dewan rakyat

Friday, September 28, 2012

Sebab apa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari itu aku tanya kenapa tajuk aku ooi kan.. Sebenarnya ooi tu kawan chinese aku masa praktikal.. Ada dalam gambar kat penghujung entry.. Alang-alang aku buat entry pasal tu, aku gunalah nama dia sebagai tajuk..

Teringat masa praktikal dulu.. Kami masak sama-sama.. Lepas tu pintu belakang area dapur tu mesti bukak nak bagi asap keluar.. Kami tinggal area kuaters, so ramai lah anak-anak kakitangan kat situ main kalau petang-petang..

Suatu petang, budak-budak ni main area rumah kami.. Masa tu mula-mula praktikal.. So, budak-budak bukan tahu pun nama kami kan.. Main tibai je panggil,

"Oiiiiiiii.. Oiiii.."

Lepas tu, si ooi tu pun cakaplah,

"Mereka tahu nama saya ka??"

Aku tengok kawan aku sambil tersengih-sengih.. Lepas tu naik atas rumah terus gelak.. (rumah tu rumah papan).. (^.^)

*sebutan ooi tu macam ui sebenarnya.. taklah oi..

Kami masak steamboat sama-sama.. =)

Wednesday, September 26, 2012

Carca-marba

Bismillahirrahmanirrahim..

Rabu ( 19/09/2012)

Aku tengah ada kat dapur. Sibuk nak pikir masak apa.. Kat luar hujan lebat.. Tiba-tiba bunyi petir yang kuat beserta kilat.. Serta-merta rumah jadi gelap.. Sah-sah, suis jatuh lah tuh.. Dan ayah aku cakap,

"Moderm terbakar.. CPU pun terbakar." (ayah aku lah still guna komputer and internet walaupun tahu dah hujan)

Dalam hati.. Adoi, berapa lama lah aku tak ada internet nanti. Dan iya, cukup-cukup tujuh hari aku tak melawat laman sesawang sampai termimpi-mimpi.. Apbila hidup dah biasa ada internet. Macam nilah jadi.. Ish2..

Khamis (20/09/2012)

Setelah sekian lama rancangan tertangguh, aku berjaya menjejakkan kaki ke rumah kawan aku yang nak ke Mesir yang aku cerita entry-entry lepas.. Berjaya menjejakkan kaki ke Taiping setelah lama tak datang.. Terkejut tengok dah ada fly over depan rumah kawan..

Setelah kempunan hari itu tak dapat makan laksa kuala kangsar.. Aku paksa mak aku singgah kedai yang selalu aku pergi dulu.. Dan hilanglah kempunan aku.. Nyum.. nyum..

Setelah lama aku tak datang sini, ayah bawa aku pusing-pusing satu bandar melepaskan rindu.. Sini lah tempat yang selalu aku datang dulu-dulu.. =)

Sabtu (22/09/2012)

Hari ini hari jadi kawan aku.. Dia dah tuntut hadiah sekali dengan hadiah konvo.. Mana entah aku nak cari hadiah untuk dia nanti.. Selamat dia jauh.. Hahaha..

Hari ini juga ada jamuan hari raya untuk bekas pelajar dan guru sekolah tempat ayah aku ajar dulu.. Walaupun musykil jamuan hari raya lepas raya.. Tapi disebabkan jamuan makan aku ikut jugak.. Kalau orang dah ajak makan jangan ditolak..

Masa ini lah aku tahu punya lama ayah aku mengajar kat sekolah tu.. Dari tahun 1966-1993.. Lama tak?? Sampai aku tengok bekas anak murid ayah aku pun macam sebaya dengan ayah walaupun confrim lah ayah aku tua bertahun-tahun daripada dorang kan.. ;P

Isnin (24/09/2012)

Hari ni hari jadi kawan aku yang lain.. kawan yang selalu bagi hadiah dan barang kat aku.. hajat hati nak buat entry khas sebagai hadiah hari jadi.. tapi disebabkan masalah teknikal, internet tak ada terpaksalah aku buat entry lain kalai saja..

