dewan rakyat

Monday, April 30, 2012

For the only one..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dia seorang yang tegas,
Bila mengatur hidup aku..

Dia akan merajuk
Bila aku mula buat perangai..

Dia selalu menyuruh benda yang aku tak suka
Bila ada sesuatu yang baik untuk aku..

Dia akan berasa sedih
Bila aku tak hubungi nya..

Dia kotakan apa saja,
Bila aku meminta sesuatu dari nya..

Dia pendengar yang setia
Bila aku berceloteh tak kira masa..

Kerana dia lah mak yang aku ada dalam dunia ni.. =)

Hari ni tanggal 30 April 2012 genaplah usia mak aku ke-61 tahun.. Tiada apa yang aku dapat ungkap kan lagi selain aku sangat sayang kan emak ketat-ketat..

Emak seorang yang versatile.. Bukan sebab aku anak dia tapi sebab dia memang seorang berkaliber..

Emak pandai berkebun (ofcourse lah pesara jabatan pertanian kan), menjahit, memasak dan benda lain..

Emak seorang yang kreatif dan pandai mencipta sesuatu..

Tapi aku?? Mahupun anak-anak yg lain tak ada mewarisi pun kepelbagaian bakat dimiliki nya.. ;P

Bracelet and necklace 
My bags
Telekung
Virgin coconut oil

Ada lagi sampai aku tak larat lah nak tempek suma kat sini.. Minyak angin, cadar, sabun, shampoo, kusyen, dan lain-lain.. TAPI ikut musim dia lah.. Kalau habis musim habis lah aktiviti nya KECUALI

Bags,
Virgin coconut oil,
Telekung.. still go on..

Siapa-siapa nak tempah dialu-alukan.. Keh2..

Berbalik topik asal.. Happy birthday mak!!!! Muahhhhhhhhhhhhh.... Muahhhhh... Heeee~~
*mak aku dapat call free.. katanya nak call aku nanti.. harapan yang tinggi aku tunggu ni.. =)

Sunday, April 29, 2012

mimooooooooooooo....

Bimillahirrahmanirrahim..

Mimoooooo....


Pemakan super-ring..

Siapa bagi?? Aku.. Keh2..

Thursday, April 26, 2012

Je suis chercheur..

Bismillahirrahmanirrahim..

Peringatan: sila baca pesanan nanti.. keh2..

Minggu yang aku tak tahu lah aku busy ke tak.. Yang pasti banyak kerja patut dibereskan dengan ada event penting hujung minggu ni buat aku tak tahu nak mula yang mana dulu... Yup,, aku memang seorang yang suka procrastinate kerja aku (senang hati jer buat bahasa rojak kan).. ;P

Je suis chercheur

Maksud??

Aku seorang pencari.. seeker.. researcher..

Ni bukan pencari cinta ke apa eik.. Tapi macam aku seorang pencari barang pulak.. Selalu orang hilang barang aku jumpa.. Kalau aku hilang barang??? Tak ada siapa jumpa.. Ghaib macam tu jer..

Situasi pertama,

Waktu cuti sekolah dulu-kala.. Tiba-tiba ada orang call aku..

"Ni kak Atil eik?"
"Haah, siapa ni?"
"Saya........ (aku tak ingat siapa)... Purse kawan akak teringgal dekat pondok tepi hostel ni."
"Oh, yeke.. Nanti akak bagitau dia.."

Nasiblah name card aku ada dalam purse kawan aku tuh.. Masa sekolah dulu.. Semua kawan aku ada name card siap dengan no phone dan alamat lagi.. Itu kali pertama.. Kali kedua,

Situasi kedua,

Masa cuti sekolah jugak kot,

"Salam.. Ni Hani.......... ke?"
"Haah.. Kenapa yea?"
"Ni saya jumpa purse kawan kot.. Ada kawan nama .........."
"Ada.. Jumpa kat mana?"
"Tercicir tengah bandar ni."

Lepas tu, aku call kawan aku dan bagi lah no yang tukang jumpa tuh.. Dan lagi, name card aku jadi penyelamat..

Situasi ketiga,

Semalam entah macam mana, si cun dengan safi rania tak jumpa kunci motor masing-masing.. Mula2 si cun..

"Atil, nanti tolong carikan kunci motor aku eik."
"Ok."

Aku cari lah.. Tengok-tengok ada dalam kotak area diaorang selalu letak helmet..

Situasi keempat,

Malam pulak safi rania hilang kunci motor dia masa nak pergi kelas france.. Last2 sekali guna kunci spare.. Balik kelas, cari lagi dalam gelap sampai tertunduk-tunduk tepi kereta bawang ungu.. Geledah bilik dia. Tak jumpa jugak.. Aku dan lain cakap,

"Sambung cari esok jelah.. Kunci main aci nyorok lah tu.."

Dan esok nya,, (hari ni)

Aku keluar rumah sambil memanggil 'Stitch' (nama kunci dia).. Tup.. tupppp.. Ada tepi rumput jer.. And again aku yang jumpa.. Baru ingat dah jatuh dalam lubang jamban tadi.. Keh..keh..keh..

Situasi lain-lain tak dapatlah aku nak citer banyak-banyak.. Tapi mang selalu macam tu.. Barang aku?? Tiada siapa jumpa.. Sob2x.. Termasuklah pencil case kesayangan aku..

Selain itu, aku memang biologist.. Sah2 aku ni researcher.. ;P

Pengajaran dapat daripada cerita yang tak seberapa ini ialah,

Sila letakkan no contact korang dalam purse supaya senang orang nak tract kalau hilang.. (no penting je).. Nanti penjenayah yang jumpa susah lak..


