dewan rakyat

Monday, June 25, 2012

VIVA

Bismillahirrahmanirrahim..

Tengok tajuk, agak-agaklah aku nak cakap pasal apa??
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Iya, aku bukan nak cakap pasal kereta VIVA.. Kereta pun tak ada dan kereta yang aku angan-angan kan pun bukan VIVA.. cukuplah kakak aku dah ada kan..

Sebenarnya semalam aku baru habis presentation.. Last presentation for my final year project.. Dan dia dipanggil viva presentation.. Aku pun tak tahu apa maksud viva tu yang orang sibuk-sibuk cakap.. So, aku pun search di carian hangat masa kini.. GOOGLE and of course wikipedia aku check dulu..

'In Hong KongIreland and the United Kingdom, the thesis defense is called a viva voce (Latin for "by live voice") examination (viva for short)' (copy bulat-bulat dari wiki)

Kiranya viva ni untuk defense thesis kita lah kan.. Tapi aku tak tahulah aku berjaya ke tidak defense semalam.. Wakaka..

Kena hentam perkara biasa kalau dalam presentation tapi mempertikaikan hasil kerja kita memang pahit diterima.. memang rasa macam nak kena hukuman berat pun ada.. Tengok kawan-kawan kena bantai teruk, tak reti nak jawab soalan membuatkan aku gemuruh sangat-sangat dalam bilik yang berair-cond,,

Makin lama makin ramai pulak lecturers datang.. Aku wonder napa makin petang makin rajin pulak lecturers datang.. Aku antara orang last present.. Fuhhhh!!! Dan paling takut bila lecturer yang paling ditakuti ada sekali yang supposedly tak ada pun masa kami present.. 

Tapi, mungkin nasib aku baik.. Disebabkan lecturers dah penat kami yang tinggal 6 orang split kepada 2 group dan aku terselamat daripada lecturer berbahaya itu.. Fuhhh!!!

Dan lagi aku dapat jawab semuanya dengan baik walaupun ada jer aku menipu (jangan tiru macam saya) untuk melepaskan diri.. Walaupun apapun terjadi semua dah abis.. Dan kami semua unofficially graduated.. (^.^)

Terakhir of course alhamdulillah aku lepas segalanya cuma tinggal nak jilid thesis and I can go home.. Rindu my lovely hometown!!

*entri luahan hati ke pe ni??    
**nanti aku BW.. sebab rumah ni nak potong wifi so agak susah nak online.. jangan rindukan saya!!

Friday, June 22, 2012

Dapat apa??

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam course aku ada buat makan-makan.. Mungkin untuk kali terakhirnya sebelum habis belaja ni.. walaupun separuh jer datang sebab separuh lagi ada hal masing-masing tapi tetap happening.. kami masak ramai-ramai.. makan ramai-ramai.. solat ramai-ramai.. baca yassin rama-ramai.. meluahkan perasaan ramai-ramai.. tangkap gambar ramai-ramai.. sampai tak terkata ramai-ramai banyak mana..

Disebabkan aku jeles tgk blog lain asyik tunjuk makanan jer.. Aku pun nak letak jugak.. Tak kira!!


Aku nak letak gambar aku makan.. Tapi nampak sangat aku melahap teruk sangat kan.. So, tak payah lah kan.. Selain sesi makan dan cakap-cakap ada sesi tukar hadiah pada sesiapa yang bawak hadiah termasuk lah aku.. Ekekeke..

Dan sebenarnya itu lah topik kita hari ni.. Iaitu pasal exchange hadiah.. Citer pasal makanan saja je selingan.. Bila cakap pasal exchange hadiah aku ingat masa sekolah dulu-dulu.. Korang pun mesti ada jugak kan macam tu.. Tapi yang aku nak tanya apa pengalaman korang masa tukar-tukar hadiah dulu-dulu?? Dapat hadiah best ke takpun hampeh??

