dewan rakyat

Wednesday, November 21, 2012

Tekad hati

Bismillahirrahmanirrahim..

'ILSM ( institut latihan statistik malaysia ) kat sungkai,perak'

Aku baca betul-betul tempat tu. Macam nak dekat dah dengan rumah aku walaupun aku tak pernah pergi pun tempat tu cuma lalu saja. Aku nekadkan hati, hantar mesej cakap nak jumpa. 

Kebetulan mak dan ayah aku pergi Kl melawat kawan dengan van. Jadi, sah-sah kereta tak ada siapapun pakai. Kalau tak jangan harap kereta tu tersadai je kat rumah. Tapi mak aku boleh pulak terlupa bawa kunci rumah membuatkan rencana aku jadi macam tak kena.

Orang yang aku nak jumpa pulak kata habis kursus dalam pukul 5, rasa-rasa macam mak dan ayah akan sampai rumah jam tu je. Dalam pukul 4.30 aku call ayah dan ayah cakap dah sampai Rawang. Aku kira-kira sempat lah aku nak jumpa kejap. Kejap pun jadi lah. Misi mesti dijalankan. Dahlah masa kenduri kak aku tu misi tak dapat dilaksanakan.

Aku drive sendiri padahal selama ini tak pernah lagi aku drive sendiri lebih 10km dari rumah aku tanpa teman. Selalunya mesti ada mak atau ayah atau keluarga lain ikut sekali. Iyalah nak kemana aku sensorang pun kawasan rumah aku ni. Lainlah tempat aku belajar dulu.

Dengan laju nya aku drive kononnya nak cepat sampai walaupun aku bukan pasti pun tempat tu. Nama pun penumpang kereta. Memang aku tak ambil kisah pasal tempat. Bila sampai, aku call lagi si dia nak jumpa kat mana dan akhirnya pertama kali aku jejak ILSM tu.

Siapa lah yang aku nak jumpa sangat tu kan.. itulah dia pemilik blog ini blog mama aryan akak kita yang ada anak dua hero yang comel lagi hensem.. =P

Tak lama pun jumpa sebab aku kena bergegas balik sebab takut mak tak dapat masuk. Lagipun dah petang memang aku tak tahu nak bawa akak berjalan kemana-mana. Sori sangat ye kak. Nak bawak pergi TRAP pun dah petang. Sembang jelah. Suasana sembang yang aku diam je (penipu besau lah aku diam)

Balik-balik rumah, mak tak sampai lagi aku nak masuk rumah, cuba buka pintu gril tapi tak boleh. Sudah nya aku tunggu sampai mak balik baru boleh masuk rumah. Tulah, konon-konon protection daripada orang pecah masuk. Anak sendiri tak lepas nak masuk.. Aduhai!

Semalam cakap kawan maya.. Tup.. tup.. hari ni aku jumpa.. dan semalam punya entri aku bagi tahu 'adik' aku tu dan ini dia punya komen,


Ceitt, kutuk aku dulu. Mentang-mentang programmer. Siapa yang cakap aku taknak jumpa dia ke? Of course nak tapi tunggu dia kawen kan.. nak tengok adik ipar.. Ahaks!!

*Aku akan berada di Kuala Terengganu sampai hari Ahad. Siapa nak join aku?? Sila bawa hadiah sekali kalau nak jumpa.. Lalalala~~

45 comments:

Cik Nur said...

perghh..dapat juga jumpa..walaupun penuh onak deduri...hihih.. <---ape yg onak duri pun nur tak tau..hihi.. :)

Ehem2..bilakah kita mahu berjumpa ni atil..?hihhih

Chic Na said...

kalau dah jodoh tu mmg jumpa jgk lah. atil org perak & study kat terengganu eh? err cikna agak konfius tetiba. hekhek..

Encik H said...

errr..komen aku ni takde kaitan dgn entry..:P

aku mula2 igtkn ILSM = I Lebiu So Much..kahkahkah

cik nana said...

nak join ke ganu. hihi

reenapple said...

terfikir bila kau nak jumpa aku lak.. agagga. =P

Mr.Clive said...

nak ikut g tganu!!!!hehehe xnah g situ tau x?ejkekekekek

cik hani apa khabar??? eheheh :D

kiera'sakura said...

wahhhh dah jumpa mama aryan!!! kita jeles!!!!!

nurul atikah said...

takder gambarker ... dah jumpa ngan mama aryan lerni...

