dewan rakyat

Tuesday, July 31, 2012

Kucup sudah..


Bismillahirrahmanirrahim..

Sambungan hari itu


"Nak kucup Hajarul Aswad nggak buk??"

Rasa-rasa apa reaksi aku?? Sah-sah aku menggangguk.. Aku rasa macam aku bisu jer sepanjang tawaf tu.. Tahu angguk jer.. Diaorang guide aku sampai Hajarul Aswad.. Ya Allah, dekat situ sangat ramai orang berebut, bertolak, rempuh.. Hanya orang yang kuat semangat dan kuat badan jer boleh lepas DENGAN pertolongan Allah..

Tupp...tupp..tup.. Aku sampai betul-betul depan Hajarul Aswad tu.. Aku dapat pegang.. Kucup.. Kepala aku ditolak dua kali dalam Hajarul Aswad tu.. Semua berlaku macam pantas.. Sampai aku tak tahu nak baca apa.. Selamat orang Indon tu suruh aku mengucap.. Itupun aku tak tahu aku buat ke tidak.. Speechless..

Bila keluar daripada tempat sesak tuh, orang Indon tu tarik aku keluar.. Rupa-rupanya pertolongan dia ada makna.. Mintak upah weyh.. Tapi sama sekali malang dia tersalah amik orang.. Aku ni pergi masjid memang selamba tak bawak satu sen pun.. Hampa giler dorang.. Lepas tu nak ikut aku pergi hotel tapi apakan daya tawaf aku tak habis lagi.. Tup..tup..tup.. Hilang macam tu dorang.. Membuatkan aku terpinga-pinga sambung tawaf.. Ghaib gitu jer..

Balik hotel citer lah dekat family aku.. Kak aku tak dapat kucup pun.. Siap bengkak jari kaki dia kena pijak.. Solat hijir Ismail pun bersesak.. Betapa bersyukur nya aku kan.. Rupa-rupanya kak aku pun ada orang tanya nak kucup Hajarul Aswad ke tidak tapi berbayar lah.. Kak aku tak nak sebab kak aku bawak duit besar hari tu.. Memang kebiasaan dorang tanya dulu sebelum tolong nak bayar upah ke tidak.. Cuma maybe nasib aku baik masa tuh.. Ayah aku cakap,

"Memang rezeki Atil lah tu dapat free.." (^.^)

Kalau boleh memang aku nak bagi lah jugak kat dorang yang tolong tuh.. Apakan daya aku memang tak bawak satu sen pun weyh..

Actually, memang aku buat entry ni bersambung terus dari semalam.. tapi macam panjang sangat sebab tu aku cut dan konon-konon macam cerita tergantung.. padahal tak ada benda nak gantung pun.. ekekeke..


*yang nak buah tangan dari aku silalah  datang rumah yea.. hahaha..



Monday, July 30, 2012

Dalam apa??

Bismillahirrahmanirrahim..

Daripada feedback yang aku dapat ada yang suruh aku cerita semua kan.. Hmmm,, boleh.. Tapi tak adalah hari-hari kan.. Nanti jemu pulak.. Lepas tu permintaan yang banyak cerita pelik.. Aku dah agak dah.. Nak diikutkan tak ada apa yang pelik pun.. Aku memang suka buat gempak kan.. Sebab aku tahu kalau orang pergi umrah balik-balik mesti tanya,

"Tak ada apa-apa jadi ke??"

Ish2.. Tak baik taw.. Ahaks!!

Kalau orang pergi Makkah terutamanya, dalam hati ataupun hajat yang hendak sangat mesti solat dalam hijir Ismail sebab dikatakan hijir Ismail adalah sebahagian kaabah.. Siapa yang taknak.. Dan yang paling orang nak sangat ofcourse kucup Hajarul Aswad.. Tapi.... Dua-dua tempat ni bukan senang dapat weyh.. Hijir Ismail maybe ok sikit tapi kalau nak kucup Hajarul Aswad tu.. Aduhai... Susah sangat..

Hijir Ismail (bukan waktu puncak)

Bucu kiri ialah Hajarul Aswad (bukan waktu puncak)

Peringatan::

Kalau nak pegang kaabah ke, kucup Hajaraul Aswad ker, janganlah masa nak buat umrah atau bahasa mudah dalam ihram.. Sebab ada wangi-wangian.. Nak buat semua benda tu masa tawaf sunat ok lah.. =)

Hari tu nak diikutkan kami nak buat umrah sekali lagi.. Tapi ayah aku tak sihat.. Macam mana nak pergi Miqat kalau mahram tak ada.. Jadi peluang inilah yang ditunggu-tunggu oleh aku dan kakak nak buat tawaf sunat.. Walaupun dah beberapa hari kat Mekah tapi kami tak pernah sentuh lagi kaabah apatah lagi nak solat dalam hijir Ismail tu..

