dewan rakyat

Thursday, May 31, 2012

Si kecil..

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam ni malam khamis.. Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi kuala terengganu ni.. Alhamdulillah.. Memang panas sungguh sampai tak terbilang aku mandi berapa kali (sekali lagi aku menipu).. Kami bertiga yang happy dah submit thesis menghabiskan masa tengok amukan pocong.. Sorang lagi dah qada' tido sebab berjaga sampai pagi siapkan final draft.. Tengok citer ni kesian betul dengan pocong.. Asyik tergolek-golek jer.. Selalunya citer pocong asyik terlompat-lompat.. Aishhh.. Ape ke hei nye aku citer sal pocong pulak ni??

Berbalik kepada tajuk.. Sebenarnya aku tak reti nak letak tajuk apa.. Nak buat sambungan kan.. So, aku ambil keputusan letak nama watak dia.. "Si kecil"

Aku baca komen-komen semua.. Ada yang jawab tak.. Ada yang jawab yea.. Ada yang taknak jawab pun ada.. Siap ada orang tu boring pos ong.. kedek-kedek kat aku panjang-panjang.. Siapakah?? Tak lain tak bukan Misz domu.. Siap ada tukang support Dalca dan Mr. Clive.. Apapun.. Jawapan nya ialah...


Jeng..


Jeng,,


Jeng..


Jeng..


Jeng...


Separuh betul separuh rekaan semata untuk penyedap cerita.. Siapa yang betul?? Miss M aka Teenager Housemaid... Cerita tu memang benar tapi part yang atas macam bawak roti milo, si kecil nak makan burger telur sangat, semua rekaan semata-mata.. Untuk mengelirukan pembaca misteri yang terjadi..

Ringkasan cerita sebenar,

Si kecil tak bawak bekal pun hari tu.. Memang dia kaki pow bekal kawan-kawan dia.. Sebelum dipelawa oleh Dila yang tak dapat habiskan burger nya dia dah pow makanan member dia yang lain.. Hahaha.. Tapi yang part sinki tu memang dah betul.. Cuma, si kecil toleh belakang tak ada orang bila alih pandangan ke genggaman nya memang betul ada span bukan burger dan sempat nampak tangan.. Ada kawan dia kata nampak orang nya kemudiannya hilang.. Bagi si kecil kawan dia reka cerita.. Sebab apa?? Sebab kawan dia memang kaki buat cerita..

Si kecil tak ada deria ke-6 mahupun deria ke-7,8 dan seterusnya seperti yang dikata Yumida.. Dia orang biasa.. Mungkin kejadian tu mainan perasaan dan kalau ada misteri pun.. Biasalah dimana-mana pun ada kan "benda" macam tu... (^.^)

Amacam ada suspen tak cerita aku?? Keh..keh..keh..

*Entri paling banyak aku mention kawan-kawan blogger setakat ni.. ;P


Tuesday, May 29, 2012

Burger mana??

Bismillahirrahmanirrahim..

Kringgggggggggg..

Menandakan waktu rehat bermula. Semua murid berpusu-pusu keluar daripada kelas menuju ke kantin untuk menjamah makanan yang ada. Si kecil tak lupa mengambil bekal roti milo nya keluar bersama rakan-rakannya dan menuju ke tempat biasa mereka menghabiskan waktu rehat. Port yang mereka amik cukup baik, di bawah pokok di tepi kolam yang tak berair. Tak tahulah bila masa kolam tu nak berair..

"Kamu bawa apa Dila?" si kecil bertanya.
"Kiter bawak burger telur," dila jawab sambil menujukkan burger telur nya..

Si kecil yang tengok burger telur terliur sambil meleleh air liur. Dia? Hanya berbekal kan roti milo sahaja.. Nak buat macam mana, mak dia mana sempat nak buatkan sarapan. Semua kawan-kawannya makan dengan berselera kecuali dia. Tanpa segan-silu dia,

"Dila, kiter nak sikit burger kamu nanti boleh?"
"Boleh. Kiter tak larat nak abiskan pun nanti."

Si kecil memang happy giler bila si Dila memberi green light. Disebabkan kesian tengok rotinya tak terusik lagi. Dia makan roti milo nya perlahan-lahan menunggu bahagian burge nyar nanti. Setelah habis roti nya, dia bangun ke sinki berhampiran untuk membasuh tangan. Si kecil tidak mahu saki-baki milo di tangan menghilangkan rasa burger telurnya. Makan mesti mahu sedapkan.

Sedang dia asyik membasuh tangan, ada seseoarang menghulurkan sesuatu,

"Nah, burger nya si kecil," si penghulur berkata.
"Terima ka....." si kecil mahu berterima kasih sambil menoleh ke belakang. Hairan, tiada siapa pun di belakang nya. Dia pun melihat apa yang ada di tangannya. Span!! Bukan burger seperti yang diharapkan... Mana burger??