Sila jaga barang masing-masing baik-baik termsuklah aku.. Heee~~ 


Pesanan: Sorry kalau aku tak dapat blogwalking blog korang sangat ei.. Tapi kalau nampak aku da komen blog lain tu tak bermakna aku pilih kasih atau lupakan korang cuma maybe entri diaorang paling atas masa aku log in.. Lagipun siapalah aku reader and pengomen picisan ni... Heee~~ Tinggalkan tapak kaki korang supaya nanti kalau dah teratur hidup aku, aku jalan-jalan sambil bersiul ke blog korang,, ;P


Sumber google

Tuesday, April 24, 2012

Koleksi yang ada..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku suka mengumpul barang.. Kadang-kadang kotak, tin yang aku rasa cantik aku simpan sampai jadi semak bilik aku... Resit-resit pun aku simpan.. Konon-konon senang aku nak check nanti.. Mungkin aku ikut perangai mak.. Mungkinnn....

Tapi dalam banyak-banyak barang yang aku kumpul, ada satu jenis barang yang aku memang sangat suka kumpul.. Kalau ada orang yang pergi holiday tanya aku nak apa, itu je selalu aku jawab.. Walaupun dalam hati nak lebih daripada tu.. Tapi cukuplah orang yang pergi tu bagi aku ni..

Key-chain


Aku memang penggila key-chain.. Nampak cantik sikit aku beli.. Kalau nak beli barang kalau ada benda free dapat key-chain aku beli.. Nampak orang nak bagi percuma key-chain tanpa segan-silu aku mintak.. Yang pasti kalau ada kawan-kawan or mak aku pergi travel,

"Mak, jangan lupa beli key-chain yea.."

Sebab kalau boleh aku nak kumpul satu dunia punya key-chain.. Walaupun setiap negeri tak abis lagi sebab aku pergi negeri lain selalunya bukan nak melancong so tak ada pergi lah tempat pelancongan .. Sesiapa rasa duduk Johor, Negeri Sembilan nak bagi aku key-chain yang ada lambang negeri korang amatlah dialu-alukan.. Keh2..

Ada satu musim aku suka sangat-sangat dengan smiley.. Habis lah aku beli key-chain yang ada smiley.. Button lagi.. Hmmm,,,, tapi itu dulu..


Tak banyak lah sangat kan.. Ada yang aku tak sempat snap aku dah bagi kat orang.. So,, bubye smiley!!! Aku rindu smiley ni.. Lain kali jangan bagi semua kat orang.. Aishhhhh... Aku tak ada dah satu pun key-chain smiley.. :(


Ni yang tinggal.. Tengok-tengok.. Aku sanggup beli koko crunch selalu dulu-dulu untuk complete kan shrek punya barang.. =)

Ada kawan aku cakap nak bagi key-chain aiskrim.. Entah ye ke dakkkk..

Walau apa-apa pun barang kita kumpul tak kira lah orang rasa berharga atau pun tidak asalkan bagi kita ada value pun cukuplah.. Mana tahu ada yang suka kumpul tiket bas ke nak menunjukkan mana destinasi dia pergi sebelum ni.. Ataupun tin-tin kosong yang ada value untuk diri sendiri lepas tu decorate cantik2.. terbeliak mata org tgk nanti..

Kadang-kadang tengok barang-barang kita ni kita boleh tersengih sorang-sorang.. =)

Korang ada suka kumpul apa-apa tak??

Monday, April 23, 2012

Tanah yang tak seberapa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam movie, drama tunjuk konflik keluarga berebut-rebut harta... Dalam kehidupan seharian pun ada saudara-mara yang tak abis-abis nak rebut harta yang ada.. Yang peliknya, ada yang dari kecik bukan main baik lagi... Mesra.. Tidur bersama.. Susah senang bersama.. Tapi bila dah besar, pasal harta gelap hati.. Kerana harta tak ada makna kau abang aku, kau kakak ku takpun kau adik aku... Aishhhh,,,

Ada apa dengan harta??

Boleh beli rumah besar..
Boleh beli barang banyak-banyak..
Boleh makan sedap-sedap..
Boleh beli ubat, suplemen banyak-banyak,
Boleh beli rawatan kecantikann..

Banyak lagi lah boleh beli dengan harta kan.. Belum lagi ada yang boleh beli isteri, suami dengan harta.. Tapi manusia lupa apa yang harta tak boleh beli,

Tak boleh beli kasih-sayang,
Tak boleh beli kesihatan,
Tak boleh beli keimanan..
Tak boleh beli ketenangan..

Kalau boleh beli perempuan ataupun laki, mahupun hati seseorang belum tentu dapat beli budinya..

Kalau beli rawatan mahal-mahal belum tentu sihatnya.. Apa guna sakit kalau berharta..

Yang pasti harta tak boleh beli keimanan seseorang melainkan hatinya dah gelap dengan harta...

Ada duit senang hidup.. Orang yang berduitlah asyik pikir macam manna nak tambah duit lagi.. Senang ke??

Bagi yang keluarga, saudara-mara, adik-beradik yang sakan berebut harta, tanah dan apa saja yang ada tu walaupun dah diberi secara adil pun nak berebut jugak.. Yang sanggup bergolok-gadai.. Berperang.. Bertengkar.. Putus saudara.. Aku nak tanya,,


Kalau mati nanti sebesar-besar tanah tu ke nak ditanam??

Tapi aku tak kata harta,duit tak penting tapi berebut-rebut.. Itu yang tak bagus.. Mana perginya air dicincang takkan putus?? Pantang sungguh aku keluarga bergaduh pasal harta..

Aku tahu siapa yang tak nak kaya?? Tapi tolong lah kaya dengan harta sendiri.. Jangan nak ambil hak orang lain.. Harta pun tak berkat lah...

Peringatan untuk diri sendiri supaya tak alpa suatu hari nanti.. =)

Friday, April 20, 2012

Getah yang dikunyah tapi tak ditelan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku suka makan gula-gula mahupun coklat... Siapa yang tak suka kan.. Lagi-lagi masa tu bebudak lagi.. Tapi ada satu gula-gula ni kawan aku bagi tapi dia cakap,

"Atil, kamu jangan telan tau gula-gula ni nanti tersekat kat jantung."

Aku pun rasa macam takjub.. Wahh,, gula-gula ni boleh lekat jantung... Jadi, aku takut lah nak telan kan... Aku kunyah-kunyah lepas tu buang... Sejak hari tu aku mula lah kunyah gula-gula ini atau nama lainnya gula-gula getah takpun nak bagi sedap panggil chewing gum...

