dewan rakyat

Saturday, December 15, 2012

wang baki

Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu petang yang panas tapi aku gagahkan diri keluar rumah untuk ke pekan sebentar. Nak cuci gambar dan fotostat cadangnya. Setelah pujuk kakak banyak kali, dia taknak teman aku. Padahal aku malas sangat nak drive. Alang-alang dia balik haruslah aku gunakan dia. =P

"Kakak nak baring je hari ni, taknak keluar." (bajet aku panggil dia kakak. Drama blog saja)

Aku pun bangun dengan malas pergi menunaikan solat asar dulu, bersiap ala kadar dengan mencapai tudung atas kerusi yang ada di ruang tamu. Tudung ekspress. Memang sangat ekspress, bila ada orang datang, pergi sidai kain, senang je. Terus pakai. Aku kan pemalas.

Pekan kecik ni bukan banyak kereta pun. Kosong je parking. Lagi-lagi hari cuti. Memang senang tak payah susah-susah. Dalam hati nak je aku duduk sini sampai bila-bila. Inilah akibat duduk rumah lama sangat.

Masuk kedai gambar yang biasa pergi, aku terus hairan. Kenapa pulak ada pekerja India dalam kedai ni? Siap ada anak-anak dia lagi. Selalu takda pun. Kedai ni selalu aku pergi ada Chinese je. Kedai ni lama sangat dah ada. Tauke dia pun dah kenal sangat dengan mak aku. Mula aku blurr nak tanya kat siapa. Entah bila nak buang sikap blurr dalam diri ini. Erkkk.

Auntie India tu datang tanya aku nak apa. Aku bagi cd yang sedia ada gambar aku.

"8 keping yea."

Aku bagi dokumen yang nak difotostat. Mata aku terkebil-kebil nak bagi antara mak dia atau anak dia. Anak dia pun muda lagi. Muda bertahun-tahun dari aku. Manalah tahu saja datang menempek kat kedai tu. Tapi, yang menghulur tangan, anak dia. Aku bagi jelah.

Menunggu agak lama di kedai itu untuk mencuci gambar. Mungkin ramai pelanggan dia petang tu. Yang proses gambar. Yang tangkap gambar masih lagi auntie chinese tapi bukan yang aku kenal. Anak dia mungkin. Membuatkan aku lagi terkejut. Anutie chinese dengan auntie India tu berkomunikasi dalam bahasa cina. Bukan dia je, anak-anak auntie india pun sama. Kalau lah aku pun faham mesti best. Harap je hari-hari tengok cerita cina.

Bila semua dah siap, aku tanya bayaran nya. Semua sekali, RM 12 termasuk fotostat. Aku berikan not RM 50. Auntie India tu memulangkan baki dua not merah, satu not hijau, tiga not biru. Aku ambil sambil otakku mencongak baki sebenar. Disebabkan hidup asyik menggunakan kalkulator. Pengiraan simple pun jadi lembab. Tapi, dalam kepala bukan ke baki RM 38?

Aku keluar dari kedai tapi kepala ku ligat berfikir. Aku patah balik dan tanya,

"Baki tadi bukan RM 38 ke?"
"Itu gambar RM 10 dan fotostat RM 2. Bagi RM 50 kan. Betul lah baki nya RM 38" tauke nya yang chinese bagi penjelasan.
"Tapi, ini tak cukup lagi RM 10." aku menghulurkan baki tadi kepada dia sebagai bukti.

Tauke tu baru nak melangkah ke kauter wang melihat aku.

"Ini duit RM 20 dengan RM 10." sambil menunjuk duit ke arah ku.

Aku tengok balik not dia bagi. Alamak, kenapa aku tak perasan?

"Saya tukar kan balik lah ya. Orang salu confuse dengan ini duit."
"Takpe-takpe. Sori ei." kataku berulang kali minta maaf sambil mengambil wang baki kembali.

Aku terus keluar dari kedai tanpa menoleh lagi. Kerana duit RM 20, tak pasal-pasal aku malu kat situ. Ceit!!

p/s:: perasaan sekarang masih malu!!

35 comments:

PartTimeJob said...

keh2..biase la tu

Hanamiko Sakura said...

hikhikhik.. nasib baik saya ada pengalaman jadi tukang jual, so tak ada masalah dengan membezakan duit 10 dengan 20.. :)

duit baru katakan, kompius dengan 10 dan 20..

hnahdy said...

hana pun keliru gak dengar duit tu :P

Aishah Jahirah said...

hahaa saya dulu konpius dgn duit syiling...duit kertas pun konpius gakkan...xpe da kena sekali lain kali msti hati2...