Si kecil mula panik sambil memanggil nama kawan nya.

"Dila oh dila!"
"Kenapa? Kiter tengah buang sampah ni."
"Eh, bukan kamu ke bagi kita burger kat sinki tadi?"
"Mana ada lah. Kiter baru abis makan dan nak bagi kamu burger ni."

Si kecil mula berfikir. Siapa lah pulak tadi kan.. Mainan perasaan ataupun.......
Disebabkan dia masih kecil (dalam darjah kan). Dia buat tak heran dan makin syok citer kat kawan-kawan dia apa yang terjadi.. Macam tak ada pape jerrr...

*Korang rasa cerita betul ke atau rekaan semata-mata.. jawab jangan tak jawab (^.^)

sumber: google

Sunday, May 27, 2012

Malam penuh glamour..

Bismillahirrahmanirrahim..

Pertemuan kita di suatu hari,
Meniti ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku ke hadrat illahi
Di atas jalinan yang suci..

Betul ke tidak lirik lagu tu entah.. Aku ingat-ingat lupa sebab dah lama tak dengar dan nyanyi.. Korang tahu tak lagu apa tu?? Tahu kan.. kan..kan...

Pejam-celik, pejam-celik.. selamat celik lagi sekarang.. aku dah nak abis belajar pun kat ganu ni.. Macam baru semalam aku daftar masuk dengan muka sememeh.. Alih-alih nak abis dah.. Tinggal berapa bulan ja lagi... Kalau siap aku anta thesis maka lagi cepatlah aku balik kan.. Dan mungkin takkan balik sini lagi.. Sob2x..

Tiga tahun kat sini macam-macam aku lalui.. Gembira,ketawa, sedih, gaduh dan semualah.. Cukup rencah resepi.. Tak payah nak tambah-tambah lagi.. Opsss,, sebenarnya entri ni bukan nak carita sedih mana pun.. Cuma bila aku update pasal ni maknanya masa makin singkat untuk bersama coursemates aku yang vogue, bergaya, glamour dan macam-macam lah...

Tahun ketiga ni paling banyak aku join apa saja yang budak course buat.. Tiap-tiap minggu ada jer aktiviti.. Dan yang terbaru sekali ialah... ANNUAL DINNER.. konon-kononnya nak meraikan kami yang nak beransur pergi dari sini.. :(

Malam ni memang bergaya sakan budak coursemates aku.. tak kiralah perempuan, lelaki pun sama.. aku jer biasa-biasa.. make-up pun pakai blusher dgn eye liner.. lipstick pun tak pakai (aku punya bibir alah sikit benda-benda tu).. sampai transform sangat lah.. sampai tak kenal... keh2.. (ayat melampau)..

Sebelum aku melanjutkan cerita penuh gambar nak menunjukkan betapa glamorous nya kami.. buat-buat bersabar tunggu dia loading yea.. Majlis ni gabung sekali dengan course kembar tuh.. Lagi glamour lah u olsss.. hahaha..

fuyooooo...
Course mate aku.. (^.^)
aku suci warna putih.. hahaha..
king n queen
 Tema malam tu Grand Stella Night.. Patutnya pakai star.. Tapi berapa kerat je pakai.. Lantaklah.. Asalkan kami enjoy!! (makan tak cukup untuk aku.. aishhh)

Kenangan ni aku simpan sampai bila-bila (^.^)

Friday, May 25, 2012

Tinggi vs Rendah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku dari kecik, tadika, sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah dalam form 1 dan form 2 tak pernah diisytihar tinggi.. Memang kemetot je.. Kalau beratur masa berbaris masa tadika dan sekolah rendah sah-sah duduk depan sekali.. Kalau tak depan sekali, 2nd tak pun 3rd.. Area tu jelah.. Kalau nak merasa duduk belakang masa aku jadi pengawas bertugas.. Masa tu boleh lah berangan nak duduk belakang kan.. =)

Masa aku darjah 1 kawan dengan jiran umur 4 tahun sama saja tinggi aku.. Tak nampak umur berbeza pun.. Cakap pun sama jer.. Pernah lah kawan kakak aku cakap,

"Kalau adik aku kan Hani masa darjah 1 tinggi dia macam adik ko darjah 3 (kakak aku pun Hani yea)," ceitt memang mulut tak makan saman betul lah ngata aku kan..

Aku dah biasa lah orang ngata aku kecik lah, rendah lah.. Pakej mata lagi.. Ok, itu dah jadi normal masa sekolah rendah..

Masa sekolah menengah dalam Form 1 macam tu aku kawan dengan kawan yang rendah sepesen aku.. Tapi masa ni aku paling rendah.. Ingat tak bawang ungu?? yang selalu ada dalam entri-entri aku.. dia satu sekolah dengan aku dulu.. Dan kami pernah segeng lah masa sekolah kan..Aku lagi rendah daripada dia.. Maybe tinggi aku masa tu lebih kurang 140 cm +++ macam tuh.. Tak ingat lah exactly nya berapa..