MizzTina said...

jauh btl nk g ganu..

kiera'sakura said...

pehal akak tak boleh drop komen kat entry bawah? grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

dlu akak pernah ada kawan YM xpernah jmpe pn tp slalu la dia jadi tmpt mintak nasihat. dan smpi skang akak tatau cm mana dia blh jadi kawan akak dlm tue =.=

*komen kt sini pasal xleh komen kt sana

Kesuma Angsana said...

moga dipermudahkan semuanyer ye

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

moon pon xpernah drive sensorang..mesti ada peneman...

kecuali g dan balik kerja je sorang2..huhu

PinkUmmi said...

singgah dan follow sini..cian blog kena kutuk ye

Syaifuddin Alias said...

bukan kutuk tu tapi komen membina..sahut cabaran dan bertukar untuk menjadi lebih baik ..

Jna marcello said...

hahahahaha kenapa ntah bace entry ni td eng I LOVE YOU SO MUCH~!!!
eeeeeeeeeee APTB laa Jna ni kekeke

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah jumpa mama aryan..mana gambonyer hihi

Cendol said...

wahhh bestnye atil dah jumpe blogger mama aryannn..atil bile nak jumpe kite??haha atil sehat kah anda???semoga anda ceria dan dirahmati Allah selalu :)

Detective Fiqa said...

untunglahh. hahaha ;D df nak ikut tapi takmo bawak hadiah. boleh? :P hahaha

kay_are said...

aku ingat ko pergi sane sebab nak interview ke.. hantar resume ke.. jumpe blogger ke.. baru tau..

congratz sebab nak grad dah.. ^__^ bangga aku as rakan sekampung.. adiah macam bese.. memang takde =P

Intan Norhaida said...

baru je lalu kt ctu minggu lepas...kalau x leh jupe gak...hehheh

Shasha Yacob said...

wah wah , misi anda tercapai. hihi

Eiqa Almond said...

Alaa, kena bawak hadiah ek, x bawak x boleh.?? ngeee~

Shahril Nasir said...

nak jumpa ke x erk???hahhaa x jadi lah sbb kna bawa hadiah...

Mr.Clive said...

hi cik hani...jalan jalan sementara tgh free ni...ekekekee

littledolphin said...

best la dpt jumpa kawan blogger :)

jap kawan,saya confused.kenapa kawan terkunci kat luar rumah ,tak leh buka gril pulak? bukan kawan dr rumah ke masa pergi ILSM?

saya blurrr T_T

Cik Aini said...

wah..skrg kat trganu lg eh..
bleh la jumpa bloger2 trganu plak.hehehe

pic xde ke cik Atil oii?hehehe

hnahdy said...

hana xpernah dengar tempat tu.hehe

-meeSUPERGIRL- said...

sonok kan dpt jmp rakan blogger.. Hehe

Iffah Afeefah said...

saba jela. bile nk dtg kl roger la

jmpe org sni lak

cweet pinky said...

CP kat upsi tg.mlim je nih kak oi , hehehe !!

ha , ilsm tuh , walopon CP nih owg sgkai , tak pernah dgr pown :P

boni kacak said...

10km dari rumah? jauh tu.hehehehe

Emma said...

watpe kat ganu?? jom jumpa! dtg r unisza.. bwk adiah skali.. hahaha

widiea azira said...

akhirnya jumpa jugak. .study kat trengganu ke

Si Matatajam said...

Best kan bila bleh jumpa face to face ni...bila nk mai jumpa kak M plak ha ha..sure ada cenderahati tau..lalalalaaa

Aishah Jahirah said...

dari alam maya berjumpa ke alam realiti...merapatkan lg ukhwah...:)

Domu-kon said...

seyesli..kita baca sakli tak faham..baca dua kali bru faham..hehehe.. selamt brknvo atil.. :)

shar90 said...

jmpe jgk akhirnye... klu nk g trengganu,,, angkut la kite skali kt dungun nih... hehee :P

محمد رازيق said...

wah. dah jumpa dengan mama aryan. hehe. siapa sangka alam maya ni, boleh menjadi kawan di realiti. ni kat ganu dah ke?

Ain Norainsyah said...

Haha..ingatkan nak watpe kat sana. Jumpa blogger rupanya.. :)

Mishter Izwän said...

mesti lepas nie dah boleh drive sorang2 kan . :)

haz said...

nak ikutt! hihi

Azlan Strider said...

sekali sekala drive sorang2 takpe..dapat membantu membina self confidence..hehehe

Regards,
-Strider-

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ok dh tgk atil kt blog mama aryan hehe...salam selasa atil :-)

ELeEa said...

wah...kalau dekat2 nanti kita boleh jumpa juga
follow you
sudi2 jengah blog saya
salam ukhuwwah

=)

mama aryan said...

atil camner konvo ok ke? dah blk perak lum? cepat2 update citer