dewan rakyat

Wednesday, August 29, 2012

Sana-sini

Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah beberapa hari tak mengupdatekan diri mahupun BW sana-sini akhirnya aku kembali.. Tora datang lagi!! Cerita raya tak payah la kan.. Walaupun hajat dihati mahu beraya keluar dari daerah ini tidak tercapai nampaknya.. Adik-beradik dah balik ke sarang masing-masing walaupun dua beradik tuh sarang yang sama jer tapi kenderaan berlainan mahpun tempat mencari rezeki.. Yang pasti duit raya masih ada untukku.. Itulah untung jadi adik.. Wakaka..

Berita yang aku terima sepanjang raya ialah sana-sini kawan perempuan ku yang sebaya sudah mengikat tali pertunangan.. Waduh-waduh dah jadi tunangan korang semuanya yea.. Tahniah lah aku ucapkan pada semua.. jangan lupa jemput aku masa kahwin sudah.. Yang pasti hujung tahun ni sah-sah aku terima satu jemputan daripada coursemate aku dulu.. Yang ini tak sebaya.. Tua dari aku.. heee~~

Berita lagi mengejutkan ialah dalam diam-diam kawan baik aku nak fly ke Mesir bulan 9.. Nak sambung degree katanya.. Patutlah senyap jer beberapa bulan ni kan sibuk nak uruskan semua.. selamat aku sempat kirimkan ole-ole untuk dia.. Dan dialah kawan yang paling kerap aku anta bungkusan aka parcel.. Sebab dia sangat suka anta barang kat aku.. Baju dah berapa helai.. Selendang lagi.. Kain baju kurung.. Dan aku?? Hanya kirimkan keropok dari Terengganu yang dimintanya.. Tapi kalau aku kemana-mana, for sure aku belikan dia apa-apa.. Orang memberi, kita balas lah balik kan.. (^.^)

Dia menjemput aku pergi kenduri doa selamat kot ari Sabtu ni.. Tapi apakan daya macam mana aku nak pergi kalau jauh yang tak berapa jauh.. Boleh je angkut mak dan ayah aku sebab parents aku pun pernah pergi rumah dia tapi ada plan lan pulak hari tu.. so, aku sebagai anak ikut jelah kan.. Kalau ada rezeki sampailah aku rumah dia kat Taiping sebelum dia berangkat.. Kalau tak, ingat daku dalam doamu lah.. Takpun kita skype jer.. Boleh kan.. Heee~~

Hilang seorang kawan aku nak calling-calling kongsi cerita.. Sob100x..

FYI, aku sibuk buat rainbow cake dan cheese cake ni.. Nak?? Keh2..

Gambar ni mata aku sangat pelik, so terpaksalah edit terus supaya hilang keburukannya.. Kononnya..

Sunday, August 19, 2012

Aidilfitri..

Bismillahirrahmanirrahim..

Disebabkan macam aku berjanji jer aritu nak buat entri malam raya.. So, terlahir lah entry ni.. Dengan itu, saya Hani Asyira aka Hani Atil aka Asikrim Atil mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam di dunia dan maafkan segala salah silap diriku ini yang mana pernah menyinggung perasaan siapa-siapa dalam mengeluarkan entry mahupun mengomen sana-sini.. Ampunkan diri ku ini yea.. =)


Raikan syawal berpada-pada.. Syawal bukan nya bulan untuk memuaskan nafsu makan mahupun segala larangan dalam bulan Ramadhan.. Moga-moga apa yang kita buat dalam bulan Ramadhan dapat diteruskan dalam bulan-bulan yang lain.. Dan ibadah kita dalam bulan Ramadhan ini diterima Allah.. Berdoalah kita bertemu lagi Ramadhan tahun depan.. Aminnnn.. (^.^)

La petite Hani Asyira..

Friday, August 17, 2012

cerita raya..

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam ni malam ke-28.. Nak dekat dah raya makna nya makin hampir Ramadhan nak tinggalkan kita.. Gembira nak raya tapi sedih nak ucap tata pada Ramadhan.. Masihkah ada Ramadhan untuk kita lagi?? Macam citer masihkan ada Ramadhan pulak.. ada tengok?? Cerita sedih tapi ada pengajaran.. Dan comel jer dengar orang cakak ganu.. Tiba-tiba rindu ganu.. ekekeke..