Aku paling tak suka kalau budak laki punya hadiah.. Merapu-rapu.. Aku tak pernah lah dapat hadiah teruk-teruk sebab selalunya aku dapat hadiah perempuan.. Pernah beberapa kali jer hadiah laki punya.. Tapi kawan-kawan aku dapat hadiah sabun lah, pensel lah dan macam-macam benda merepak.. Biskut pun ada.. Ada kawan aku dapat nila sebab dia memang suka pakai baju bernila.. Aku paling teruk pun alat geometry.. Kira ok lah kan..

Ada jugak kadang-kadang tak dapat langsung.. sadis giler.. ni zaman sekolah menengah yea bukan sekolah rendah.. Lagi sedih bila kita beli hadiah elok-elok orang bagi tak best.. memang lah terima seadanya tapi berpada lah.. ~_~ 

Tapi aku rasa siapa yang dapat macam tu mesti terkenang-kenang kan.. Masa dapat marah-marah.. Waktu sekarang kalau jumpa-jumpa mesti bercerita pasal tuh.. Lepas tu jadi bahan ketawa dan kenangan yang orang lain tak ada.. So sweet.. Hahaha..

Cerita pasal semalam, aku dapat hadiah yang tak dijangka.. Macam nak nangis jer (of course aku takkan nangis).. Ni bukan nak nangis sebab hadiah tak best tapi sangat valuable.. Sangat magnificent.. Hadiah paling 'mahal' sepanjang aku ada kat sini.. (^.^)


Terharu aku sebab aku jer dapat hadiah yang dibuat sendiri oleh pemberinya.. Komplikasi beberapa keping gambar kami semua dan kata-kata yang sweet macam pemberi dan tak lupa penerima.. Hahaha..

Kami undi nak bagi hadiah kat siapa malam tadi jugak.. So, aku insan bertuah dapat hadiah ni.. Selamat ada muka aku dalam gambar.. Dan of course kena jaga elok-elok.. Tuan dia dah pesan.. Aku bagi mug spongebob jer sebab i love spongebob very much!! Heee~~ 

*present final viva ahad ni.. nervous2..

Thursday, June 21, 2012

Ada apa disitu??

Bismillahirrahmanirrahim..

Daripada entri lepas aku baca komen ada lah jugak yg duduk area KT ni mahupun belajar sini kot.. Dan tak tahu pun bukit besar tu boleh naik.. So, lepas ni jom lah naik bersama-sama aku nak?? Hahaha...

Daripada entri tu jugak aku rasa kadang-kadang orang luar lebih tahu apa yang menarik kat tempat kita daripada kita sendiri.. Ni random opinion aku jer.. Sebab aku pun lebih kurang jer.. Kalau tanya ada apa kat tempat tinggal aku di Perak sana aku pun tergagap nak jawab.. Macam aku lagi expert KT ni daripada sungai kurus tu.. Wakaka..

Mungkin jugak sebab aku tak dibesarkan kat situ macam adik-beradik yang lain.. Aku dibesarkan somewhere else kat Perak yang menggunakan  loghat Perak tulen.. Tak hairanlah aku fasih cakap loghat Perak daripada kakak-kakak dan abang aku.. Nak dengar aku cakap Perak?? Tak payah.. ;P

Tapi, aku selalu jugak ajak kawan-kawan aku datang umah.. Kalau diorang tanya umah aku ada apa.. Aku jawab ada kolam air panas.. Ni aku tak tipu.. Bukanlah dalam rumah aku, tapi tak jauh dari rumah aku... Boleh rendam kaki ikut suhu yang mampu, rebus telur dalam kolam tu, mandi-manda dan banyak lagi (yeke banyak lagi)..

Salah satu sebab aku ajak kawan-kawan aku datang sebab aku sendiri dah lama tak pergi situ.. Kali terakhir sebelum aku further study kat terengganu ni kot.. Lama dah... Haritu family aku buat gathering kat situ.. Tapi sangat unfair aku tak ada.. Apalah nasib aku kan.. Lagipun kalau balik rumah takkan sesaja nak pergi dengan mak dan ayah aku jer.. Nanti aku sorang-sorang jer mandi.. Dahlah berbayar.. Tak syok ar..