Masuk Form 2 aku start tukar kawan.. Sebab aku dah terpisah dorm dengan kawan-kawan aku dulu.. Aku kawan dengan kawan yang lagi matured + kawan yang lagi tinggi.. And again.. Sah-sah aku paling rendah.. Ada lah antara diaorang cakap,

"Tak reti nak kawan dengan hang Atil."

Aku tak paham apa yang tak reti nya.. Ada jer yang aku betul-betul baik kan.. So, aku tak kisah lah orang nak cakap apa.. Asalkan aku tahu aku comel macam kan.. Kah..kah..

Naik Form 3 masa ni tinggi aku dah nampak.. Sampai kan ada satu masa dalam kelas,

"Hani Dzatil kamu makin tinggi yea," cikgu aku tegur.. Malu giler yang amat lah masa tu.. Dah tegur aku depan-depan kan dalam kelas pulak tu.. Segan sangat masa tu..

Sehinggalah Form 5, ketinggian aku mengatasi ketinggian kawan-kawan aku yang lain.. Dan aku menjadi antara budak perempuan yang paling tinggi dalam batch aku.. Ada bangga sikit dalam hati masa tu.. Hahaha..

Rupa-rupanya ketinggian aku diperhati jugak oleh budak-budak laki batch aku.. Aku ingat kan tak ada siapa-siapa perasan aku.. Ada satu masa, aku ni bergegas nak balik hostel sebab nak kejar turn makan kat dewan makan.. Lambat nanti panjang lah aku beratur.. Ada lah kawan laki ni tegur,

"Weyh, Hani Dzatil kami budak laki heran macam mana hang boleh tinggi tiba-tiba,"

Aku terkejut lah jugak kan.. Mana taknya sanggup dia berlari kejar aku nak tanya .. Macam biasa jawapan sempoi aku,

"Aku minum susu," memang aku tak tipu pun aku minum susu selalu sampailah sekarang.. (^.^)

*aku taklah tinggi mana sekarang.. belum sampai tahap model lagi.. ;P


Aku yang kiri sekali.. =)

Aku dah lagi tinggi dari bawang ungu!
(aku tinggi lagi patutnya.. aku bengokkan kaki.) ;P



Wednesday, May 23, 2012

Janji untuk berubah....

Bismillahirrahmanirrahim..

Manusia ni suka untuk berjanji.. Kadang-kadang janji benda yang belum tentu nak tunaikan,

"Aku janji tak kan mandi lambat lagi." (penipuan besar pernah aku buat)
" I janji takkan sakiti hati U lagi lepas ni," (ni penipuan besar dalam tv mahupun dimana saja)
"Esok, aku janji nak start jogging," (last sekali jogging atas tilam jer..)

Tapi, apa aku nak cakap ni bukan pasal janji yang biasa-biasa ataupun janji yang tak ada komitmen yang tinggi (aku tak reti nak describe ayat aku sebenarnya)... Ni janji untuk satu perubahan.. Perubahan yang lebih positif untuk masa depan diri sendiri dan negara.. ;p

Kita buat janji (aku guna kita yea) ni selalunya berjanji pada sesuatu.. Contoh, janji pada diri sendiri, janji pada Tuhan, janji pada orang...

Janji pada diri sendiri,

"Aku berjanji aku akan belajar sungguh-sungguh.. Tak mahu main-main dah."
"Aku janji kerja aku kena siapkan tanpa bertangguh,"
"Aku janji nak berubah menjadi lagi baik tahun ni dengan lebih banyak masa untuk mendekatkan diri pada Allah."

Itu antara contoh kita berjanji pada diri sendiri.. Janji untuk berubah untuk sesuatu lagi baik.. Selalunya memang lah nak berubah lagi baik kan.. Janji ni hanya kita yang tahu.. Ofcourse Allah pun tahu kan.. Kalau janji ni tak ditepati pun kita buat relaks jer.. Menyesal pun sorang-sorang jelah menyesal.. Aku selalunya dalam kategori ini..

Janji pada Tuhan,

Kita selalunya memohon pada Tuhan supaya menjadikan lebih baik atau guide kita supaya menjadi lebih baik.. Kadang-kadang kita menyesal dengan setiap dosa yang kita buat.. So, kita berjanji pada diri sendiri, pada Tuhan supaya tidak mengulangi kesilapan yang lalu.. Apa yang korang berjanji korang tahu lah kan.. Ini antara kita dan Tuhan.. Rasa-rasa janji ni macam mana?? Aku lah yang selalunya langgar janji aku buat..