Bila nak dekat raya maknanya kakak-kakak dan abang dah nak balik.. Kak aku semalam siap send mesej suruh beli nasi ayam Mat Noor (yang popular kat sini) untuk berbuka.. Kalau rajin aku beli.. Aku malas nak drive pergi bazar.. Takpun ajak ayah aku pergi jer.. Asalkan dia belanja KFC yang baru bukak tu.. (weyh, sini ada KFC dah)

Bila nak dekat raya jugak mulalah banyak drama raya kat tv.. Aku?? Layan lah jugak kalau dah duduk rumah.. Lagi-lagi malam kan.. kalau pergi beraya tak adalah.. Antara drama dan filem korang layan yang mana?? Aku suka drama sebab itu yang jarang dapat tengok.. Filem?? Download mana-mana.. Lalalala~~

Trend drama raya:

Cerita sedih
Cerita anak tak dapat balik kampung nak beraya..
Tak ada duit nak raya

Cerita lawak
Cerita orang yang cari cara nak balik raya..
Telatah orang nak beraya

Itu jer selalu drama kat tv.. Cuma jalan cerita berbeza, motif cerita yang sama.. Tak ada apa berubah.. Aku suka yang cerita lawak jer sebab cerita sedih aku dapat agak ending dan lagi-lagi tak suka cerita sedih..

Drama raya yang paling aku ingat cerita Rusdi Ramli jadi pemandu bas cari cara nak bali beraya.. Pernah korang tengok tak?? Yang mana dia tak dapat beli tiket nak balik lepas tu macam-macam cara dia buat.. Siap nak bawak bas balik kampung lagi.. Dan kampung dia dekat.... Perak.. heee~~~

Sampaikan berebut dengan Indon nak tumpang pakcik ni tapi Indon tu nak pergi Keramat.. Dan apa jadi?? Pakcik tu drive sampai Segamat.. Berapa jauh dia nak patah balik tu?? Purse dia kena curik.. Kena tangkap sebab orang ingat dia tak puasa.. Macam-macam lagi dia kena.. lastly, dapat jugak balik beraya tumpang polis.. Tapi........ Benda lain yang jadi.. Siapa tengok sambung lah sendiri.. Siapa yang tak tahu lepas raya aku sambung kot.. Hahaha..

Siapa-siapa nak datang raya rumah aku dipersilakan.. Rumah aku di Slim River (nama omputih tempat aku kan).. Siapa dah sampai pekan nya cari Petronas lepas tu carilah belakang Petronas tuh.. kalau-kalau jumpa rumah ada nama seakan-akan nama aku.. Itulah rumah aku.. Rumah aku ada nama.. nama aku lagi yea.. Sila jangan jeles.. Itu hadiah untuk anak yang paling comel dalam keluarga.. Ahaks!!

Mizz Tina, rumah akak jauh sangat sampai Johor nun.. Nak tawaf satu Perak pun tak lepas.. ;P

Siapa-siapa yang ajak aku datang rumah tu jugak.. Suatu hari nanti kita ketemu yea.. Cewahhh..


Thursday, August 16, 2012

Berbelah bahagi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kenapa berbelah bahagi?? Dahlah terbelah, bahagi pulak tu kan.. Aku terbayang kek yang dibelah-belah dan dibahagikan.. Nyum..nyum..nyumm Dapat secret recipe sodap ni..



Raya dah nak dekat.. Ramai dah buat wish raya kan.. Aku nanti lah.. Kalau tak busy nak raya sangat, malam raya aku buat entry.. Hahaha.. Waktu tu korang dah sibuk bakar lemang, ketupat semua kan.. Rumah aku ni rebus nasi himpit jelah.. Lemang tunggu abang ipar bawak balik dari rumah keluarga dia..

Apa yang terbelah sangat tu kan?? Kawan-kawan aku ajak aku datang rumah mereka raya ni.. Hajat hati memang nak sangat.. Tapi apakan daya aku sorang je tercampak dekat selatan Perak ni.. Kawan-kawan lain nun utara Perak.. Kalau hangpe duduk jauh antara satu sama lain tak apa juga.. Taklah rasa terpinggir sangat.. Ni semua daerah sama.. Takpun daerah sebelah menyebelah.. Sangat tidak adil bagiku.. Macam mana pulak elok kawan-kawan aku duduk lebih kurang je jarak rumah dorang.. Aishhh...

Agak-agak aku nak pergi sana naik apa?? Naik bas?? Dua trip kot pastu merantau dari satu rumah ke satu rumah.. Idea yang bagus lah tuh!!

I wish I have friends here!!

Cik Nur, kalau diizinkan saya turun sana kita dating ei.. heee~~ berangan jelah..

Sekian, merapu-meraban aku di malam ke-27...

*tak suka buat entry tak ada hala-tuju tapi aku buat jugak.. sindrom kepenatan kemas rumah.. nasiblah aku sorang je jadi assistant mak kan.. Memang syok lah korang yea kakak-kakak and abang aku semua.. kuih aku buat.. langsir aku tukar.. sapu bilik korang.. lepas tu, lepas raya rembat kuih-kuih tu.. ngomel nanti siap korang!!


Wednesday, August 15, 2012

"Nak rotilah arini"

Bismillahirrahmanirrahim....