Orkid Edyliyne said...

sampai sekarang OE tak pernah pegang lagi duit 20 hengget tu... pernah nampak, tapi macam takut je nak gune... hehe... ^^

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Kekeke... duit baru, biasa lah tu....

Kesuma Angsana said...

mmg ramai yg conpius rmm 10 dn 20 yg baru ni hehehe

Domu-kon said...

agak konfius jugak..apa yg shirah buat.. tengok duit baki tu.. hehehe.. tapi bukan salah atil..no big deal.. auntie tu kan ckp..rmai yg tertukar..mkna atil bukn yg pertama slh..hehehe..


p/s: 17hb dec strt keje..gaji mana masuk lagi..

Mr.Clive said...

haha biasala tu....namanya pengalaman...ekekekekee

Encik H said...

kalau dia terlebih pulangkan baki camne? contoh la dia bagi 3 keping note merah..RM10, RM10 dgn RM20..so wang baki tu dah ada RM48..agak2 kau pulang balik x? hehehe

CekbOlat-bOlat said...

jangan kata akak , bolat kompius duit lime posen . kes masuk tndas . hikhik malu jugak ni .

mama aryan said...

betul tu..duit rm20 tu nak mcm rm10 dah,akak selalu tgk betul2 takut tersalah hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

duit 20 tu mmg konpius sikit kan atil sampai xperasan hehehe

kiera'sakura said...

hikhikhik. akak pun penah kena mcm tue dik. tp nasib belum sempat buat mcm apa yg awak buat hihihi :p

Cik Aini said...

kahkahkahkahkahkah
gelak guling2 kat Atil...apadaaaaa truk tau ini amoi..ngeeeeee

mmg x pasan kn.hehe

Chic Na said...

lepas ni jgn pergi lg kedai tu k. kihkihkih..

biasala tu baru2 guna mmg konfius. :)

chibi neko said...

hahaha.. betol.
duit baru tuh memang bagi orang konfius

Jna marcello said...

MALUUNYA~!!!
hahaha tapii mmg duet skrng memusingkan kepala yedak?

Yana Libra said...

duit RM10 dengan RM20 mmg sama sangat..kena tgk betul2..huhu..akak pun pernah terbagi, ingatkan RM10..nasib baik cashier tegur..huhu~

Cinta Misteri said...

Hahaha ni msti tk update pasal duit baru. Cer tengok syiling 50sen ngan 20sen. Lglah confuse.

Cinta Misteri said...

Folow kamu #340

inche hlovate said...

hahaha malu2..dah biasa duit 10 bila dtg duit 20 mcm ni la jdinya kan

Anonymous said...

duit baru mmg keliru pun.dya pun pernah kne jgk.haha

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

huhu duit baru kan..mmg buat org konpiuss.. huhuhu

moon pon suka tgk citer cina.. tapi... xpaham2 pon cakap cina.. lalalalala~

kay_are said...

lain kali cek dulu betul2.. jangan main terjah je.. ish ish.. kalau aku tengok depan2 confirm2 dah aku gelak habis kat ko.. lawak2.. tak ngaku member sekampung seminggu weh.. ngan duit pun boleh tertipu.. =P

Cik Nur said...

kannn...!not 20 tu memang mgelirukan....

lepas ni hati2..hihih

kalau terlebih kena pulangkan..
kalau terkurang kena lah mintakan.. :)

Azlan Strider said...

hahaha..lan pun pernah kena mula2 dulu..kat mcd lagi...orang beratur kat belakang mesti gelak jer...heheheh

Regards,
-Strider-

Si Matatajam said...

Akal pun slalu keliru ngan not 20 tu...

reenapple said...

ehehehe.. ehh.. bukan ke not 20 tu warna ala-ala oren sikir mcm mane kau boleh tertukar.. ehehehe.

aku jnis yg akan kira balik duit semula duit bakikat tangan.. cukup ke tak cukup.. trus ak tnya.. dah memang tabiat aku.. huhu

Wak Gelas™ said...

wak pon kadang2 konpius dgn rm20 tu jugakkk.. aHHHks

محمد رازيق said...

owh. silap duit ye. hehe. arituh pun kena gak masa kat kafe. hehe

-meeSUPERGIRL- said...

haa mmg .. duit baru rm20 mmg sam dgn 10 ..

boni kacak said...

hahahaha.lain kali tengok betul2 dulu..hehehe

Dayana Bahar said...

hehe akak pun selalu terkena dengan duit rm20 ni huhu

Iffah Afeefah said...

oke itu malu kah3

aku pon ade skali tertukar 50 sen ngn 20 sen

tp aku xsebut dpn die. aku sbut ngn kwn

pesal die bgi belen 30 posen, kan aku kasi 20 sen td kah3