dewan rakyat

Sunday, December 2, 2012

80 tahun..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sesiapa asyik sebut berlian tu. Hah, jaga-jaga. Esok-esok korang beli ter'order' berlian. Den tak tahu..

Alkisahnya, bila je cuti sekolah, hujung minggu penuh dengan kenduri-kendara orang buat. Kenduri kahwin tak payah cakap lah kan. Penuh je hujung minggu. Dewan dekat rumah aku rasanya tiap-tiap minggu ada je kenduri kat situ. Fully-booked. Minggu depan aku tak tahu lah pulak. Kena tengok ada ke tak ada. Selalu nya makan kat dewan sedap-sedap. =P

Entri ni bukanlah nak cerita kenduri kahwin. Tapi, kenduri kesyukuran untuk ulangtahun ke- 80. Wah, panjang umur kan. Ni kira nya macam birthday party tapi diisi dengan program yang lebih bagus. Ada marhaban, ada baca yassin dan doa selamat. Makan-makan itu lagi la ada kan.

Majlis ni bukanlah dalam kalangan family aku, kira bau-bau bacang lah juga dengan ayah. Aku panggil opah je. Tapi, mak aku panggil kak. Aku pulak macam syok panggil opah. Rumah opah ni pun tak jauh dari rumah aku. Masih lagi dalam pekan kecik ni. Dan rumah dia lagi hampir dengan pekan daripada rumah aku.

Menarik nya majlis ni, opah ni sponsor 45 pasang kain yang tak berjahit lagi dan 10 pasang telekung bersulam. Sebenarnya dia sponsor 40 pasang kain je, tapi biasalah manusia. Orang dah bagi betis nak peha pulak. Mintak tambah lagi lima. Untuk siapa kain-kain ni?? Untuk pasukan marhaban tempat ni. Termasuklah emak aku. Pening kepala mak aku uruskan nama-nama orang yang dapat.

Telekung pulak, 10 pasang yang bersulam tu memang disulam sendiri opah ni sebab dia memang berniaga telekung. Sulam dia bukan main-main weyh. Berkerawang habis lah. Punya bersemangat waja kan. Dalam masa kurang dari 2 minggu semua telekung siap berjahit. Padahal, opah ni nak diikutkan bukan larat sangat dah. Dia cakap aritu kat aku,

"Dengan duit telekung ni lah opah besarkan anak-anak."

Telekung dia memang cantik lah dia buat. Dia jugak perturunkan ilmu sulaman nya kat mak aku. Tapi, mak aku sulam guna mesin komputer.. -__-' Telekung ni untuk kawan-kawan rapat dia. Nak diikut kan mak aku dapat tapi sebab nanti mak tak ada baju marhaban terpaksalah melepaskan telekung itu pergi.. =P

Aku rasa opah ni anggap mak aku macam anak dia sendiri. Sebabnya, kadang-kadang dia teringin nak kuih pun call mak aku. Dia ada apa-apa hal pun call ayah aku. Mak aku pulak jenis sedaya-upaya memenuhi impian opah ni, jadi lagilah opah ni sayang kan. Majlis ni pun mak aku antara orang yang mengelolakan. Mungkin sebab anak-anak dia jauh kot. Dahlah dia duduk dalam rumah besar dengan bibik je. Jadi, mak aku ni jadi sampingan lah. Btw, rumah dia cantik weyh.

Kekurangannya, sebab majlis ni buat sama hari dengan ada penduduk lain yang buat kenduri kahwin hari ni, kebetulan kawan mak aku jugak. Jadi macam ada perebutan pasukan marhaban sikit. Opah ni demand habislah. Jenuh mak aku cuba menyelesaikan keadaan.

Sebenarnya, tadi secara tak langsung aku join lah marhaban ni tapi kat dewan bukan rumah opah ni. Dan secara tak sengaja dengan aku-aku sekali dapan goodies bag untuk orang marhaban. ^_^



p/s:: makin lama banyak pulak aku join mak aku dan kawan-kawan dia.. erkk..




24 comments:

CekbOlat-bOlat said...

wahhh nenekk . kemainn .

nenek buat telekung eh ?

cik nana said...

hihi untunglah join skali kan dpt goodies bag marhaban. hee ;)

cweet pinky said...

wah , rajen la , bagusla , pengalaman kan , CP mase kecik dlu je ikut marhaban , kt sgkai nih kurg la aktiviti marhaban kalaw ade pun , lelaki je la ..

zulhilmi tempoyak said...

erk... keliru sket... mmg dok ngan opah ke dl..?

MizzTina said...

wahhh, bagus btl pandai menyulam kan..awk belajar la gak..


psst, okla tu..mengisi masa lapang..

aku HaniAsyira said...

eh, kan dah cakap.. dekat dgn rumah opah.. bukan duduk dgn dia

Domu-kon said...

berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian..berlian.... hehehe ..jangan marah..:P

best nya dpt join..if kg saya,,xde benda cmnie..

Aishah Jahirah said...

org tua ni blh kalah kita certain2 prkara tu....hee xpe la join mak n da geng pn...:)

mama aryan said...

bagus la atil..dah join group marhaban dgn mak..siap dpt goodie bag lg

Cik Nur said...

ingtkan ade gambar sulaman opah tu..xde eh..hihihi...

nak tgkk..hihhihi..

ehh..cantiklah beg tu atil..!

Cik Nur said...

ingtkan ade gambar sulaman opah tu..xde eh..hihihi...

nak tgkk..hihhihi..

ehh..cantiklah beg tu atil..!

kiera'sakura said...

perghhhh goodies beg dia sgt menarik. ape kata hadiahkan kat akak sempena hari kawen akak ritu kihkihkih..

apsal tak tngkp gmbr umah opah tue. akak suka tgk design2 umah nie hihihii *pensibok :p

Mimie said...

satu pengalaman yg bagus

Chic Na said...

org tua kan kalau kita rajin ambik berat pasal dia, mmg dia syg lah.

ape dlm beg tu atil? huhu.. sebok je. :)

HeNRieTTa JoSe said...

Chanteknye goodies beg tu.....rajinnye opah tu jahit....

Iffah Afeefah said...

da biasakan diri dngn org2 tua nampak

kemainnn

-meeSUPERGIRL- said...

ambik ilmu tu dgn opah awak .. :) rugi taw ..

mama aryan said...

Nanti dtg s.alam bgtau akak..kita pg mkn kat mohd chan tu ye

Ainn Hazwany said...

haha pengalaman. Nanti dah tua kang senang. Eh. hahaha

Si Matatajam said...

Wah berseninya tangan opah tu yek..

Dayana Bahar said...

terima kasih ucapan tu ye.. hehe kim salam kat nenek., nak telekung tu jugak boleh hehe

kay_are said...

80 tahun? waah.. panjang umur tu.. tau takpe.. tak lame lagi boleh r ko apply mintak jadi pengerusi persatuan.. =P

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

atil goodies bag tu cantik la.....

TiranaAduka said...

cucu kesayangan opah erkk???