"Macam mana nak tahu esok puasa ke tidak?" kami tanya caterer yang uruskan makanan kami.. Dia orang Indon tapi dah lama menetap kat Mekah nun..

"Kalau dengar bunyi meriam malam nanti Jumaat lah kita puasa. Kalau tak ada, Jumaat depan kita puasa," selamba je dia jawab.

Dan malam nya, dengarlah bunyi meriam berdas-das menandakan esoknya puasa bersamaan ari Jumaat. Korang ari Sabtu kan..  So, aku rasa aku puasa lebih sehari dari korang nanti.. weeee~~

Hari pertama
Disebabkan cuaca yang panas lebih dari Malaysia ni memang rasa dugaan sungguh.. Aku rasa tulah balasan sebab aku suka ngomel panas-panas masa duduk Terengganu.. Sekarang tobat tak ngomel dah.. Jadi, mang dahaga sangat-sangat.. Elok pulak bilik hotel kami betul-betul atas kedai makan yang jual ayam goreng.. Petang tuh dia goreng naik bau sampai bilik.. Aku macam bebudak cakap dekat mak dan kakak..

"Balik terawih malam karang Atil nak beli ayam goreng kat bawah."

Kami berbuka puasa dekat Masjidil Haram.. Ramai orang sedekah.. Tapi aritu aku dapat kurma jer.. Tapi, penuh satu beg dengan kurma.. Bukak puasa pun tak pernah-pernah aku rasa kurma sedap sangat.. Air zam-zam jangan tanyalah berapa gelas aku minum kan.. Nak tunggu waktu berbuka tu pun sentiasa tengok jam.. Nampak sangat tak tahan.. Terasa diri keanak-anakan..

Nak dijadikan cerita balik terawih, lauk habis sebab dorang sediakan makanan lepas Maghrib tapi bak kata mak aku,

"Kita amik pakej Ramadhan sebab nak rasa macam mana puasa kat sini."

So, nak tak nak kena beli jugak ayam goreng aku nak padahal masa balik aku pandang sebelah mata sebab terbayang lauk lain.. Lagipun ayam tu nafsu je mula-mula.. Tapi, mak aku cakap lagi,

"Tulah nak sangat ayam goreng.. Dapat jugak kan."

Hari kedua
Disebabkan hari pertama rasa lapar sangat sebab makan kurma jer (kami dah tinggal bekal kat caterer suruh bungkus lauk) .. Aku dan kakak aku tak tahan sangat lah.. Lagi-lagi terawih abis hampir pukul 11.30 malam.. So, aku cakap dekat kakak nak amik roti di pantry jadikan bekal.. Sibuk aku nak roti sangat.. Rasa-rasa apa jadi??

Hari tu kami bukak puasa dekat masjid banyak sungguh roti kami dapat.. Satu plastik penuh.. Tak ada dah kurma.. Adalah sebijik dua.. Pastu aku cakap mintak-mintak ada dapat air berwarna kat mak aku.. And then, datanglah orang arab ni bagi air teh kat aku.. Sedappppp...

Hasil dalam satu hari siap dapat cheese lagi


Selepas 2 hari benda aku nak makan dapat jer, kakak dan mak aku sibuk lah suruh aku wish mintak makanan lain.. Kak aku nak pizza lah.. Mak aku nak bandung lah.. Aku buat-buatlah mintak nak makan apa yang dorang nak cuma aku tambah tak nak makan nasi putih..

Dan esoknya, kami makan pizza mini, air bandung dan nasi hujan panas untuk berbuka puasa..

Cuma aku nak laksa tak dapat-dapat pun.. Keh2..

Yang pasti seronok puasa kat Mekah.. Cuma tak biasa mula-mula nya.. Dan lagi setiap kali buka puasa dan imsak dengarlah das tembakan meriam.. Doooommmmm. Aku nampak dalam tv memang dorang pakai meriam (^.^)

Kesimpulan cerita ni ialah, jaga-jagalah percakapan kita kat sana takut-takut termakbul kan.. Benda baik tak apa jangan tak baik sudah.. Aku termarah lalat.. Dan tak pernah-pernah seumur hidup aku pergi mintak maaf kat lalat siap buat bersembang lagi.. Takut punya pasal..

Mintak hujan tak ada pun.. Tapi dapat tengok awan tebal kat sana pun cukup gembira sebab awan sangat rare dekat sana kan.. =)

Entri ni khas untuk Cik Ai sebab dia yang request aku cerita lagi.. Aku bukan taknak citer tapi takut korang bosan dengar citer sama jer.. Untuk cik Ai konon-konon hadiah untuk dia sebab aku dah melalak kat komen wish besday dia aritu tapi dia tak dengar sebab aku aku buat mute takut cik Ai nightmare tidur malam..Keh2.. Sedap tak saya nyanyi dalam banyak bahasa.. Hahaha.. Jangan korang percaya aku nyanyi sudah.. 