Janji pada orang,

Kadang-kadang apabila kita mahu berubah kepada lebih positif kita pun buat janji lah pada orang lain.. Ni bukan janji biasa tapi janji perubahan besar.. Macam orang lain menjadi saksi janji kita supaya tidak ulang kesilapan yang sama,

"Mak, saya janji saya akan jadi anak baik dan tak lawan dah cakap mak lepas ni."
"Aku janji kat kau yang aku takkan buat dah benda-benda tak baik yang pernah aku buat dulu."

Janji ni dah lain sikit.. Sebab nya, orang lain dah jadi saksi janji kita.. Janji pada diri sendiri dan pada Tuhan hanya kita yang tahu.. Tapi bila kita dah berjanji depan orang lain bersaksikan mereka maka dengan tidak langsung tindak-tanduk kita diperhati... Kalau kita pegang pada janji tu baguslah.. Kalau tak macam mana??

Mungkin orang yang menerima janji mula pandang serong ataupun meluat dengan kita punya janji.. Mungkin orang yang menerima janji rasa sedih bila melihat kita yang bersungguh-sungguh nak berubah tapi hangat-hangat tahi ayam jer.. Mungkin mereka dah tolong kita untuk berubah tapi kita buat tak tahu jer.. Mungkin mereka rasa dia ni cakap lebih-lebih jer dulu tapi tak buat.. Banyak kemungkinan di situ..

Tak kisah lah kita berjanji berubah pada siapa-siapa pun.. Yang penting kita tunaikan sedaya mungkin.. Aku sendiri tak tertunai janji pada diri sendiri dan pada Allah tapi setakat ni aku tak pernah nak berjanji depan orang lain.. Sebab apa?? Sebab aku akan tunaikan janji aku dulu baru aku citer.. Sedangkan depan mak ayah pun aku tak janji lagi.. ;p

Aku tak tahu motif entri ni tapi aku harap ada sesuatu yang difahami di sini.. =)

*kawan aku accident kereta sampai terbalik.. mujur selamat dan minor injury jer..

Monday, May 21, 2012

Ada yang pelik...

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam ini adalah malam NISFU SYA'BAN (tutup nya buku amal)
Sebelum terlambat saya mau minta maaf sama semuanya saudara2ku & teman2 ku, mohon maaf ya kalau saya punya salah baik sengaja atau tidak :)
NABI MUHAMAD SAW b'sabda: barang siapa yg mengingatkn kedatangn bulan ini, HARAM API NERAKA bagi nya .

Hari Selasa ni bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahima...hullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar. 



Ada nampak tak status ni kat facebook?? Hmmm... aku rasa status yang baik tapi aku rasa macam ada sesuatu yang pelik kat situ... Ada rasa tak??


Malam nisfu Sya'ban macam dinyatakan di atas macam malam terakhir bulan Sya'ban pulak.. kan..kan..kan..


Padahal hari ke-15 Sya'ban kan.. Mintak maaf kalau aku salah tafsir or tersilap info.. =)


Lagipun belum masuk bulan Sya'ban lagilah.. Lepas Rejab baru Sya'ban.. kan..kan..kan..kan.. (aku dah tengok kelendar untuk buktikan).. keh2

*tak sabar tunggu Ramadhan..

Thursday, May 17, 2012

Teman tapi mesra??

Bismillahirrahmanirrahimm

Aku punya teman,
teman sepermainan,
kemana ada dia selalu ada aku.....


Cukup-cukuplah aku nyayi sensorang kat sini.. Tahu tak lirik lagu apa?? Lagu tajuk entri aku kan.. Lagu yang popular satu ketika dahulu dan frasa TEMAN TAPI MESRA macam menjadi famous lepas tuh.. Aku rasa lah kan.. hahaha..

Dulu-dulu aku menggilai gak lagu ni.. Pasaipa tak tahulah.. Yang pasti setiap kali aku sign autograph kengkawan nyer buku aku tulis,

Yang comey,
Atil, aka teman tapi mesra..

Punya lah bajet comey kan masa sekolah dulu.. Lagipun masa sekolah kegedikan aku agak terserlah.. harap maaf sekarang aku dah tak gedik.. Itu aku pasti!! keh2..

Teman tapi mesra ni selalunya dikaitkan dua orang berlainan jantina kan.. Kalau sama jantina aku tak cari lagi dia panggil apa.. Hmmm,,, tak yah cakap teman tapi mesra kot.. Teman dah mesra pun kan.. ;p

Citer pasal ni sejak dua menjak ni.. Da kawan2 aku sebok2 tanya aku.. Hari tu masa buat preparation tuk family day aku duduk lah dgn kawan kos aku sorang ni.. Aku panggil dia si kechek kan.. Dia tanya aku,

"Atil, ko ada teman tapi mesra kan?"
"Hah?? Masa bila pulak ni.. Sape2??"

Tuan punya badan lagi excited nak tahu siapa teman tapi mesra dia daripada orang yang bertanya... Korek punya korek dia taknak cakap pun.. Membuatkan aku berfikir sendiri siapa yang boleh dinaik taraf jadi teman tapi mesra aku ni.. Musykil..