Suhu tinggi sangat.. Lebih 40 celcius.. Aku ni dahlah puteri lilin.. Memang waktu subuh dengan nak maghrib jelah kalau nak tawaf.. Masa ni bulan puasa kalau buat dekat maghrib nak berbuka pulak, so kami buat lepas subuh.. Aku pulak terbatal wudhuk.. Aku suruh kak aku buat tawaf dulu.. Nanti aku buat sensorang.. Lagipun lagi senang buat seorang daripada berteman sebab suka hati kita berapa lama pun kan.. kan.. Jangan kabo kak aku yea.. Lalalalalaa~~

Bulan Ramadhan lagi ramai orang.. Tak kiralah masa bila pun ada saja orang tawaf.. Aku rasa tempat yang sentiasa hidup dalam dunia ialah Masjidil Haram.. Tak pernah sunyi.. Masa aku buat tawaf tu lepas Subuh cuma aku tunggu lama sikit lah.. Aim memang nak kucup Hajarul Aswad dan solat dalam Hijir Ismail kan.. Aku ikut saranan mak aku solat sunat dulu..

Peringatan lagi::

Dalam doa korang tu kena betul-betul specific.. Kalau nak kucup kata kucup jangan kata,

"Kalau dapat sentuh pun tak apa."

Nanti korang dapat sentuh jelah.. True story.. Itu kisah ayah aku... Sila nyata dengan jelas doa korang.. Aku doa nak solat dalam hijir Ismail, kucup Hajarul Aswad dan pegang Kaabah..

Yup, dalam tawaf ke-4 aku dapat masuk Hijir Ismail walaupun mak aku kata selalunya lepas habis tawaf baru boleh dapat.. Dah dapat masuk aku hampir pulak dengan pancur emas.. Cuma bila nak solat macam tak ada ruang.. Entah macam mana ada seorang lelaki ni toleh belakang tanya aku,

"Solah??"

Mengangguk laju aku.. Dia bagi ruang kat aku.. Memang selesa aku solat.. Air mata memang tak dapat tahan lah weyh..

Peringatan lagi::

Nak doa dalam Hijir Ismail seboleh-bolehnya dalam solat masa sujud sebab takut korang kena tolak bagai, rempuh lagi.. Kalau dalam solat selamat sikit..

Aku keluar dari Hijir Ismail nak pegang kaabah.. Bila dah dapat pegang tiba-tiba datang beberapa orang perempuan Indon tanya aku,,,

Salah satu cara bagi entry aku tak panjang..(^.^)

Sunday, July 29, 2012

Pilihan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak semua!!!

Alhamdulillah, aku selamat pulang ke tanah air tercinta ini.. Percaya tak yang aku dah kembali ni?? Silalah percaya.. Aku tahu ada yang rindu. Lagi-lagi shirah.. Tanya-tanya bila aku nak balik walaupun aku memang tak online langsung sepanjang di tanah suci.. Phone pun aku tak bawak apatah nak online bagai kan.. So, tima kacih atas doa-doa anda semua.. Yang mintak aku doa tu sorry lah ei.. Tak sempat baca.. Aku baca komen sampai petang tu jer.. Pastu aku tutup laptop dan sorok di tempat tersembunyi..

Aku balik 26hb aritu.. selamat mendarat setelah menempuh hari yang panjang.. Penat sangat.. Tapi aku dah baca hampir semua entry korang walaupun aku tak komen.. cuma kepada sesiapa yang terlebih taip entry tu tak dapat lah aku catch up sangat eih.. sorry.. =)

Nak tahu cerita aku masa umrah?? Aku banyak mende nak cerita tapi takut tak cukup page pulak dan kena bersambung.. So, aku buat keputusan untuk.... Korang pilih lah sendiri nak aku cerita pasal apa.. Ok ke tak?? Hahaha..

Pilihannya ialah:

a) dugaan 1
b) dugaan 2
c) cerita pelik
d) suasana

Pilih jangan tak pilih.. Ini lah salah satu cara mengelakkan aku dari melalut panjang.. ahaks!!