Tapi...
Satu hari aku rasa macam pelik.. Betul ke makan chewing gum pastu telan nanti lekat dekat jantung.. Aku pun try lah.. Taklah semua aku telan... Secebis jer.. Bila dah telan rasa macam mengelabah...

"Matilah aku nanti.. Dia lekat dekat jantung.."

Aku tunggu punya tunggu sampai esok nya.. Alhamdulillah, aku still selamat lagi.. Tapi tak try lah telan banyak sebab... mana tahu sikit-sikit lama jadi bukit.. Nanti berbukit chewing gum dekat jantung aku.. Keh..keh... Imaginasi seorang budak....

Lepas tu pesanan yang selalu aku dapat kalau makan chewing gum ialah,

"Lepas makan jangan lupa buang dalam bungkusan dia balik dan jangan buang merata-rata"

"Kenapa?" Aku tanya balik..

"Nanti dia melekat sana-sini susah nak tanggal."

Aku pun pikir secara logik.. Aku makan tak melekat dalam mulut pun.. Betul ke dia melekat tak boleh tanggal.. Jadi nya dengan penuh perasaan ingin tahu (masa tu kat rumah) aku pun buat lah eksperimen.. Aku makan chewing gum, lepas tu..

"Pappppppp.."

Aku tempek kat satu tempat.. Lepas dah tempek.. Aku try lah tarik.. Tak mahu jugak.. Aku cabut tak mahu jugak.. Sampai tercabut benda lain..

Tahukah anda semua aku tempek kat mana??

Aku tempek kat betul-betul atas rambut tengah kepala aku.. Sah-sah tak boleh tanggal kan.. Aku mula panik yang amat.. kalau mak aku tahu mahu dia marah dengan api yang membara.. Dengan sepantas kilat aku cari gunting dan.....

"Zappppppp." 

Selamat sudah rambut tengah aku..

Tapi selamat mak aku tak sedar rambut aku tertobek.. Pandai aku cover.. Keh..keh..keh..

*ini kisah aku masik kecik lagi.. kecik macam mana aku dah tak ingat.. =)

Peringatan:: Jangan cuba aksi ini di rumah mahupun dimana saja..

Bubble gums



Thursday, April 19, 2012

Kekalutan..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tak tahu apa kena mengena tajuk dengan benda yang aku nak tulis.. Keh..keh..keh.. Tapi aiyok!!!!! (trademark aku sekarang)... Aku macam dah buat kekalutan bila aku tulis kenapa tak elok tengok sunset... Tak lah kalut mana... Tapi setiap komen tanya kenapa tak baik tengok?? Sampai aku tak tahu nak jawab apa dah.. Keh2...

Aku pun tak tahu betul ke tak.... And I'm not narrow minded.. Hari tu, aku kena attend program selangkah ke kerjaya kot.. Aku pun tak ingat tajuk program tu.. Penceramah cakap lah, apa yg baik dan tak baik dilihat.. Pastu, dia cakap tak berapa baik lah tengok sunset sebab masa tu kan maghrib.. Masa syaitan berduyun-duyun keluar.... Tapi sunrise bagus tengok sebab masa tu kan subuh.. Aku nggak tahu betul ke tak... So, tak kisah lah korang nak tengok ke tak... Seriously, mana tahu aku salah kan.. Yang pasti memang benar setiap ciptaan Allah itu indah.. Memang tak ada tolok bandingnya.. =)

*aku ada test malam ni... baca macm tu je.. tapi open-book test... weeeeee~~~~
**aku orang perak tapi xdpt cuti hari ni.. keh2...

Wednesday, April 18, 2012

Sunset..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sunset.. =)

Orang kata tak baik tengok sunset.. Lebih baik tengok sunrise.. Tapi apakan daya aku tengok juga.. Hahahaha.. Dan amazing aku rasa.. Betul tak?? Betul tak?? Gambar tak tipu ei... Original aku nampak and snap.. Macam ada satu letupan kan? =) *Sorry, I'm not a professional photographer... Weee~~~

Location: Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu..

Monday, April 16, 2012

Itu pun tak reti baca ke?

Bismillahirrahmanirrahim...

"Eh, ni pun tak reti nak eja ke? Dah berapa kali nak ulang ni?"
"9 - 7 = 7? Mana belajar?"

Pernah tak alami situasi macam ni? Mungkin ada yang tak pernah, tak pun pernah tengok dalam tv ke, movie ke, baca ke.. Aku masa kecik-kecik pernah lah jadi macam ni.. Lagi-lagi masa mak aku ajar membaca.. Sampaikan aku boleh hafal buku cerita tu tapi still tak boleh baca sangat... Hahahaha.. Nasiblah aku jenis yang senang hafal. (kecik-kecik dulu je)..

Tapi aku bukan cerita pasal aku.. Bukan semua budak boleh cepat membaca ataupun cepat belajar.. Ada yang juga dianggap sebagai slow learner.. Sesiapa yang amik pendidikan mesti lagi tahu.. Tapi lagi, aku bukan nak cakap pasal kanak-kanak yang slow learner tapi lebih kepada kanak-kanak yang digelar "disleksia" atau "dyslexia"..

Dulu-dulu aku tak tahu sangat pasal dyslexia ni.. Tapi disebabkan banyak tengok tv dan juga membaca aku tahulah serba sedikit.. Dah beberapa movie yang mengetengahkan isu ini dan juga beberapa novel yang aku baca.. Kalau siapa rajin cari lah movie hindustan "Taare Zameen Par".. Citer tu mendedahkan lebih lagi pasal ni.. Seriously, movie ni bukan macam tipikal movie hindustan yang lain.. Sangat lain dan juga ada si kacak Aamir Khan.. Makin lama makin handsome lak aku tengok.. Keh2..