Disebabkan aku tak expert dengan tempat tinggal aku sendiri.. Aku boleh sesat nak balik rumah.. Padahal pekan kecik jer.. Yelah aku pindah situ lepas SPM, lepas tu sambung matrik dan sambung kat terengganu.. Tak dan nak explore.. Cuma sekarang dah okay sikit sebab mak ngan ayah aku dah lepaskan aku bawak kereta sensorang.. So, boleh lah kot daripada dulu kan.. (^.^)

Jadi, aku nak tanya korang, apa yang menarik kat tempat korang kalau nak ajak aku datang?? Lalalala~~~

*cekak aku patah tupun pun nak ngadu kat kakak.. Dasar adik gedik.. Hahaha..

Tuesday, June 19, 2012

Mission accomplished

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari sebelum tu dah bersemangat waja apabila misi yang ingin dicapai selama ini akan dilaksanakan keesokannya.. Planning yang berbulan lamanya tak terlaksana disebabkan kekangan waktu.. Lebih-lebih lagi masing-masing ada saja hal sendiri.. Tetapi disebabkan keinginan yang menebal untuk misi ini walaupun tak ramai yang join kami teruskan juga untuk mendaki.........



Inilah nama nya bukit besar.. Siapa-siapa orang sini mahpun pernah datang kuala terengganu mesti pernah nampak kan  "ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU" ni.. Macam mercu tanda pulak menunjukkan anda sudah tiba di kuala terengganu.. Keh2..


Memang dah lama kami nak daki bukit besar ni.. Misi untuk sampai ke papan tanda tersebut.. Disebabkan ada saja halangan nak pergi.. Lepas tu sekarang ada jugak coursemates aku yang tak habis exam lagi, ada yang balik rumah (ni aku musykil nak abis belaja pun sibuk nak balik umah lagi).. Ni ayat orang duduk jauh.. Hahaha.. Kami pun pergi enam orang saja untuk merealisasikan impian ini.. ini antara wishlist aku tahun 2012.. Keh2..


Kali ni naik public transport.. Kalau siapa-siapa yang pernah baca entry aku INI, mesti tahu kan bas bandar untuk kuala terengganu macam mana.. Tak apa aku tunjuk sekali lagi..




Aku tak ada gambar full bas ni pulak.. Nama bas ni CAS LIGAS.. Tapi dulu-dulu aku panggil bas keranda.. Ahaks!! Jalan-jalan satu bandar KT ni RM2 kalau tak silap.. Kalau tak caya ni resit dia..


Kami bertolak pagi nak dekat tengahari.. apa kejadahnya naik bukit tengah matahari naik kan.. tapi menurut bawang ungu yang pernah naik tak sampai separuh mahupun suku katanya tak panas sebab ada banyak pokok.. so, kami pergilah jugak..

Baru dah naik sikit.. Kami dah semput.. Nampak sangat jarang exercise.. Jalan dia bertar tapi curam.. So, memerlukan tenaga untuk mendaki.. Phewww,, berpeluh-peluh manja kami naik..


Daripada gambar tu menunjukkan aku yang snap.. Bermaksud aku lagi kuat stamina sebab berjaya mendaki lebih laju daripada mereka.. Hahaha.. Apelah korang ni lambat... Aishhh.. (ayat orang kuat)


Sepanjang jalan tu ada saja signboard.. DUDUK dan BANGUN.. Jadi kami bergambar jer kat semua tempat tu.. (signboard ke org panggil??)..

Akhirnya,


Dapat side dari belakang jer sebab pagar kunci.. Sedih2.. Tapi, sini bukan puncaknya.. Refer gambar first balik, puncak dia kat pencawang tuh.. Kami cuba guna kudrat yang ada untuk daki lebih tinggi.. Apakan daya.. Lagi 1/5 nak sampai semua dah pancit.. Tapi still dapat capture view ni..


Macam pagi jer lagi padahal nak dekat tengahari kot.. Walaupun tak sampai pencawang tapi puas sebab sampai jugak ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU tu.. Dan lagi tinggi daripada tuh.. Oh,yeah!!!

Lepas tu makan pizza kat giant.. Daripada tingkap giant, nampak kat mana kami berhenti tadi.. Semua cakap,

"Wah, tinggi gak ar kita naik.. Rasa-rasa ada orang nampak kita tak dari giant tadi?"