*apa yang aku merapu ni???
** kepada dila yang nak pergi umrah and tengah survey hotel katanya for the end of ramadhan.. harga hotel makin mahal masa hujung ramadhan.. harga hotel sekarang pun satu bilik untuk satu malam dalam 1000++ riyal.. Kalau nak murah lagi jauh dari masjidilharam.. percayalah.. kalau jauh tu memang jauh lah.. yang dekat pun jauh dari mata jugak.. heeee~~ moga-moga dapat pergi jugak tau.. berusaha!!!


Thursday, July 12, 2012

I am sorry

Bismillahirrahmanirrahim....

Mana mana aku nak tulis ni ei... Nak cakap ke tak nak.. Nak bagitahu ke tidak.. Nak cerita ke taknak.. Disebabkan benda baik aku cakap lah jugak.. Nak mintak tolong semua doakan aku.. (^.^)

Minta maaf kalau ada terkasar bahasa selama aku buat entry.. Mana tahu ada yang aku tulis terguris hati mana-mana pihak.. Tension bila kena baca entry aku yang panjang berjela.. Sanggup baca hingga ke noktah terakhir padahal kena khatam banyak lagi blog untuk dibaca.. Mintak maaf banyak-banyak.. Nak buang habit tulis panjang susah sikit sebab nama pun habit.. So sorry my friends.. (^.^)

Mintak maaf kalau ada komen terlebih.. Tertulis komen kononnya aku rasa sweet padahal menyakitkan hati siapa-siapa kan.. Komen jenaka terlebih.. Komen gaduh terlebih.. Komen serius terlebih.. Takpun komen yang terkontot lebih.. Aku ni jenis manusia yang suka cakap lepas.. Selalu sangat.. So sorry my friends.. (^.^)

Mintak maaf kalau sesiapa rasa macam terpaksa datang blog aku walaupun aku tak paksa dalam nada paksa.. So sorry my friends.. (^.^)

Tiba-tiba aku minta maaf sungguh-sungguh kan.. Memang aku nak mintak maaf selalu tapi tak berkesempatan.. Lagipun orang yang baik adalah orang yang selalu memaafkan dan meminta maaf kan.. kan.. kan.. Konon-konon nak jadi macam tulah.. ;p

Agenda lain sebenarnya aku nak cakap Insyaallah, ari jumaat ni 13hb Julai 2012 aku, mak, ayah dan seorang kakak aku akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah.. So, aku nak mintak sorry awal-awal dari jauh lubuk hatiku kepada anda semua yang dianggap kawan maya ni.. Doakan aku and family selamat pergi dan balik yea.. Dapat tunaikan ibadah baik-baik.. Aminnn..

Siapa-siapa rasa nak hantar aku boleh lah pergi KLIA esok.. Heee~~

Minta maaf semua sekali lagi dan selamat menyambut Ramdhan Al-Mubarak.. Nanti aku tak sempat nak ucap sebab aku insyaallah puasa beberapa hari di sana.. semoga ini Ramadhan terbaik buat kita.. mana tahu tak sempat jumpa Ramdhan di lain tahun kan.. =)

Lastly, tak payah nak rindu aku sangat lah.. Risau aku boleh rasa kat sana.. Menangis-nangis aku nanti.. ;P


Tuesday, July 10, 2012

aku tak suka dia!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku ada ramai kawan tapi aku nak cerita tentang seorang kawan yang biarlah aku gelar nama nya Putih.. Aku kenal Putih sejak tadika lagi.. Dan kami belajar di sekolah rendah yang sama.. Dia comel, bijak dan menarik.. Ramai orang suka dia.. Dia ibarat taiko masa sekolah rendah dulu.. Sebelum korang tanya dia laki ke perempuan, dia seorang perempuan.. 

Kalau nak dibandingkan dengan aku?? Aku pendatang baru, kurang comel dari dia dan selalu no 2 belakang dia.. Aku memang sakit hatilah dengan dia.. Sehinggakan aku pernah bergaduh sebab nak berebut kawan.. Dan of course pemenang nya tidak lain dan tidak bukan Putih.. Tak ada siapa berani lawan dia.. Kalau korang rajin layan cerita Disney, movie pasal prom Queen bagai.. Macam tulah cerita aku.. Yang membezakan adalah tak ada prom night dan kami bukan bersaing sebab populariti tapi kepandaian..

Aku paling sakit hati bila mak dan ayah suka membandingkan aku dengan dia.. Cikgu-cikgu suka pilih dia.. Orang lain suka dengar cakap dia.. Dan aku selalu di belakang dia cuma aku ada kelebihan bila aku ada bakat lebih sikit dari dia..