Kita hanya merancang Allah yang menentukan.. (^.^)

Selasa (25/09/2012)

Akhirnya penantian selama seminggu, modem baru dan ada.. CPU pun dah ada.. Walaupun aku ni pakai laptop bukan komputer.. So, malam ni aku tersengih jelah meronda lawan sesawang setelah lama berehat baca buku dan tengok movie..

Inilah entry diari aku melepaskan apa yang nak tulis setelah beberapa hari.. Dah lama aku karang entry ni dalam otak tau.. Heee~~

Soalan hari ini..

Apa beza laksa kuala kangsar dengan laksa lain??

p/s:: entry ooi tu lain kali aku cakap..

Tuesday, September 18, 2012

Ooi..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum aku pindah rumah sekarang, aku tinggal tempat lain.. Macam yang aku cakap selalu.. Tapi sebelum tu aku duduk sini jugak cuma rumah lain.. Rumah yang hampir dengan sekolah yang ayah aku ajar.. Tak banyak sangat kenangan masa tu.. Memori rumah lama tu pun semuanya bawah 6 tahun.. Mungkin sebab tu aku tanya korang hari tu kan.. Entri chewing gum dan ayam oh ayam pun cerita masa aku umur bawah 6 or 5.. Sebab apa aku pasti ialah kerana suasana rumah masa tu..

Situ rumah teres.. Kalau mak dan ayah aku kerja, aku tinggal dengan pengasuh dan arwah nenek aku.. Masa tu dalam umur sebelum 4 kot.. Umur 4 tahun aku masuk tadika sebab tak ada siapa nak jaga.. Tadika pun nak kata jauh tak lah juga dari rumah tu tapi kena orang lain lah jugak amik bukan mak dan ayah aku.. Itulah nasib anak last kan.. =(

Sebelum masuk tadika tu, aku selalu lah main dengan jiran-jiran.. Jiran-jiran aku kebanyakannya cina dengan india.. Aku tak tahu selang berapa rumah baru melayu.. Macam tak ada je.. Sekarang tak tahulah. Jarang jenguk rumah tu sebab mak aku dah sewa dan ofcourse penyewa nya Melayu.. So, aku banyak main dengan budak cina sebab rumah dia betul-betul sebelah rumah aku.. Tapi seingat aku budak cina tu tak tinggal lama situ..Kejap je.. Lepas tu ganti family cina lain yang tak ada anak sebaya aku..

Insiden aku ingat masa main-main dengan jiran ialah suatu hari kami main masak-masak (selamat jiran perempuan) atas meja.. Meja tu tinggi lah juga.. Aku ni pulak suka mengarah itu ini kat dorang.. Meja tu tinggilah juga untuk budak kecik macam kami.. Entah macam mana, salah seorang tu sedang sibuk-sibuk main boleh terjatuh ke belakang.. Dan terhentak lah kepala dia atas lantai.. Sakit tuh.. Aku pun takut lah jugak masa tu.. Keadaan jadi macam kelam-kabut sikit semua orang amik dia..

Lepas tu dia tak datang dah rumah aku sebab dia pindah.. Bukan aku buat kan??

Selain family cina yang betul-betul sebelah rumah aku, selang beberapa rumah ada family india.. Anak perempuan dorang rajin layan aku.. Masa tu aku rasa dia sekolah menengah kot.. Aku ingat nama dia sampai sekarang.. Nama dia Kak Priya.. Family ni selalu bagi aku makan.. Aku ni budak kecik je kan.. Pergi rumah dorang makan jelah apa yang ada.. Lepas tu balik rumah, ayah aku marah.. Ayah cakap jangan makan apa-apa kat rumah Kak Priya dah..

Bila aku pergi lagi rumah Kak Priya, aku taknak lah makan.. Lepas tu dia bagi pisang.. Dia cakap,

"Pisang tak apa.. Bukan benda masak pun. Janganlah cakap kat ayah.."

