dewan rakyat

Wednesday, December 12, 2012

Santai menyental

Bismillahirrahmanirrahim...

Selama aku berblog betul-betul ni, tak pernah nak kenal kan penyeri blog aku kan. Yang selalu komen, jadi pembaca setia, jadi kawan blogger aku dan dan dan........ Tak tahu nak sambung apa dah. So, hari ni, untuk santai menyental aku nak citer pasal mereka yang mewarnai blog aku. (ayat kononnya). Hajat di hati nak cerita semua je tapi yelah macam mana nak taruk dalam satu entri. Kang mahu bertingkat entri aku. Jadi, aku amik keputusan amik je dulu dekat Yang Terlebih Melompat.. Aku cuba cerita lima dulu, kalau panjang sangat tengok lah macam mana. Kang aku membebel bukan nak ingat. Tengok intro pun membebel panjang. Atil, oh Atil!!

Disebabkan cik nur yang terlebih melompat, aku cerita cik nur lah dulu. Tahniah yea, kerana terlebih melompat kat sini. Erkkk.. Cik Nur kiranya memang jadi pengomen aku dari aku mula-mula konon-kononnya aktif sampai lah sekarang. Cik Nur ni ahli GSF. Nak tahu benda tanya Cik Nur sendiri. =P Cik Nur senegeri dengan aku. Blog dia semua ada. Resepi, lagu, siap ada sinopsis untuk drama Dalam Hati Ada Taman lagi, tapi drama tu aku tak tengok sangat. Heee~~ Rajin tinggalkan jejak dekat cbox aku. Dan memang rajin BW ni. Ofcourse lah tak nyombong kan Cik Nur! =) Dan sampai sekarang tak ada peluang pun nak jumpa. 

Blogger ni?? Dia lah blogger sekampung aku. Bukan sekampung, malah pernah duduk setaman lagi. Tapi, aku tak pernah jumpa dia mahupun nampak batang hidung dia mahupun sipi-sipi. Cuma kereta tak ada nama dia je aku jumpa itupun sebab lalu tepi rumah dia. Mak dia kawan mak aku, kenal aku tapi mak aku tak kenal dia. =P Lagi, mak dia bekas anak murid ayah aku. Blog dia cerita pasal dia dan kadang-kadang share pendapat dia yang diolah dengan penulisan dia lah. Entri dia bertingkat-tingkat tapi still mampu baca. Entahlah, aku tak pernah rasa entri dia panjang kot. Pesanan untuk blogger ni, agak-agak pegi pantai timur takpe ajak je aku sekali k.

Akak kiter ni memegang status blogger pertama yang aku jumpa. Cuma adam dengan adrien tak pernah jumpa lagi. Akak ni membuatkan aku terkejut sebab sanggup komen entri aku yang lama-lama. Bukan satu, dua tapi banyak. Tima kacih banyak-banyak akak!! Akak ni dah janji dengan aku nak bawa jenjalan kat Shah Alam kan. Ngangguk cepat!! Siap offer nak bawa restoren yang dia pernah makan lagi. Tapi, itulah sejak jadi bibik ni susah sikit. Blog akak ni citer pasal dia, En. Azmi dan anak-anak nya, adam dan adrien. Si adam yang sangat suka yoyi kan.. untuk akak, nanti atil pegi rumah kakak, atil roger-roger ei.. ^_^

Si dia kecil molek dan cantik manis antara blogger yang paling rapat dengan aku. Baik ngaku shirah!! Dia pulak blogger pertama dapat hadiah dari aku. Datang dari jauh lagi hadiah tu. Blogger yang aku chat sesama dan sharing something dengan dia. Lagi-lagi dia lah dari awal aku mula bukak blog aku pada public sampai sekarang. Dah banyak kali plan nak jumpa yelah belum rezeki lagi kan. Takpe lain kali kita set date lagi k!! Dia sangat ambitious dan bakal jadi hmmm. Aku konfius lak. Sorry dear!! Sangat busy dalam mengejar cita-cita. Tapi, aku suka dengan semangat dia. Blog dia cerita pasal dia, pendapat dia dan lain-lain lagi. Untuk shirah, be strong dear!! Aku tak tahu hujung pangkal itulah jelah aku cakap. Sesuatu terjadi rasanya. Yeke??

Untuk jejaka ni pulak yang kalau tidak memegang title begitu lama untuk yang terlebih melompat. Tapi, yelah widget tu kan untuk 1000 komen yang terkini. Sekarang ni Mr. Clive makin senyap menguruskan urusan harian dia dan merancang masa depannya. Jadi, blog dia makin sunyi dan komen dia makin kurang. Kalau tak, banyak dapat komen dari Mr.Clive yang sangat rajin BW. Belum lagi blog dia dulu rajin buat contest yang melibatkan kita dan blog nya sahaja tanpa teruk-teruk syaratnya. Dia jugak antara blogger yang awal dalam support aku dalam dunia blog. Blog dia penuh inspiring quotes dan pandangan dia yang hebat. Thumbs up!!

Itu sahaja kot blogger untuk aku kenalkan hari ni. Itupun, berderet aku cerita kan. Kepada kamu, kamu dan kamu juga yang sentiasa ada mewarnai blog aku (mention warna lagi) aku ingat dan hargai je. Cuma lain kali, umur panjang aku cerita pasal korang yea. 

p/s:: entri sebelum ni hampir semua komen pasal pengantin tu je. Itu je ke korang nampak?? Ish2..

40 comments:

Dayana Bahar said...