Lepas tu orang dah taknak cakap.. Aku buat tak tahu lah.. Lupa pun.. Tapi nak buat macam mana masa kelas aku duduk dekat dia.. Aku yang dah lupa ni pun jadi ingat balik.. Sebab dia ingatkan lah..

"Cahaya mata ko tahu tak atil ni ada teman tapi mesra." Sibuk-sibuk dia cakap kat kawan aku sorang lagi.. Bawang ungu merangkap teman yang ada kemana saja aku pergi pun terkejut,

"Saper2??" bawang ungu tanya.. Si kechek dgn cahaya mata berbisik dua orang.. Aku ni suruh lah bawang ungu korek rahsia.. Tapi haram tak dapat.. Ceittt... Mang buat aku curious giler nak tahu.. Pesal pe lah tuan badan sendiri tak tahu ni.. Aishhhh..

Hari bila ntah lepas tu, nak buat macam aku duduk dekat dengan dioarang lagi.. Lupa lak nak cakap subjek yang tu gabung dengan dak kos satu lagi.. Yang ber'family day' dgn kami tu kan.. Elok pulak kerusi aku duduk tu dah macam nak tumbang.. Tapi kami ibaratkan diri kami ringan jer, kami duduk jugak sambil goyang-goyang.. Aku cakaplah,

"Kalau kita jatuh macam mana?"
"Takpe nanti ada orang sambut atil.. Untunglah kan," cahaya mata cakap..

Aiyokkkkk,, kemusykilan makin melanda diri aku.. Gaya diaorang cakap macam ada sungguh jer dalam kelas tu.. Siap tanya dia pakai baju per arini.. Aku dok pikir2 ada ke aku rapat dengan saper2.. Dalam facebook ada kot, tapi setakat facebook mang lah.. Depan-depan haram aku cakap.. Keh2..

So, korang rasa siapa teman tapi mesra aku????  ;p

** hampeh tol kay_are sekali aku bukak dashboard.. amik kaw aku punya header kat blog dia.. itu tapelah jugak.. ni siap kata aku tua lagi.. arghhhhhh.. nak buat acano aku dah bg amaran kpd mereka yg len jgn panggil aku akak.. uwaaaaaa..... aku muda lagi weyhhhh!!!! siyes aku muda lagi... nak tambah cik dpn nama aku nanti.. aishhhh..

***ramai kata aku tak tunjuk muka.. ni lagi musykil.. punya banyak aku letak gambar aku dah lam blog.. cuma aku letak dalam reramai lah.. musykil2..

****ni entri musykil..


Tuesday, May 15, 2012

Blusher semulajadi..

Bismillahirrahmanirrahim..

"Biruuuuuuuuuuu, cepat.. cepat."
"Go, biru go!"
"Laju lagi.. Kuat-kuat!!"

Macam tulah riang nya aku jerit hari sabtu hari tu.. Sampai nak terkeluar anak tekak dah menjerit.. jerit pulak bawah cahaya matahari panas terik lagi.. Mang membahang lah rasa beserta semangat juang.. Keh..keh..

Hari sabtu hari tu ada family day untuk kos bawah jabatan aku.. Ada dua kos terlibat.. Satu kos aku lagi satu kos adik-beradik kos aku.. Hahaha.. Diaorang panggil "Battle of the batches" lah konon-kononnya.. Bukan batch jer siap lawan antara kos lagi.. Memang TERBAIK lah..

Budak 3rd year kos aku dengan rasminya menjadi pasukan biru.. Dan pastinya sebab tulah aku sorak biru bukan main lagi.. Game yang masa sekolah rendah tuh,,

Lari dalam guni
Bawak bola ping-pong dengan sudu
Bawak bola berkembar
Isi air dalam botol
Jalan atas bata
Belon air

Yang atas tu acara group tapi kalau perseorangan,

Music chair
Limbo rock

Lecturers pun turun main sekali.. Sangat comel tengok lecturers lari bersama-sama bawak bola.. Adoi, cute nya!!

Lepas tu ada main tolak tali.. Hmm,, tahu tak tolak tali?? Main macam tarik tali tapi kalau tarik tali kan pihak lawan menghadap muka pasukan lawan masing-masing tapi tolak tali kiranya bertentangan lah.. Belakang lawan menghadap belakang lawan masing-masing..