Monday, August 13, 2012

panjanggggg..

Bismillahirrahmanirrahim...

Teringat tiba-tiba iklan beras basmathi..

"Panjanggggggg."

Panjang maksud aku kali ni ialah waktu berpuasa yang panjang bagi sesetengah negara di dunia ni.. Terdetik nak share sebab aku baca news paper semalam buat aku kagum siapa yang berpuasa dalam jangka masa yang lama untuk tahun ni yang kebetulan Ramadhan jatuh dalam musim panas.. Kita memang tak ada kena mengena dengan musim panas kan sebab sama jer sepanjang tahun..

Ada sesetengah tempat yang ada penduduk Islam berbuka selepas 20 jam seperti di Reykjavik, Iceland.. Aiyooo.. Selama 4 jam jelah kiranya diaorang tak berpuasa.. Manakala bandaraya berjiran macam Finland dan lain-lain tempoh berpuasa lebih 19 jam.. Holland dan London pulak lebih kurang 17 dan 18 jam.. Lama kan..

Yang lagi menarik kota Murmansk, barat laut Russia siangnya 24 jam.. So, maknanya tak ada malam.. Jadi, Imam Besar Dubai, Dr Ali Mashael cakap, penduduk kawasan berkenaan perlulah berpuasa mengikut waktu yang sama dengan negara yang paling hampir dengannya yang jelas malam dan siangnya.. Termasuklah waktu Imsak, Subuh dan Maghrib..

Kita yang kat Malaysia yang tak pernah berubah siang dan malamnya.. Sama sahaja sepanjang tahun jangan gatai-gatai tak nak puasa pulak padahal cuaca sama jer.. Kalau tak panas, hujan.. Tak susah-susah nak biasakan diri macam tempat lain dalam dunia ni.. =)

Sumber info daripada Berita Harian Ahad..(^.^)

google

Saturday, August 11, 2012

aduh, sakitnya!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam dunia ni siapa yang tak pernah sakit.. Korang pun mesti pernah sakit.. Tak kiralah sakit besar-besaran mahupun kecil-kecilan.. Ada ke macam tu?? Tapi kalau sakit mesti banyak mengeluh kan.. Rasa terbeban sangat.. nak buat kerja malas.. Siapa yang suka sakit??

Antara sakit kecil-kecilan aku dapat.

Sakit perut
Memang biasa.. kawan-kawan aku pun tahu.. Lagipun aku ni memang dah dicop muka tandas pun.. Disebabkan aku ni kuat makan kecuali bulan puasa dan pergi tempat baru (masa ni kurang makan) so aku ni sangat biasa mengalami gejala sakit perut.. Sebab tu ubat sakit perut sekotak aku beli.. Preparation.. Lagipun nabi sendiri cakap perut adalah bermula segala penyakit.. Cuma aku makan jugak semua benda.. Lagi-lagi aku jugak tukang penghabis makanan kalau tak habis.. Aishhh..

Sakit mata
Mungkin aku ni penghidap resdung yang teruk (mujur muka aku selamat) atau sebab susur-galur keturunan minang berpantang makan daging, aku sangat senang kena sakit mata.. Salah makan sikit mata merah-merah.. Bukan macam sakit mata biasa yang taik mata penuh tu.. Tidak sama sekali.. Sampai doktor pening kepala nak check mata bila aku kata,

"Mata saya gatal je doktor tapi bukan macam sakit mata." (macam-macam test aku kena ;P)

So, ubat mata pun sentiasa ada bekalan.. Memang keturunan kot.. Mak aku pun sama dan lagi kronik.. Kakak sulung pun penah kena operate sebab mata..

Sakit gatal
Ini memang penyakit dari kecik.. Maybe kecik-kecik sebab main tanah tapi sampai besar pun kena memang hangin rasanya.. Bila dah besar sakit gatal dia lain sikit.. Merah-merah satu badan.. Mula-mula nampak macam gigit nyamuk lama-lama membesar merebak satu badan dan selalunya muka aku selamat.. Fuhhhh...

Tapi inilah penyakit yang paling aku tak tahan.. Kalau sakit lain aku tahan tak makan ubat, jumpa doktor.. Kalau sakit gatal ni memang cepat-cepat aku pergi klinik.. Sakit dia macam lemah satu badan weyh.. Tarik segala energy aku.. Masa Form 3 aku kena dan mencatatkan rekod aku balik rumah masa duduk hostel.. Ponteng sekolah sebab tak tahan sangat dan tak pasal-pasal aku kena inject kat bontot.. Adoi..