Aku bukan paham pun.. Tapi dah orang paksa bagi aku makan jugak.. Yang pasti aku cakap jugak kat ayah aku.. Mulut budak kecik bukan boleh simpan sangat kan.. Heee~~

Bila dah pindah aku tak tahulah apa jadi dekat Kak Priya.. Yang pasti dia dah kawin lah.. Beranak-pinak kot.. Rumah tu tak tahulah ayah dia duduk lagi tak..

Lepas tu aku tak ada jiran dah or kawan yang rapat selain Melayu kecuali masa praktikal hari tu.. Rumah aku ada cukup lengkap semua.. Dua orang kawan aku, seorang cina dan seorang india.. =)

Kadang-kadang macam pelik aku boleh ingat masa kecik aku sikit-sikit..

mereka
Apa kena-mengena tajuk dengan entri?? Tahu??

*ada yang cakap yang kacau tu peminat.. Sama sekali bukan.. Itu nama nya gangguan tak bertamadun handset di malam hari.. Get it?? Kalau peminat aku takkan citer.. Ahaks!!

Friday, September 14, 2012

"Bagus, kerja kamu."

Bismillahirrahmanirrahim...

Siapa yang tak suka dipuji?? Aku rasa semua orang suka.. Walaupun luar nya kata tak suka tapi mesti terselit juga perasaan NAK dipuji dalam diri.. Aku pun suka kena puji tapi terselit juga dalam hati tak suka dipuji sebab pujian tu kadang-kadang boleh melalaikan.. Dan sebab itu juga lah aku tak percaya pada pujian orang lain kecuali mak aku.. ;P

Hari tu aku tengok kartun ni.. Beberapa bulan lepas kot.. Dan aku memang minat kartun.. Nak diikutkan semua jenis cerita kartun or anime aku suka.. Lalalala~~

Google
Episod dia tentang macam mana kita handle pujian yang diberi pada kita.. aku suka episod (aku suka semua episod atashinchi) ni dan aku rasa aku pun macam Mikan.. =)

Macam mana korang handle pujian??

Situasi yang selalu aku lihat ialah:

Menidakkan pujian yang dberi

Ini memang selalu.. Contoh:

"Cantiklah hari ini ko pakai."
"Eh, mana da.. Biasa-biasa ja."

"Ko takpelah memang pandai."
"Ko pun pandailah.. Sama je kita ni."

Selalu sangatlah kan.. Aku rasa rata-rata pernah guna skema jawapan ni.. Aku pun selalu juga sama macam Mikan..

Terima sambil bergurau

"Cantiklah hari ni ko pakai."
"Lah, memang lah hari-hari aku cantikkan.." (Sambil ketawa)

"Ko takpelah memang pandai."
"Baru tahu ke aku pandai.. Ish2.. (sambil gelak main-main)

Aku agak selalu juga buat macam ni..

Terima saja

"Cantiklah hari ni ko pakai."
"Haah, memang cantik."

"Ko takpelah memang pandai."
(aku tak tahu nak bagi contoh)

Diam saja atau lari ke topik lain

"Cantiklah hari ni ko pakai."
"............."

"Ko takpelah memang pandai."
"Assignment hari tu dah siap?"

Dan banyak lagi contoh lain lagi macam mana orang handle pujian.. Tapi bagi aku kalau orang puji terima saja tanpa memikirkan sangat.. Syukur lah ada yang puji tapi jangan nak naik lemak dengan pujian orang sebab kadang-kadang orang puji nak sedapkan hati kita je.. Macam mana aku tahu?? Sebab aku pun kadang-kadang buat orang macam tu.. heee~~

Dan lagi kalau tak ada yang puji tak bermakna kita tak bagus.. duduk depan cermin puji diri sendiri.. Lagipun mulut orang apalah sangat kan.. =)

Kadang-kadang pujian tu boleh buat kita meniggi diri.. Betul tak??

