dewan rakyat

Friday, December 7, 2012

Yang menghampiri kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Ingat tak lagi entri hari tu aku cakap opah ada bagi kain untuk orang marhaban?? Disebabkan ada lebih satu pasang, opah tersebut dengan baik hatinya bagi kat aku. (dia bukan opah aku k). Rezeki jangan ditolak kan. Padahal aku terima pun dengan malu-malu. Macam mana kain tu dirahsiakan. Tengok beg dia je. Hahaha.. (dah lama tak tulis gelak cenggini)

abaikan tangan tu
Sepanjang dua minggu, tiga kematian aku hadapi. Ketiga-tiga arwah semuanya berkait dengan family. 

Pertama

Mak dapat mesej lebih kurang pukul 12 tengah malam. Masa tu kami baru nak bertolak dari Kuantan ke Shah Alam. Mak terkejut dapat mesej sebab mengatakan mak sedara nya meninggal dunia. Kiranya nenek sedare aku lah kan. Yang buat mak terkilan ialah hari raya hari tu mak aku beria nak cari arwah nenek ni tapi macam ada halangan. Lagi-lagi ada konflik dalam keluarga belah nenek tu. Dan itulah pertama kali kami dan saudara-mara mak yang lain tahu kat mana arwah nenek tu tinggal. Aku pun pertama kali tengok arwah nenek tu.

Bila tengok wajah arwah, mak aku kata,

"Macam nilah muka nyang dulu."

Kedua

Selang beberapa hari, dalam perjalanan daripada Shah Alam untuk balik rumah, mak aku dapat call pulak dari kawannya. Makcik ni bagitahu suami nya dah nazak. Suami dia merangkap kawan sama ngajar ayah aku, senior sekolah ayah aku dan jugak bekas cikgu kepada mak blogger sekampung (aku tahu ko mesti tak tahu kan). 

Esoknya, aku bagun-bangun tidur tengok mak dan ayah takda kat rumah. Rupa-rupanya cikgu tu dah meninggal. Mak aku ni pun bukan nak ajak aku sekali kan. Sabar jelah. Keluarga arwah cikgu ni rapat dengan family aku. Isterinya kawan mak aku, suaminya kawan ayah aku. Kalau ada apa-apa hal isteri dia bagitahu mak aku. Kami satu family pun ada melawat arwah masa terlantar kat PPUM. Sekali adik-beradik aku semua. Kalau pergi masjid pulak, ayah dan arwah selalu duduk sama-sama kat tiang. Kalau tak takkan lah ustaz yang bagi kuliah perasan.

"Dulu-dulu arwah cikgu tu, sama-sama duduk dekat tiang tuh dengan cikgu S (ayah aku). Banyak dia tanya tapi sekarang tak ada dah. Kita ni pun tak tahu bila kan."

Ketiga

Kringgggg.. Kringggg.. 

Aku tengok jam baru pukul 4 pagi. Bunyi telefon rumah pulak. Memang takkan lah aku angkat walaupun aku punya bilik paling dekat dengan telefon. Lepas tu, dengar telefon berenti berbunyi.

Tokk.. tokkk.. tokkk

Mak ketuk pintu. Bukak-bukak pintu mak cakap pakcik jiran sebelah rumah arwah atok di Ipoh meninggal. Itupun mak terpaksa ulang cakap dua tiga kali sebab aku mamai. Lepas subuh terus kami bertolak ke Ipoh. Family pakcik ni pun rapat dengan family aku sebab dia lah yang jagakan  rumah pusaka arwah atok. Kutipkan sewa rumah. Sapu laman rumah. Baiki rumah kalau ada apa-apa kerosakan. Walaupun umur dia menjangkau lebih 80 tahun. Lagi-lagi mak yang pegang rumah pusaka tu. Memang kami lah selalu balik Ipoh nun. Teringat setiap kali kami datang, dia pun terkocoh-kocoh masuk rumah amik buku yang dia catit untuk setiap duit yang dia pegang dan terangkan satu-satu. Sangat amanah kan. Anak-anak arwah cakap dekat mak,

"Lepas ni tak adalah orang nak tolong sapukan laman rumah busu (mak aku) dah. Nak kami tolong kutipkan sewa dan tengokkan rumah boleh lah tapi nak kami jaga rumah  macam ayah buat tu tak mampu lah."