Masa U pun kena jugak.. masa nilah aku tak tahan sangat so bergegas pergi pusat kesihatan u sorang-sorang tinggalkan kawan aku sebelum pergi kelas.. Terpinga-pinga dia kena tinggal.. Dan malam tu aku tak boleh bangun dari katil bertemankan ubat bersalut satu badan.

Sakit tekak
Ini taklah selalu sangat.. Tapi lagi common dari selsema.. Sebab aku kuat minum air ais.. Dan dapatlah aku penyakit ni.. Aku paling ingat peristiwa aku sakit tekak masa sekolah.. Masa tu ada Malam Aspuri (untuk perempuan jer) kot yang ada pertandingan drama.. So, aku masuk.. Taklah jadi watak utama tapi watak yang menceriakan suasana.. selalu sangat aku dapat watak tukang buat lawak.. Aiyooo..

Dengan suara tak ada, mikrofon tak ada.. Terjerit-jerit aku bercakap dengan suara serak-serak kering.. Nak bagi satu hostel tu dengar lah kononnya.. Dahlah aku tukang delay waktu untuk heroin salin baju memang perit lah.. habis drama tu aku tanya kawan-kawan yang tengok,

"Ok, tak suara kak Atil tadi? Sakit tekak nak cakap. Mesti serak kan?"
"Ok jer dengar. Kami ingatkan akak buat-buat suara macam tuh. Lagilah kami gelak."

Banyaklah korang aku buat-buat yea!!

Aku tak lah sakit sepanjang tahun.. Sakit perut itu yea.. Tapi yang lain setahun sekali macam tuh t.. Lagipun sakit ni kafarah dosa kita.. So, terima jelah walaupun perit.. (^.^)

Kadang-kadang aku jadi penasihat kengkawan aku kalau diaorang dapat penyakit sama macam aku sebab aku jer yang expert kan.. keh..keh..

kalau korang sakit apa paling common??

*kenapa aku tak boleh bukak blog cik sweety ei??
**baru beli produk muka yang baru.. kalau tak hilang jugak memang bila dah kaya-raya aku pergi new york skin solution tuh.. Berangan!!

Tuesday, August 7, 2012

solat kecik-kecik

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tak ingat masa bila mak aku dah suruh aku solat.. Yang pasti aku nangis-nangis kena marah sebab tak dapat hafal bacaan dalam solat.. Percayalah tak ada siapa yang sanggup tahan kalau mak aku marah.. Tapi disebabkan mak marah aku lah jugak aku dapat hafal kan..

Kecik-kecik selalu ngelat nak solat.. Penah sekali aku buat-buat tidur masa Maghrib.. Fuhh, memang terlepas lah.. Mak aku kejut buat dekk jer..

Pernah jugak aku ngelat nak solat Isyak.. Siap boleh doa,

"Ya Allah, maafkan aku.. hari ni aku tak nak solat Isyak.. Esok aku solat."

Tapi dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan agama.. Sah-sah aku tak boleh ngelat selalu.. Lagipun makin lama makin bangga adalah sebab rata-rata kawan sekolah tak solat lagi.. Bila pergi sekolah cikgu tanya,

"Siapa solat subuh hari ni??"

Dengan bangga nya aku angkat tangan.. Berapa kerat je angkat.. Selalunya 3 orang.. Aku, kawan yang pernah aku cerita yang aku tak suka tuh dan seorang kawan yang sedang study di Mesir sekarang ni..

Lepas tu kalau pergi jalan-jalan memang kenalah solat jugak kan.. Bila berenti dekat R&R or surau or masjid mana-mana, semua puji-puji,

"Tengok budak tu, kecik-kecik dah solat." 

Mahu tak kembang semangkuk aku masa tuh.. Lagi berkobar-kobar aku solat kan..

Kalau petang-petang ada sekolah agama rakyat.. Masa Asar memang wajib berjemaah.. Kadang-kadang aku masuk surau lambat.. Orang dah mula solat pun.. Lepas tu tanya kawan yang tengah solat,

"Rakaat keberapa dah?"
"Rakaat kedua." Maintain je kawan aku jawab..

Tapi, kalau kawan aku tanya aku masa tengah solat.. Aku buat tak tahu je sebab dalam solat mana boleh cakap.. Lalalalala~~

Belum lagi lawan dengan kawan tengah-tengah solat berjemaah tuh siapa yang solat paling lambat.. Boleh pulak diri lama lawan siapa rukuk dulu sampaikan orang dah abis solat.. Tak pasal-pasal kena jerit dengan Ustaz,

"Tu kenapa berdiri lagi hah??"

Cepat-cepat duduk.. Entah hilang mana solat kami..

Ada satu masa ayah aku suruh solat.. Aku tengah syok tv.. So sebagai solution nya aku amik sejadah bentang tv... Rasa-rasa apa jadi lepas tu?? Kena marah lah dengan ayah aku kan..

