dewan rakyat

Friday, March 30, 2012

Seyuman itu.. =)

Bismillahirrahmanirrahim..



Ada rasa apa-apa tak dengan seyuman mereka ni?? =)

Miss them badly... hohoho..

*terasa ikhlas semyuman itu...

Thursday, March 29, 2012

Semangat hilang atau kemalasan melampau??

Bismillahirrahmanirrahim..

Uwarghhhhhh.... Sem last yang sangat aku malas... Bila tak ada kelas merungut.. Bila ada kelas malas sangat nak pergi nya.... Aishhh..

Sem ni sem yang paling sikit jam kredit aku amik.. Sah-sah makin lompang lah jadual aku.. (betul ke lompang??).. Itu belum tolak kredit untuk siapkan final year project.. Untuk makluman dengan bangga nya aku umumkan project aku dah siap... Hohoho.. So, memang aku bersuka-ria lagi lah kan...

Masalahnya ialah, kelas aku paling awal start pukul 2 petang pada hari ahad jer yang mcm penuh petang tu.. Hari-hari lain pukul 4 ptg mula dan kelas paling lambat pukul 8 malam.. Itupun hari rabu merangkap ada satu kelas je..  Ini menyebabkan aku tido lambat+ bangun lambat = pemalas yang amat... Belum campur hari yang tak ada kelas langsung.. Sah-sah aku melangut jer tengok tv sambil makan.. Keh..keh..keh..

Sampaikan buku log aku (catitan project aku) pun bercelaru... Data-data tak kemaskini pun padahal banyak gila masa... Dan lagi, final year report aku satu pun aku tak start lagi.. Aduhai!!!

Belum lagi assignment yang aku tak buat.. Adessss...

Aku yang mang malas ataupun semangat aku menghabiskan sisa-sisa akhir sem makin berkurangan?? Hmmm..

Maka dengan ini saya meminta bantuan anda semua silalah campak kat aku sebaldi air bagi aku sedar sikit.. Nak suruh tampar, lempang ker sakit sangat lak kan... Lalalala~~

*sekali lagi entri tak ada makna.. ceitttt...

Wednesday, March 28, 2012

Bila tiada yang mandang..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kadang-kadang pernah tak rasa kita tolong orang dalam kesusahan tapi orang boleh tinggalkan kita bila dia dah senang.. Padahal mungkin tu cuma perasaan kita jer.. =)

Takpun rasakan macam semua orang tak hiraukan kita dan mula lupakan kita bila semakin hari rasa diri terpinggir.. Padahal orang di sisi silih berganti.. =)

Kita rasa semakin hari kita makin jauh daripada orang yang kita sayang tak kiralah family, kawan atau sesiapa pun bila mereka lama menyepi.. Padahal masing-masing ada hidup sendiri.. =)

Itu apa yang aku rasa.. Dan aku rasa semua orang pernah lalui macam ni.. Kalau tak pernah oh, bagus nya diri korang sebab selalu optimistik.. Wekkkkk..

Mungkin mula nya aku bersedih.. Mungkin mula nya aku rasa sangat down.. Tapi aku refresh kan diri balik macam tekan button kat otak dan cakap kat diri sendiri,

"Walaupun semua orang dalam dunia ni tak hiraukan aku, 
tapi aku tetap hirau kan semua orang dalam dunia ni."
 ;P

Dunia ni bukan untuk kita sorang jer.. Hohoho.. =)

*ke aku jer rasa macam ni?? Tak adil!! sila jangan ingat aku sedih pulak.. Just my thought!! =)

Monday, March 26, 2012

Harry Potter series

Bismillahirrahmanirrahim..

PERINGATAN: Entry ni panjang so siapa-siapa tak larat baca silap skip terus ke bawah.. hohoho

Tajuk aku dah terang-terangan nak citer pasal Harry Potter kan.. Oh, kepada Mr. Clive ni bukan sebab aku nak join contest tu tapi sekadar tolong promote.. Kih.kih..kih.. Setelah mengambil keputusan yang berat aku rasa tak payah lah join sebab tinggal 2 series jer nak complete kan buku-buku yang aku ada.. So, lebih baik aku bagi peluang yang banyak dan lagi terbuka kat orang lain yang nak satu complete series kan.. Ni sebagai balas balik sebab macam aku terjanji nak join... Sorry nak mungkir janji .. Heeee~~

Aku ni kipas-susah-mati Harry Potter... Sebelum korang tanya maksud kipas-susah-mati tu aku jawab dulu.. Pada sesiapa yang suka baca komik keluaran Gempak-Starz mesti jumpa kan.. Kiranya aku memang addicted sangat-sangat lah dengan Harry Potter ni..

Aku ni jenis tak boleh suka sesuatu atau seseorang.. Sebab bila aku dah suka aku memang suka betul-betul.. Aku sanggup harungi apa saja asalkan aku dapat apa yang aku suka.. Macam Harry Potter jugak lah... Aku tahu citer ni for sure daripada movie baru novel... Masa tu aku still sekolah rendah so tak berapa tahu sangat pasal novel dia.. Dan kebetulan satu family aku suka citer except mak aku.. Mak aku memang selalu daerah berkecuali..

Masuk sekolah menengah kegilaan aku dengan Harry Potter tak pernah surut.. Tapi still movie je lagi... Habis aku search pasal semua pelakon dia.. Aku sangat excited bila tahu Emma Watson sama umur dengan aku.. Hahaha... Cuma masa aku Form 2 abang aku pinjam buku Harry Potter and the Order of Phoenix daripada library.. Dia bawak balik.. Ayah aku baca lah buku tu.. Ayah aku sangat suka membaca novel English... Disebabkan ayah aku tak sempat habis baca sebab abang aku dah balik tempat dia kerja maka ayah aku bersemangat beli buku tu... Bila ayah dah abis baca ayah aku hadiahkan novel tersebut kat aku dengan harapan improve kan English aku.. Hahaha..

Aku terima dengan hati terbuka tapi adoi tebal kot buku tu.. Lagi tebal daripada novel Melayu aku baca.. Memang jadi pekasam dalam almari aku lah.. Sehinggalah akhir Form 2 aku pergi rumah sepupu aku di Serawak.. Anak dia masa tu baru habis UPSR tapi dah khatam buku-buku Harry Potter setakat yang dah dikeluarkan lah.. Sepanjang aku kat situ seminggu, habis 2 buah buku Harry Potter dia baca.. Bukan yang series 1-3 yang nipis tu ei.. Yang tebal-tebal tu... So, aku rasa tercabar, balik umah aku baca terus.. Wakaka..

Masuk Form 5 masa series terakhir keluar, masa tulah dak sekolah aku baru sibuk-sibuk minat Harry Potter.. Termasuklah kawan-kawan aku.. Tapi masa tu diaorang baca yang Melayu punya.. So, aku tak amik part sangat walaupun aku da satu je buku Harry Potter.. Mungkin aku tahu Melayu punya bahasa macam pelik-pelik.. So, aku dengar je diaoarng citer... Cuma masa tu hanya seorang kawan aku je yang ada last part novel... Tapi sebab SPM aku tak baca..