Kanak-kanak dyslexia ni mungkin susah untuk mengenal abjad dan juga mengira.. Kadang-kadang mereka nampak abjad tu macam mirror image dan juga bertukar-tukar bentuk nya.. So, membuatkan mereka lagi susah nak mengeja.. Dan lagi, mereka ni senang tenggelam dalam dunia mereka sendiri.. Kadang-kadang kita cakap dengan dia, dia boleh berimaginasi pasal lain..

Tapi, kanak-kanak ini boleh diajar.. Macam aku cakap mereka bukan slow learner.. Cuma kaedah pengajaran berbeza dengan kanak-kanak normal.. Indeed, mereka sebenarnya lagi hebat daripada kanak-kanak normal disebabkan daya imaginasi yang tinggi... Kalau nak tahu ramai tokoh yang tergolong dalam dyslexia ni.. antaranya,

Thomas Edison (light bulb)
Albert Einstein (takyah diperkenalkan)
Tom Cruise (actor)
Steve Jobs (Apple Inc.)

Sebenarnya ramai lagi.. Tengoklah hebat kan mereka daripada kita yang normal.. Macam Albert Einstein siap orang awet dia punya otak lagi nak kaji.. Tapi, itu semua anugerah Allah.. No doubt.. =)

Kalau korang rajin, cari lah lagi ei.. Entahlah, aku rasa macam interesting pasal ni.. Heee~~

Sunday, April 15, 2012

Jala yang terkoyak..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum aku mula apa-apa.. Ada yang teka 9hb tu macam-macam.. Tapi sebenarnya tarikh tu tulah arwah pak busu pergi.. Aiyok, aku dah tercakap... Macam mana ni.. Aishhh..

Aku ni bukan spesis kedekut.. Mintak lah apa-apa, insyaallah aku boleh bagi... Kalau nak pinjam barang aku boleh bagi pinjam.. Kalau nak pinjam duit pun boleh tapi sikit-sikit boleh lah kan.. Kalau nak makanan aku boleh je belanja sekali-sekala takpun nak mintak makanan yang aku tengah makan pun boleh.. Cuma satu benda je aku kedekut, iaitu :

Roti jala


Ni memang aku kedekut nak bagi.. Antara sebab nya ialah,

  1. Kadang-kadang susah nak jumpa
  2. Lepas tu, mahal pulak tu.. Kadang-kadang 3, RM1.. Yang lagi dasyat 2, RM1.. Aku makan sekali ngap je dah abis
  3. Dah memang peveret aku... Kih2..


Disebabkan itu, aku membuat keputusan untuk buat sendiri.. Puas hati aku boleh makan banyak-banyak kan.. Lepas tu, tak adalah aku kedekut dengan kawan aku.. Sekali dengan kari daging aku buat... Nyummm...nyummmmm... Hasil nya ialah,


Kah..kah..kah... Jadi roti tak ada jala... Berbeza betul dengan gambar kat atas kan... Roti jala yang terkoyak... Antara sebab nya ialah,
  1. Acuan dia tersumbat.. Jadi, aku dah panas kat dapur tu aku amik keputusan aku buat jala sendiri guna senduk.. Keh..keh..keh..
  2. Rumah ni tak ada kuali leper.. Maka, aku guna kuali yang melengkung... So, dia punya kuah macam meleret ke bawah menghilang kan jala aku buat...
  3. Elok pulak kuali tu sebelah tengah tepi cepat hangit... aku pun terpaksa mengukir jala lagi ke tepi kuali.. aishhhh..
  4. Warna kuning tak ada sebab aku malas beli pewarna kuning.. Hahaha..
Walau macam mana pun, roti jala aku tetap sedap walaupun tak ada rupa.. Macam lagi sedap daripada yang di kedai (pujian melampau kat diri sendiri).. So, jangan takut nak makan roti jala aku buat... Nak resepi?? Aku tahu korang lagi hebat dari aku.. Hahaha...

*kalau kat kg aku da buat jugak tapi bukan aku bancuh n jadi macam gambar yg atas-atas yea... lalalalala~~

Saturday, April 14, 2012

congratulation and celebration..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bulan April memang banyak tarikh peristiwa penting yang berlaku dalam keluarga aku.. Kawan-kawan aku pun ramai yang sambut birthday bulan ni.. Mintak-mintak aku tak lupa.. Keh2..

1hb April   - Birthday ayah
9hb April   - Tak mahu sebut
10hb April - Birthday zana
12hb April - Birthday mira
13hb April - Wedding anniversary mak dan ayah
15hb April - Wedding anniversary abang dan birthday nisah
30hb April  - Birthday emak

Berpandukan tarikh di atas bersamaan 13hb April adalah wedding anniversary mak dan ayah aku yang ke (2012-1974).. sila tolak sendiri.. hahaha.. lama rupanya mak dan ayah kahwin.. Ayah aku cakap,

"Bukan senang nak bertahan selama ini."

Selama berpuluh tahun ni, ofcourse banyak ranjau yang mak, ayah lalui.. Gaduh manja.. Gaduh betul-betul pun ada.. Hari ni membuktikan mereka dapat bertahan selama ini dan diharapkan selamanya.. Aku tak ada lah beli hadiah apa-apa sekadar beli kek menggunakan duit kakak sulung aku bagi.. Nak guna duit sendiri tade.. Hehh!!

Biarlah kecik asalkan bermakna. =)
Tak patut mak suap guna pisau tu... keh2..
Time aku menyuap.. 
Kami sambut bertiga je sebab adik-beradik aku yang lain dah balik ke sarang masing-masing.. Aku?? Esok balik..

Keluarga aku macam orang lain jugak ada pasang-surutnya.. Yang buruk-buruk tak mahu lah aku cerita kan.. Tapi yang pasti mak, ayah kadang-kadang bergaduh benda yang tak masuk akal.. Contohnya macam ni,

Ada suatu ketika di atas jalan raya, mak dan ayah sembang-sembang.. Tiba-tiba ada lori lalu takpun boleh dipanggil trailer.. Ayah aku tanya mak,

"Rasa-rasa lori ni berapa tayar?"