Tapi, bila makin besar tak adalah aku macam tu.. Tahu sebab apa kena solat.. Tahu macam mana nak solat dengan betul.. Tahu pujian itu semua tak ada makna.. Bersyukur sangat-sangat sebab mak dan ayah aku sangat menitikberatkan soal solat aku.. Marah aku sungguh-sungguh bila tak solat.. Tegur aku sampai sekarang..

Cuma kadang-kadang sedih bila tengok sekeliling ada yang tak solat.. Aku bukan baik mana. Itu aku mengaku.. Bukan solat awal waktu pun. Tapi perasaan sedih tetap ada.. Kadang-kadang aku pikir kenapa aku selalu duduk dalam kalangan orang yang macam tuh?? Allah nak suruh aku buat sesuatu ke?? Bukan sekali dua tapi banyak kali.. Doa aku moga mereka berubah dan aku terus berubah jugak.. =)

Saturday, August 4, 2012

kota bercahaya..

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku asyik citer aku pergi Makkah jer kan tak citer pun tanah haram lagi satu iaitu Madinah yang dikatakan tanah haram Rasulullah.. Disitu jugaklah terletaknya makam Rasulullah dan makam kebanyakan sahabat-sahabat lain..

Sebenarnya tak ada feel nak update hari ni memandang ada seseorang tanya pasal ni.. So, aku buat keputusan buat entry terus menjawab pertanyaannya.. senang aku share terus dengan semua.. Sharing is caring kan.. =)

Aku kat madinah tak lama mana pun.. Tiga hari jer.. Lagipun memang peraturan Arab Saudi kena ziarah madinah untuk jemaah nak buat umrah.. TAPI ziarah madinah tak termasuk dalam rukun or syarat umrah.. Tak ada niat lah kalau nak masuk madinah macam makkah.. Masuk Makkah wajib niat umrah.. Tak kiralah apapun jadi korang datang bulan kena juga niat ihram dan umrah.. Jangan nak gatai-gatai tak niat.. Aku terjebak dalam hal ini.. Aiyok..

Dekat Madinah macam aku cakap ada makam Rasulullah cuma sekarang ni perempuan dah tak boleh masuk.. Tengok dari luar jer.. Walaupun aku ada memori jalan-jalan tepi jaring-jaring besi makam nabi dulu-kala.. Tapi sekarang tak ada dah.. Perempuan duduk luar jer dekat kubah hijau hanya lelaki je boleh.. So, kepada lelaki tolonglah amik peluang yang ada.. Dahlah boleh masuk Raudhah selalu.. =)

Berbalik pada soalan boleh tak masuk masa bulan Ramadhan aku tak sure tapi yang pasti aku tengok lepas solat ada jer lelaki keluar masuk pintu tu.. Aku tak ingat lah pintu tu apa nama..


Kecomelan mak saya terserlah.. Ekekeke.. Walaupun gambar kabur disebabkan handset tak canggih kakak.. Yang penting mak I comel yea.. Yang kubah hijau tu lah makam nabi.. bukan kubah nya bawah kubah yea..

Kalau masuk Masjid Nabawi ni tak boleh bawak handset apatah lagi kamera.. Sebab ada guard.. Tapi ramai je bawak.. Dia check beg kita.. Lelaki aku tak tahulah sebab Masjid Nabawi tak macam Masjidil Haram.. Masuk lain-lain pintu.. Perempuan mang check sungguh cuma check beg jelah.. Badan tak.. So, seluduplah dalam poket baju, seluar korang.. Hahaha.. Tak macam airport Jeddah.. Aiyok.. Raba-raba badan sungguh-sungguh.. Aishhh..

Kalau dah masuk dalam Masjid Nabawi ramai orang berebut nak masuk Raudhah.. Believe me.. Raudhah sangat sesak.. Lagi hebat perebutannya daripada Hajarul Aswad kot sebab yang berebut semata-mata perempuan.. Tolak kedepan.. Tolak kebelakang.. Tolak ketepi.. Dah macam lautan apa entah.. Tahu kan Raudhah adalah salah satu taman syurga nabi cakap.. Sebab tu orang brebut-rebut..

Berbeza dengan lelaki anytime boleh masuk Raudhah.. Berebut ke tak aku tak tahu lah pulak.. Tapi ayah aku relaks jer selalu solat situ.. Kalau perempuan ikut time.. Bukan selalu sangat.. Kadang-kadang dia panggil ikut negara tapi tak mahu nya.. semua main pakai serbu jer.. Lagi-lagi orang kita ni kecil-molek jer.. Sah-sah kena tolak tu amboih bukan main.. Aku tak solat pun dalam Raudhah.. Takut jugak kena pijak.. Doa mana yang sempat.. Lagipun nak diikutkan tak masuk Raudhah pun.. Sampai dinding plastik putih... Sipi pun tak kena.. Just nampak tiang jer.. Jangan pulak yea nak merintih ataupun melekat dekat dinding tu.. Tak baik.. Ish2..