Game ni lah yang mencetuskan banyak kontroversi... Dak 3rd year kos aku awal-awal kalah.. tengoklah saiz badan dan kecergasan dak kos aku berbanding yang kos satu lagi.. Mang jauh lah.. Dak kos aku banyak menghabiskan masa dalam lab.. Lepas tu boleh kira berapa jer yg rajin bersukan.. Tapii.. yang satu lagi, penuh dengan field trip.. Bersukan nya.. (banyak yea aku taw pasal dak kos satu lagi..hahaha)..tolak tali untuk laki je yea..kami perempuan gagah perkasa tak dapat tolong.. Heee~~

Yang tak best nya budak yg kos satu lagi pantang kalah.. Ada jer tak puas ati.. kata pihak lawan main tipu lah... Musykil aku.. Kami kalah relaks jer.. Dah kalah.. Biarlah kalah kan.. Aishhhh.. Aku yg stress tahu tak.. Sebab apa?? Aku dah sakit tekak menjerit ni.. Panas lagi.. (walaupun dengan gediknya aku berpayung dan berkipas.. Hahaha)

Kesimpulannya, mang terbaik lah family day ni.. Family day untuk pertama kali bagi gabungan dua kos mahupun first time untuk kelab jabatan yang baru ni.. Memamg boleh jadi kenangan terindah lah.. Aku main bawak bola berkembar tapi kalah.. Sob2x.. Bukan sebab aku kalah ei.. Jangan tuduh aku!!!

Pasukan biru?? No 3 belakang pasukan purple (3rd year kos satu lagi).. Juara pulak jatuh kepada junior kami kuning (2nd year dak kos aku).. Kiranya menebus kekalahan kami lah tu.. Semangat assabiah tetap ada.. Hahahaha..

Hadiah aku dapat aritu ialah.. blusher yang semulajadi.. Ceittt,, mang 2hari macam aku pakai blusher.. Napa tak jadi gelap tapi merah-merah hah!!!!! Pakai payung pun tak boleh cover ke... Aduhai!! Biasalah aku sama jer macam budak laki kos aku.. Jarang berjemur.. keh2.. zaman sekolah yelah.. sekarang?? say NO!! hahahaha..

Aku nak jugak tempek gambar walaupun dah berjela aku tulis.. Tak berjela lagi kan aku rasa.. Ahaks!! Lihatlah kecomelan aku.. (ayat dak perasan.. Saper lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan).. lalalalala~~

*lupa nak cakap pasukan biru dapat gimik terbaik.. Heee~~

Comel tak??
Banyak girls jer.. Sighhhh...

payung biru tu aku punyer!!
Cuba kira berapa laki jer ader.. Hahaha.. (ayu tak aku bersimpuh?)
Pom-pom girls
Penyamaran berjaya.. keh2
**Gambar aku sikit jer sebab aku tukang amik gambar.. Sob2x.. Tengok-tengok.. Gambar serabai tu aku yang snap sendiri.. Sob100x..

Sunday, May 13, 2012

apii!!!! api!!! api!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum meneruskan citer berapi aku bak megi berapi tuh.. Aku sambung lah sikit entri aku dulu yea..  Rasa macam dah lambat nak sambung tapi aku sambung jugak menjawab pertanyaan yang bertanya kat ruangan komen tuh.. Sorry, kerajinan aku membalas komen semakin berkurangan.. Bukan malas tapi paham-paham jelah.. kebizian menyiapkan benda tertangguh semakin meningkat.. sila jangan jadi macam aku ;p

Aku tulis madamme. dan ada yang bertanya napa madamme bukan madam or apa madamme kan.. same jer maksud madam dgn madamme cuma madamme dalam france.. aku terbiasa tulis madamme so tertaip madamme.. (bapa banyak madamme da...hahaha)

Yang tanya aku kos apa tuh.. Hmmmm... Tunggu aku habis degree aku jawab,, keh2.. yang pasti mock meeting tu untuk subjek english yang wajib amik suma budak u aku.. untuk occupational purposes.. drama tu hanya selingan france sajer... heee~~

Dengan itu, tanggal 5 May aku buat test di rumah madamme france siap masak bersama beliau ayam masak kicap dengan sayur campur.. Madamme penah cakap siapa2 yang amik level 3 jer madamme akan jemput datang umah makan makan france.. tapi aku dengan safi rania?? Level 2 dapat pegi cuma no food france lah kan... aku jugak dapat merasa madamme belanja walaupun group aku kalah.. keh2.. (rumah madamme cantik woooo,, kemas lagi.. sangattttt kemassss!!)

Cerita api..


Pada suatu pagi yang hening, aku bangun sebelum subuh lagi menaip dengan khusyuk sambil merewang ke internet mencari bahan tulisan.. Sehingga berlalu waktu pagi tanpa ku sedari... Sehinggalah housemates aku bersiap nak keluar.. Iron baju, mandi.. Tapi aku static di depan laptop konon-konon khusyuk (padahal dok on9 sana-sini) ;p

Setelah aku lihat bilik mandi kosong.. Aku pun berusaha mengangkat diri aku sendiri, mencapai tuala biru di tingkap.. Sebab apa?? Rumah mula panas so, kena cepat-cepat menyejukkan badan.. (rumah kayu kan.. malam2 sejuk gilerrr,, hee~~)

Tengah syok-syok mandi tuh,, Dengar macam dari luar bilik air macam cakap pasal api.. Tapi aku rasa biasa-biasa je kot.. Tak dengar lagi diaorang menjerit panik pun.. So, aku kira tak ada apa yang berlaku.. aku meneruskan usaha mensental badan..