Mula daripada situlah mereka bergaduh kecil-kecilan untuk bertanding siapa yang betul.. Siap buat lukisan lori bersama tayar nya lagi.. Setelah berbalah dengan ayat-ayat panjang.. Jadi nya untuk membuktikan siapa betul, tahu apa yang mereka buat?? Masa tu kami lalu highway.. So, ayah nampak lori tu masuk R&R jadi ayah pun masuk simpang sama.. Maka, berhentilah kereta berdekatan lori dan mereka dapat mengira tayar lori sepuasnya..  Siapa menang?? Aku tak ingat sapa yang menang.. Hahahaha..

Thursday, April 12, 2012

Pergi tak kembali..

Bismillahirrahmanirrahim..

9hb April 2012

"Atil pergi kemas baju dalam dua malam macam tu.. Nak hantar wheel chair untuk Pak Busu (pak sedara) sebab kata mak usu, pak busu tak boleh jalan lak."

Aku yang terbangun dari tidur sebab baru sampai daripada kuala terengganu dalam pukul 5 pagi tadi.. Walaupun dalam bas tidur saja tapi 8 jam duduk dalam keadaan sejuk lagi membuatkan aku lenguh-lenguh.. Aku bangun jugak kemas beg walaupun badan macam berat je nak bangun..

Dalam kereta aku tidur lagi.. Selamat air liur tak meleleh-leleh.. aku duduk seat belakang ditemani wheel chair yang memenuhi ruang menuju ke destinasi Pandan Indah..

Sampai saja rumah Pak Busu di flat aku tak tahu nama, aku bersama ayah angkat wheelchair yang berat ke tingkat 2.. Setiba depan pintu dan mak aku yang ada kunci rumah terdengar bunyi,

"Uwekkkkk." 

Iye, Pak Busu muntah-muntah dan terbaring saja dalam bilik.. Aku yang memang takut kalau tengok orang sakit hanya melihat dari jarak yang agak jauh daripada mak ayah aku.. Nampak sangat Pak Busu lemah..

"Abang cakap nak bawa Daud balik hospital Slim River saja. Senang sikit nak lawat ke, uruskan apa-apa.. Kalau kl nanti abang tak tahu sangat.. Susah nanti," mak aku cakap kepada mak usu dan pak busu..

Pak Busu dan mak usu ikut saja.. Aku yang tengok kesian sangat.. Yelah, sihat-sihat selalu tetiba sakit macam ni.. Kami tunggu Pakwe Zainal datang (pak sedara) sebelum bawak balik Slim River.. Macam mana nak angkat Pak Busu aku yang agak besar tu (keturunan ayah aku besar-besar).. Walaupun cuba banyak kali untuk memapah atas kerusi roda pun pak busu tak terdaya nak duduk atas nya sehinggalah dipaksa ayah untuk kuatkan semangat..

Ayah dan Pakwe Zainal sorong kerusi sampai tangga.. Tapi kudrat ayah aku bukan kuat mana nak angkat turun tangga tu kan (tak ada lif ye).. Tapi nak buat macam mana ada pulak orang muda turun dari tingkat atas untuk ke bawah menghulur kan bantuan.. Baru nak turun satu anak tangga ada pulak anak muda laki lagi yang naik tingkat atas tolong pulak.. Alhamdulillah, ada lagi orang yang baik kan dalam dunia ni..

Sepanjang dalam kereta, seat depan terpaksa diturunkan sehingga keadaan baring sampaikan aku terpaksa duduk merengkot kat belakang sebab Pak Busu memang tak larat nak duduk.. Setiap beberapa minit dia tanya,

"Lambat lagi sampai bang?"
"Kita dah kat mana?"
"Jauh lagi ke ni?"

Belum lagi keadaan nya gelisah sangat-sangat.. Sakit pinggang lah.. Silau mata lah.. Padahal sakit nya mula daripada sakit sendi kaki je.. Tangan dia sejuk sangat sebab aku rasa sejuk nya tangan dia.. Belum lagi dahi berpeluh-peluh.. Hmmm..

Sampai saja Hospital Slim River ayah terus bawak ke wad kecemasan.. Aku ingat lagi dia cakap,

"Kita dah sampai ye bang?" Sebab aku orang terakhir keluar daripada kereta sebab aku kan duduk sempit kat belakang so lambat sikit boleh keluar..

Masa tu beberapa orang attendant tolong angkat atas wheelchair tapi lepas dah diangkat aku nampak macam Pak Busu dah tak sedarkan diri..

Kami tunggu kat luar lama.. Dari pukul 6 petang sampai 8 malam.. Mula-mula doktor ada keluar dia cakap,

"Saya rasa dia kena kencing manis.. Sebab gula dalam darah dia tinggi.. Lepas tu sesak nafas.. Kami masukkan tiub yea."

Beberapa minit kemudian doktor keluar lagi,

"Kami rasa macam kena masukkan dalam ICU." Kami semua terdiam..

Disebabkan masa tu waktu maghrib, aku dan ayah pulang dahulu ke rumah untuk solat (jarak rumah dengan hospital dekat je).. Tapi tak lama lepas tu, ayah aku dah pergi hospital kembali, mak aku call,

"Ayah mana?"
"Ayah dah pergi hospital dah."
"Hmm.. Atil, Pak Busu dah tak ada.. Doktor suruh tunggu dalam 15 minit lagi."

Aku yang dengar dah terdiam..

Lepas tu, tak lama kemudian ayah aku call pulak,

"Atil, cakap dengan mak Pak Busu memang dah tak ada."

Waktu tu mak dangan mak usu baru je sampai rumah sebab nak solat pulak.. Aku duduk depan pintu panggil mak aku sampai geleng kepala.. Mak aku bagi tahu kat mak usu sambil peluk tapi mak usu terima dengan tenangnya..

Hmmm,, macam dalam mimpi Pak Busu dah tak ada.. Yelah, tiba-tiba jatuh sakit, tiba-tiba aku yang baru sampai dari Terengganu ni dan tiba-tiba aku lah anak sedara yang paling akhir bersama nya padahal bukan aku yang paling rapat dengannya..