Wah.. baik punya review... hehe kena jaga hati pengomen pengomen tu

mama aryan said...

eh..akak pun ada..hehe tq atil,
oh jadi bibik sekarang ye? xpe nanti atil free dtg shah alam jumpa akak ye..

Amanina said...

wahhh review pengomen tegar. hikhik. detail gitu kak. haa sekarang saya nak gi bw . hehe :D

MizzTina said...

wahh, bagus punye review.. penghargaan buat pengkomen tegar.. biar kite bukan blogger tegar, tp menghargai pengunjung blog kan.. bagus atil..

Cik Nur said...

Maluuuuuu!!!

nape nur terlompat lebih ni atil..?
hihihihi..

baca sambil tutup mata..sebab maluuu kena mention..hahahha..

apapun, terima kaseh sangat2...!inshaALLAH..ade masa kita jumpa ye... :)

dan terima kaseh sekali lagi sbb sudi mention nama nur..

moga ukhwah persahabatan kita kekal sampai bila2.. :)
Ameen..!

kiera'sakura said...

lagi lama kita kenal blogger dan belognya lagi senang kita nak review kan ihihihi

ok akak tak komen pasal pengantin tue kan? :p

shar90 said...

xcukup pjg lg review,,, kene kasi lg detail... hehee ^^

Hanamiko Sakura said...

hehe, dan saya nak mention kan yang akak antara blogger yang rajin jenguk dan mengomen blog dan entri2 saya.. walaupun saya jarang singgah blog akak.. hehe

eh! tetibe pulak ^_^

Chic Na said...

ramai yg senegeri. boleh la jumpa. huhu.. warna warni kan diorang. cikna kenal cik nur, mama aryan ngan clive. ;)

shasha yacob said...

kalau nak tahu penyeri blog , tgk lah recently yang dh pernah komen tuh. hihi

CekbOlat-bOlat said...

ah mencikkk . bolat takdee . nak majokk . agagagagaga

Azlan Strider said...

yang saya kenal Mr Clive jer secara virtually..hehehe..yang lain tu boleh laa start terjah nanti...hehehe

Regards,
-Strider-

Lady Windsor said...

semua yang masuk blog akak adalah istimewa pada mata akak, walaupun dia hanya masuk sekali saja...

cweet pinky said...

huhuhuhu !!! besnye kena review :P

ngn CP pown tak jumpa kan even dekat , nanti kalaw CP buat bfdy parti ke , rumah terbuka ke , insyallah CP ajak cik hani keyh :D

Ain Norainsyah said...

jangan lelebih citer sal kay are tu.nati dia perasan. hehe :P

ramai penyeri blog. untung laa~ :D

kak nora said...

bile pula giliran bunda..(nak jugakk hihi..tak malu)

Mimie said...

terbaekkk....

Nurul Faiz said...

tahniah !
semoga dapat kekalkan prestasi seperti ini :)

zila manaf said...

mr clive kann sibuk kot...kalo x dia pon rajin...

kay_are said...

aku budak baik.. dok diam diam dalam umah tak kuar sume.. sebab tu r jarang sangat ko nampak aku dekat slim tu.. tapi dekat slim je r.. luar slim.. memang kaki rayau pun.. =P

Daeng on duty said...

Salam, kalau nak cuci-cuci mata jemputla jenguk-jenguk blog saya ada long sleeve maxidress & jubah cotton denim yang stylish leh pakai g pejabat, kuliah, atau jalan2 saje.

-->http://hiasanterindahstore.blogspot.com/

Tq ye:)

cik nana said...

wahhh terbaikkk. thumbs up ! sama2 mewarnai blog kawan2..best..

Domu-kon said...

Kenapa santai menyental..? bukan santai menyantau..hehehe gurau je atil..jangan marah..nanti jadi bibik yang didera..


wah..memula..terharu sngt dengan entri nie.. thanks for the gift..smpi skrg kita tak bls gift awk..ase brslah ada.. kita sbna beli somthing..entah nape smpi skrg xhantr..sbb cam xvaluable je..

but..one fine day..i'll make it.. thanks for being my friend sis.. T_T

محمد رازيق said...

wah. bestnya. bila la time kita nak direview, hehe. gurau je.

Tirana aduka said...

salam
Uwargh..! Tirana aduka tak de ke? Sedey ni. Hukhukhukhuk

kyo_9 said...

nak kena rajinkan diri komen kt sini gak, nanti leh dapat "iklan" free :p

Baju Muslim Anyar said...

banyak pula ya yg direview, bagus sekali :)

Yana Libra said...

cik nur mmg rajin giler kot bw..huhuh~ :p

Emma said...

wah3... tgh santai2 nampak.. :) untg r dorg yg selalu dtg meWARNAi blog.. haha

shasha yacob said...

menunggu untuk direview. hahahaha. *xtahu malu

shasha yacob said...

menunggu untuk direview. hahahaha. *xtahu malu

-meeSUPERGIRL- said...

wahh ... 5 rview skali .. mantop lah!

Si Matatajam said...

Wah2 sukanya Cik Nur tu.... Cik Nur mmg best..

Kesuma Angsana said...

semua bloger terbaik

reenapple said...

blogging best sebab dapat kenal ramai kawan baru kan.. =)

TiranaAduka said...

ala..ta tak de!
Gurau je......,yg penting....dpt ramai jawankan....?

Jna marcello said...

1day name nak plk ada kt ctu taw!
ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ *berangan

Cik Aini said...

eh eh,
Ai xdo ka Atil..lompat x cukup kot sbb penat nk ligan.hahaha

Orkid Edyliyne said...

hehe... jalan2 pergi tempat diorang... ^^

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

best kan dpt kenal dgn blogger2 yg baik2 semua ni :-)