Ayat budak perasan semua ni.. Ahaks!!

*kali kedua aku jumpa blogger rumah dia area rumah aku.. cuma kali ni betul-betul sama tempat.. dulu behrang sekarang betul-betul sungai kurus.. hahahaha.. what a small world.. ;p

Sunday, June 17, 2012

Bertimbang rasalah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku selalu tulis dunia ni bukan untung kita sorang jer.. Ada orang lain yang tinggal sama2 dalam dunia ni melainkan kita duduk sorang-sorang dalam hutan tu ke mahupun di benua antartika sana.. Maybe itu boleh sensorang tapi tetap ditemani makhluk ciptaan Allah lain kan..

Nak kata aku ni seorang yg bertimbang rasa taklah sangat.. kadang-kadang aku pun selfish jugak.. Mungkin ada certain masa kita kena pentingkan diri tapi tak lah dalam semua hal kan.. Kalau kita tak suka orang buat macam tu kat kita jangan buat.. Ini tak, dah tahu kita tak suka orang buat kita macam tu.. Tapi kita seronok buat jugak..

Aku pernah sakat kawan aku sampai dia merajuk sungguh dengan aku.. Ni lagi satu, jangan ingat bila kita tak kisah sesuatu benda kita anggap orang lain pun sama tak kisah.. sama lah kes macam aku.. sebab aku tak kisah orang bergurau dengan aku macam tuh, aku pun buat sama kat orang lain.. Memang rasa guilty sangat dengan kawan aku.. Tapi dia dah maafkan aku kann... kann...

Aku tak suka orang kacau aku tidur.. Perli-perli aku ataupun buat bising tengah sedap aku tidur.. Itu memang aku elakkan walaupun suara aku yang volume tinggi ni terlepas jugak.. Aku ingat lagi masa matrik bulan puasa,

"Atil kalau sahur macam pencuri."

Mana taknya, kadang-kadang bukak lampu bilik pun tak.. Aku risau kacau orang lain tidur.. Sama jelah kalau macam sekarang.. Aku kalau berjaga sorang-sorang ataupun bangun tengah malam, berjengket-jengket aku pergi dapur sebab ni umah kayu nanti housemates aku lain terjaga jugak..

Kenapa aku buat entri ni??

Disebabkan kami dah tak duduk rumah sewa ni so adalah penyewa baru dalam kalangan students jugak.. Kira junior lah.. Salah seorang tu junior kitaorang (aku baru tahu sebab dia tegur aku kat fb).. Sebab diaorang nak balik bercuti dah dan sem depan nak masuk rumah ni diaorang nak letak barang terus.. Aku dengan bawang ungu paksa dalam rela mengosongkan bilik kami untuk mereka letak barang.. Ruang tamu telah menjadi bilik aku sepenuhnya (aku memang tidur ruang tamu sepanjang menyewa rumah ni)

Dalam petang tu diaorang datang cakap nak hantar barang malam tu nanti.. Kami pun ok jelah.. Malam tu kami tunggu tak datang pun.. Bajet diaorang dalam pukul 8 or 9 mlm macam tuh.. Tapi tak ada jugak..

Last-last sekali pukul 10 lebih baru datang.. Dah letak barang sampai beberapa trip.. Aku tanya,

"Ada lagi barang tak lepas ni?"

Ada lagi katanya.. Tapi lepas tu tak ada datang dah.. Sampaikan aku dah kunci pintu rumah pun..

Tapi.. Tengah aku syok-syok main game.. Safi rania sibuk online.. Bawang ungu dah tidur dengan nyenyak nya kat sebelah aku.. Kami dengar,

'Tok,,tok,,tok'

Aku bukak pintu tengok diaorang datang balik bawak barang lagi.. Bawang ungu terus terkejut bangun tidur.. Korang tahu pukul berap dah masa tu??

Pukul 1 pagi lebih baru datang.. Boleh punya tanya,

"Dah tidur ke kak?"

Selamat senyuman masih di bibir .. aku tanya

"Pergi mana tadi?"


