dewan rakyat

Sunday, December 30, 2012

Kecil tapi bermakna

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari tu aku cakap pasal cerita The Hobbit. Disebabkan aku cakap ada kaitan dengan The Lord of the Ring, korang agak aku peminat cerita tu kan. Erkk.. Padahal seumur hidup aku, aku tak pernah tengok LOTR. Tengok iklan, tengok cd, tengok kat tv sekilas pandang adalah. Tapi, tengok betul-betul, tak pernah pun. Aku ingat muka hero dan telinga dia je, jalan cerita satu pun aku tak tahu. Bila cik nur cakap watak tu pun aku tak tahu. Zaman LOTR tu masa aku sekolah rendah rasanya. Masa tu aku tak suka tengok cerita epik macam gitu. Jadi, tak adalah aku layan. Walaupun aku suka cerita fantasi. Tapi, waktu bebudak cerita genre tu tak boleh hadam. Lain lah Harry Potter.. =P

Sekarang ni dah penghujung kalendar masihi 2012. Nak masuk tahun 2013, sepanjang tahun ni, buat pertama kali aku buat senarai keinginan aku untuk tahun 2012. Selalunya, benda yang aku nak buat tak pernah nak rancang. Main redah je. Nampak sangat diri ni tak teratur kan. Takpun ingat dalam kepala sebab selalunya impian jangka panjang. Jangka pendek takda pun. Tapi, tahun 2012, aku beli planner dan plan sendiri. Entri kali ni aku nak tulis apa yang dapat aku buat. Cuma yang kecil-kecil saja kecuali yang pertama tuh. Yang tak dapat, kita diam kan saja. Injakkan ke tahun 2013 nampaknya. ^_^

Umrah
Syukur alhamdulillah untuk kesekian kalinya aku dapat jejakkan ke dua tanah suci tersebut setelah melalui onak dan duri. Aku ingat lagi, Ramadhan tahun sebelum tu, aku menangis teresak-esak setiap kali lepas solat doakan moga aku dapat pergi untuk Ramadhan akan datang. Lagi-lagi bila pandang tikar sejadah ada gambar kaabah. Bila aku bangun solat malam lagilah teruk aku menangis. Aku rasa sepanjang tahun aku doakan benda yang sama bersungguh-sungguh. Doa paling berusungguh aku pohon. Aku tak cakap kat sesiapa pun. Tiba-tiba mak dan kakak aku cerita mereka ada perasaan yang sama. Tengok duit simpanan cukup terbanglah kami berempat ke sana walaupun ada je halangan yang datang. Tapi, syukur semuanya dipermudah kan. Ada aku catat di blog melalui entri INI INI INI INI INI 



Gajah
Ini wishlist aku masa awal tahun hari tu. Tengok movie thai kat tv terus cakap nak naik gajah. Tiba-tiba rasa gajah tu comel. Aku ni pengaruh tv kuat sikit. Memang berangan nak naik gajah. Habis semua orang aku bagitahu nak naik kan. Heboh lah. Orang semua ingat aku main-main padahal dalam hati berkobar-kobar sangat. Tak berapa lama lepas tu, entah macam mana kelab kos aku ada buat program "sehari bersama gajah". Aku yang sangat teruja terus ajak bawang ungu siap belanja dia lagi. Dorang ni macam tahu-tahu kan. Banyak entri aku buat pasal gajah tapi aku bagi link hari kejadian saja yang INI


Catat segala perbelanjaan
Tahun ni dengan jayanya, aku tulis semua perbelanjaan. Ada jugak yang terbabas lupa nak tulis tapi kebanyakannya aku catat lah. Ini diinspirasikan oleh ayah aku sebab setiap sen dia catat dalam komputer nya. Cuma, aku ni tulis dalam planner. Planner yang sepatutnya jadi perancangan aktiviti telah aku buat jadi buku kira-kira. Takut nak kira jumlah semua aku belanja. Erkk..

segala resit aku simpan yea
Pergi rumah safi rania
Safi rania duduk Kelantan je. Tak jauh dah dari Kuala Terengganu. Dah banyak kali dia ajak tapi tak dapat pergi jugak. Lagipun, tuan empunya badan pun jarang balik. Kami tak balik, dia pun tak balik. Macam mana nak pergi tuh. Rasa nya dari sem 1 dah plan nak pergi cuma tak berkesempatan lagi. Elok pulak betul-betul nak habis sem, lepas exam tak silap. Ada sorang lagi cousermate kami yang kakak dia kawin dekat dengan rumah safi rania. Jadi, kami pun pergi lah. Bukan aku dengan bawang ungu je. Suku daripada coursemates kami pergi. Ajak sangat datang rumah kan, satu rombongan besar datang. 

Lagi satu benda aku nak bagitahu. Mak safi rania berkenan dengan bawang ungu nak buat menantu ataupun kata lain kakak ipar safi rania. ^_^

Gambar masa kenduri je ada
Selamat malam
Setakat ini, aku berjaya jugak antar ucapan selamat malam kepada kawan-kawan aku. Walaupun kadang-kadang sama je, tapi aku cuba jugak ucap kan setiap malam. Pernah je aku tertinggal untuk ucap atas sebab-sebab tertentu. Pernah sehari, pernah berhari-hari, ada jugak terlupa nak wish kat orang-orang tertentu bila fon buat hal. Selama mana aku boleh wish itu tak ada jaminan lah. ^_^

Aku ada tulis entri INI kan.