Aku takhluki hampir semua series bila habis SPM bila ayah dengan murah hati offer nak beli.. Aku sangat suker.. Kecuali last part aku beli sndiri.. Cuma sekarang series 1 and 2 tak ada lagi.. T-T

Sepanjang aku addict dengan Harry Potter macam-macam aku buat:


  • Sanggup beli majalah setiap kali muka pelakon dia keluar
  • Masa sekolah, karangan English aku jadi panjang lebar sebab citer sal Harry Potter je 
  • Sanggup tahan perut sebab nak beli novel last part punya yang hard cover
  • Gabungkan nama sweety+ dan= sweetydan bermaksud aku dan daniel radcliffe.. Habis aku guna nama ni dekat myspace, friendster termasuklah pendrive aku..
  • Sanggup dari Terengganu ke Shah Alam tak balik Perak terus semata-mata nak tengok Harry Potter and Deathly Hallow Part 1 punya movie
  • Sanggup pujuk mak dan ayah aku pergi Ipoh nak tengok Harry Potter and Deathly Hallow Part 2 walaupun umah aku pergi Ipoh hampir 2 jam..
  • Sanggup tengok wayang sorang-sorang makan popcorn sorang-sorang sebab Part 2 punya pasal
  • Hampir nak beli buku spell Harry Potter.. Hahaha..
Aku tak larat nak citer dah sebab banyak lagi sebenarnya.. Sampai kadang-kadang aku berangan sebut,

"Accio." kalau bajet nak amil barang.
"Avada Kedavra." kalau rasa geram kat orang.
"Lumos." kalau bajet bagi bilik aku bercahaya sikit..

Wah,,, entri paling panjang aku buat kan.. Sape2 tak larat nak baca boleh skip terus sampai bawah ei.. So, silalah saper2 nak join nak dapatkan full series Harry Potter ni..

http://palirsm.blogspot.com/2012/03/siapa-nak-semua-koleksi-buku-harry.html#comment-form
Boleh klik SINI kalau nak join ei..

Lepas ni nak kumpul duit nak complete kan series dan nak beli The Series of Unfortunate Events by Lemony Snicket.. Citer dia best!!! Tapi ader 12 buku kot..

Saturday, March 24, 2012

My dream come true!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Hahahaha... Itu yang mampu aku cakap dulu.. Adoi!! Adakah aku telah dapat mengenakan korang?? Kah..kah..kah.. Tapi aku tak cakap pun aku pergi dating dengan guy ke tak kan?? Ish2.. Dan lagi aku tulis "someone" ei, sebab aku tak tahu nak describe dia tu "someone" or "something" takpun "somebody" sebab... sebab.. sebab... dia bukan human being pun... Heee~~

Lagipun seumur hidup aku tak pernah gi dating ngan guy pun... Kuar dengan laki pun ramai-ramai tapi boleh bilang dengan jari berapa kali... Mostly, aku hang out dengan kawan-kawan pompuan je... Hohoho..

Sape ingat wishlist aku?? Ingat tak?? Dan tak sangka walaupun beberapa bulan jer aku buat wishlist tu akhirnya,, =)



Memang special kan... =) Sila jangan jeles dengan saya...

So, kepada misz domu jangan risau I dating dalam kalangan ramai orang... Hehehe..

Bawang ungu berlari-lari nak tengok gajah jantan membuang air kecil.. hahaha

Pandangan jauh sikit... Heee~~

Bukan aku dapat naik jer.. Siap bagi makan... Dengan mandikan lagi.. Complete!! So, lepas ni kita tutup citer sal gajah ei.. =)


Muka kegembiraan... Tapi gambar ni tak nampak aku pegang dia kan.. Badan dia kasar-kasar berbulu sikit... Disebabkan gajah, aku tempek gambar aku sorang kan.. =)

Siapa-siapa nak datang boleh lah eik.. Dialu-alukan... Peace!!!

Peringatan:: aku memang nakal dalam kalangan kengkawan mahupun family.. Mugkin anda akan kena lagi dengan saya lepas ni.. =)

Friday, March 23, 2012

Dating with??

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah beberapa hari aku tak ada selera makan.. Ini sesuatu yang serius.. Aku hilang selera makan sejak game hari tu.. Aku makan sangat sikit nasi walaupun aku beli lauk yang aku suka.. Jimat nasi kat umah sebab kalau tak aku yang perhabiskan nasi kat umah.. Asal aku je yang abiskan nasi sejuk kalau nak masak nasi baru.. Tapi minggu ni nasi sejuk semua bagi ayam takpun kucing.. Heee~~

Macam mana pun sejak semalam selera makan aku kembali semula.. Oh, yeah!! Pagi-pagi aku masak cucur, aku makan.. Tengahari aku makan nasi.. Dan akhirnya semalam aku makan 3 kali nasi dan sebiji kebab untuk supper malam.. Hohoho.. Hari ni pulak walaupun makan dua kali tapi portion nasi aku amik banyak... Fuhhh,, adakah aku akan di caj oleh housemate aku sebab makan nasi lebih?? Harap-harap tidak..  Disebabkan lauk tak berapa nak ada aku amik nasi banyak.. Aku cakap kat kawan aku,

"Banyakkan nasi kurangkan lauk," Hahaha..

Ini semua disebabkan duit aku banyak habis bayar macam-macam so terpaksa lah kurangkan lauk.. Dan lagi aku rasa wishlist aku naikkan berat mungkin menjadi... Oh,yeah!!! Takpun sebab aku tak sabar tunggu hari esok?? =)

Hari ni jugak aku jadi rajin.. Bangun-bagun kemas pinggan-mangkuk kat dapur.. Masak nasik.. Hangatkan lauk.. Sebelum tu, lepas subuh aku perah kain untuk sidai sebab aku rendam softlan semalaman.. Oh, ya! Umah ni tak ada washing machine so aku menggunakan tangan basuh kain yea.. Masa mandi rajin pulak aku cuci toilet sental daki-daki yang ada.. Kenapa ya aku rajin hari ni?? Siap lipat baju terus lepas angkat.. Selalunya aku lipat malam-malam.. Ni lepas angkat terus lipat... Hmmm,, kenapa ya?? Memang aku sangat excited tunggu esok ke??

Ada apa hari esok?? Esok aku nak pegi dating dengan someone very special.. Not only special but very special.. Dah lama aku tunggu saat ni nak dating dengan dia.. Sangat-sangat menanti hari tu bila datang.. Dan sangat harap salah satu wishlist aku tahun ni jadi jugak esok.. Esok, kita akan ketemu kan.. Mintak2 dirimu sudi berjumpa dengan diriku.. =)

Harap-harap jangan sape2 rasa aku annoying sebab citer nak pergi dating esok.. Tapi aku tak kira aku nak cakap gak!!! Lalalala~~ Wish me luck tomorrow.. Memang memerlukan luck pun.. =)

Thursday, March 22, 2012

klik.. klikk.. klikkk..