"Pergi makan."

Bagai menusuk jantung dengar jawapan tuh.. Selamat aku dan safi rania tak tidur lagi.. Kalau tak memang aku tak bukak pintu lah..

Kesian bawang ungu lepas tu tak boleh nak tidur dah.. Hmmm..

*memanglah students selalu tidur lambat tapi berpada-pada lah jugak kan.. =)




Thursday, June 14, 2012

GAME..

Bismillahirrahmanirrahim..

Mula-mula sekali nak cakap

Sumber: google
Sebab tulah aku menghilangkan diri beberapa hari.. selalunya kalau tak update entry mesti aku singgah jugak tinggalkan komen kan tapi kali ni aku pergi macam tu jer.. Ada pulak yang ingat aku tak mandi berhari-hari pulak.. Jangan risau bekalan air pulih pada malam nya.. So, aku sangat wangi yang bukan wangi tipu-tipu masa pergi exam.. Heeee~~

Lagi satu aku bukanlah 24 jam study nyer.. Aku?? Taklah serajin macam tuh.. Bila aku tak study aku da masa nak berblog tapi game membuatkan aku terbantut untuk BW.. Aku giler kan game avengers kan fb tuh.. Game lawan-lawan memang aku suka..Blog dah terletak no berapa ntah.. So, kawan-kawan jom join aku main game avengers.. Hahaha..

Cerita pasal game kecik-kecik dulu aku suka main game yang susun bata tuh.. ada zig-zag lah.. ada game kereta dalam dia tapi bentuk dia semua macam bata.. korang mesti tahu kan.. aku tak ingat nama dia.. yang pasti dia pakai bateri biasa jelah.. nak tunjuk gambar nama pun aku tak ingat..

Bila dah ada komputer kalau tak silap zaman aku sekolah rendah.. Dah ada game dalam komputer.. Aku mang menggilai game street fighter tuh.. Kawan pulak dengan sepupu-sepupu laki memang masuk lah kan.. Diaorang yang ada game tuh aku tada so balik kampung jelah aku main.. Yang best nya aku selalu kalahkan sepupu-sepupu laki aku kalau main.. Weeee~~~

Abugittttttttt...

Abang aku kalau balik umah mesti ada game baru.. Kadang-kadang sampai pagi berjaga.. Aku kan kecik lagi tak adalah berjaga sama.. Cuma abang aku amat kedekut dengan aku.. Kadang-kadang jer bagi main.. Selalunya tak bagi terus.. Hampas betul lah..Sampai sekarang dia memang kedekut teknologi dengan aku.. Ceittt...

Masuk sekolah menengah main game budak-budak dah.. Game mario lah.. Game tangkap ikan lah.. Game yang suka-suki jelah.. Game hilangkan bosan memang best kan.. Pergi kelas komputer bukan nak belajar tapi sedap main game mario tanpa cikgu perasan.. Tulah sekarang dah terkial-kial nak belajar.. Hahaha..

Masuk U pulak still game kanak-kanak riang.. Game serve burger, saloon, plants vs zombies dan seangkatan dengan nya.. Paling best tuh game Jojo's Fashion Show.. Memang terbaik lah asyik pakaikan baju dekat model seksi tuh.. Tapi aku layankan jugak sampai abis level.. ;P

Apabila kegilaan facebook makin menjadi-jadi.. Meletuplah game farmville, cityville dan segala ville.. Tapi aku main cityville jer.. Itupun kejap untuk menghilangkan bosan.. sejak hari aku berhenti main game fb, aku mula jadi bengang bila orang anta request game kat aku.. Semakkan notification jer sehinggalah bawang ungu perkenalkan game avengers ni.......

Disebabkan avengers game lawan-lawan so, aku yang bukan kaki game macam housemates aku yang lain turut terjebak sama.. Selalunya kalau diaorang kecoh-kecoh main game, aku buat tak tahu jer.. Tapi game ni membuatkan aku ketagih.. Cerita avengers pun aku tak khatam lagi tapi game ni dah banyak aku main.. Sampaikan bangun pagi-pagi sebelum study main dulu sampai abis energy.. Lepas tu mengamuk satu rumah sebab game tak boleh loading.. (^.^)


So, cerita game korang pulak macam mana??


