dewan rakyat

Wednesday, December 5, 2012

Baca ke??

Bismillahirrahmanirrahim....

Disebabkan entri semalam yang membuatkan rata-rata kata aku kaki novel. Eh2!! Mana da!! (inilah dikatakan menegakkan benang yang basah) =P.  Sebenarnya aku suka baca buku. Semua jenis buku lah kecuali yang ilmiah sangat-sangat kot macam buku teks dan jurnal penuh dengan penyelidikan tu. Itu agak membuatkan aku terbantut sikit nak baca. Majalah, novel, buku biografi, komik, buku cerita kanak-kanak dan macam-macam lagi semua aku suka baca.

Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ni aku tak suka baca novel cinta. Apa entah lagi cerita, drama atau movie cinta. Melainkan cerita cinta yang ringan dan tak mengarut sangat. Tapi kalau yang meleret dan berat tu harap maklum aku kata tidak lah. Tak kira novel atau cerita bergerak tu aku tak suka. Hidup ni dah penuh sesak, taknak aku sesakkan fikiran dan air mata sebab cerita-cerita macam tu. Biarlah cerita indag ada kesulitan sikit-sikit je mampu aku baca dan tonton. Melainkan kisah benar iyalah aku suka. Berbaloi nak sedih. Jangan harap korang tengok aku nangis cerita fiksyen. Takkan!! (ini diakui family dan kawan-kawan aku sendiri)

Rumah aku ni penuh dengan buku. Ayah aku lah jugak banyak beli majalah, buku. Belum lagi abang dan kakak yang beli komik banyak sangat. Termasuk aku ni, memang tak cukup ruang nak letak. 

dalam bilik
rak tv
Sangat bersepah yea. Itu belum lagi dalam stor. Dalam kotak. Dalam bilik aku. Dalam bilik kakak aku. Dan semua nya bersepah jugak. Pandai baca tak pandai simpan. Tak pun dah tak reti nak susun macam mana. Yang dekat rak tv tu cuma komik dan buku cerita budak-budak. Sampai nak roboh rak tu. Lagi-lagi bila anak-anak sedara balik, dorang amik tak reti nak simpan. Aku pun tak jumpa buku-buku aku dah. Komik Detektif Conan berterabur entah mana. Saya memang tak reti jaga buku!!

Aku suka baca buku daripada bahan elektronik sebab tak sakit mata sangat dan macam ada feeling nak baca. Cuma nak beli bahan bacaan ni kena tengok keadaan kewangan lah. Masa banyak duit beli lah banyak. Kalau macam tak stabil, satu pun tak beli. Tapi, mujur ayah ada beli majalah ke, kakak beli novel ke (bukan novel cinta). Siap kadang-kadang kakak call tanya dah ada belum buku tu. Kalau masa belajar tak adalah. Kawan-kawan aku sorang pun tak beli.

Sekarang aku suka baca yang macam mana. Novel macam mana?? Penah aku buat entri dulu. Malas nak cari. Contoh macam ni.. 

Hasil baucer buku dulu-kala
Tapi, yang warkah cinta berbau syurga tu sebab mungkin novel tu macam islamik dan aku kebosanan masa duduk rumah sewa masa belajar hari tu. Jadi, aku pinjam daripada library. Aku nak bagitahu lah sebenarnya banyak je aku skip masa baca tuh. Sebab tu aku boleh lupa tapi masih ingat apa mula, tengah dan akhir yea. Untuk Puan Kiera kita tuh, yang pakai purdah tu perempuan lain yang akan datang selain heliza or wardah. Memang ramai minat kat hero. Baik kan hero nya. Siapa taknak.  

p/s:: aku belum betul-betul ulat buku sebab dalam sebulan tak banyak sangat pun buku aku baca..

30 comments:

Domu-kon said...

ok..atil..itu sungguh banyak yer..hebatnya buku2 tu..atil kena ambil peluang bca semua.. hehe..kalau shirah dah bca..shirh memg suka baca buku tapi buku kat umah tak bnyk.. nak beli pun kena tguu ada duit..

p/s: selamat malam.. takde krdt nak bls..hehehe

Cik Nur said...

banyaknya bukuuuuuu..!

