dewan rakyat

Thursday, December 20, 2012

Terkurung

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku ni kalau pergi mana-mana, asyik toielt je memanjang. Kawan-kawan aku kalau pergi sesuatu tempat mesti tanya tanya aku toilet kat mana. Sebab dorang agak, aku mesti tau. Kalau tak, takkan dorang cakap,

"Atil dan toilet memang tak dapat dipisahkan." Nak buat macam mana itu je aku cari kalau kemana-mana kan.

Ada satu masa di sekolah, aku dengan kawan aku pergi toilet kejap. Mahu melepaskan hajat dan cuci muka sebab mengantuk sangat. Kami keluar sejurus cikgu keluar jugak. Toilet perempuan jauh sikit. Bangunan belakang, area makmal. Sampai je toliet (sah-sah toilet banyak bilik membuang kan), ramai rupanya dalam tu. Ada jugak kawan aku dari kelas lain, dua orang. Aku tegur macam tu je, terus meluru masuk sebab tak tahan.

Masa kat dalam tu, aku dengar macam dah kurang sikit bising nya. Tapi, tetiba dengar kawan aku yang dari kelas lain jerit.

"Weyh, pintu stuck lah, tak boleh bukak." kawan aku jerit dalam gelak-gelak.

"Yelah, sangat hangpe kan." sempat lagi aku nyampuk. Tahu saja dorang memang suka main-main.

Aku keluar je, tengok-tengok, kawan aku yang dorang tu sibuk-sibuk tarik tombol pintu. Tak mahu jugak terbukak. Walaupun macam tu, kami berempat masih lagi gelak-gelak. Ingat kan tak teruk sangat kan. Kejap lagi lepas kot. Manalah tahu tak guna sepenuh tenaga.

Aku pulak yang cuba. Tak boleh jugak. Masa tu semua nya dah cakap.

"Sudah, takkan kita terkurung betul-betul kot."

Aku macam biasa suka memanjat. Panjat sinki, sambil terjengket-jengket tengok sesiapa yang ada dari celah-celah jaring tingkap toilet tu. Waktu tu lah jugak tak ada orang pergi toilet kan. Lalu pun tak da. Selalunya ada jugak makcik cleaner ke. Boleh pulak, takda kelas langsung kat makmal masa tu.

Lama jugak lah kami dalam toilet tuh tunggu ada orang konon-konon datang selamatkan ke tak. Mula lah buat cerita macam-macam sesama kami. Kena tidur kat toilet lah. Panggil bomba datang lah. Sampai merepek-repek entah kemana hala kan. Walaupun tahu takkan jadi macam tu. Macam seronok pulak jadi kan. Tapi kalau aku sensorang je dalam tu yang terkunci. Takda nya boleh gelak-gelak macam tu. Mesti gelabah tak tentu pasal. Silap haribulan.\, satu sekolah dengar aku jerit mintak tolong.

Lebih kurang beberapa minit lepas tu, ada junior nak masuk toilet. Aku yang siap-sedia jadi pengintip dari atas tu, mulalah jerit suruh panggil sesiapa tolong bukakkan pintu. Elok pulak lepas tu datang pulang kawan sama tingkatan. Lebih dari sorang pulak. Dorang memang suka berjemaah pergi toilet kan (padahal aku pun sama). Tadi, punya lah takda orang, sekarang ramai pulak kan. Saja je nak tengok kami yang terkunci kat dalam ni. Tak lama lepas tu, makcik cleaner datang. Dengan kehebatan nya, terus mengopak pintu toilet. Padan muka kau pintu!! Erkkk..

Kami pun apa lagi, terus keluar sambil cium-cium baju. Kot-kot lah ada bau toilet melekat pulak (ini aku tipu). Kawan-kawan lain yang ada sekali memang gelakkan kami. Yang aku tak puas hati, ada ke patut makcik tu cakap kami ponteng. Tak baik tuduh tau. Apapun terima kasih lah kat makcik tu kan.

Balik je kelas, mujur cikgu tak masuk lagi. Kalau tak..

p/s:: ini bukan kejadian terakhir aku terkurung dalam toilet. ish2

27 comments:

Cik Nur said...

persoalannya....