Bismillahirramanirrahim..

Aritu bulan 12 adalah photoshoot sikit... merasa aku snap gambar belakang tabir putih... jadi model kejap.. tapi model biasa-biasa lah.. (kang aku kata tak cantik ada lak yang marah.. hahaha).. ini untuk year book.. entahlah diaorang cakap first time u dalam malaysia buat macam ni.. aku tak tahu ei,,,

Cover buku
Model-model tak bertauliah
Edisi sempoi
Jadi kenangan nanti... =)


Itu jelah aku nak tunjuk.. Dalam buku ni semua berlagak jadi model termasuklah aku.. kih..kih..kih.. tapi tak comel pun.. huh!!

Cuba cari yang mana aku...hahaha..

Last sekali.... Rasakan sarang tebuan..wakaka.. =)


Tuesday, March 20, 2012

Oh,yeah!!!

Bismillahirrahmanirrahim..


Berlagak gembira tidak mudah. Tersenyum ketika berduka amat susah. Tetapi jika ini penawar aku akan cuba teruskan. Tak guna bersedih dengan yang tak pasti. Tak guna gelisah sedangkan banyak nikmat yang diberi.
dipetik daripada diari diri sendiri..(lama punya k) =)


Ini bukan sebab aku sedih ke apa eik.. Jangan buat spekulasi.. Wakaka.. Saja mengeluarkan madah di malam hari.. Tapi betul lah, senyum takpun ketawa pengubat hati bila berduka.. Senyumlah walau susah macam mana pun... Tapi jangan senyum sensorang dah lah.. Macam bawang ungu cakap kat aku tadi,

"Sekarang ni ko dah suker senyum sensorang depan laptop.."

Nak buat macam mana korang lah buat aku tersenyum sensorang.. Hee~~

Kepada adik-adik ku sekalian yang nak amik result esok, terimalah result dirimu seadanya.. Kalau bagus, syukurlah.. Kalau kurang bagus, syukurlah jugak.. Insyaallah, Allah sentiasa menentukan yang TERBAIK untuk kiter.. Ni akak ni yang pesan.. Bukan senang aku mengaku kakak kan.. Esok-esok aku muda balik k!!

p/s:: kawan aku retak tangan dia sebab futsal aritu.. sian dia.. tangan kanan .. tangan menulis lak tu..adakah pompuan main ganaz sgt?? hmmm..



Sunday, March 18, 2012

Hari yang malas..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni hari Ahad.. Hari yang aku malas sangat-sangat.. Hanya duduk depan laptop sambil ngadap tv dari pagi.. Hari di mana aku malas sangat-sangat nak keluar rumah mahupun menjejakkan kaki di luar...  Tapi disebabkan lapar aku ikut jugak bawang ungu pergi beli makan.. Hari yang mana lagi nak angkat kain pun malas apetah lagi nak basuh.. Kemas dapur pun malas (itu satu rumah malas)... Betapa hebatnya penangan futsal semalam...

Selamatlah hari ni semua kelas cancel.. Macam tahu-tahu je aku tak larat.. Siyez, badan aku dari tangan, perut, peha dan last sekali lutut memang tak tahulah nak cakap macam mana (gelak pun saket weyh).. Selamat kepala sekali tak toin sebab kena sepak 2 kali.. Bukan aku jer.. Satu rumah ni jadi macam tu.. Bukan satu rumah je tapi satu team aku termasuk team bio 3rd year perempuan futsal yang lain sakit sama.. Itulah lain kali rajin kan diri anda bersukan supaya tak jadi macam kami.. Tup..tup.. lawan game terus.. Tak ke naya... Ada yang jalan terkengkang-kengkang, ada yang tempang sebelah jalan dan aku jalan slow-slow terkepit-kepit ayu.. Perghhh.. Kalau lah sampai final, tak bangun terus aku.. Hahaha..

Aku memang syok citer sana-sini kat kawan-kawan aku tapi yang sadisnya ada "seorang" ni gelakkan aku bila aku citer aku main dan kecederaan aku alami.. Bengang rasanya.. Gelak bukan sikit panjang type nya.. Hahahahahaha (panjang tak?)... Mana tak geram.. Aishh..

Hajat di hati tak nak update pun.. Tapi disebabkan aku rajen update daripada buat kerja lain, so aku update lah kan.. Lantaklah entri merapu + berulang macam citer semalam.. Ni entri malas aku.. Harap maklum..

Kepada cekbolat-bolat konpius dengan jantina aku.. Boleh pulak dia konpius.. Hahaha.. Ni aku tempek gambar aku..


Betapa ayunya aku tangkap bola sambil tersenyum.. Wakakaka... Ni game wa menang ei.. (terikut cerekarama sudah)

Kepada misz domu tima kacih banyak-banyak atas nasihat diberi.. Tapi titew takut letak ubat jugak.. Hohoho.. (sekali jer daku letak).. Hee~~

(bila pikirkan balik kalau berlatih betul-betul boleh hebat ni~ berangan)

Saturday, March 17, 2012

F

Bismillahirrahmanirrahim..

Tahukah anda apakah maksud F tu?? F untuk futsal tambah dengan failed.. Huk2... Tapi nak ikutkan bukanlah failed cuma kurang berjaya..

Hari ni ada hari sukan kelab BIOSIS.. Maksudnya, kelab mahasiswa biologi.. Aku take part dalam futsal game...

Tahukah anda seumur hidup aku tak pernah main futsal??


Tahukah anda lagi apakah posisi aku main??


Rasa-rasa apa?? Sah-sah lah aku jadi goal keeper kan.. Pada mulanya aku bukanlah keeper.. Kawan aku yang lain jadi.. Tapi disebabkan posisi dia lebih kepada striker (terer dia gelecek) daripada aku yang macam sepak bola tak lepas.. Jadi, aku pun meng'offer' kan diri jadi keeper.. Padahal seumur hidup aku tak pernah jadi keeper.. Untuk pengetahuan korang lagi kali terakhir aku join sukan yang macam ni adalah masa sekolah rendah... Punyalah lama giler.. Kalau ada main pun, main sepak macam tu jer..

Dan kebanyakan antara kami yang join tak pernah main futsal.. Yang ada pun kali terakhir masa matrik dulu.. Dah berapa tahun tinggal kan.. Jadinya, petang semalam kami berlatih lah kat halaman rumah kawan aku yang lain.. Masa tu aku belum lagi jadi keeper.. Pada malamnya, aku pun berfikir baiklah aku jadi keeper.. So, latihan malam semalam kami decide aku jadi keeper.. aku tahu diaorang pun cam tak yakin aku jadi.. Bukan setakat diaorang jer aku pun sama..

