dewan rakyat

Saturday, January 28, 2012

Tuesday, January 24, 2012

jangan tengok saya macam tu...

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku ni kalau tidak dah lama kena balik ganu.. Apakan daya tarikan magnet kat umah lagi kuat daripada ganu tuh.. Biasalah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,, lebih baik negeri sendiri.. tapi emas sangat ke ganu tu.. aishhh.. mentang-mentanglah bukan kampung aku kan..

Citer pasal balik-balik ni.. Hari tu aku balik ke Perak dengan bawang ungu.. bawang ungu drive.. kami balik dengan kete lah... si cun pun ikut sekali.. Aku bukan nak citer sal aku nyer trip ke pe.. tapi citer sal orang yang asyik pandang pelik-pelik ni.. hohoho

Kete bawang ungu mang sarat lah dengan beg kitaorang.. dengan beg bagasi aku.. baldi bawang ungu lah.. bagasi si cun lah.. macam orang tak balik ganu dah.. tikar pun ader.. dah kete kelisa come lote tu kan.. mang best lah... siap si bawang ungu nak bagi seimbang lagi.. tapi aku cakap beg aku tuh berat lam 20kg jer tak sama berat manusia...

Disebabkan kami nyer kete penuh ngan barang merangkap balik dengan tiga orang anak dara yang come lote nyer.. semua pandang pelik.. (ok, word sume aku bagi nampak gempak sikit).. masa kat petrol pump.. adalah mamat ni (aku rasa cam pakcik pun ader) pump minyak sebelah kete bawang ungu.. asyik usha pelik jer aku.. aku or kami semua lah kan... aku pandang dia, dia tengok lagi.. sampai aku terpaksa buat-buat khusyuk sembang ngan bawang ungu sal minyak kononnya.. dalam hati apa kes pandang aku macam nak buat lunch.. aku ingat aku pasan je lebih.. tengok-tengok si cun pun cakap lam kete lepas dah pump minyak..

"Apesal laki tu usha atil pelik je?"

Aku pun cakap taw tak apa.. aku naik seram.. bawang ungu je tak pasan..

Masa aku amik kopok lekor untuk mak kesayangan aku pun orang tengok pelik..

Tapi bawang ungu n si cun cakap,

"Dah muka ko bahagia sangat nak balik umah. Senyum sorang-sorang."

Ceittt... Cakaplah sebab aku comel sangat ke, tuh takpe gak kan.. Hahahaha.. Ops,, aku gelak tak sopan agy..

Tapi yang aku paling ingat ada polis tahan dan confirm buat bawang ungu gelabah sebab penah kena saman,

"Adik, nak pergi mana ni? Berkelah ke?"

Dalam hati kitaorang.. Nampak bagasi semua berkelah benda nye.. Dia mintak lesen,

"Adik, lesen adik dah mati ni."

Bawang ungu dah mang nervous tambah dengan kecut perut.. Pak polisi tambah lagi,

"Bulan Julai tahun ni."

Gulp.. Okay, pak polisi dah pandai buat lawak kecut perut sekarang ni..

Monday, January 23, 2012

jadi diri sendiri..

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku rasa dah lama aku tak tulis blog kan... Sejak exam.. dan sejak balik rumah... Yeah,,, aku dah ada kat rumah setelah sekian lama tak balik.. Terasa diri macam duduk oversea padahal over banjaran titiwangsa jer pun.. Satu sem aku tak balik taw!!!

Okay.. Korang nak jadi diri sendiri atau orang lain?? Mesti diri sendiri kan.. Ingat senang ke jadi pelakon nak berlakon jadi orang lain?? Walaupun best tapi nak jugak jadi diri mereka kembali kan.. kan.. kan..

Kalau kita tanya orang kenapa kau macam ni tak macam ni.. Mesti jawapan klise kita dengar,

"Aku nak jadi diri sendiri.. Buat apa nak jadi orang lain."

Takpun..

"Nak buat pe berlagak jadi orang lain bukan diri sendiri. Terima lah diri seadanya."

Betul tak??

Dan itulah jawapan aku jugak.. Tapi bila aku pikirkan balik kalau kita tak jadi diri sendiri untuk sesuatu yang lain contohnya yang lebih baik macam mana??  Tak salahkan aku rasa..

Kadang-kadang kita tak tahu diri kita ni sebenarnya macam mana.. Mungkin kita rasa apa yang kita berlagak selama ni adalah diri kita sebenarnya.. Padahal ada value lain dalam diri yang kita wat tak endah.. Aku nak bagi contoh pun aku tak berapa baik sangat tapi aku nak bagi jugak lah (ayat macam......).. Contohnya kalau orang yang pakai seksi sampai seksa tengok tuh... Aku rasa alasan yang diaorang pakai sama je macam ayat aku bagi kat atas.. Kalau tak caye cubalah tengok kat paper ke,, web ker,, sal artis-artis ni... ayat tu jugak kan...