Lepas tu kebiasaannya, kalau pergi madinah silalah solat sunat dalam Masjid Quba.. Sebab,


Aku rasa dah cukup besar kot boleh baca.. =)

Kalau balik masjid Nabawi tu nak shopping boleh sebab banyak jer jual tepi jalan tapi dalam tempoh sekejap jelah.. Dorang jual secara illegal.. So, polis datang halau dorang tak lama lepas tu.. Sila buat pilihan dan shopping dengan pantas sekali yea.. Tapi mang murahhhhh.. Aku tak banyak beli pun.. =)

so, kepada dila nilah jelah story dapat disampaikan.. mana tahu nanti dila pergi lain pulak kan.. untung dapat pergi 10 Ramdhan terakhir.. Selamat beribadah!! (^.^)

*adoi!! kak aku tahu lah pulak pasal blog ni.. siapa bagitahu?? korang ei.. dia tahu pulak tu aku ngutuk dia.. arghh, hidup tak ada privacy.. ekekeke..

Friday, August 3, 2012

Ghifari

Bismilllahirrahmanirrahim..

Abu Dharr al-Ghifari antara yang terawal yang masuk Islam ketika Rasulullah menyampaikan dakwahnya..

Tapi.. tak adalah aku nak cerita sejarah Abu Dharr pulak.. kalau nak tahu cari sendiri...

Pernah tengok tak drama Ghifari yang ditayangkan dekat tv Al-Hijrah?? Lakonan Aqasha dan Zain ruffedge kalau tak silap.. Lama dah citer tapi aku baru jer tengok hari tu memandangkan baru dapat tengok tv yang lebih dari 3 channel..

Citer pasal Ghifari (Aqasha) dan majikan dia zain (tak ingat watak dia).. Ghifari ni baik, memang baiklah orang tipu dia boleh pulak dia maafkan macam tu jer.. Bukan tipu sikit-skit habis bankrup kot dia kena.. Tapi dia relaks jer..

Yang majikan dia yakni zain tu pun baik jugak.. Baik dari segi taat dalam perintah agama.. Cerita ni bukanlah macam cerita biasa yang majikan dia kurang agama ke apa cuma dalam perspektif lain.. Majikan dia sisi tak baik adalah bagi kerja dekat si Ghifari sebab nak balas dendam.. Ghifari kawan dia dari sekolah.. Pelajar berpotensi.. So dia jealous dengan Ghifari dengan bagi kerja jadi driver je... Masalah zain itulah suka merungut, buruk sangka dengan orang walaupun dia cukup solat 5 waktu semua..

Alkisah nya terjadi bila zain hilang selera makan.. Apa sahaja dia makan semua nya tak sedap (suka sangat mengomel kan).. Masa itulah dia sedar kesalahan dia dan belajar sesuatu daripada Ghifari.. Cerita seterusnya korang tengoklah sendiri.. Kot-kot ada kat youtube kan.. Ni drama tak bersambung yea.. =)

Bagi aku citer ni best.. Lain daripada lain.. Lawak pun ada.. Korang akan dapat pengajaran yang berharga dalam citer ni.. serius ni.. Antaranya ialah,

-Tak guna kalau kaya tak membantu
-Tak baik tindas pekerja kita
-Sentiasa memaafkan orang
-Jangan ingat kita hebat masa sekolah akan hebat juga pekerjaan kita
-Jangan perkecilkan orang lain mana tahu nanti dia 'besar' dari kita

Ada watak tuh, dia pak guard jer tapi 9A weyh masa SPM tapi suka gelakkan orang.. Tengok-tengok orang yang digelakkan lagi berjaya dari dia.. (bila time pak guard ni lawak)

So, aku syorkan korang tengok  ni.. Citer yang betul-betul aku suruh tengok daripada tengok Dejavu di Kinabalu yang entah pape tuh.. Pelakon yang sama citer dia berbeza.. ops, ada peminat citer tu ei.. (^.^)

Pelakon lain citer ni.. Ayu Raudhah.. Comel jer dia.. heee~~

Thursday, August 2, 2012

setiap jumaat..

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau yang lama dah kawan dengan aku mesti tahu kewujudan entry INI.. Yang mana aku cerita betapa aku suka giler series tuh.. Sampai bertingkat-tingkat perenggan entry.. Dan ada yang kata aku mengarang karangan SPM..  :'(

Kalau aku suka sesuatu aku suka betul-betul kalau tak suka belum tentu aku tak suka betul-betul.. ekekeke.. sebab kita tak boleh tak suka sesuatu melebih-lebih kan..