Masa latihan malam tu, peranan aku tak banyak sangat.. Sebab, kami buat match dengan lagi satu team biology third year, defender kami sangat hebat membuatkan kerja aku senang-lenang.. Tak banyak cubaan yang membuatkan aku bersedia.. Huh!! Disebabkan itu, masa balik umah malam tu, aku tak tidur lena.. Aku fikir,

"Betul ke aku nak jadi keeper ni?? Bersedia apapun tak.."

Game start pukul 8.. Cuaca sangat baik untuk bermain.. Kami main bukanlah di court yang bertutup tapi terbuka berlantaikan simen.. Adalah buat practise sikit sebelum tu tapi masih lagi tak membuatkan aku lega..

Tahukah anda lagi, posisi paling menakutkan adalah menjadi keeper??

Sepanjang game memang lah aku asyik bertawakal je.. Takut sangat.. Aku ni darah gemuruh sangat tinggi.. Walau macam mana pun, defender kami memang hebat.. Memang defend aku habis-habisan lah.. Tapi bila defender tak dapat nak defend sah-sah antara aku dan bola.. Dan hobi aku masa jadi keeper ialah masuk je bola dalam D aku peluk kuat-kuat.. Lantaklah korang nak kata apa.. Ni kawasan aku k!!

Kami lawan dalam 3 game peringkat kumpulan.. 2 game menang, satu game kalah.. Kalah 1-0.. Tu memang aku tak boleh selamatkan sebab bola laju.. Tapi disebabkan aku berusaha keras dalam 2 game terdahulu membuatkan suara-suara sumbang yang saja melemahkan semangat aku..

"Peluk lah bola tu kuat-kuat."


"Akhirnya bolos juga.."


"Bagi kad merah kat keeper ni."

Dan macam-macam lagi lah.. Nampak sangat ada orang jeles dan tak puas hati dengan aku ni.. =)

Walau macam mana pun akhirnya kami berjaya ke semi-final.. Yuhuuuuu.. Tapi masa tu, semua dah injured termasuklah aku.. Seluar aku koyak dekat  lutut.. Lutut aku luka ditambah terkoyak sikit kulit nya.. Lebam tak payah cakap lah sebab banyak sengat aku melutut.. Yelah kali terakhir luka kat lutut masa kanak-kanak aktif.. So memang terasa sakitnya.. Sampaikan masa aku solat boleh tersasul adoi lagi.. Dan terasa Ya Allah susah nya aku nak sujud.. Macam nak menitik gak air mata masa solat.. Hmmm..

Implikasi nya untuk semi-final lah.. Nak buat macam mana, keeper tak ada reserve.. Memang aku lah main dari awal sampai habis.. Defender aku yang paling aku sayang injured.. Masa tu memang tak boleh buat apa lah.. Bayangkan kami main pukul 4 ptg di bawah matahari panas terik.. Dan akhirnya, kami kalah.. Bukan kalah sikit tapi kalah 5-0 you all.. Habis reputasi aku.. Tapi memang susahlah... Ada sekali tu aku berjaya tangkap bola.. Memang aku peluk sambil melutut macam biasa.. Masalahnya ada hati nak sepak aku lagi tu.. Dengan bengangnya aku jerit,

"Bola aku lah weyh." Puas hati aku!!

Walau apapun terjadi, kalah sekali pun aku berbangga dengan team aku sebab semua nya amatur berlatih 2 kali dibandingkan team lain tuh.. Memang korang hebat lah team!!Dan aku tahu yang team lain tuh memang pemain futsal takpun paling kurang atlet.. Kalau tak takkan ada kasut futsal daripada kami yang pakai kasut sukan.. Dan aku sneaker jer.. Sempoi giler.. Semuanya memang awesome lah my team!! Konklusi nye  walaupun pada dasarnya kami macam lemah-lembut (yeke??) tapi kami ada super powerrrrr...

Dan lagi, dan lagi aku berbangga dengan diri sendiri sebab tak sangka aku ada bakat terpendam.. Hohoho~~

Tapi ada yang aku tak puas hati bila ada ke patut geng budak laki ni sempat cakap,

"Seluar dia koyak weyh." Hampeh betul lah..

Koyak yang berjaya di cover untuk snap..



Friday, March 16, 2012

Nikah gantung..

Bismillahirrahmanirrahim...

Siapa yang tengok Al-Kuliyyah hari ni?? Aku tido sebelum tu.. Dengar pasal nikah terus bagun.. Hahaha.. Ok, aku tipu aku bangun jugak sebab nak kena pergi berlatih futsal... I ada lawan futsal esok u all.. Lalalala~~ Padahal aku baru first time main... Sangat teruk.. Aku jatuh banyak kali.. Dan aku dapat special hadiah.. Tahukah hadiah nya apa?? Tempek najis kucing kat kasut aku.. Tak patut betul!!!

Sebelum aku melalut lagi panjang mari kita ke tajuk asal.. Nikah gantung (nikah khitbah)..

Apakah nikah gantung??

Dulu-dulu aku fikir nikah gantung tu kahwin tanpa kenduri semua tapi tinggal sama.. Rupa-rupanya nikah gantung ni nikah yang tak ada kenduri jugak tapi..... Si pengantin tidak tinggal bersama dengan pasangannya sehingga waktu ditetapkan.. Kiranya pasangan ni tinggal bersama ibu bapa nya lagi lah..

Nikah gantung ni kiranya ibu bapa still tanggung anak dia tanpa ditanggung oleh si suami.. Dan lagi kena ingat nikah gantung ni suami isteri tak boleh main-main ping-pong, tenis, hoki bagai lagi... Itulah istilah ustaz tu cakap.. aku pening pikir apakah main-main ni.. Mungkin sebab aku nya otak masih bersih dan suci so aku tak paham.. Korang paham maksud dia apa?? Kiranya suami isteri tak boleh buat hubungan suami-isteri lagi..

Nikah gantung akan jadi tak gantung dah bila suami isteri dah main ping-pong bagai dan secara automatik suami kena bertanggungjawab dan tanggung nafkah si isteri.. Tapi boleh lah nak bermesra, bermanja semua.. Kalau lahir anak sekali pun masih sah lah sebab dah nikah kan cuma pemberian nafkah lah..

Nikah gantung ni terjadi bila,

  1. Tak cukup duit lagi nak tanggung isteri
  2. Student yang masih belajar

Nikah gantung ni bagi mengelakkan zina semua..Yelah orang mabuk asmara tangan merayap-rayap.. Ish2

Lepas dengar semua ni safi rania cakaplah,

"Aku nak nikah gantung lah macam ni." 

"Memanglah nak nikah.. Tapi dengan siapa masalahnya," aku jawab.. Hohoho..

Sorry kalau aku salah bagi fakta taw... Aku cuma sampaikan apa yang dengar tadi.. Macam nikah gantung lagi better dari bertunang kan..