Masa dia meninggal dunia ketika ini penuh dengan konflik dalaman keluarga.. Sepupu-sepupu aku yang lain ada berselisih fahan dengannya tapi arwah adalah seorang yang sangat baik.. Memang bapa saudara yang paling rapat dengan anak buah nya.. Terkilan aku beberapa minggu sebelum aku tak balas chat daripada nya di facebook.. Belum lagi aku tak salam pun dengannya hari itu.. Cakap pun tak.. Tapi aku lah anak saudara yang terpilih untuk ada dengannya di saat akhir.. Anak saudara yang duduk jauh pulak tu..

Insiden rasa macam drama tv.. Wad kecemasan, doktor, telefon dan sebagainya.. Hmmm..

Ada mak saudara aku cakap,

"Lepas ni kita tak dapatlah makan lempeng orang putih dah (pizza)." 

Dialah bapa saudara paling rajin belanja pizza sampai anak-anak saudara aku ingat dan lagi dia tak ada anak.. Kamilah tempatnya bermanja..

*mula-mula macam malas balik umah tapi aku gagahkan diri balik juga.. Patutlah ini sebab nya.. (aku cuti seminggu..hee~~)

Saturday, April 7, 2012

kereta bukan aku punya tapi buat hal..

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu pertama,

"Atil, esok teman aku pergi tukar minyak hitam kereta aku boleh??"

"Ok."

Maka, esok nya kami pergi ke bengkel..


Minggu kedua,

1 message recived from bawang ungu

'Atil, tayar kereta aku pecah!'

'Hah!!'

Maka, esok nya pergi lagi bengkel yang sama.


Minggu ketiga,

"Eh, napa signal kanan pulak ni?"

"Esok kita pegi bengkel."

Maka, kami pergi lagi ke bengkel yang sama.


Minggu keempat,

"Atil, rasa tak kereta ni bergegar-gegar?"

"Haah, aku rasa."

Maka, seperti minggu-minggu lepas juga pergi ke bengkel yang sama..


Keesokan hari lepas kereta sihat daripada gegaran,

"Atil, ada skru dalam tayar kereta aku!"

"Kita pergi bengkel lain pulak esok."

Maka, kami akan cari bengkel lain sebab malu lah tiap-tiap minggu pergi tempat sama.. Ada gak mekanik yang perasan kami admire diaorang pulak.. Adoiii!!!

Thursday, April 5, 2012

Berumah di tasik..

Bismillahirrahmanirrahim..

Perhatian: entry mungkin banyak gambar bagi menerangkan lagi cerita ni.. keh...keh..keh

Semalam aku stop cerita sampai gambar houseboat kan.. Jangan risau kawan-kawan.. Walaupun luar macam houseboat movie anaconda tu tapi dalam nya much better.. Bukanlah aku kata luar setinggan dalam kondo.. Itu melampau lah.. Tapi sekurang-kurang nya ada 4 bilik tuh siap dengan katil dan tilam empuk (biasalah dah lama aku tak tido atas katil + tilam).. Houseboat ni 2 tingkat yea.. Ada dapur for sure untuk masak.. Ruang makan ataupun tempat berehat-rehat + tengok tv.. Cuma, toilet masih kurang memuaskan tapi kira ok lah kan.. Hajat hati nak tahan perut sampai balik tapi apakan daya aku makan banyak malam BBQ.. Aishhhh..

Aku tak cerita lagi kan aku pergi berapa orang.. Aku pergi dalam 20 orang macam tu.. Masuk anak boat (nak cakap anak kapal ke?) semua sekali 25 orang.. Bilik terpaksa bahagi dua, 2 bilik untuk perempuan dan 2 bilik untuk lelaki (ada 3 org kwn laki aku pegi dan selebihnya anak boat).. Jangan risau bilik anda takkan dimasuki lelaki sebab kami dah letak pembahagi siap-siap..

Makan semua kena masak sendiri lah.. Sebab tu lah aku dan yang lain penat-lelah menyiapkan ayam, daging semua.. Dan lagi kami bahagikan tugas siap-siap.. Aku dan safi rania ditugaskan memasak bihun goreng untuk malam.. Yang pasti aku sediakan bahan jer.. Aku tak pandai masak dalam skala besar ni.. Hohoho.. Jadi tanpa membuang masa kita layan gambar lah.. Senang bagi korang bayangkan.. Mana tahu ada siapa-siapa yang nak try pergi nanti... Lagi-lagi siapa yang suka memancing elok sangatlah.. =)

30hb Mac 2012
10 am (on the way air terjun)


Permandangan sekitar


Girls yang bercuti bersama
Sebelum sambung gambar.. Nampak tak piring kat tepi tu.. Walaupun tak ada line tepon tapi rancangan tv tetap ada.. Hohoho..

10.30 am (tiba di air terjun lasir)


Capture daripada tempat boat berhenti
Mandi di tasik kenyir
11.30 am
Habis bermandi-manda.. Team masak tengahari pun siap.. Kami pun makanlah sebelum sambung mandi kat air terjun lasir lepas zohor nanti..

team masak tengahari 
Mata ke-3.. keh2..
2 pm (air terjun lasir + titi gantung)


Titi gantung 
Siapa-siapa yang nampak tak kawan aku baju hijau tu.. Tulah yang elbow dia fracture masa main futsal hari tu.. Tapi gagahkan bercuti kat kenyir ni... =)

Canti kan..
 Malam tu kami BBQ ayam, sosej dan juga ikan bakar yang ditangkap oleh abang-abang boat yang baik hati.. Gambar malam tak ada.. Lagipun banyak sangat gambar kan..


31hb Mac 2012
Subuh-subuh tu.. Eh, bukan! Tapi sebelum subuh lagi saja jer abang boat kejut kitaorg sambil ketuk papan area bilik kami.. Aiyok!! Ada kawan aku kata saja nak buat fire drill.. Ada kawan aku marah cakap napa?? Boleh pulak jawab nak suruh buat sarapan.. Adoi!!!