Orang yang nak memuji pun janganlah puji melambung.. Tak pasal-pasal dua-dua berdosa nanti.. (^.^)

*untuk safi rania aka kotak hati @ cik oren sorilah aku tak dapat nak cerita pasal tu.. Kalau tak ada benda nak citer baru aku update kat blog k.. Takpun aku cerita secara esklusif untuk ko.. Hahaha.. (sila kilk link... dia kawan aku yang selalu aku citer..heee~~)
**aku bengang betul dengan no yang tidak dikenali kacau aku tengah-tengah malam lepas tu sms bukan-bukan.. memang kena sound lah.. Grrrrrrr.. Moga si penghantar tu insaf.. Jangan risau aku tak layan pun lepas aku sound.. 
***Terima kasih yang sudi komen sampai 2x sebab aku dah beberapa hari tak update.. Yang sentiasa komen pun aku tima kasih juga.. Sorry, I'm busy doing nothing.. Ahaks!!
****Tajuk adalah pujian yang tak ada dalam entry
*****Cukup-cukuplah selingan tu oi!!


Monday, September 10, 2012

Debaran orang lain..

Bismillahirrahmanirrahim..

Esok debaran untuk my niece, ayong.. Dia UPSR esok.. Tapi katanya tak sabar nak exam sebab dah tak larat nak study.. Lepas UPSR ada exam sekolah agama katanya.. Kami (aku, mak dan ayah) konon-konon menjadi supporter tunggu kat rumah kakak ni untuk dia exam.. Mentang-mentang cucu sulung kan.. Aku?? Happy sebab phone rumah kak aku ni free.. So, mengambil kesempatan menelefon kawan-kawan aku.. Ahaks!!

Bila cakap pasal UPSR, aku tak berapa nak ingat aku study ke tidak.. Buat latihan iyalah.. Tapi baca buku tak ada kot.. Entahlah.. Rasa macam sekolah rendah berlalu macam tu je.. happening dan penuh dengan gelak tawa plus suka-duka.. Study?? Tak ingat.. Sampaikan masa nak exam pun tak baca buku.. Maksud aku exam biasa-biasa tuh..

Bising satu kelas bukan main.. Macam tak ada periksa.. Bila cikgu tanya baca buku.. Semua tak tahu nak baca apa.. Cuma ada kawan aku sorang tu bukak buku English kot.. Cikgu puji dia.. Aku pergi bawa buku cerita.. ;P

Esoknya, paper lain tapi aku bawa buku English sebab tengok kawan bawa semalam kan.. Lepas tu cikgu cakap,

"Kamu ni hari ni kertas lain, buat apa English lagi."

Dalam hati, bawa buku salah, tak bawa pun salah.. Apa daaa..

To my lovely niece ayong, all the best k.. Lepas ni boleh dah makan macam-macam.. Sian dia berpantang setahun tak makan benda merepek.. Hahaha..

Qisya dalam jubah hitam.. Kalau gambar lain macam laki..
Sorry gambar sipi je sebab gambar maksu taknak masuk.. (^.^)

Sunday, September 9, 2012

Alahai, si kecik..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah 2 minggu berturut-turut menghabiskan hujung minggu di rumah kakak disamping bebudak yang dikatakan sebaya dengan aku.. Aku pakai macam bebudak ke sekarang?? Musykil.. Takpun keanak-anakan ke muka aku?? Nampak sangat sekarang ni aku pakai ala kadar je kan.. Tak apa aku terima dengan senang hati .. (^.^)

Bila dah hujung minggu kat sini, sah-sah lah melayan si kecik yang suka membuli aku.. Buat-buat rindu aku konon.. Ceitt.. Pandai lawan cakap aku walaupun aku tak pernah ngaku kalah..

Bulan puasa hari tu, ibu dia (kak aku) cerita kat kami..

Ibu : Nape Qisya tak puasa?
Qisya : Qisya kecik lagi lagipun budak kecik mana tahu puasa tu apa..

Bila dengan aku..