Berat
Entah lah berjaya ke tidak naik sekilo. *tengah fikir

Ini semua benda kecil yang nak aku buat tahun 2012 tapi sangat bermakna untuk aku. Kecil tapi bermakna. Itulah moto nya. Benda yang besar aku diamkan saja. Lalalala~~ 

(umrah tu yea projek paling besar tahun 2012)

p/s:: entri yang mengambil masa paling lama untuk tulis untuk tahun 2012

27 comments:

mama aryan said...

pegi umrah tu haruslah paling bermakna kan..akak pun teringin sangat nak pegi sana insha Allah satu hari nanti..

bole buat list utk 2013 lak nih

Encik H said...

pegi umrah tu memang betul2 wishlist yg best..boleh kata wishlist paling best la..

wishlist naik gajah tu pun best jugak..aku ni planner ada, tapi malas nak tulis..

eh, safi rania tu bukan ke produk kecantikan?

elyna mirsada said...

syukur at least wishlist atil berjaya dilaksankan..

Domu-kon said...

teringin gak nak pergi umrah tapi xde lagi kezempatan dn peluang..

Faizul Osman said...

Alhamdulillah dpt jejakkan diri ke tanah suci... sy teringin jugak nak jejakkn kaki kesana... tp, masih blm berkemampuan... slow2 nak buat semua tu... tak perlu terburu2...

CekbOlat-bOlat said...

Safi Rania tu yg produk muka tu ke ? haha

TiranaAduka said...

salam
Tak sangka ta.
Dh sampai sana rupanya..tahniah..doakan tirana aduka....

TiranaAduka said...

alhamdulillah

Emma said...

sy xpernah rncg2 ni.. keh3.. men redah j.. bestny g umrah.. best sgt.. jelesss *_*

nek gajah? woww... sy x penah lg, nek kuda ja penah.. hmmm...

littledolphin said...

catat segala perbelanjaan tu kita serupa.tapi saya bertahan sampai pertengahan tahun je.hahaha

gara-gara pengaruh tv kawan teringin nak naik gajah.saya pula gara2 tv nak jadi forensic scientist.kononnya la.lol

rajinnya ucap selamat mlm kat semua org.saya malas~ hahah



-meeSUPERGIRL- said...

kalau tak silap masa awk buat umrah dulu awk ad cerita pngalaman awk sepanjang awk kat sana kan? mee rasa mmg awk dah kan ? mee suka baca .. :)

boni kacak said...

wah..tahniah awak...muda2 dah menjejakkan kaki ke sana... teringin juga saya ke sana...

cweet pinky said...

thniah ek , berat doa bersungguh2 tuh ,tuhan tuh maha pemurah ..

gajah comel ? hehehe ~ pengaruh cerita si gajah biru ker ?

hehehe

buku kira2 tuh CP pernah praktikkan mase skolah dlu tapi skg dah benti kowt ...

ELeEa said...

Alhamdulillah...dpt pergi umrah =)

Dayana Bahar said...

masa akak bujang2 dulu, memang tulis perbelanjaan harian.. even 10sen pun dicatat.. bila dah kahwin ni.. huhu tak buat dah...

Iffah Afeefah said...

da g umrah

ermmmm

jeles jgkla

cweet pinky said...

bukan berat tapi berkat , typo disitu , tuh la padahnya taip lelaju , konon hebat lettew :P

TiranaAduka said...

salam sis...
kunjungan balas,,,,
happy new year 2013

sis Tirana Aduka nak alamat sis...
ada cenderahati dari TA atas komen sis,,,,pada kertas jawapan bahasa jawa tempoh hari
kalau sis tak keberatan....

tiranaaduka@gmail.com

Terima kasih

MizzTina said...

Doakan akak dapat jejakkan kaki ke tanah suci mcm atil ye..

TiranaAduka said...

saguhati sebagai menghargai komen sis di entry ni

http://aku-saya-alam.blogspot.com/2012/12/kertas-soalan-bahasa-jawa-1.html

thanks....

Chic Na said...

cikna nak pegi umrah ntah bila tercapai. InshaAllah bila dijemputNya.

yg selamat malam tu biasa la ada termiss. huhu.. :)

kalau dtg rumah safi rania tu jgn lupa roger cikna k. nak jumpa atil. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah dpt jejak kaki kat tanah suci...akak pun teringin nk kesana..xder rezeki lg

Yana Libra said...

Alhamdulillah..untung sebab apa yg dihajat tu kesampaian..sampaikan nak naik gajah pun terus dpt..hehe~ :)

Si Matatajam said...

Alhamdulillah..dah sampai umah Allah ye dik..antara wish list akak yg belum tertunai lg..

kiera'sakura said...

akak hepy tuk awak dik, awak dh sampai kesana. insyaAllah satu hari nanti akak pulak nak menyusul. doakan akak ek ;)

kay_are said...

aku tak tengok lotr gak so kite geng. tapi aku tak tengok harry potter gak so tak jadi nak geng =P banyak gak yang ko achieve eh.. leh kata sume tu aku belum lagi ade rezeki ade r.. hmm

Cik Nur said...

Nur teringin nak ke makkah....