Muka yg rajin buat serapan.. keh..keh
Lepas tu kami pergi air terjun lagi sampai atas.. Kali ni mandi air terjun lagi tinggi lah.. Best2.. Walaupun aku penakut air.. Tapi enjoy.. Disebabkan terlebih seronok ada kejadian yang tidak dingini berlaku lepas tu.. hmmmm...

Kami balik lepas pergi mandi air terjun tadi.. Aku mandi dalam bilik air sambil boat tu bergerak.. Dengan pantas lah aku cuci badan kan.. Dah lah serba tak kena rasa.. Yang pasti kami snap gambar jela masa dalam perjalanan balik.. Lebih-lebih lagi ada kawan aku yang buat movie untuk subjek diaorang..

Retis baru (ni bukan aku ei)
Team production..
Lepas tu aku perasan setiap gambar snap mesti ada aku.. Sebab bukan aku punya kamera dan nampak sangat orang suka snap gambar aku... Keh..keh..keh.. Kecuali kamera aku lah macam yang retis ni.. Ni yea aku yang snap..

Kepada sesiapa yang nak pergi... Boleh lah.. Serius seronok.. Macam dapat satu pengalaman lain.. Sewa boat ni dalam RM1000++ macam tu.. Tapi kami dapat kurang sikit lepas tu pergi ramai-ramai pulak kan.. So, kuranglah sikit bajet.. Nak merasa adventure walaupun taklah adventure mana tapi dapat menenangkan fikiran sebab sejuk!!! Boleh relaks dan yang penting boleh mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan.. Kalau dengan family pun boleh.. =)

*4 minggu berturut2 aku buat aktiviti outdoor.. Time for face treatment.. Hahaha... Memakai kembali Tia Amelia aku.. Keh..keh..keh.. (duit melayang-layang)

Wednesday, April 4, 2012

Cruise ship..

Bismillahirrahmanirrahim..


Beberapa minggu sebelum..
Facebook group : Final Year Party (Nama macam gempak kan.. Hahaha)

'Kawan-kawan nak pergi kenyir tak harga bla..bla.bla.. Tido dalam houseboat lagi.. bla..bla..bla'


Aku tengok macam best je.. Siap tanya lah naik apa, tidur mana dan macam-macam lagi bajet nak pergi.. Elok pulak safi rania tanya aku,

"Atil, nak join tak pegi kenyir macam best je kan."

"Boleh je tapi kena tanya mak aku dulu." Lepas tu aku terus call mak.. Mak aku kalau bab-bab air ni bukan bagi sangat.. So, aku gunakan strategi..

"Mak, Atil pergi kenyir minggu lagi satu.. Ada benda kena pergi sana." Ok, ni bukan ayat permission tapi pernyataan.. Kawan-kawan sila jangan ikut perangai macam ni.. Hahaha..

"Hah? Kenyir? Ni mak risau ni kalau air-air ni.. Jaga diri elok-elok.. Jangan hingge sangat." Mak aku aku bagi dalam tak rela.. Hohoho..

Maka dengan rasmi nya aku mendaftar kan diri nak pergi bersama safi rania... Bawang ungu tak jadi pergi sebab kereta dia merajuk.. Tayar pecah lah, signal rosak lah... So, selamat tinggal kawan.. Heh..



Malam 29hb Mac 2012
Tut..tut..tut..

"Atil, nanti datang dengan azah umah kitaorang tau.. Nak packing-packing barang.. Bawak lah tempat pemotong, pisau, gunting semua lah.. Nak siap barang." Si kechik call aku..

"Beres bos, aku datang lepas isyak."

Lepas isyak aku dan safi rania merempit naik motor ego dia tanpa pakai helmet sebab lalu jalan kampung bertemankan cahaya lampu jalan.. Malam tu malam jumaat.. Dan yang aku pelik kenapa ramai orang bakar sampah malam tu...

"Kenapa ramai orang bakar sampah ni azah?"

"Sebab malam jumaat kot." jawab azah sempoi.. Aku tak tahu apa kena mengena nya dengan malam jumaat..

Sampai umah membe aku ni, mulalah proses mempersiapkan barang.. Aku potong daging, potong ayam dan potong sayur.. Tapi yang tak tak larat nya..

"Atil potong ayam tu 64 bahagian taw.. Ayam tu ada 4 ekor." si kechik bagi arahan.

Aku potong ayam  sambil kira bersama safi rania.. Lepas tu bila siap kira dengan potong..

"Aku rasa peha ayam ni macam besar je.. Boleh potong lagi ni.. Siapkan BBQ 50 bahagian yea." si kechik cakap lagi..

Aiyok,, malam tu aku asyik mengira je.. Mengira ayam pulak tu.. Kenapa aku dengan ayam tak dapat dipisahkan???

Kerja semua setel pukul 1pagi lebih kurang.. Balik umah aku packing baju, mandi sebab habis bau ayam dengan daging.. Aku mandi juga walaupun sejuk gedi.. Lepas tu, masak nasik untuk bawak esok sebab bertolak pukul 7 pagi takut tak sempat..Sebelum tido sempat jugak update blog pasal senyum tu.. Sebab tu lah kalau perasan ejaan senyum salah.. hahaha.. Ngantuk punya pasal.. =)



Pagi 30hb 2012
Aku bangun pagi tu, solat mandi semua.. Tapi kami macam dah lambat sampai kawan aku call banyak kali suruh datang.. Sorry kawan.. Kami pergi naik van.. Suasana pagi tu sejuk nyaman, sila bayangkan rumah anda di tepi pantai.. Macam tu lah aku kat sini kalau pagi-pagi..


Aku dengan safi rania duduk belakang di temani barang-barang.. 

Ni belum lagi sebelah aku dengan dibawa naik kereta

Pandangan orang yang duduk belakang..
Pastu ada kawan aku tanya,

"Korang rasa houseboat tu macam mana?"

Aku rasa mesti ada bayangkan macam kapal cruise.. Hahaha.. Aku dengan selamba jawab,

"Macam cerita anaconda.."

Bila dah sampai.. semua tak sabar nak tengok houseboat kami macam mana,

Macam ni ke??