Contoh lain,, orang yang malas ker, comot ke, selekeh ke, dan apa saja sikap negatif tu berlagak jadi diri sendiri padahal tak patut langsung.. Kalau malas mang diri kau malas ke?? Kalau selekeh tak boleh kemas?? Bukan nak cantik tapi kemas dan sedap mata memandang (ni tak ada kene mengena dengan hidup aku)..

Kesimpulan daripada apa yang dapat saya simpulkan daripada simpulan di atas (amik kaw baca simpul2 aku), jadi diri sendiri tak apa asalkan diri sendiri tuh bukan memudaratkan diri kita, dan orang lain.. diri kita sudah sesempurna dan sebaik-baik ciptaan Allah.. Mungkin ada perbezaan tapi beza itu menawan.. =)

p/s:: aku taw simpul aku tak masuk langsung.. ader aku kisah??? lalalala~~

sumber gambar:: google

Thursday, January 12, 2012

Saturday, January 7, 2012

mati aka meninggal dunia aka death

Bismillahirramanirrahim...

Entri kedua aku untuk bulan Januari 2012 ialah TENTANG DHIA.. Hahaha.. Bukan-bukan, yelah tentang dhia kan banyak sangat orang yang mati dalam citer tuh... So, mang aku nak citer sal mati lah sebenarnya..

"Di mana juga kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (apabila sampai ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh" (An-Nisa': 78) 


Amacam ada sentap tak sikit?? Ada tak antara korang yang selalu ingat mati ni?? Aku, macam hari-hari ingat mati kalau aku dok sendiri-sendiri lah.. Tapi kalau tengah gelak tak ingat dunia tuh, tak ingat dah.. Kalau lah tuhan tarik nyawa aku masa tengah sakan gumbira tuh macam mana lah kan.. Aishhh... Ingat-ingat kita boleh lari ke daripada mati.. 


Aku lagi sentap kalau balik rumah, mak aku siap tunjuk mana kain batik dia letak kalau nak tutup kalau mak meninggal nanti,


"Atil, mak letak kain batik dalam almari ni, celah sini taw.. Lepas tuh, ada lah duit mak letak kat situ, sini, sana.. Celah fail.. Kalau nak cari dokumen ke kat sini hah mak letak.. Bla.. Bla.. Bla"


Aku dengar rasa macam nak nangis tapi ku tahan juga.. Buat muka selamba jer. kadang-kadang aku cakap gak,


"Manalah tahu nanti atil yang pergi dulu mak."


Mak diam dah lepas tuh....


Kalau pasal mati memang rasa.. Aduhai,,, aku tak bersedia nak mati.. Macam mana nanti aku kat sana.. Kena seksa ker,, amalan dah lah tak banyak mana.. Takut bila pikirkan hal mati ni.. Tapi mang mesti ingat kan.. Kita takkan hidup selama-lamanya..



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)


Jadi nya, kalau rasa nak diri tu nak jadi pintar ke, bijak pandai ke, kenalah buat persediaan lepas mati kan.. Kene buat apa persediaan apa?? Rajin-rajinlah kanlah diri buat segala suruhannya dan tinggalkan larangannya.. Kalau aku citer pun apa yang disuruh dan apa yang dilarang aku rasa semua orang tahu cuma buat-buat tak tahu je termasuklah aku.. 


Dunia nampak indah sebab ada depan mata, tapi kita tak tahu lagi betapa indahnya akhirat kalau kita lebih bersedia.. =)


p/s:: mood exam mang macam ni.. 











Monday, January 2, 2012

maaf aku terpaksa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Di lembaran baru tahun baru aku mulakan segalanya yang baru.. Aku koyakkan coretan ku di buku lama.. Kira-kira mahu jadikan buku nota bagi sem baru.. Aku buangkan kisahku bagi aku mulakan hidup yang baru.. Bajet lah tahun 2011 berduka sangat.. Tak ada yang berduka pun. Cuma aku mahu buatkan 2012 lebih mantap dan bergaya dari 2011..

Maaf andai aku ada terkasar bahasa.. Dan maaf kepada somebody yang aku terpaksa remove kan dirinya dalam hidupku tanpa akhir kata.. Kali ni aku tinggalkan dirinya macam tu saja tanpa penamat bicara.. Sekurang-kurangnya aku lagi suka.. aku tahu dia takkan cariku lagi.. Maaf aku terpaksa..

Maafkan aku lagi kerna memulakan tahun baru ini dengan entri tak berapa gembira.. Supaya entri ini pengakhirannya entri berduka ku.. Dan mungkin juga sebab aku dah nak exam.. So, otak bercelaru, jiwa tak menentu membuatkan aku hilang punca... Maafkan aku kerna terpaksa..

Maafkan aku kerna ayat entri ni seakan berpuitis sebentar kerna diriku memang begini (ni ayat bajet).. Aku akan berpuitis bila diriku berseorangan.. jadi jangan biarkan aku keseorangan tanpa teman di sisi.. Maaf aku terpaksa..

(maaf lah aku merepek-repek untuk entri awal tahun ni.. Tapi apa salahnya baca ayat aku macam ni kan.. Comel kan.. Maaf aku terpaksa ) Peace no war!!! =)

p/s:: aku betul-betul nak mulakan hidup baru..