Pernah suatu kali ada pertandingan hafazan masa sekolah.. Ustazah tak suruh aku hafal pun.. Aku tak kisah lah.. Ustazah suruh Putih dan beberapa kawan lain sebagai calon untuk masuk pertandingan tu.. Tapi masa hari kejadian dia taknak masuk.. Disebabkan ayah aku cikgu kat sekolah rendah aku, aku dipaksa masuk.. aku sampai duduk atas lantai koridor menangis-nangis taknak pergi.. Apakan daya aku tak dapat lawan.. Then, aku kalah.. Tapi aku happy jugak akhirnya sebab aku dapat sijil lebih dari dia.. Padan muka kau walaupun malu satu surah pun tak lepas sebab tak ready punya pasal..

Kalau tulis dalam biodata dulu-dulu masa sekolah.. Ada part tanya kawan baik, kawan sejati, kawan dibenci.. Sah-sah aku tulis nama Putih.. Aku takut orang lain baca, aku padam balik.. Takpun aku hitamkan sehitamnya.. Ahaks!!

Tapi,

Semua itu dah berlalu.. Itu zaman kanak-kanak.. Zaman aku tak matang.. Zaman dimana aku senang cemburu kat orang yang ada sesuatu lebih daripada aku padahal aku pun ada something yang orang lain tak ada.. (^.^)

Sekarang dia lah satu-satu nya kawan sekolah rendah yang tak pernah terputus contact.. Lepas sekolah rendah, kami dah tak sama sekolah menengah walaupun aku hampir masuk sekolah sama dia.. Dia sekolah di tengah-tengah Perak manakala aku sekolah di utara Perak.. Kami still jumpa each other masa cuti sekolah walaupun tak selalu..

Apa yang lagi best, kami matrik sama, masuk u pun sama walaupun course lain-lain.. Kami tak pernah decide pun nak masuk sama-sama tapi takdir macam tu.. Tiba-tiba bila tanya dapat mana dapat tempat sama.. Yelah, contact pun jarang-jarang.. Hal-hal penting jer lagi-lagi aku pindah ke selatan Perak pulak..

Bila kawan u tanya ko tegur siapa tu atil?

"Kawan aku dari tadika." (^.^)

Tak payah nak benci orang lain sangat.. Mana tahu dia jadi seseorang yang penting dalam hidup kita nanti.. Kita tak tahu masa depan so hargai orang disekeliling kita walaupun dia tu musuh kita.. ;P


*penat jugak nak taip entri serius ni ei.. serius ke?? Hahaha..

Monday, July 9, 2012

Enam puteri..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hidup aku dikelilingi banyak puteri daripada putera.. Adik-beradik pun ramai puteri.. Sampaikan anak saudara pun semuanya puteri setakat ini.. Dan sebab itulah tajuk entri ini enam puteri..

Tak adalah ramai mana kan anak saudara aku.. Tapi itulah yang buat best bila diaorang balik rumah takpun bila aku pergi rumah kakak, abang aku..

Yang paling tua umur 12 tahun.. Dah macam adik aku pulak rasa nya.. Dia dengan adik nya selang setahun.. Agak-agaklah dorang ni jadi perunding imej aku lah konon..

"Maksu kalau pakai ni lagi cantik."


"Tak cantik lah tudung ni maksu."


"Apa fesyen maksu pakai ni?"

Kadang-kadang geram pun ada komen jer tahu.. Kalau aku rasa nak puaskan hati aku, tanya adik dorang yang lain yang lagi kecik.. Sah-sah akan cakap,

"Maksu cantik lah."

Baru puas hati den.. Wahahaha..

Hari tu aku balik rumah kak dulu kan dekat shah alam.. Aku kan dah jarang balik.. Jarang dapat jumpa dorang.. Tak sangka ada jugak yang rindu.. Anak kak aku paling kecik umur 4 tahun.. Aku balik dia panjat-panjat aku.. Dok kacau-kacau aku.. Sebab dia comel aku layan jugak lah.. Rupa-rupa nya dia cakap kat ibu dia,

"Sebenarnya, Qisya rindu maksu lah ibu."

Terharu betul aku.. =')

Disebabkan kalau dorang ni balik slim river ni tak ada ramai budak sangat dekat rumah ni.. So, dorang macam kekurangan orang nak main.. Siapa jadi mangsa?? Aku jugak.. Besar-besar ni pun join dorang main masak-masak bagai.. Main jual-beli.. Main kad-kad.. Main makan kat restoren.. Rasa macam kanak-kanak sungguh..

Kalau hari raya, aku jugak dipaksa main bunga api sekali ketika aku syok-syok nak tengok tv.. Ceitt!!