Lagi satu siapa yang lagi arif tentang ni silalah terangkan lebih mendalam taw.. =)

Dan lagi punya lagi, bukan sebab aku gatai nak nikah aku buat entri ni.. Hahaha.. (terasa sangat ekspres aku terang)

Thursday, March 15, 2012

Accident

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk permulaan citer sebelum pukul 12 tgah malam ni aku nak ucapkan selamat hari lahir buat temanku dari sekolah menengah, teman seuniversiti, kawan sekos dan last sekali jadi housemate aku sekarang ni iaitu si bawang ungu... wahhh,, anda makin tua dari saya.. hahaha.. kepadamu teman moga-moga dirimu sentiasa dirahmati Allah ei!!!

Korang pernah accident aka kemalangan tak?? Aku penah lah.. Tapi sebelum aku citer sal aku, semalam dalam kampus ni ader accident.. Tu yang tergerak nak cakap sal ni.. Nak kata u aku sesak tak jugak.. Maybe sebab tak sesak so orang tak berhati-hati.. Kereta kancil langgar motor... Dan yang penunggang moto tu sah2 terbaring.. Kete kancil ni boleh siap tertanggal bumper lagi.. Adusss..

Ni kali ke berapa aku tengok accident dalam kampus u aku.. Kawan aku perempuan ada jugak jadi mangsa sampai patah kaki dia... Pernah jugak seorang course-mate laki aku accident depan mata kitaorg bila kereta langgar dia.. Kereta tulah tak sempat-sempat nak keluar simpang.. Selamat kawan aku dengan motor dia ok.. Kereta tu yang rosak lebih... Dan kebanyakan accident aku tengok adalah motor.....

Dulu-dulu kakak aku pun sama jugak accident motor.. abis luka, parut sampai sekarang.. Mak aku tak cakap pun kat aku.. Maybe sebab aku duduk asarama dulu kan.. Selamat aku call mak.. Dan selamat semua nya selamat.. Dan sebab tu jugak sampai sekarang aku tak reti bawak motor (ini alasan)..

Aku accident...


Aku accident tak ada kena mengena dengan motor... Hanya melibatkan kereta semata-mata.. Dan ini adalah accident yang paling aku ingat walaupun darjah 3 punya citer.. zaman bila tu?? zaman yang bertahun 1999.. Aku masih ingat esok nya pengumuman result PTS kot... singkatan apa ei?? hahaha.. aku dah tak ingat nama penuh dia..

Masa tu nak anta kawan aku balik... ayah aku bawa kereta dan mak aku sebelah.. Kalau sesiapa duduk area kuala kangsar ataupun lebih specific bukit chandan yang nak pergi istana tu.. Masa tu kami semua happy2 baru balik family day kat ulu kenas.. Dan aku kidnap (xtaw bahasa apa yang sesuai) kawan baik aku supaya ikut sama.. Aku duduk kampung tapi dia duduk bandar lah kiranya.. So, nak hantar dia balik lah ni..

Area sini lah tempat kejadian (penat aku google haha)

Dalam sonok2 tu dekat area jam besar tu, tiba2 tanpa menunggu  apa-apa sebuah kereta keluar tiba-tiba daripada simpang belah kiri... Tak tahulah kereta tu tak pasan kereta kami yang hampir tapi selamba je dia masuk kan.. Dan apa lagi..

"Dummmm.."

Kereta kami berpusing 360' sampai berubah terus kedudukannya... Dan sangat hampir nak masuk sungai Perak.. Masa tu aku tak ingat apa dah.. Cermin belah mak memang pecah tapi mak selamat .. Bila kereta dah habis berpusing tu, kami semua keluar daripada kereta.. Masa tu hujan renyai-renyai.. Aku ingat lagi habis badan aku menggeletar..  Tak tahulah sebab sejuk ataupun takut..

Dan lagi waktu tu kami baru pulang daripada kenduri kahwin selepas habis family day.. Aku pegang bunga telur dan aku genggam telur tu sampai hancur sebab sangat takut.. Orang ramai datang tolong.. Polis pun datang sama... Tapi alhamdulillah semua selamat.. Keluarga kami selamat dan keluarga yang melanggar selamat..

Sejak hari tu, aku fobia kereta keluar daripada simpang kiri.. Tak kisahlah masa tu aku drive ataupun sekadar penumpang.. Sebab image kereta keluar daripada simpang masa hari tu tetap berlegar dalam fikiran aku... Hmmm..

Dah habis cerita aku korang pulak pernah accident?? =)

Tuesday, March 13, 2012

untuk hari ini..

Bismillahirrahmanirrahim..

Internet tak berapa bekerjasama dengan aku tapi tak apa.. Ini jelah yang mampu aku bagi hari ni.. Heh!! Kepada Liselle Moncherie jangan sedih-sedih yea.. Tak apa ada lagi next time.. Chaiyo2!!!



Ni lah hari-hari aku tengok kat desktop.. Dan ada hari yang sedih bila aku tengok desktop aku jadi senyum kembali.. =)

Monday, March 12, 2012

Ayam oh, ayam..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku gagahkan diri mengomen dan membaca entri anda semua... Lalalala~~ Sebenarnya, aku nak jimat kan sisa-sisa kuota yg ada.. Yelah nanti tak pasal-pasal satu rumah tak boleh guna disebabkan aku yang tak sudah-sudah baca blog orang... Nanti tak pasal-pasal download nota semua tak boleh (macam yea sgt).. takpun nanti nak cari maklumat assignment tak boleh.. tapi aku tak kira aku nak juga pergi sini... wahahaha.. lagipun selaku pengomen sana-sini mesti lah kena lawat kawan-kawan kan sebelum aku betul-betul tak boleh... =)

Aku kaki tengok tv mahupun citer ataupun movie... Semua sewaktu dengannya lah... Dan aku agak terpengaruh dengan tv macam mana aku nak sangat naik gajah sebab tv punya pasal lah kan.. Sampai iklan pun aku suka tengok.. Aku ingat lagi iklan dove yang dia kata dove ni neutral.. Pastu dia try litmus paper kat sabun lain jadi warna biru.. Sejak hari tu hingga hari ni aku ingat alkali akan tukarkan litmus paper jadi biru... Pandai tak aku amik pengajaran daripada iklan?? So, masa dulu kalau keluar soklan ni tanpa ragu-ragu aku jawab.. Hahaha..

Pengaruh tv sangat kuat sampai aku boleh ingat dan masuk dalam kepala lagi-lagi  masa aku kecik.. Nama pun budak kecik senang diserap apa yang dilihat (aku tak pernah tiru aksi bukan-bukan dan berlagak jadi sailormoon lagi mahupun power rangers yea).. Nak dijadikan citer satu hari masa umur aku lebih kurang 4-5 tahun arwah nenek tanya aku,

"Atil pandai basuh ayam tak?"

Aku mula terbayangkan citer AR. Badul dengan Os tapi tak ingat citer apa...