Beberapa saat kemudian,,

"Atillllllll!!!!!!!!!! Keluar!!! Api!!!," si cun jerit sambil ketuk bilik mandi bertalu-talu..

Aku pun capai tuala.. Selamat pakai kain.. Cepat-cepat bukak pintu.. Apalagi si cun amik air dalam baldi..

"Shoooohhhhh," siram air ke atas api yang makin marak tuh.. Menjulang tinggi lah jugak api tu.. Selamat ada alas besi kalau tak memang terbakar rumah tu sebab rumah kayu .. Selamat jugak tak ada minyak masak yang tertumpah... Kalau tak.... Tata kawan-kawan..

Tapiiii.. sebelum aku selidik punca kebakaran..

"Weyh, aku sambung mandi dulu yea.." Aku pun masuk bilik air balik... Hahaha..

*punca kebakaran sebab fius pe benda ntah tercabut.. selamat tak ada apa-apa.. kami tak cakap pun kat tuan rumah.. fuhhhh,,

aku tanya housemates,

"Kalau betul-betul marak macam mana? Korang selamat kan aku tak?"

Bawang ungu jawab,

"Kitaorang keluar dulu baru jerit nama ko atil suruh kuar..Hahaha,"

Hampeh punya kawan.. Dahlah bilik air dengan dapur satu tempat.. Sah-sah aku tak sempat lari..
Tapiiii,, si cun cakap,

"Takpe atil aku mestilh ketuk pintu suruh ko kuar dulu.."

Sejuk hati den.. Keh2.. =)

**teringat masa kecik-kecik main tali lagu ni,
'Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba,,' (penah main tak??)

Tuesday, May 8, 2012

bahasa ketiga..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tak tahu dah bapa hari aku tak update blog.. Dekat seminggu kot.. Tapi aku masih singgah ke blog kawan-kawan tinggalkan komen supaya korang tahu aku masih ada di sini.. Keh2.. Masa aku sekarang macam tak tentu arah bila nak kena anta draf awal thesis khamis ni... Padan muka sendiri sebab lama sangat berehat-rehat.. Sekarang baru sibuk-sibuk memikir idea nak bantai apa dalam thesis..

Masa yang ada sekarang aku mampu melawat blog korang, singgah dan komen... Untuk buat entri sendiri.. Adusss,, bukan tak benda nak tulis tapi.... Bila nak start menulis aku pikir,

"Baik aku siap kan kerja aku." Macam tulah..=)

Bukan setakat thesis tapi segala mak nenek video kena hantar.. Dah macam amik subjek multimedia pulak.. Dua subjek nak video lah.. Satu mock meeting, satu lagi drama.. Memang berdrama sangat lah aku kan.. Lagipun, aku memang pandai berlakon pun.. Ok, aku perasan sendiri.. ;P

Cerita pasal video drama tu, aku kena buat video drama France.. Berbelit lidah aku sebut dan hafal skrip.. Dan itu lah bahasa lain aku amik.. Walapun sebenarnya tak pernah terpikir akan amik France.. Aiyok!!

Sebenarnya, apa yang aku nak citer ialah pasal minggu lepas dan minggu ni penuh dengan France.. Arghhhh,, buat aku termimpi tahu tak.. Mula-mula sepatutnya aku ada test masa hari aku pergi kulat tu.. Hari yang mana aku ponteng test untuk pergi Tasik Kenyir kan.. Tapiii... aku dah bagitahu lah madamme yang aku dan kawan aku tunda test..

Lepas tu, esok nya bersamaan 2 Mei aku pergi jumpa lecturer kulat aku mintak sign.. Dan tak disangka dia belajar kat France dulu.. Maka nya, aku dengan kawan di'interview' oleh nya dalam France.. Aku yang tak prepare apa-apa tergagap lah jawab sampai hilang segala apa yang aku belajar.. Ceitttt..

Pergi jumpa madamme pulak, madamme bagi balik karangan aku.. macam nak nangis tengok karangan aku kena reject macam tuh.. Siap kena pangkah besar lagi.. Membuatkan aku lagi serabut bila pagi nya aku sibuk edit video mock meeting.. Bila petang tengok-tengok karangan aku kena reject... Aishhhhh..

"Saya tahu kamu boleh buat Hani.. Selalu nya kamu ok je kan.. Dalam kelas semua elok je."

Aku pun tak apalah.. Memang salah aku pun tak pergi check dengan madamme dulu.. Pastu madamme suruh betulkan dan  hantar esok nya.. Pastu test pun esoknya jugak.. Membuatkan otak aku berpinar-pinar kepeningan... kalau macam citer katun tu, boleh nampak burung berterbangan siap berkicauan lagi.. Siap pesan lagi,

"Esok, kamu datang lah sebelum pukul satu sebab saya ada program sebelum tuh."