Siapa yang tak tahu benda apa yang aku cakap, mengarut ni ialah.. series Harry Potter lah.. Sekarang ni tiap-tiap hari Jumaat pukul 10 malam tv2 ada tayang movie ni.. Suatu kemajuan apabila tv2 tayang movie baru (dikira baru) yang selalunya asyik tayang Harry Potter and the Sorcere's Stone, takpun Harry Potter and the Chamber of Secret sampai aku boleh hafal dialog dia.. Serius aku tak tipu.. Plot dia pun dah hafal kot..

Tapi sekarang masuk minggu ni tv2 siarkan series Harry Potter and the Order of Phoneix.. Wahhhh, kemajuan nampak.. Aku rasa tak ada tv lagi tayang kot.. Agak-agak sampai series mana dia tayang..

Dan aku of course aku ada depan tv tengok kalau lah terawih abis pukul 10.. Tapi aku agak kalau hari Jumaat ada tazkirah kot.. So, lambat lah aku tengok.. Ada aku kisah.. Asalkan aku tengok walaupun aku rasa setiap kali cuti aku mesti ulang movie tu dari first sampai last.. Ok, yang last aku tak ada lagi tapi aku tengok dah kat wayang aritu.. Ahaks!!

Sekurang-kurangnya boleh lah aku berangan konon-konon ada magic kan walaupun mengarut.. Waktu sekarang sangat penting untuk aku berangan melupakan masalah sekeliling..

Magik-magik jugak ibadah di bulan Ramadhan jangan lupa.. (^.^)

*Bila aku cakap pasal mimpi jadi betul.. masing-masing nak aku mimpi baik-baik yea.. yang tak baik jer selalu jadi.. yang baik tak ada pun..wakaka..

Wednesday, August 1, 2012

........ jadi kenyataan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Lokasi: Somewhere in Terengganu
Masa: Malam

Aku jalan ke dapur.. Bunyi si mimo si hamster gedik tu membingitkan telinga.. Asyik bunyi jer main-main dia punya gelongsor.. Belum lagi sibuk-sibuk buat aksi nak keluar daripada kandang dia lagi.. Buat aku tak boleh tidur.. Nasib lah tidur dekat ruang tamu dengan dia.. Tuan dia safi rania?? Enak dibuai mimpi dalam bilik..

Dalam aku menapak ke dapur tuh.. Mimo berjaya melepaskan diri daripada kandang.. Aku buat tak tahu jer.. Nanti-nanti aku tangkap lah balik.. Sumbat dalam penjara dia.. Malas aku nak layan si mimo tuh.. Tup..tup.tup..

Hampeh punya mimo dia lari masuk bilik air.. Apa lagi.. Dengan tangkas dan pantas nya aku kejar dia dalam bilik air.. Tapi badan dia melentur bukan main... Tak ada tulang ke apa.. Aku nak tangkap terlepas.. Dan tak semena-mena..

Dushhhhhh..

Aku terjatuh kan baldi kecik atas dia dan mimo jatuh ke dalam lubang bilik air.. Aku menggelabah nak selamatkan mimo.. Dalam fikiran aku,

"Mati aku kena marah dengan safi rania buat mimo mati."

Aku cuba angkat mimo yang macam dah nyawa-nyawa hamster.. Hiduplah wahai mimo.. Tapi apakan daya mimo mati.. Oh,tidak!!!

Tiba-tiba....

Mimo melompat balik.. Macam mana dia boleh hidup balik.. Behalusinansi ke apa aku ni?? Apakah?? Sah-sah aku tengah MIMPI!!!!

Disebabkan mimo ganggu aku tidur.. Aku mimpi bukan-bukan pasal dia.. Hampeh punya mimo!!

Lokasi: Somewhere in Perak.
Masa: Subuh

Tut..tut..tut (macam ni ke bunyi nset aku kalau mesej masuk??)

1 message received from Safi Rania

'Atil, bnda ko mimpi da jd, meemo kua n jatuh lam lobang jamban' (mesej ini tidak ditapis)

Hahahaha.. Amik kaw.. Mimpi aku jadi betul.. Sian mimo.. Adakah mimo mati?? Tidak sama sekali.. Menurut safi rania dia boleh berenang-renang dalam lubang jamban tu.. Dah memang dasar tikus!!

safi rania sibuk cari tuan baru untuk mimo sebab dia tak larat nak jaga.. jangan terkejut nanti ada giveway 'siapa nak mimo'.. wakaka.. FYI nama mimo tu aku bagi.. aku memang suka bagi nama kat benda bukan hak aku.. ekekeke..


Mimo dan rumah baru tapi still terlepas
Rindu mimo tapi kelantan jauh meyh..

*jaga-jagalah korang.. selalu sangat dah mimpi aku jadi betul.. jangan bagi aku mimpi korang bukan-bukan.. ekekeke