"Atil pandai basuh ayam." Jawab aku yakin..

"Pergi basuh ayam kat sinki tu."

Aku pun menurut perintah.. Aku basuh lah ayam dengan khusyuk nya.. Ayah aku lalu nak pergi toilet ketawa tengok aku basuh ayam tapi tak cakap apa-apa pun.. Habis basuh ayam aku panggillah arwah nenek aku. Nenek aku pun datang,

"Wah, pandai cucu nenek basuh ayam kan."

Aku yang dengar sah-sah kembang hidung besar-besar bila kena puji.. Malam tu semua makan lauk ayam yang aku basuh sambil arwah nenek aku puji aku depan semua cuma ayah aku je yang tersenyum tanpa cakap apa-apa.. Habis makan, ayah aku cakap dengan nenek aku,

"Mak tahu atil basuh macam mana?" ayah aku tanya nenek..

"Tak tahu.. Atil basuh macam mana??" Nenek tanya aku pulak..

Aku jawab dengan confident tanpa segan-silu nya...

"Atil cuci ayam dengan sabun basuh pinggan." Semua terdiam dengan jawapan aku....

Kepada kanak-kanak  jangan tiru aksi ini di rumah mahupun kawan-kawan semua walaupun ayam akan jadi for sure berkilat daripada biasa.. :p


Pilih bahagian mana nak aku dah cuci.... =)




Saturday, March 10, 2012

sedih.. :(

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni aku kelab aku anjurkan BIORUN.. tapi kami third year pompuan jadikan program ni BIOWALK.. ish2.. apa nak jadi ni.. tapi yang aku sedih ialah..


Kalau aku tak dapat komen dan blogwalking kat blog jangan sedih-sedih.. aku pun sedih ni.. sila jangan rindu aku kalau ada lah yang rindu kan.. hahahaha.. wekkkkkk!!!

P14G ni memang lah nak kena.. baru jer bayar aku rasa..macam mana nak bertahan sampai abis bulan ni.. ada gak company yang kena bakor dengan aku ni... ok, aku tipu jer.. aku takkan berani nya.. sila jangan saman aku.. huh!!

Friday, March 9, 2012

Please address people correctly..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dulu-dulu aku main tibai je nak panggil orang.. Lagi-lagi masa tu bajet muda kan.. So, dengan confident dan tanpa segan-silu nya aku panggil orang makcik, pakcik.. Teruk perangai.. Tapi sekarang diri ku tahu, usia makin meningkat.. Ayat macam dah tua sangat kan.. Hahaha.. So, tak ada suka-suka hati panggil orang pakcik, makcik dah..

Dulu-dulu akak kedai makan aku dengan senang-senang hati panggil dia makcik.. Padahal dia muda lagi kot.. Mulalah dia tarik muka masam bila aku panggil kan.. Ops, sori... Tapi sekarang bila aku pergi shopping ke orang panggil aku akak dah.. Adoi!! Dah tua diri rasa.. Selamat bukan makcik lagi kan..

Dulu-dulu aku selalu rasa muka aku bajet baby face.. Sekali bila suruh teka umur aku diaorang kata umur aku 25 tahun.. Amik kaw!! naik bertahun-tahun umur aku dah..

Mak aku ajar, kalau nak orang hormat kita panggil dia dengan panggilan yang betul.. Macam encik ker, cik ker, puan ker, tuan ke.. Dan sekarang aku cuba buat macam tu.. Barulah orang nak tolong kan dan tambah rasa terharu.. Hee~~

Tapi yang susah kalau ada gelaran.. Kalau salah panggil habis lah kena... Bukan semua tapi ada sesetengah penting kan gelaran tu.. Mungkin sebab susah nak dapat title tu macam Dato', Datin, Prof, Dr. dan lain-lain lagi... So kita hormati apa yg dia dapat dengan susah-payah tu kan.. Macam yang selalu dalam tv tu,

"Mintak maaf puan."
"Saya bukan puan tapi datin yea."


Pernah tak dengar dialog macam ni?? Betapa penting nya kena address people dengan betul-betul panggilan yang wajar.. Aku cakap pun berdasarkan apa yang alami.. Walaupun tak banyak tapi adalah kan.. Kat u ramai lecturer ada macam-macam title.. Kadang-kadang tak tahu pun dia prof ke, prof madya ke, dr, ke.. So, kena check selalu ada apa kat pangkal namanya.. Kalau tidak tak nahas lah... Dulu masa sem berapa entah biasalah waktu mula-mula dari zaman tak kisah panggil apa2 kepada kena kisah.. Waktu tu mula sem.. Kami tak tahu lah lecturer ni Dr. kan.. Ada lah kawan aku terpanggil dia puan..

"Saya tak kawin lagi dan panggil saya Dr. yea.. Please address people correctly.."


Wah, tersentap semua.. Lagi-lagi lecturer ni garang kan.. Aku pun pernah kena malu dalam kelas nya.. So, lepas daripada tu aku akan check betul-betul nak panggil orang.. Mana tahu aku kena pulak kan..

Tapi kawan aku si bawang ungu sampai sekarang panggil orang pakcik, makcik kalau yang tak kenal... Ish2.. Pasan muda lagi dia ni.. Padahal tua lagi daripada aku... Nasib baik kecik... Hohoho..

Jadi, apa yang aku mahu main-main simpul nya ialah panggilah orang dengan panggilan yang betul sebab bila kita hormat orang, orang pun hormat kita.. Macam tak bapa kuat je simpul aku buat.. =)

p/s:: sangat pening pale saat ini..

Thursday, March 8, 2012

Menari-nari

Bismillahirrahmanirrahim..

Akhirnya setelah tiga minggu kuliah, turun-naik bilik madamme, mula putus asa dan macam-macam lagi aku dan safi rania berjaya juga ambil bahasa perancis II.. Fuhh,, selamat madamme yang baik hati sanggup tukar jadual supaya student-student nya yang comel-comel dapat ambil subjek ni..

Masuk-masuk kelas madamme terus buat latihan sambung-sambung ayat.. Adoi!! Mana den ingat dah semua verb yang ada.. Kalau bina ayat tak apalah.. Ni sambung ayat dari orang lain supaya jadi sebuah cerita.. Aku mang sangat blur masa tu... Semua kamus aku bukak.. Amik kaw!!

So, mulalah sesi sambung-menyambung ayat.. Selamat aku berjaya jugak pada mulanya.. And then, nak abis masa madamme buat lagi.. Yang bezanya kali ni tak kena berdiri dan buat ayat yang ada perkataan "sambil".. Aku pun mula mengelabah balik.. Carilah verb yang mana-mana kan.. Lepas tu, aku confident angkat tangan nak sambung ayat seterusnya,

"En pleurant, je danse"

Habis satu kelas gelak.. Amik kaw!! Cam bangga aku jawab kan... Lagipun madamme kata ayat-ayat gila2 pun tak apa.. Heee~~

Nak tahu tak maksud dia apa??