Jadi, esoknya bersamaan 3 Mei aku dan kawan dah terpacak depan bilik madamme sebelum pukul 1.. Tapi madamme tak ada.. Kami tersadai di tangga dah macam orang tak ada rumah dah.. Tunggu.. Tunggu.. Tunggu sampai dah berapa ramai student France datang hantar karangan dan aku secara automatik tukang kutip.. Tunggu.. Tunggu.. Tunggu..

Pukul 2.45 ptg baru madamme kelihatan menju ke bilik nya.. Waktu tu entah kenapa ramai pulak yang nak jumpa dia.. Aku pun hantar karangan aku.. Pastu madamme buat tak tahu jer.. Aku pun,

"Madamme test kami???"
"Hah! Alamak saya lupa lah.. Macam mana ni saya ada kelas pukul 4ptg.. Kalau buat sekarang tak sempat nanti,"
"Hmmmmm." itu jer mampu aku cakap.
"Kamu free tak hujung minggu ni? Tak pun kamu balik umah?" (memandang kan jumaat, sabtu dan ahad cuti)
"Kami tak balik madamme."
"Kalau macam tu kamu datang umah saya lah hari Sabtu pukul 10."

Wahhh, aku dengan kawan aku terpinga-pinga.. Betul ke nak buat test kat rumah madamme ni??

*dah panjang sangat aku citer.. kalau rasa macam elok disambung aku sambung... keh2.. biasalah aku mudah lupa.. ;P

Mungkin  mcm ni aku punya pening (sumber: google)

Thursday, May 3, 2012

Kulat yang bukan untuk dimakan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk memulakan entri yang aku rasa penuh gambar ni aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih  untuk Liselle yang mention nama aku dua kali dalam entri beliau.. Bukan itu saja, hari ni pulak siap buat video lagi dan aku boleh dengar Liselle sebut "kak Hani".. aku rasa aku lah hani tu kan..  keh2... sampaikan safi rania cakap,

"Dah bapa banyak kali dengar tu atil."

Tengok betapa excited nya aku.. Bukan apa, beberapa hari yang sangat serabut, tak terurus membuatkan aku macam tak tentu arah sampai rasa nak demam dengan cuaca yang panas di bumi terengganu terchenta ni.. So, video tu membuatkan aku  macam terharu dan happy.. Lagi-lagi hari ni lah baru boleh online lama sikit kot.. Memang tq very very much lah.. =)

Kepada hanamiko sakura juga tima kasih berusaha senaraikan nama aku dalam entri blog beliau.. Baru hari ni dapat aku ucap tq betul2 walaupun dah nak dekat seminggu berlalu.. Tq ei.. =)

Memulakan cerita bulan Mei yang ku rasa akan penuh pancaroba disebabkan bulan terakhir insyallah aku habiskan kuliah yang ada sebelum merangkak bulan Jun yang penuh dengan exam.. Mei yang akan ada banyak test, tesis yang kena submit, final presentation, assignment dan tak tahu lah apa lagi nak jadi kan..

Minggu pertama yang kelam-kabut tapi dimulai dengan trip ke TASIK KENYIR lagi.. Masuk kali ni dah 3 kali aku pergi tasik kenyir tahun ni atas sebab berbeza..


  1. Memenuhi wishlist aku untuk naik .............. (fill in the blank sendiri.. keh2)
  2. Percutian cruise konon-kononnya..
  3. Dan last sekali untukkkkkkkkkkkkkkk..................


Mencari di manakah engkau fungi, fungus, kulat atau nama lagi best CENDAWAN.. Aku sanggup tundakan test france aku sebab pergi trip ni.. Bukan trip saja-saja yea tapi trip memang untuk subjek aku amik MYCOLOGY... Bila tarikh aku pergi?? Jatuh kedebuk waktu cuti Hari Pekerja 1 Mei.. Fuhhhhh...

Mycology is study of fungi.. Itu jelah aku boleh cakap.. Yang lain cari sendiri.. Jangan malas.. So, tak payah citer panjang nah gambar yang aku snap.. Sikit jer aku tak letak banyak.. Kalau lambat loading jugak sorry bebanyak..










Fungi ni yang amik kecik jer sebenarnya.. Lecturer aku tanya,

"Kamu pernah nampak tak kulat-kulat yang jumpa sebelum ni?"

Aku dengan confident jawab,

"Tak pernah sebab tak pernah cari." Adoi!!


Tapi banyak lagi kulat yang ada.. Ada dalam 40 untuk satu pulau yang kecik.. Itu pun semua dah tak larat nak daki, turun, lalu semak hutan tu.. Basah-kuyup aku dengan peluh sendiri... Aishhhhh..