Aku: Qisya budak kecik kan maknanya Qisya baby lah kan..
Qisya: Qisya bukan baby lah.. Qisya budak besar tapi kecik sikit..
Aku: Maknanya Qisya budak besar bolehlah puasa..
Qisya: Qisya budak kecik tapi bukan baby lah..

Sampai ke sudah bergaduh tu je.. Lepas tu, tak ingat gaduh apa dah..

Qisya: Maksu tak baik tipu nanti masuk api melaka..
Aku: Api neraka lah..
Qisya: Api melaka lah
Aku: Api NERAKA..
Qisya: Yelah, api melaka..

Pergi beraya rumah saudara yang dah lama tak jumpa.. Jumpa lah ada nenek sekali..

Kami: Qisya pergi salam nenek tuh..
Qisya: Taknak. Orang tua tak ada duit (amboih, budak kecik yang demand)

Dia pergi salam jugak.. Lepas tu dapat RM2.. Kiranya ada 2 keping RM1

Qisya: Eh2.. Banyak pulak dapat.. (dia bukan tahu berapa pun)

Dia sibuk bercerita tadi.. Aku dengar jelah walaupun selalunya cerita dia tak bersambung.. Mula-mula cerita lain lepas tu sambung entah part mana aku pun tak tahu..

Qisya: Hari tu Qisya naik kapal terbang dengan ibu, ayah, ayong, kak ngah, nana pergi ........sia..
Aku: Pergi mana Qisya?
Qisya: Indo-Malaysia..
Aku: Ooooo..

Umur dia belum sampai 4 tahun lagi.. Cakap memang dah pandai walaupun ada perkataan tak paham jugak.. Tapi mengingatkan kita, dulu-dulu pun macam tu jugak kan.. Korang ada memori umur bawah 6??  (^.^)

Duduk sini sampai si sulung UPSR kot.. Phewwww.. Jom jalan-jalan.. lalalala~~

Thursday, September 6, 2012

First time..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari tu entah siapa bagi aku suggestion suruh aku belajar drive.. boleh aku drive sendiri kan pergi mana-mana.. Aduhai.. Aku dah ada lah lesen memandu lah weyh.. Cuma kereta kat rumah ni ada satu.. Kalau aku pinjam ayah aku punya kereta maknanya,, mak dan ayah aku terpaksalah berkurung dalam rumah sebab dah tak ada transport lain.. Tak dapat aku bayangkan.. Hahahaha..

Paling jauh aku pernah drive ialah dari Kuantan- Shah Alam.. Dari Shah Alam- balik Perak.. Itupun terpaksa sebab ayah aku tak sihat masa amik kat Terengganu ditambah pulak mak aku mengantuk nak drive katanya padahal mak takut nak drive masa kat Karak.. Katanya berbukit-bukau so dia tak berani.. So, aku yang amatur lah kena drive.. Huh!!

Sepanjang ada lesen boleh bilang dengan jari berapa kali aku drive.. Ok, aku tipu.. Disebabkan projek tahun akhir haritu nak taknak aku pinjam kereta bawang ungu jugak kan.. Itupun dalam takut-takut sebab kereta orang weyh.. Yang pelik aku bawa sorang tak jadi apa tapi kalau tuan dia ada.. matilah ko tengah jalan kan kereta.. Ceittt..

Kali pertama aku drive selepas dapat lesen adalah selepas aku dapat real lesen yang tak ada P.. Lama tak?? Itupun sebab tergugat tengok bawang ungu drive padahal dia amik lesen lambat dari aku.. amatlah tidak patut aku diperkotak-katik kan.. walaupun aku tahu dulu-dulu orang panggil aku katik..

So, kami sewa kereta belakang hostel (first year) dan bawa geng lagi 2 orang.. Maknanya ada 4 orang dalam kereta tu.. Bajet pilih kereta kancil warna pink lagi menyerlah gitu.. Cam gini..

google
Masalah aku yang dapat dikesan ialah aku sangat susah nak masuk gear 1.. entah mengapa aku tak tahu.. Start dari belajar kereta lagi memang itulah salah aku.. Tapi, aku kuatkan semangat bawa jugak dorang jalan-jalan walaupun kereta banyak kali mati dan nyawa mereka dalam bahaya bila aku drive.. Hahaha..

