant yang aku panggil kak tie ni baik dengan kami.. Kadang-kadang selalu bersembang.. memang macam kakak lah.. Cuma aku jarang habiskan kat lab tu so tak selalu sangat lah.. Aku pun hantar barang lepas tu kak tie tu cakap.

"Ada lagi barang nak hantar ...... (nama kawan aku)"

Disebabkan aku dah biasa dengan kak tie ni.. Aku pun selamba jelah cakap balik,

"Kak tie saya zatil lah bukan ....... suka tak ingat nama saya kan."

Situasi 3 (kawan aku)

Kawan aku tu pergi berjalan sakan tinggalkan aku.. Dia pergi air terjun Sekayu (Terengganu sana tuh) tolong kawan aky yang lain sampling.. Tapi, ada yang pergi tuh ada budak kos lain yang tak berapa kenal kami.. Kawan aku cerita lah tengah dia main tu ada sorang tegur,

"Ko aiskrim atil kan?" (nama fb aku dulu-dulu)

Kawan aku buat tak tahu jer..

Situasi 3 (kawan aku)

Aku pernah tulis kat fb yang aku dulu duduk tempat lain.. Kebetulan ramai lah jugak budak kos lagi satu duduk tempat tu dan jadi kawan fb aku.. Lepas tu, ada satu masa kawan aku pergi lab dan masa tu ramai pulak budak kos lain tuh.. Macam biasa dorang tersilap,

"Ko lah kan tinggal dekat ...... dulu?"
"Bukan aku lah.. Tu atil." kawan aku yang lain kebetulan ada kat situ jawab..

Tapi, dorang tak percaya pun..

Dah banyak dah situasi aku bagi.. memang lain lah muka aku dengan kawan aku tu.. Kawan aku tu orang kelantan.. Boleh agak kan muka orang kelantan macam mana.. memang lain sangat lah muka nya.. Siapa kawan aku tuh?? Dia ialah cik oren... Antara kawan paling banyak aku sebut dalam blog aka safi rania.. Rasa-rasa nak tengok sama tak muka try lah tengok blog dia yang bersawang tapi suka stalker aku senyap-senyap.. =P







Friday, October 5, 2012

Suara azan..

Bismillahirrahmanirrahim..


Aku rasa rata-rata tahu kan nasyid ni.. Suara azan.. Tadi tengok Tanyalah Ustazah ke apa entah habis rancangan keluar lagu ni.. Masa tu terpikir, kalau suatu hari nanti kalau pergi tempat yang azan susah nak dengar macam mana ei?? mesti masa tu menyesal tak dengar betul-betul sekarang ni.. Hmm,, aku rasa ramai antara kita yang banyak tunggu azan masa bulan Ramadhan je kan sebab tak sabar buka puasa.. Waktu lain-lain macam mana?? Andai kata kita susah dah dengar nanti macam mana??

Kita selalu bila dah tak ada baru rindu.. Arghh, itu lumrah.. Contoh, kalau kita dah biasa makan sedap tiba-tiba teringin nak makan megi.. Pernah tak?? Tapi, cuba kalau makan megi hari-hari mula taknak kan.. Takpun, tiba-tiba bila dah selalu sangat makan yang best-best masa tu rindu ikan masin, pekasam dan sebagainya.. Pernah tak jadi macam tu??

Macam aku pulak, kalau duduk rumah ada je nak gaduh dengan mak.. Tapi bila duduk jauh-jauh mula rasa rindu yang amat.. Mula suruh mak masak itulah, inilah bila balik rumah.. Bila duduk rumah tak pandai pulak nak hargai..

Hari ini kita sihat, lupa pulak nak beribadah kepada Allah, luangkan masa dengan tersayang atau apapun yang ada.. Bila sakit mula menyesal tak buat itu semua..

Pernah tak rasa??

p/s:: entri sebelum ni mencetuskan kontroversi.. Itu kawan aku lah.. Aiyokkk...

Thursday, October 4, 2012

..Dia...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah beberapa hari fikir nak buat entri apa.. Hmm.. Tapi tak dapat idea jugak.. Disebabkan hari tu aku nak tulis entri khas untuk kawan aku punya birthday yang lepas-lepas tu... Aku decide aku tulis entri tulah walaupun sebenarnya dia tak tahu pun kewujudan blog ni pun.. Anggap hadiah untuk dia.. wakaka..

Dia kawan sekolah aku.. Hmm,, masa sekolah tak pernah pun tegur rasanya.. Entahlah aku tak pasti.. Tapi aku kenal lah dia.. Cuma tak bertegur sapa pun.. Mungkin sebab tak pernah sama kelas dan tak ada hal penting so tak adalah aku nak sembang bagai..

Habis sekolah, dia sms aku rasanya.. Banyak kali aku tanya siapa tak nak jawab.. Aku syak kawan sekolah sebab kawan sekolah je suka pekena aku bukan-bukan.. Dapat mesej dia mang kelaka la.. Kelakar sebab merepek-repek apa entah.. Sampai sekarang sah-sah jadi bahan aku kenakan dia... Aku tanya kawan aku yang lain no siapa.. Tak ada nya kawan aku tu nak jawab.. Boleh pulak dia jawab,

"No komen."