"Sambil menangis, saya menari"


Ayat sebelum tu, sambil terjatuh saya menangis.. Aku pun ingat perkataan menari je.. Selamat aku tak letak sambil menangis, saya menyanyi.. Hahahaha..

Aku rasa aku menangis sambil menari tarian samba kot... Lalalala~~

Oh la la la!!


p/s:: surat sponsor tertahan lagi.. :(

Wednesday, March 7, 2012

Blog Reviewing by Haruna Hana

Bismillahirrahmanirrahim..

Inilah first time aku join segmen... Wahh,,, ada peningkatan,, Thanks to Liselle Moncherie sebab tag saya yea... Lagipun aku dah dijemput oleh tuan punya blog sendiri untuk join pada mulanya.. So, haruslah aku join kan sebab boleh lah direview blog aku yang kiut-miut ni kan untuk penambah-baikkan.. Lagipun Haruna Hana ni penulis novel taw walaupun muda bertahun daripada aku... Segmen ni jugak baik untuk kita sesama bloggers.. Ye dakk??

So, ini dia segmen nya.. (sila klik banner ataupun link yea)


Bagi meramaikan keadaan aku nak tag yang bertuah,,

Maksud nama..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tahu tak maksud nama masing-masing?? Ataupun tak ada maksud?? Nama aku Hani... Maksudnya "Happy", "Delighted" dan maksud sewaktu dengan nya.. Tapi nama tu tak berapa berbekas dengan aku.. Sebab sangat jarang orang panggil aku hani except strangers.. Opsss,,, anda semua terlibat secara tidak langsung.. Sebab.. Sebab.. Sebab.. All my sisters' name Hani... Jadi, aku tak suka lah nama aku dipanggil sama dengan mereka.. Hahaha.. Dan jadi lagi, kalau  orang tiba-tiba panggil aku hani dan aku tak pandang.. Mungkin aku tak pasan nama aku kot... =)

Tapi jangan riso semua... Hani adalah nama formal aku... Kalau ada apa-apa hal memang itu nama aku guna.. Cuma apabila tidak formal nama yang jarang didengar Hani tuh.. Lagipun sangat berlambak orang nama Hani kan??

Of course aku bersyukur dengan nama Hani.. Lagipun, ada maksud yang baik.. Cuma terasa diriku tak sesuai dengan "Honey".. Hahaha.. Hani macam lembut,baik dan seumpanya... Dan aku jauh sekali...

Setiap nama yang dipanggil adalah doa kan... Panggillah nama seseorang dengan kerelaan nya.. Eh2,, tak apa.. aku tak kisah lah panggil hani... Hohoho... Nama yang tak boleh dipanggil adalah nama yang membawa maksud buruk takpun nama yang tidak diingini oleh si empunya diri.. Contohnya:

"Si gemuk."
"Si kerempeng."
"Tapir."
"Papan"
"Mata besar" (aku geram yg ni)

Atau nama gelaran yang lain melainkan empunya diri tak kisah tapi sanggupkah kita nak doakan bukan-bukan kat kawan kita kan.. Dan lagi kalau nama kita meaning dia tidak baik pun tak elok jugak.. Mana tahu asyik panggil macam tu kita pun jadi macam yang dipanggil gak.. So, carilah maksud nama masing-masing dan panggillah orang dengan panggilan sewajarnya.. Lainlah kalau nak panggil,

"Si cantik."
"Si ensem"
"Si comel" (dah macam kucing lak)

Silap hari bulan yang dengar tu perasan dan syok sendiri.. Kalau puji sampai orang kembang nak terkoyak kain pun tak boleh jugak sebab timbul riak nanti kan.. =)

Eh, lupa pulak aku nak tahu jugak meaning nama semua bloggers yang comel, cantik dan kacak bergaya ni.. Takyah bagi nama betul pun tak apa.. Asalkan aku nak tahu maksud nama korang... Boleh kan... Heee~~ 





p/s:: akhirnya entri lain dah aku buat..

Tuesday, March 6, 2012

Doa dimakbul ker??

Bismillahirrahmanirrahim..

Mintak maaf dah tiga entri citer benda yg sama... Tapi aku nk citer gak.. Adoi!! Ada jer menghalang aku nak tulis entri lain.. Hahahaha..


Nampak tak?? Terkejut aku bila tengok post fb kat group kelab.. Macam hmmm... taw2 jer hajat aku kan... Arghh,, kena berebut aku masa pergi daftar nanti.. Tak kira aku nak berebut gak.. =)

p/s:: Allah sentiasa tahu hajat kita.. =) (macam lah dah dpt)

Monday, March 5, 2012

Kenapa gajah??

Bismillahirrahmanirrahim...

Gelak-gelak aku baca komen bila semua tertanya-tanya kenapa aku pilih gajah wishlist kan.. Sebab.. Sebab.. Sebab.. Gajah kan haiwan terbesar di darat.. Semua jenis haiwan aku pernah naik kecuali kerbau.. Aku tak berminat dengan kerbau.. Lagi satu ada kawan aku sorang ni pecinta haiwan sangat-sangat.. hari tu masa aku naik kereta kuda dia dah macam nak nangis sebab kesian.. So, bila gajah macam mantop sikit dan berupaya menampung berat aku yang tak seberapa ni.. Tak adalah kawan aku nak kesian sangat kan.. Aku dah proposed kat mak aku.. Heh.. Dan mak aku cakap pandai-pandai lah cari gajah tu... Yezzz.. Green light dan semua lampu dah menyala.. hee~~ (aku dah survey pun nak naik kat mana)

Beberapa hari ni mungkin aku busy kot.. Dengan nak cari sponsor dan sumbangan untuk event u  lagi.. Tulah lain kali nak jadi AJK tanya posisi apa.. Tak pasal-pasal publisiti aku dapat... Aku dah lah malas nak call-call orang ni.. Aishh... So, aku mengambil keputusan call semua tempat yang merangkap tempat-tempat makanan kegemaran aku.. Dengan sardin punya syarikat aku call.. Selamat ada jugak feedback yang baik.. Ada yang malas nak jawab tu biasalah kan.. Pas-pas line lagi... Oh, kredit aku!!

Dan pasti sume aku call yang aku favourite punya tempat bagi feedback baik.. Termasuklah PTS publication.. tak abis-abis aku dengan buku kan.. Sebenarnya, ini adalah post paling bosan aku post.. Hahahaha.. and I make quick update!! Supaya aku tinggalkan jejak yang aku masih ader.. Cuma aku blogwalking nanti lah ei.. Malam ni tak boleh la kot.. Ada meeting, nak siapkan resume untuk English subject aku.. English for Occupational Purposes yea.. Maknanya untuk konon-konon aku keje nanti..

Lagi satu ada saper-saper tahu mana lah lagi aku nak cari sponsor ni eik?? Please help me.. Saper tolong aku, aku bagi senyuman paling manis yang amat yang tak pernah orang lain tengok lagi.. Heh (senyum jahat)..