Friday, June 8, 2012

Berita terkini..

Bismillahirrahmanirrahim....


Lokasi X- Kawasan sekitar lokasi X telah mengalami mengalami gangguan air melebihi 12 jam disebabkan berlakunya suatu insiden dihadapan sebuah universiti. Menurut saksi bawang ungu dan si cun yang melihat tempat kejadian. Tanah dilihat runtuh walaupun bukan berada di kawasan tanah tinggi. Kemungkinan tanah mendap telah berlaku dan mengakibatkan paip pecah. Kawasan yang mengalami masalah meliputi banyak taman perumahan termasuk universiti berdekatan dan dikhuatiri bekalan air akan terputus sehingga keesokan hari.


Arghhhhhhh.. Stress sungguh rasa nya bila tak ada air tiba-tiba. Nak terbuang air kecil, besar semua terbantut. Lupa nak cakap berita kat atas tu aku yang buat.. So, format yang entah pape aku tibai.. Suka ati aku lah kan berita blog aku.. Ahaks!!

Kami tak bersedia langsung untuk ketiadaan air.. Fuhh,, selamat aku orang pertama mandi. Jadi, aku sempat lah bersabun sikit kan. Kawan-kawan aku?? Terpaksa pergi hostel u untuk mandi-manda. Tapi aku join sekaki lah. Dah mandi beberapa bekas air ja mana cukup. Ye dakk??

Sekarang bekas air kitaorang kering-kontang. Dengan hostel tak ada air. Acano tu? Kawan aku yang duduk umah sewa lain pun sama jugak.. Amik wudhuk macam mana?? Aku guna air Dr.Sukida yang sempat dibeli semalam..

Esok nak exam.. Exam pagi pulak tuh.. Kalau sampai pagi esok takda air jangan tanya macam mana aku pergi exam esok..Hahahaha..

*malam ni aku tahan lah diri dari terkucil nampak nya.. Adoi!!
** aku tahu anak bongsu dengan anak tunggal selalu ada imaginary friends.. Kan littledolphin (^.^)

Wednesday, June 6, 2012

Imaginary friends...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dia selalu kelihatan bermain seorang diri. Becakap seorang diri. Ketawa seorang diri. Orang sekeliling yang melihat dirinya berasa hairan dengan siapa dia bermain selama ini. Katanya, kawan nya bernama Arif. Tapi tak kelihatan sesiapa pun. Kadang-kala ibu bapa nya terdengar dua orang kanak-kanak ketawa dengan riang di tingkat atas bilik nya. Apabila dilihat tiada sesiapa pun bersama nya. Dan dia menjawab itu lah kawan saya, "Arif".


Pernah dengar tak cerita macam ni?? Cerita lebih kurang lah. Cerita yang kat atas tu aku main reka jer. Tak ada kena-mengena dengan hidup dan mati. Kaitannya ialah ada kanak-kanak yang mengaku dia ada "kawan" tapi sebenarnya kita tak nampak siapa-siapa pun.. Pernah tak baca, dengar atau tengok depan mata???

Aku pernah baca je. Tengok depan mata tak pernah. Harap-harap takkan jumpa dengan budak macam tu. Sebenarnya entry ini bukan entry mistik ataupun entry cerita hantu-mantu mahupun kisah syaitan durjana.. Saja nak buat pendahuluan konon-konon gempak.. Ahaks!!

Macam tajuk entry ni, 'imaginary friends' ataupun 'kawan imaginasi'. Lain nya apa yang aku nak cerita ni, kawan imaginasi yang betul-betul imaginasi tanpa unsur benda lain mahupun disebabkan masalah tekanan jiwa sampai seseorang itu berhalusinasi..

Aku ni adik paling kecik dalam keluarga.. Lepas tu, adik-beradik atas aku jarak umur yang jauh dari aku.. Lepas tu pulak, masa kecik-kecik tinggal di kuaters yang kekurangan ataupun boleh dikatakan tak ada budak sebaya aku. Aku kalau nak main dengan kawan-kawan lain terpaksa merentasi jalan raya untuk ke kampung sebelah. Jadi, hidup aku penuh kesunyian ditemani mak dan ayah jer. Adik-beradik lain semua dah merantau jauh duduk asrama..