Masa nak balik, second last traffic light kalau tak silap nak sampai uni aku, aku masuk gear tak lepas.. Masa tu lampu dah hijau .. Bayangkan perasaan korang macam mana.. Dahlah kereta menyerlah sungguh, kereta depan sekali pulak, lepas tu tak mahu jalan .. memang malu sampai rasa nak keluar tolak kereta tu.. Siap kawan-kawan aku dalam kereta tak supportive langsung yang buat kan aku rasa bertambah down.. Sampaikan lampu hijau-merah-hijau-merah balik.. Tak boleh jugak jalan..

Masa tu jugak banyak pulak kereta elok tersusun belakang kereta aku.. Memang bersabar lah.. Dengan kekuatan yang ada, last sekali, aku berjaya menjalankan kereta itu setelah stuck begitu lama.. Hampeh punya kereta.. Lepas daripada hari tu, kereta pink memang kena reject untuk aku sewa.. Walaupun hakikatnya salah sendiri.. ;P

Yang paling best ialah, tak ada siapapun hon aku.. Hahaha.. Boleh katakan sepanjang aku drive sekali dua je kena padahal kalau bawang ungu asyik kena hon walaupun tak berapa nak salah.. Fuhh, selamat..

Itu dulu punya cerita.. Sekarang ok dah..Tapi drive kereta bawang ungu jangan ada dia.. Ada je bawang ungu buat hal kereta tu.. Sabotaj aku kot..=)

Sebenarnya aku rindu bawang ungu.. Oh, my kak long!!


Tuesday, September 4, 2012

duit raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Siapa yang tak nak duit raya kan.. Sampai sekarang aku nak lagi kalau orang bagi.. Tak adalah sampai terhegeh-hegeh nak mintak melainkan kakak atas aku.. Hahaha.. Bila cerita pasal duit raya ni teringat masa kecil-kecil dulu.. zaman aku sekolah rendah sewaktu aku tinggal dalam kawasan kampung lagi..

Waktu tu best betul.. Aidilfitri or aidiladha sama je meriah nya.. Sia-sialah aku cakap kat family aku taknak balik kampung sebab nak raya situ.. Almaklumlah kawan pun ramai.. Tapi tak ada nya mak aku bagi.. Sah-sah balik kampung jugak tapi raya kedua mesti ada rumah dah..

Disebabkan aku beraya masa hari raya kedua, so aku tak ada geng nak beraya sama.. Tapi, aku angkut jugak sorang kawan aku tu pergi jalan rumah orang.. Masa tu aku tak kisah sangat duit raya.. Dapat itu rezeki lah.. Kalau tak dapat dah nasib.. Yang pasti aku suka bertandang rumah orang sambil makan macam-macam.. Raya kedua sah-sah makanan still best kan.. ada rumah bagi RM 1, 50 sen, dan ada yang tak bagi pun.. Tapi aku tak kisah .. Kepuasan beraya tu lagi aku suka.. Lagi-lagi nak bergaya tunjuk baju raya baru.. Itu pun penting jugak..

Bila aku beraya masuk kampung yang ada ramai kawan aku, mereka pun join aku sekali walaupun sebenarnya mereka dah beraya masa hari raya pertama.. Konon-kononnya teman aku lah kan.. Dapat makan lagi.. Nyum..nyum..

Apabila aku dah beraya rumah kawan aku yang duduk hujung kampung sekali, kami nak balik lah.. On the way nak balik, ada opah panggil kami ajak datang rumah dia.. Rumah dia, hmmmm,, usang sangat.. 100% papan.. Opah tu pun dah uzur sangat.. Tapi sebab hormat dia kami naik jugak rumah tu.. Opah bersusah-payah hidang kan kami kuih raya dengan air kopi kalau tak silap.. Walaupun kuih raya dalam tin je, kami makan jugaklah.. Dah orang hidang.. Sembang-sembang kejap, kami pun minta diri nak balik.. Tapi, dia suruh kami tunggu..