Confirm bukan.. Tapi macam mana??
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Yang berwarna coklat tu yea.. Kan aku kata macam cerita anaconda.. Warna pun sama.. Hohoho..

Bersambung selepas ni kalau rasa nak sambung.. =)

Monday, April 2, 2012

Relieved or disappointed??

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum apa-apa aku nak mintak maaf sebab entry kali ni bukan macam aku selalu happy atau gedik macam selalu.. =)

Selalu bila aku buat entry yang ada kata-kata tu macam aku sedih tapi sebenarnya tak pun.. Tapi kali ni memang aku sedih.. Hee~~ (entri sedih tapi de senyum gak..hahaha)

Sorry, sebab aku memang tak pandai luahkan kesedihan aku kat orang termasuklah keluarga dan kawan-kawan.. Memang aku salu happening.. Sedih tak tunjuk sangat.. Nangis tak pernah depan-depan.. Aku memang tak tahu nak citer masalah kat orang face to face melainkan citer yang tak ada kena mengena dengan aku.. Sebab aku memang story teller.. Kadang-kadang aku call kawan aku konon nak ngadu tapi last sekali aku gelak-gelak sampai tak jadi citer.. Kalau citer jugak pun dah tak ada feel sedih.. =)

Sekarang ni pun aku menulis sambil tersenyum padahal tadi aku dah mengeluarkan air mata tak tertahan-tahan tak tahu punca.. Amik wudhuk still mengalir... Tengah solat still mengalir.. So, jangan cakaplah aku tak mengadu kat Allah ei.. Setiap masa aku mengadu pada Nya.. =)

Kadang-kadang aku mahu penjelasan.. Tapi penjelasan menyakitkan.. Ayat pernyataan yang menyedihkan hati.. Tapi aku still berlagak aku okay.. Gelak lagi dengan kawan-kawan sambil tengok tv padahal di sebalik aku ketawa ada mengalir air mata.. Hmmm...

Aku menulis bukan nak meratap... Tapi mungkin aku rasa bila aku menulis macam makin ok.. Bila aku cerita dengan orang yang aku tak kenal aku rasa aku lagi comfortable.. Heee~~~

Iye, aku buat macam selalu aku tulis.. Senyum walaupun terpaksa... Sebab senyum itu penawar penuh bermakna.. =)

*punah harapan nak update pasal holiday aku.. Aishhhh... How dare u ruin my day!!!

Merenung hari esok.. =)
Have a nice day semua!!!

Sunday, April 1, 2012

A special day..

Bismillahirrahmanirrahim..

For past two days, I went to holiday.. Oh, yeah!! A place that did not has modern technologies.. No phone calls.. No SMS.. And the most important was no web accessed.. But, astro ada lah weyh.. Lepas gian aku tgk citer best2... Kih..kih...

Tapi hari ni aku tinggal kan pasal holiday tuh.. Bagi surprise sikit walaupun ada gak aku dah terbagi tahu aku pergi mana.. Hahaha..

Hari ni hari yang special sebab  birthday somebody that I love so much..

Ayahku dah berusia 65 tahun rupanya... =)

Tahun ni tak ada hadiah aku bagi seperti tahun-tahun sebelumnya.. Cuma aku hantarkan kad ucapan yang comel walaupun bukan aku buat just beli jer..


Disebabkan kosong jer sebelah tu, aku pun tempek gambar pasport aku.. Kah..kah..kah.. Hajat hati nak tulis dalam english.. Tapi disebabkan ayah aku suka sangat komen grammar aku.. Jadi, aku amik keputusan tulis bahasa yang ayah tak paham.. Hahaha... Sah2 tak boleh nak ngomen banyak.. Sorry ayah, nanti ayah buat google translate k.!! ;P

Masa kecik-kecik aku rapat dengan ayah.. Sekarang still rapat cuma dah makin kuranglah.. Lagi-lagi ayah suka sangat layan bebudak.. Sebab tu anak-anak sedara aku suka sangat dengan ayah.. Siap hari tu aku call,

"Ayah, atil injured main futsal." konon-konon mengadu lah kan..

"Hah! Inject? Ayah tak paham lah.. Ayah paham cakap Qisya dgn Nana jer." Ceittt!! Untuk makluman Qisya dan Nana tu 2 org daripada buat iklan kodomo lion hari tu.. Sengih sampai telinga..

Kecik-kecik dulu,
Aku baring atas lengan ayah sampai tertidur sampai mak pun nyibuk sama.. Saja jer kan..

Kecik-kecik dulu,
Tak boleh sesiapa pun rampas ayah aku sampai aku majuk walaupun sepupu tu lagi muda dari aku.. sampai sekarang aku malu dgn sepupu aku sebab hal majuk ni.. Aiseh!!

Kecik-kecik dulu,
Ayah sanggup bawak aku naik motor malam-malam round satu pekan kecik ni sambil belikan aku jajan sebab aku takkan tido selagi tak pusing-pusing..

Kecik-kecik dulu,
Sebelum tido ayah citer bed time story termasuklah ajarkan aku surah-surah pendek..

Kecik-kecik dulu,
Ayah aku sampai jatuh kerusi sebab amikkan bantal mucuk aku yang disorok abang dalam almari di tingkat atas.. ;P

Terima kasih ayah!!!

Sebab,

Selalu tunaikan segala permintaan aku...
Selalu bagi duit lebih kat aku..
Selau layan jer karenah keanakan aku..
Selalu ada untuk aku..
Yang penting sentiasa sayangkan aku.. =)

Atil sayang ayah ketat2!!
Muahhhhhh...

*sampai sekarang walaupun aku dah kurang gedik dan manja tapi still menggedik bila balik shopping beli baju baru, kasut ker, tudung ker.. Aku pakai sambil bergaya depan ayah,

"Cantik tak ayah??" sambil buat gaya model..

"Cantik lah anak ayah." ayah aku tengok sambil puji betul-betul..

Walaupun aku tahu semua ayah akan ckp camtu tapi dah buat hidung aku kembang kempis.. Tapi yang tak tahan nya mak pun join gak nak jadi model cam aku.. Hahaha.. Jeles ley tu..