Macam mana boleh terkunci....?

Jeng..jeng..jeng...

Seram lak malam2 ni...hihihih

mama aryan said...

sapa yg kunci tu????

ada kawan akak kat opis ni,dia bole tahan satu hari tak masuk toilet tau..akak kagum mcm mana dia bole tahan pundi kencing dia tu..haha
dia bole masuk toilet rumah dia je..ha acaner tu

MizzTina said...

sape yg kunci?? aiyokkkk

Dayana Bahar said...

glemer lah lepas terkurung dalam toilet tu.. mcm mana leh terkunci eik?? Siapa yang kunci??

Emma said...

keh3.. kenangan manis tu, terkurung dlm tndas.. mst seram kan kalo terkurung sorg2.. nsb ar rmai.. huhuhu....

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

hehehe...

kalau sekolah kitorang dulu... sape yg suka pegi toilet.. mmg kitorang panggil dgn gelaran "muka toilet"

asyik muka dia jerkk masuk toilet..

kiera'sakura said...

sape yang kunci tue???? errrrrrr

cuba bayangkan klau masa tue terkunci time petang2 time sekolah dah hampir nak tutup. haaaaa lagi nebes kan hihihi

Chic Na said...

misteri lak siapa yg kunci tu. huhu..

eh betul time2 sekolah dulu mmg suka g toilet ramai2. ntah apa2 ntah. hihi..

elyna mirsada said...

ish bahaya juga lau terkurung sorang2 ni,hehe..tp cm ne leh terkunci..cian lak

Yana Libra said...

misteri nusantara ni..huhu ;p

pelik sangat tu tetiba leh terkunci~

Domu-kon said...

bukan kali terakhir? ke nie kali pertama?hehehe.. macam2 atil nie.. salah tgok duit..salah sebut kool blog.. hehehe

boni kacak said...

ahahahaha..itu adalah kenangan yang sangat indah sebenarnya.hahahahaha

aini shahroni said...

sungguh suspen!

from ::Arkitek Hati::

Ejam Ejam said...

kahkahkah.... ape dah til... tak mencabar lansung terkurung dalam jamban. hihi....

terkurung didalam hati orang tu lagi sakit. ehhhhh??? ehehe :P

Ainn Hazwany said...

hahaha saspen gila ! Bukan kejadian terakhir pulak tu. Hahaha

shar90 said...

ending mcm pernh terkurung lagi je dlm toilet lps kejadian tu.... hee ^^

Cik Aini said...

hais
kalo cakap bab toilet ni mmg la kan..
mau angkat geng ramai2 g toilet pastu lwn tgk cermin..hhahaha
mmg trend la ms tu..

erkk...sapa yg kunci tu eh..hantu toilet apa..kahkahkah

TiranaAduka said...

salam...
adoi..pengalaman manis atau pengalaman pahit ni...?
hehehehehhe





From TiranaAduka.....: Meningkat Lagi Pendapatan Blog.

mama aryan said...

tukar gambar pasport adrien tu,insha Allah mid jan 2013 nti nak bawa adam ngan adrien naik kapatebang..hihi.
bengkak telinga akak nih,adam dok bising nak naik kapatebang je..
tempat makan tu betul tu,mesti sama ngan yg atil pg tu

akuamir said...

gelaran dah atil toilet, tu toilet taknak lepaskan tu,haha

Iffah Afeefah said...

kah3 sabau jela

padan muke pintu

Azlan Strider said...

sib baik tak payah panggil bomba datang bukak...klu tak sure famous..hehehe

Regards,
-Strider-

CekbOlat-bOlat said...

hahahaha kemainn panjat2 sinki .

Dezee said...

Lasak bukan main..hahaha

Jna marcello said...

hahahahhaha no word 2 say..nak gelak je bole..
alahh jgn laa marah ;)

kay_are said...

ternyata ko dan toilet memang tak dapat dipisahkan.. =P memang sadis terkurung dalam toilet.. nasib ade geng kan, kalau tak confirm2 jeritan syahdu nye tu..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

saper yg kuci tu atil hehe