Hmmm.. Bila fikir-fikir balik, kita ni pun belum tahu bila masa kita kan. Entah esok, lusa takpun kejap ni lagi. Kita tak tahu mati tu bila, tapi mati itu pasti. Semoga Allah merahmati orang-orang yang terdahulu dan juga kita selamanya.. 

p/s:: suka tengok azan tv9. macam-macam situasi yang best bagi aku. memang dia laungkan azan dari atas menara KL ke?? erkkk..

29 comments:

Cik Nur said...

yaa...sejauh mana kita berlari, dia tetap akan menghampiri kitakan..!

Entry ni, buat nur fikir sejenak..tahap aman amalan yang nur sudah lakukan...?

sebak dada....terima kaseh atil..atas entry peringatan ini...

apapun, sama2 kita sedekahkan al-fatihah pada yang telah tiada...

Encik H said...

aku pernah baca somewhere, tak ingat kat mana..

perkara yg paling jauh drpd kita adalah masa lalu..dan perkara yang paling dekat dgn kita adalah mati..

aku ni, amal pun tak banyak..harap2 aku mampu hidup 1000 tahun lagi..

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

kadang kita tak jangka lansung yang orang tu nak pergi.
tahu2 dah tak ada...

oh azan tv9 memang sangat best.... ^^

Jna marcello said...

Al-fatihah untuk mereka.

Chic Na said...

selalunya bila kita dengar ada kematian, lepas tu akan ada lagi kan. mcm bersambung2. takut bila ingat pasal mati. xtau kita dh cukup sedia atau tak bila tiba turn kita.

kay_are said...

aku rase kisah number 2, kalau orang yang same.. mak aku pun pernah gak bagitau aku. Pernah masuk ppum nak ziarah tapi tak tau dekat mane die punye wad.. hmm.. ape pun semoga roh mereka dicucuri rahmat.. amin..

ko bukan taknak ngaku sekampung ngan aku ke weh? =P

MizzTina said...

mati itu pasti..cume ms n ketikanya kite xketahui.. alfatihah utk semua yg telah menemui penciptaNya..

ELeEa said...

Takziah.al-fatihah utk yg tiada...

shar90 said...

sedih n takot plak rase... al fatihah utk dorang :)

Domu-kon said...

mati itu pasti atil.. kita je kena prepare..

semalam mimpi saya mati.. T_T

mama aryan said...

betul tu atil..ntah bila pula waktu kita ye...

memang betul azan kat tv 9 mmg best

CekbOlat-bOlat said...

mata cekbolat ni berkedip sblah kiri :'(
anak jiran sebelah umah nenek meninggal . hukk :'(

Emma said...

teringat lak dlu, lebih kurang 5 pg.. mak sy dtg g bilik suh sy bgn, sy malas2.. pastu mak cakap kazen sy yg umr x smpai setahun ag, meninggal.. innalillah..

kematian x menunggu kita tuk bertaubat.. :(

-meeSUPERGIRL- said...

setiap org akan temui hari itu . humm

boni kacak said...

memang dah dekat sangat... sebenarnya kita kena bayangkan yang kita akan mati esok hari.. sebab barulah kita akan mengumpul bekalan untuk dibawa ke sana..

Cik Aini said...

itu pasti Atil..
drpadanya kita dtg..kepadanya kita kembali..harap sgt ms kita tu nti kita dah cukup segala ilmu yg nk bawa g sana..amin

Dayana Bahar said...

alfatihah untuk mereka...

reenapple said...

yaa.. saya setuju. Mati itu adalah satu kepastian.

hnahdy said...

setuju

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mati itu pasti....bila masanya hanya Allah S.W.T jer yg tahu..kita kena bersiap sedia selalu

akuamir said...

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

cweet pinky said...

jangan sekali2 lupa akan mati , orang sekarang nih , kalaw bab jodoh bukan maen lagi , padahal belum pasti , mati yang pasti tuh diabaikan ..

Iffah Afeefah said...

sedih bce entry ni

Mimie said...

lari jauh mcm ne pun tetap jugak akan dtg kn

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hai atil akak singgah isnin :-)

Si DauN CeRi said...

hmmm xtau aa bila baru ready utk menghadapi kehilangan. can't imagine my life without even one member of my beloved ones~

TiranaAduka said...

erm? :)

kiera'sakura said...

semoga arwah ditempatkan bersama para solehin amin.

bila sebut pasal kematian terus akak tingat arwah tok dulu. hurmmmm sedihnya

Yana Libra said...

Al-Fatihah...rasa tak bersedia lagi.. :(