Ingat retis ke nak jawab macam tu.. Aku tanya no je pun.. Disebabkan dia taknak jawab aku cari sumber lain.. Sumber lain bagitahu aku siapa gerangan no tuh.. Masa aku tahu no siapa memang aku gelak sakan kat dia.. Dah nak kenakan aku.. Bajet buat ayat ngorat.. Mana lah aku tak gelak bila tahu siapa dia.. Lagi satu, kawan yang cakap no komen tu kawan baik dia yang telah diberi amaran jangan bagitahu dia siapa.. Dia tak tahu aku spy yang hebat.. =P

Lepas tu, kami contact lah sekali-sekala.. Tapi, habis matrik aku tak tahu dah apa jadi kat dia.. Loss contact macam tu je.. Lagipun aku tukar no.. Eh2, bukan aku pakai 2 no tapi no lain yang aktif..

Bila zaman facebook memuncak masa tu aku jumpa dia balik. And then, dia dapat no aku balik.. Tapi taklah contact selalu.. Dia ada life aku pun ada life sendiri.. Walaupun tak contact selalu yang syok nya macam-macam benda dia bagi aku.. Bukan aku kawan baik sangat dia kan.. Dia bagi aku domo masa besday aku.. Sanggup pos ke Terangganu.. Bagi aku itu-ini.. Dan last sekali waktu raya aritu anta kad raya.. Ingat kawan aku lagi sorang sebab ada duit raya.. Sekali dia da.. bagi pulak duit Thai.. Kira lain dari lain kan.. =)

oh, yeah!! saya domo..
Tapi, aku paling ingat masa kawan dengan dia ialah ada suatu masa.. Aku hantar mesej dia tak balas.. Aku ingatkan busy ke apa ka.. Sampailah dia call aku kata aku tak balas mesej dia.. Rupa-rupanya mesej dia tak boleh sampai.. Aku penat search dalam nset kot-kot aku block ke apa.. Tapi, tak jumpa..

Dah berbulan-bulan sejak bulan 12 tahun lepas sampailah bulan 7 or 8 aritu.. Ingatkan ada orang sabotaj ke apa.. Mulalah buat spekulasi sendiri.. Rupa-rupanya memang aku yang lock dia.. Aku tak pandai nak godek-godek nest rupanya.. Ahaks!!

Untuk ko kawan aku.. Sorry lah block ko tak sengaja weyh.. Aku tak expert nset aku sendiri.. Lama pulak tu aku block ko kan.. Anyway, ni lah hadiah hari jadi yang aku mampu bagi.. Tima kacih bagi aku macam-macam.. Nak bagi lagi masa next besday pun boleh.. (^.^)

p/s:: lepas publish ni laju-laju aku bagitahu dia kewujudan blog ni.. woooo~~

Monday, October 1, 2012

Ayam dan itik...

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa tu nak tunggu waktu Isyak masuk.. Aku biasanya duduk antara mak dengan kakak.. Macam selamat je.. Sah-sah aku takkan berhimpit dengan orang sebelah-menyebelah yang rata-rata nya lagi besar dari kami.. Dalam duduk melayan tengok orang sambil tunggu Isyak tu, mak kat sebelah cuit aku,

"Atil, dia ni dari Mesir tanya apa entah kat mak."

Aku pun tengok lah sebelah mak.. Yang dikatakan dari Mesir tu hulurkan henpon dia.. Aku pun tak paham dia suruh tengok apa.. Maybe dia tak tahu baca bahasa omputih kot.. Nak translate aku punya perbendaharaan kata dalam arab amatlah sikit.. Ingat-ingat lupa pun ada.. So, aku cakap lah apa yang aku tahu..

Lepas tu, mulalah sesi suai-kenal antara kami.. Aku jadi translator tak bertauliah.. Kejap-kejap aku cakap broken arab.. kejap-kejap aku cakap broekn english.. Yang pasti kalau dalam english dia tak berapa paham.. Jenuh aku pikir ayat dalam arab.. Dah lama aku tinggal arab kot.. Lagi-lagi kena mengakulah aku belajar arab tu entah pape je.. Heee~~

Dia pun cerita lah berapa hari dia menunaikan umrah.. Tinggal mana.. Ada yang aku paham, ada yang aku tak paham.. Kalau tak paham aku sengih jela sambil geleng kepala tanda aku tak tahu.. Dah sembang lama sikit, barulah tanya nama dia..

Dia jawab,

"Ismi ............taqwa." Nama akhir dia je aku dapat tangkap.. Sebelum tu, aku tak tahulah dia sebut apa..

"Aminnnn." Tiba-tiba je mak aku mengaminkan apa yang dia cakap..

Dia terus bercerita dan aku tanya lah apa yang aku mampu tanya.. Datang dengan siapa.. Kos berapa umrah dan macam-macam lah.. Dah nak sampai penghujung tu baru mak aku tanya aku,

"Atil, nak cakap nama mak macam mana?"
"Mak cakap lah ismi........(nama mak aku). Tadikan atil dah cakap masa dia sebut nama dia takwa."
"Lah, nama dia ke? Mak ingatkan dia doakan mak tadi."

Patutlah mak mengaminkan tadi..

*dia tanya aku datang naik apa.. Aku pun cakaplah kapal terbang.. Aku rasa aku dah translate dengan betul.. Tapi dia tak paham.. Takpun aku yang salah paham apa dia tanya.. ;P