Bayangkan kebosanan yang amat di rumah. Zaman dulu bukan nya ada apa sangat kan.. (aku tulis zaman macam dan beribu tahun jer).. Aku terpaksa menjadi kreatif untuk hiburkan hati sendiri. Nak main dengan kawan-kawan?? Bukan setiap masa mak aku bagi. Bahaya tau untuk kanak-kanak comel macam aku ni..  Hahahaha..

Jadi, aku terpaksa menubuhkan 'kawan imaginasi' aku sendiri.. Ada 12 orang semua nya termasuk aku. Watak dipilih daripada buku teks darjah dua, cerita A.L.O.N.G punya watak dan ada yang aku reka sendiri.. Nama yang aku ingat sampai sekarang ialah Hamidi, Nani, Red, Eli, Ella, Kodak, Kadok.. Itu jer aku ingat..Dan dengan "mereka" lah aku mula bercakap seorang diri macam orang tak betul.. Lalalala~~

Scenes yang ada ikut suka aku lah. Aku nak jadi doktor, cikgu, kerja pejabat dan macam-macam karektor aku bawak dibantu oleh "kawan-kawanku".. Satu family aku tahu aku jadi macam ni. Tapi mereka tak hairan pun. Selagi aku normal diaorang biarkan jelah. Aku still boleh beza antara imaginasi dan real life ok..

Ada sekali tu sekolah rendah aku buat lawatan pergi Cameron Highlands, excited aku nak pergi. Mak aku kata,

"Kalau nak pergi guna duit sendiri. Duit Atil banyak kan."

Aku sukalah. Tapiiiiiiiiii... Duit tu aku tak tahu letak mana. Mak aku punya lah marah. Selongkar satu rumah. Aku tahu nangis je kena marah. Mak aku tanya letak mana. Aku jawab,

"Atil letak dalam sampul surat yang ayah taknak guna tu. Konon-konon nak main bagi gaji kat pekerja atil."

Lagi lah mak aku marah. Takut terbuang kan. Telefon kakak sulung aku tanya. Sebab kakak aku jenis suka buang barang. Mak aku selongkar tong sampah cari. Tak jumpa-jumpa. Last sekali jumpa dalam laci almari bilik abang. Baru aku teringat aku main bank masa tu.. Konon-konon nak withdraw duit.. Aiyooo!!!

Ada sekali tu bulan puasa.. Suasana sepi jer kat rumah. Ada mak aku masa tu sibuk buat kerja dia depan ruang tamu. Masa tu mood mak aku tak berapa baik. Aku bukan kisah pun. Aku main dengan bahagia nya. Aku tak ingat main apa. Tapi yang pasti konon-konon ada orang datang umah. Mana punya idea lah aku buat pintu peti sejuk tu jadi main door. Mak aku dengarlah pintu peti sejuk bukak, so apa lagi,

"Atil!!!! Mari sini. Tak puasa ke? Kenapa bukak pintu peti sejuk tu hah?"

Tak pasal-pasal hari tu aku kena bebel..

Aku main sorang-sorang ni sampai lah aku darjah 6.. Giler teruk perangai aku. Masuk hostel dah tak main. Nanti ada orang kata aku sewel pulak. Lagipun masa tu aku dah ada ramai kawan.. So, nak buat apa kawan-kawan tak nampak tu kan.. ;P

Perangai aku macam dah diperturunkan kepada anak saudara aku.. Semua cakap,

"Ikut perangai maksu lah tu."

Adoi!!!

*Jangan risau semua aku masih waras. Kalau tak waras aku takda tulis kat sini dengan jaya nya. Jangan pandang serong dengan aku sudah. Tak pasal-pasal ada ambulans amik aku jap lagi.. Hahahaha.. Atau korang pun sama macam aku kan..kan..kan..kannnnn..


Monday, June 4, 2012

story teller

Bismillahirrahmanirrahim..