"Kejap eih, opah ada benda nak bagi."

Dia susah payah amik tin milo or susu kot (aku dah lupa tin apa), dia buka dan keluarkan syiling yang ada dalam tu..

"Ini je opah bagi mampu kat kome," opah tu hulur kami setiap sorang 20 sen.. Aku dapat 25 sen.. Up sikit.. Lagi best ada duit Singapore..

Rasa-rasa apa perasaan korang lepas tu.. Mesti terharu kan.. Sampaikan satu family aku tahu cerita ni.. So, setiap kali anak saudara aku ungkit pasal duit raya, mang inilah bahan cerita aku bagi.. Aku je dalam family yang merasa semua ni.. Kakak dengan abang aku pun tak merasa.. So, memang nak kena lah anak saudara aku yang merengek kalau tak dapat duit raya.. Huh!!

Entry ni aku buat sebab hari tu masa beraya ke Kajang, anak saudara aku yang darjah 5 dan 6 tak dapat duit raya.. Yang darjah 5 tu mengamuk sakan lah sebab adik dia dapat.. Siapa suruh pakai bergaya sangat mengalahkan mak saudara dia.. Aku pakai t-shirt je.. Dan lagi stress bila dia dianggap menantu dalam family kami masa beraya tu.. Padan muka!! Cepat sangat membesar.. Maknanya dia nampak lagi tua dari aku dan kakak aku.. Wakakaka..

p/s:: aku tak ingat kisah ni masa adilfitri or aidiladha.. banyak kali sangat beraya.. ;P

Monday, September 3, 2012

Merayau

Bismillahirrahmanirrahim..

Terasa aku jarang update untuk bulan lepas.. Bulan ni?? Tak sure lah kan.. Untuk beberapa hari lepas start dari hari khamis sampailah hari ahad aritu aku dengan family aku beraya sakan lah kononnya.. Kira beraya lagi ke waktu ni?? Atau lebih tepat ziarah-menziarahi.. Disebabkan sudah beberapa raya aku asyik duduk rumah jadi bibik terhormat memang aku tak dapat berjalan ke rumah orang sangat.. Seminggu raya hari tu pun adalah beberapa buah rumah aku pergi itupun rumah mak saudara aku yang tak berapa jauh tuh.. Hari lain duduk rumah tolong mak aku.. Lepas tu, puasa enam.. So, lagi tak berjalan lah aku..

Tapi, setelah mak dan ayah telah disytiharkan raya, mak aku buat plan nak melawat sanak-saudara dia kat selangor nun.. Mulalah, perjalanan aku berhari-hari start hari khamis, hari sebelum merdeka ke selayang dan gombak sebelum beraya sakan pada esoknya di kajang with whole family except abang.. dan semua rumah masak sedap-sedap menunggu kedatangan kami.. dan semuanya kami sapu sampai licin.. burpppp.. Alhamdulillah..

Hari Sabtu pulak memulakan perjalanan ke Hulu Perak melawat tok saudara aku yang terakhir bersama mak, ayah, pak saudara dan mak saudara (aku je yang muda).. Itu je pun tok aku yang ada.. Pergi ke sepadan Siam semata-mata nak beli mempelam dan baras pulut susu.. Dan balik hari ahad petang.. Dan dengan rasminya sah-sah aku tak pergi rumah kawan aku yang buat kenduri tuh.. Sob100x..

Tengok gambar kawan-kawan sekolah aku beramai-ramai tuh buat aku jeles betul.. Rasa nak hempas laptop tapi tak sampai hati.. Ayat bagi gempak lah sangat kan.. Lalalalala~~

Dan lebih sedih aku kempunan makan laksa kuale.. Uwaaaaaaa.....