Kepada si gajah, wait for me k!! Our time will coming sooooonnnnnnn!!!


Aku rindu mereka yg ohsem ni sangat2.. Especially her,


Yang paling kecik setakat ni.. Muahhhhh.. Maksu sayang korang.. Wakakaka.. amiklah buah tangan daripada aku untuk hari ni.. Hee~~

p/s:: untuk entri yang molek2 esok2 lah... hahahaha..

Sunday, March 4, 2012

Wishlist..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah masuk bulan Mac kan.. Baru nak cakap wishlist aku.. Aku tak kira tahun ni aku nak jugak naik..


Dah besor-besor aku letak hah,.. Xtra-large aku kasi... Aku nak naik gajah.. Fullstop.. Jangan bagi idea naik gajah bunyi2 tu.. I want a real elephant k!! Taknak lah jugak gajah liar lak.. Aishh... Pengaruh tv aku ni kan (tom yum goong)... Hahaha.. Okay, aku tak gelak.. INI SERIUS!!!

Kalau tak dapat gajah ini pun boleh..


Kalau yang ini dalam maksud nya yea!! =)

p/s:: aku rasa kedai buku macam berpuaka kat aku.. Asal masuk jer ader suara-suara halus suruh aku beli.. Adusss!!!!

Friday, March 2, 2012

Sepagi bersama....

Bismillahirrahmanirrahim..

Semenjak aku semakin siap final year project aku mula dipinjam kawan aku kesana kemari.. Biasalah, dulu mereka lah yang tolong aku, angkut aku, anta aku, tolong bawa barang-barang aku (almaklumlah aku saja tak ada transport kat umah ni).. Terpaksalah menumpang dan menyusahkan mereka sebentar.. Dan sekarang aku pulak balas balik kan.. Orang dah berbudi kita kena beri budi balik jugak takkan nak  berbahasa jer.. Ye dakk??

Project aku tak ada kene-mengena dengan spesis comel ni.. Dua orang kawan aku jer yang terlibat... Yang sorang mintak aku teman sambil jadi photographer tak bertauliah dan sorang lagi mengharapkan aku uruskan anak-anak comel nya.. Sian pulak aku baca mesej dia di suatu pagi ketika aku masih di tempat tidur sebab aku  tak ada kelas pagi dan project aku masih dalam kawalan,

Oh, kawanku! Nanti tolong aku pegang tikus boleh? Aku dah cuba pegang 2 ekor tapi tak boleh nak buat seterusnya.. Tangan menggeletar.. Sangat takut.. Huhu.. (ni mesej asal tanpa diedit kecuali oh, kawanku!)


Bawang ungu

Aku pun okay jelah.. Dalam hati macam lah aku berani sangat kan.. Tapi tengok-tengok terer gak aku rupanya.. 

Inilah mereka

\
Pegang ekor yea

Kesian pun ader
Hahahaha... Ops, aku janji nak gelak sopan tapi terlepas gak.. Ader jugak aku pegang betul-betul tapi tak lama.. Nanti mereka yang comel gigit aku lak.. Muka aku terpaksa dipotong sebab,sebab muka time ni sangat gembira dan macam kanak-kanak dapat mainan.. Adoi!!

Nak tengok video aku.. Jangan gelak dan video ni memang bosan pun.. Jangan tengok.. Tapi carilah aku yang mana.. Betul ker aku nak publish ni... Jangan kutuk aku k... Malu den... 


Ah, tidak!! Tengah malam nanti aku buang... Hahahaha... ops, sori terlepas lagi..

p/s:: nak pergi mesra mall sok... Angkat kaki, tangan dan sumer kalau nak ikut...

Thursday, March 1, 2012

Kawan yang baik..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tahniah lah pada yang siapa-siapa yang mang cepat teka gambar tu kan... Tapi aku suka jugak sebab ramai yang sama cam aku ... Oh, yeah!! Percayalah diriku tidak keseorangan.. Heh..

Aku selalu dengar ataupun baca kawan ketika happy senang dicari tapi kawan waktu susah sukar nak jumpa.. Kalau tak pernah baca atau dengar tak tahulah anda ni dari planet mana... Opsss,, aku tak kata siapa-siapa yea..

Tapi yang aku pelik nya tak rasa something wrong ke dengan ayat tuh?? Ada nampak tak... Fokus.. Fokus.. Cuba lihat betul-betul.. Kenapa ada frasa "cari"?? Takpun frasa "jumpa".. Ataupun "dapat" dan seangkatan dengannya..

Yang lagi aku hairan dan pelik tu hampir semua orang cakap macam tu maknanya kalangan kita pun kawan jugak lah.. Memang takkan jumpa lah kalau cari sebab diri sendiri pun sama saja..

Tak perlu nak cari kawan waktu susah kalau kita sendiri tak jadi kawan macam tu.. Kalau diri sendiri tak jadi kawan yang baik jangan haraplah nak dapat kawan yang baik jugak.. Kalau kita tak jumpa lagi kawan macam tu maknanya kita pun belum jadi kawan terbaik kat kawan kita kan..

Mungkin ada yang kata,

"Aku dah jadi kawan yang terbaik pun kawan still tikam dari dari belakang."

Takpun,

"Kawan aku senang-senang jer tinggalkan aku masa aku tengah susah."

Bagi yang dah jadi kawan terbaik tu kalau kawan still buat jahat dengan kita, tinggalkan kita masa saat sukar mungkin betul kita tersilap kawan.. Percayalah masih banyak lagi orang yang baik untuk dijadikan kawan kan.. Takpun memang dah takdir kita jumpa kawan macam kaca dulu sebelum permata yang bersinar.. Bukan susah dicari tapi salah memilih mungkin..

Dan lagi kita pikir lah diri kita sendiri.. Sanggup kah kita bersama kawan kita susah dan senang?? Kalau depan kawan-kawan kata sanggup tapi bila dah jadi tinggal jer kawan tu, baik tak payah.. So, jangan mimpi kawan nak ada bersama kita kan bila kita memerlukannya..

Mungkin ada yang tak setuju apa yang aku cakap. Tapi aku cakap dari lubuk hati ku yang ikhlas ni nak bagitahu kita juga kawan kepada orang lain.. Secara tidak langsung kita memang adalah seorang yang memegang title "kawan". So, kalau nak ada kawan yang sentiasa bersama susah dan senang sah-sah lah kita kena jadi macam tu kan.. Ye dakk?? Kalau dah nasib kita tak dapat yang terbaik tak salah jadikan diri kita terbaik.. =)

Sahabat memang tak senang nak jumpa sebab kita sediri tak jadi sahabat tu..

Sekian saja entri serius aku... Heee~~ Kena balance dengan entri suka-suka kan...

sumber gambar:: google


p/s:: nasib asyik dok umah sorang-sorang.. Sob2x