"Nana, peganglah Qisya kuat-kuat.. Takut lah."

Nak sangat tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Kata berani.. Tapi tengok movie sambil tutup muka.. Ish2..


Thursday, July 5, 2012

Tapi,

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah berjam-jam aku pikir nak letak tajuk apa.. Tapi tak ketemu juga.. Mungkin aku dah hilang kepakaran buat tajuk secara tiba-tiba.. Hahaha.. Hari ini bersamaan 5 Julai 2012 aku sudah keluar meningglkan bumi terangganu ditemani mak dan ayah yang tercinta yang bersusah-payah menjemput ku.. Cewahhh..

Tapi, perjalanan tak semudah itu.. Kereta penuh dengan barang 3 tahun duduk terengganu.. Aku hanya duduk sipi-sipi jer.. Nanti aku snap pic bagi korang tengok.. Terasa diri ini kecik jer bila duduk sempit macam tu jer kan..

Tapi, perjalanan ku tidak terus ke Perak.. Transit di Kuantan semalam dan berkemungkinan besar transit lagi di shah alam.. wah, macam jauh sungguh perak dengan terengganu kan.. Memang sakit pinggang lah aku nanti..

Tapi, ayah aku aku macam tak berapa sihat.. Hmmm,, memang ayah tak boleh jalan jauh sangat.. Rasa bersalah pulak menyusahkan..

Tapi, yang pasti aku dah happy boleh balik dan online selalu..

Tapi, aku tak jeles pun bila ada org cakap dah balik slim river sebab aku pun menyusul kesana nanti..

Memang aku rindu giler dengan katil empuk ku.. Ahaks!!

*air mata hampir tumpah bila bersalaman dengan housemates merangkap coursemates dan best friends aku tadi.. dalam gembira dah habis tapi sedih juga..

** tima kacih daun keladi siapa2 yang menerima flying kiss aku.. lalalalala~~

Sunday, July 1, 2012

menunggu hari..

Bismillahirrahmanirrahim...

Setelah seminggu tak online.. Tak menjengah cerita kat internet.. Aku berjaya meng'online'kan diri hari ini.. Aku ada online kejap jer aritu.. Guna kawan punya broadband.. Macam siput sedut jer loading aku sampat baca komen korang jer.. Arghhh.. Itupun pinjam orang punya kan.. So, kejap jelah aku dapat bukak..

Selama seminggu ni, aku duduk rumah sewa jer.. Disebabkan aku saja yang kat rumah tak ada transport.. Sah-sah aku yang duduk rumah sajer.. Yang lain sibuk kehulu-kehilir tinggalkan aku sorang-sorang.. Dengan rasminya aku menjadi penunggu rumah yang setia.. Sangatlah best kan.. Ada hajat hati nak ajak kawan aku onlin kat kampus tapi macam menyusahkan jer.. So, aku stay diam-diam kat rumah..

Apa yang aku buat kat rumah??

Habis semua movie aku tengok.. Menghabiskan sisa-baki running man yang tak habis lagi.. Tergolek-golek atas tikar.. Tidur.. Bagi kucing makan.. Tengok tv.. Betulkan thesis.. Makan sedap-sedap kononnya..  Dan banyaknya tidur... Krohhhh..krohh..krohhh..

Aku tak dapat balik lagi sebab thesis tak siap berjilid.. Lepas tu nak kejar supervisor yang outstation memanjang.. Dan serius aku memang nak balik sangat dah ni sebab hal-hal tertentu.. Aku ada masa kurang seminggu nak prepare barang semua.. Aduh, sempat ke?? Dengan internet tak ada, so aku tak ada bahan bacaan untuk persiapan diri.. Memang sangat risau..

Entry kali tak ada mende.. Sajer nak kabo aku masih ada lagi.. Ahaks!! Tima kasih siapa yang masih sudi singgah.. Sekarang aku nak BW laju-laju sementara tunggu kawan aku siap kerja dia.. Tak boleh nak baca semua entry korang ei.. Aku tahu seminggu aku tak online, sah-sah dah berlambak korang update kan..

Kata akhir, amiklah salam sayang aku ni untuk semua.. Tunggu aku balik rumah kot baru betul-betul boleh online.. Itupun aku mungkin dah busy prepare segala-bagai.. Tak lupa jugak aku bakal tinggalkan terengganu indah permai ni.. (^.^)

Muahhhhhhhh... Flying kiss untuk semua.. Dah tak betul bila berkurung seminggu.. Hahahaha..

*penantian satu penyiksaan.. boleh jadi tak betul tak ada internet seminggu.. yeke??