Nur dah lama tak membaca tahu..
kira atil byk juga novel2 ya..

eh..ade tak novel kasihku abadi..?

Chic Na said...

okla tu at least dlm sebulan ada jgk baca buku. byk betul buku kat rumah atil. boleh la buat satu bilik library. ;)

nite atil. assalamualaikum. :)

akuamir said...

tringat mase mude mude dulu jage kedai buku,haha

mama aryan said...

banyaknya koleksi..akak suka membaca tp sejak ada anak2 ni terkurang pulak membacanya,klu nak baca kena tunggu diorg tido,klu diorg dah tido lak omak diorg ni tumpang sebantal..hehe tido jugak la

boni kacak said...

uish..banyak gila buku...

kita sama..saya pun tak suka kisah cinta yang terlalu berat..

MizzTina said...

akak ada lg 3buku blm hbs baca..atau belum baca langsung..hurmm

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

hehe... banyak betul kat mane2 ade buku...
kalau dekart rumah OE, buat macam tu, mesti dah kena makan anai2...
hehe... ^^

Ain Norainsyah said...

Ain suka baca majalah ngan komik tapi novel kurang dah. :D

Banyaknya buku. Macam kedai buku pulak.hee

Iffah Afeefah said...

nyummy

i like novel2

rumah ni pon dipenuhi mcm2 buku


#puan kiera tu msti mengade kan orngnye?

elyna mirsada said...

hehe,mmg byk atil..ulat buku eaa..

kay_are said...

untunglah ade buku lagi.. buku aku especially komik aku yang berlambak tu.. dah selamat dimakan si termite kecil.. sabar je r..

Aziela said...

Sama dengan akak. Suka baca, tapi tak pandai simpan. Sudahnya bertaburan merata2 dan hilang sebab ada buta harta sendiri.

QasehnyaRania said...

mak aii byknya koleksi..
mmmg keluarga suka membca ni ;D

ciksu tunggu blk rumah sendiri nk buat macam perpustakaan mini giteww..hihi

CekbOlat-bOlat said...

banyaknyaaa bukuuuuuu . mini library anda lagi besar ! jelesnya jelesnya .

Rara Nasiha said...

kita suka beli banyak-banyak buku yang menarik perhatian, tapi bacanya liat. masalah betul. heheheee

cweet pinky said...

byk gile buku , 1 fmily suke mambaca , bagus :P

shasha yacob said...

hamboii banyak erh. dekat saya yang banyak majalah dan komek. komik deetektif conan lah yang bayank. tapi lagi banyak yang hiolalng.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waa...banyaknyerr koleksi buku....

Jna marcello said...

banykk nyee nakk sikitt nak baceeee hiihi

mie said...

boleh buat library ni..
ehehehe

hnahdy said...

hana xsuka novel yang tebal2. tapi kala boring tahap melampau baca ja..

ELeEa said...

samaaa..kita pun kurang sikit ngn love story nyer novel ni...skang lebih suka yg thriller punya =)

Cik Aini said...

mak aii..
ok2,percaya Atil kaki novel,eh skrg dah tukar kan..kalo xnak dah novel2 Atil tu kasi lah kat ai..ai suka tau :)

Dayana Bahar said...

baguslah minat membaca... dah jadi turun temurun kan hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wahhhhhhhh banyaknya buku...atil ni mmg ulat buku la hehe

Mimie said...

bestnye byk buku

kiera'sakura said...

buku, novel, majalah ilmiah memang kesayangan akak. jgn tekejut klu tgk akak balut majalah Al-ustaz tue hihihihi.

Oo mcm tue citenya . skang nie akak mlas betol nk membaca xsempat huuuu

Teenager Housemaid said...

banyaknya buku...
meh bagi sini sikit...:P
kalau ada buku sejarah dgn biografi lagi bestt..:)

Yana Libra said...

penuh rumah dengan buku2..huhu~ :)