dewan rakyat

Tuesday, December 4, 2012

Warkah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim..

Untuk entri hari tu, ada yang tanya tak ada gambar rumah dengan telekung ke (padahal ingat je pengantin baru yang tanya ^_^). Bukan taknak amik gambar rumah setelah beberapa kali pergi tapi itu bukan rumah aku dan berbahaya untuk opah tu yang tinggal rumah besar berdua dengan bibik je tuh. Lagipun, rumah sendiri pun takda tunjuk kat sini kan. Pasal telekung tuh. mak aku tak dapat, jadi tak adalah gambar nya. Ada lagi yang tanya ada apa dalam goodies bag tu, ada cenderahati kahwin. Aku pun tak tahu apa nama benda tu dan goodies bag tu rumah lain ei bukan rumah opah.

Berbalik pada tajuk, tahu tak pasal apa? Kalau yang ada tahu pasal Heliza Helmi (again mention nama dia), dia ada berlakon dalam drama baru dalam tv Al-Hijrah. Tajuk nya tajuk entri lah, warkah cinta. Warkah cinta adaptasi dari novel karangan Ustaz A.Ubaidillah Alias yang bertajuk warkah cinta berbau syurga. 

Aku mula-mula tengok cerita ni minggu lepas rasanya, itupun tak tahu episod berapa. Bila tengok ni rasa macam pernah baca je novel dia. Banyak sangat novel baca sampai tak tahu mana satu. Jadi terpaksalah tanya incik google untuk cari sinopsis lengkap dia. Dah tahu sinopsis novel  memang sah lah dah baca novel tu. Tahun lepas atau dua lepas aku baca. Pinjam daripada library. Akhirnya aku dah boleh ingat seluruh jalan cerita novel tu cuma tak ingat  nama watak dan setiap kejadian yang berlaku dalam novel.

cover lama
Aku ingat awal, tengah dan akhir novel tu. Yang lain memang tak ingat sangat. Berapa lama dah aku baca kan. Bila tengok drama dia, macam lagi seronok pulak. Lagi-lagi tengok muka comel Heliza dengan tudung labuh nya. Alahai, comel sangat. Ada pulak Imam Muda Nazrul. Memang sangat tertarik dan menarik lah. 

Bila tengok Wardah yang macam tu tapi sangat berani meluahkan perasaan dekat Amir Mukhlis membuatkan aku rasa,

"Wah, berani nya perempuan ni."

Wardah tu perempuan baik nak kenal dengan Amir yang memang baik dan memang lelaki idaman Lepas tu, berani luah perasaan macam tu je. Erkkk..

Nak tahu cerita ni tengok lah sendiri yea.. Setiap Selasa- Khamis pukul 8.30-9.30 di tv Al-Hijrah. Segalanya bermula di sini.. Sekali trademark tv aku tulis. Kalau tak pun beli je novel dia. Dengar cerita entah berapa kali cetak. 

Novel ni rasa macam Ketika Cinta Bertasbih tapi lain sikit dan penceritaan nya mestilah daripada kaca mata rakyat Malaysia yang belajar di Mesir. Ada jugak cerita kat Malaysia sebab Wardah dan Amir tu asal Kelantan jugak.

Tertanya-tanya tak pasal watak dia?? =P



*suka jugak drama tv Al-Hijrah sebab 100% perempuan yang berlakon mesti pakai tudung. Dan 100% memang tak ada langsung adegan pegang-pegang. Sebab tulah jadi kontoversi bila ada seorang artis keluar statement masa anugerah skrin hari tu kan.

**ada tak sesiapa pernah baca sambungan novel ni??

***semua gambar ihsan google

24 comments:

cweet pinky said...

macam sedap citew nih , terbaek !!

heliza lak tuh , suke dye , comel ...

Chic Na said...

cinta berlandaskan islam. tengok jgk kadang2. eh td pun tgk kejap. yg scene wardah telefon amir tu. hmm dpt pengajaran penting kat situ. huhu..

Ain Norainsyah said...

ustaz ubaidillah ni penah datang bagi ceramah kat kem yang ain pergi. memang best. karya dia pun best-best...

cuma ain dah bertahun tak baca novel. hehe. :D

Si Matatajam said...

X pernah tgk lg sb kat umah ni Khalish yg conquer tv

Iffah Afeefah said...

cm best je

nk tgk jugakla

mama aryan said...

macam best je nih..bole la akak terjah kedai buku cari novel ni nanti..dah lama juga tak beli novel ni

P U C A T said...

saye x minat bace novel..
malas laaaaa.hehe

MizzTina said...

bru tgk mlm td..best gak

Jna marcello said...

Na dlu rajin bace novel..skrng malas sgt..lepas ade blog ni hehehe

tp crita ni mcm bestt je...nk kena layan ni hehehe zazzz! ;)

boni kacak said...

wah.. macam kena tengok je drama ni...

محمد رازيق said...

cam menarik citer tu hani. nak tgk je rasa.

ELeEa said...

Oooo...novel tu bsambung ke?

kiera'sakura said...

betol jugak kan bahaya letak gmbr rumah nenek tue. jgn2 hihihi

rumah akak xdpt tv alhijrah nie pasai ntah. huuuu. sape gegirl pakai purdah tue? eh byk tnye lak sat gi budak nie mesti kata pegi la baca novel tue sendiri!! kihkihkih :p

Cik Nur said...

atil..nur mlm ngadap laptopp je..huhu..
jarang sgt kuar tgk tb..
tpi bila atil citer ni, tingin pula nk tgk drama ni..

Dayana Bahar said...

tak pernah baca lagi novel ni.. salam perkenalan juga...

-meeSUPERGIRL- said...

kaki novel ehhhhhh .. hehe

reenapple said...

mcm best je.. hehe tapi aku jarang baca novel cinta. Haha

Domu-kon said...

seyes..tak pernh tgok TV alhijrah..kena tengok cmnie..

p/s: sal statemnt artis tu.. ada yg kata..dia sndir bukan sndir tV tu..tapi sidnri artis2.. entah

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

bestlah... nak carilah novel tu nanti.. hehe... ^^

kay_are said...

tak pernah baca tapi aku tau pasal ade cite ni kat tv.. cuma tak pernah dapat tengok lagi.. dan tak kan dapat tengok kot.. err..

Cik Aini said...

kdg2 layan gak tv alhijrah ni tp xla selalu..kalo cita bersambung tu x tgk la sbb kdg2 x dan nk cover.hahaha

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak xdan nk tgk la tv...apatah lg nk layan tv alhijrah ni hehe

Mimie said...

jrg tgk al hijrah

Yana Libra said...

penulis buku ayat2 cinta tu kan? mesti best kot ni~