Sekarang musim exam.. Dan hari ni aku baru abis satu paper.. English for Occupational Purposes.. Paper seterusnya 9hb.. Lama lagi tak rasa-rasa nya??? Aku amik empat paper yang ada exam jer untuk last sem ni.. So, jangan tanya aku asyik pergi blog korang tapi tak buat entry pun yea.. Sebab.. sebab.. sebab.. aku penat perah otak nak buat entry.. Hahahaha....

Nak buat entry yang penuh feel, catchy dan sampai kepada readers tak lah senang.. Nak buat entry tangkap muat memang senang macam aku buat sekarang ni.. Sebab tu kot entry aku memakan masa berhari-hari nak update sebab nak bagi korang faham apa yang aku sampaikan.. Adakah penyampaian aku bagus setakat ni?? Dengan penuh elemen aku letak dalam setiap entry aku.. Tak kisah lah citer pasal peribadi aku, pasal melalut aku, pasal opinon aku.. Aku harap sangat korang dapat rasa macam mana perasaan aku masa tulis entry.. Aku harap sangat korang dapat rasa kesedihan, kegilaan, kebudak-budakan, kegembiraan dan macam-macam feeling dalam setiap apa yang aku tulis.. Dan tak lupa ketakutan yang ada.. Keh..keh..keh..

Nak diikutkan aku ni memang story teller dalam dunia sebenar.. Mulut aku kalau bercerita memang banyak.. Bukanlah maksud aku ni banyak mulut, mulut tak diam (ada lah sikit), murai tercabut ekor (aku mulut murai) sehingga orang tak larat layan aku.. Okay, ni aku tipu.. Sampaikan bawang ungu dan safi rania tak larat nak dengar aku citer.. Ceitttt...

Aku kalau bercerita penuh expression.. Penah masa kat sekolah dulu,

"Atil, hang toksah lah nak buat gaya pejam-pejam mata nak tunjuk hang tu tido."

Aku cerita dengan gaya sekali selalunya.. Kadang-kadang aku buat review citer sampaikan orang rasa macam best padahal citer tu bukan best sangat pun.. Aku tak tipu!! Betul!! Ada masa aku pergi kenyir hari tu aku cerita movie anaconda dengan kawan-kawan aku satu van ni.. Diaorang ni tak lah rapat sangat dengan aku tapi aku bercerita jugak.. Last sekali, ada yang mintak movie tu dengan aku.. Yang sorang lagi siap cakap,

"Atil, aku nak duduk sebilik dengan ko sebab ko pandai bercerita." 

Jangan bagi aku duduk seat belakang dengan korang.. Kalau tak sepanjang jalan korang kena dengar celoteh aku.. Serius!!

Tapi, kelemahan aku tak pandai sesuaikan diri dengan kawan baru sangat.. Hmmm.. Perempuan boleh tapi kalau laki fail.. Sehingga kan masa practical hari tu sebab situ penuh dengan lelaki aku diisytihar seorang yang pendiam.. Tak pernah aku dapat anugerah macam tu.. Nampak macam aku hebat cakap kat sini dengan korang tapi depan-depan sure fail.. Pijak semut tak mati.. hahahaha..

Macam mana aku boleh jadi story teller?? Sebab dari tadika sampai sekolah rendah memang aku masuk pertandingan bercerita.. Masuk sekolah menengah kalau aku present something orang asyik tergelak jer.. Sampai aku tak tahu kenapa.. Mungkin intonasi aku guna berbeza.. Rendah, tinggi, ada stress words sikit..

Hmmm,, masuk u ni aku presents dah tak best macam dulu sebab aku presents benda ilmiah yang aku tak tahu nak deliver speech macam mana.. Sehinggalah present business proposal aritu macam aku lepaskan apa yang aku simpan selama ni... Aku akan jadi good speaker bila aku deliver benda yang aku suka.. ;P

Jangan tanya pasal debate.. Aku tak bagus dalam tu.. (^.^)

Sekian saja entri mengarut aku.. Siapa yang baca sampai sini.. Tahniah!!

*aku seorang yang pemalu.. :P

Saya pemalu!!!