dewan rakyat

Wednesday, November 28, 2012

Officially..............................???


Bismillahirrahmanirrahim.. 

Seperti yang aku cakap hari tu, aku pergi Kuala Terengganu. Semalam baru sampai rumah tapi bukan dalam semiggu ni memang aku habiskan masa di Terengganu. Banyak sangat hal dan terasa trip kali ni yang sangat panjanggggg.. Kesana-kemari..

Kali ni aku datang bukan sebab belajar tapi sebab lain. Selama tiga tahun yang rasa sekejap je aku datang balik setelah beberapa bulan.. Ni korang nak aku cerita yang mana satu pasal percutian aku dan family atau majlis yang satu lagi?? Setelah aku fikir baik lah aku cerita majlis yang satu lagi kan (aku yang jawab sendiri  =P). Holiday punya kisah bila-bila masa tapi untuk majlis yang julung-julung kali dalam hidup aku mestilah kena cerita lebih-lebih kan. 

Ini kali pertama aku datang dengan semua ahli keluarga aku kecuali abang aku sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan dia tak dapat turut serta. Selalunya, mak dan ayah aku je datang, takpun kakak sulung aku. Masa mula-mula aku daftar belajar sini je kakak aku sorang lagi ikut. Abang aku pernah datang sekali masa dia on the way nak balik rumah kak ipar aku kat kelantan. Jadi, masa ini lah buat pertama kalinya semua nya ada sekali tapi yelah macam aku cakap abang je yang tak ada.. =(

Apalah yang aku merepek dan merapu kan. Penat dah buat entri yang bawah sekali baru aku bagi jawapan, konon-konon suspen tapi kali ni aku cakap awal-awal. I’m officially graduated. ^__________________________^ 

Tengok aku senyum lebar bukan main kan. Tolong bagi aku senyum lebar kali ni. Ya, aku tahu banyak lagi benda akan berlaku dalam hidup aku lepas ni kan. Tapi, kali ni biar lah cerita gembira pada hari berbahagia sebelum aku sakit kepala nak fikir masa depan. (Ayat merayu ni) =P

Aku dapat sesi kedua dan petang pulak tuh. Pagi tu, 24hb hujan seronok sangat turun kan tapi Alhamdulillah menginjak pukul 1 petang hujan mula reda dan lepas tu memang tak turun dah sampai esok pagi. Walaupun banyak masa pagi tu, aku tetap kelam-kabut sebab kena berkumpul 1.30 petang. Tapi, aku siap lambat sebab nak solat lagi, pakai baju lagi.

Masa tu jugak lah entah macam mana kain baju kurung boleh tercabut dua-dua butang dia. Padahal baju baru. Masa tu jugak jenuh cari keronsang atau pin apa saja. Nanti tak pasal-pasal aku tersungkur atas stage kan. Takpun terlucut kain. Erkkk..  Lepas tu, peristiwa berdarah berlaku (ayat gempak konon). Aku tak tahu lah apa yang aku buat sampai jari aku berdarah. Aku tak perasan pun sampailah aku tengok habis baju aku ada tompok-tompok darah dan aku tengok jari, amik kau ada segaris line yang penuh darah. Mahu tak lagi kelam-kabut masa tu. Mana nak cari tisu, mana nak betulkan tudung, mana nak bawak jubah (jubah aku saiz L k).

Sampai depan dewan semua dah berkumpul. Aku pun berjalan sangat pantas tempat kawan-kawan kos lain yang berkumpul. Masa tu lah nak pakai jubah, nak pin kan jubah yang besar gedabak tu, jawab call dari bawang ungu yang tak sampai, hentikan darah kat jari dan macam-macam lagi. Selamat pakai jubah kan, kalau tak, nampak lah darah bertompok-tompok kat baju tu.

Tapi, bila berarak masuk dalam dewan, semua perasaan yang kelam-kabut hilang. Tinggal perasaan gemuruh je takut naik stage. Lagi-lagi aku tak sempat datang masa raptai memang risau je nanti. Elok pulak aku beratur agak depan bersama-sama kawan-kawan sengal aku, bawang ungu, safi rania dan c_comey. Memang nervous bukan main lah. Kos aku pulak yang kedua petang tu selepas kos kimia. Memang berderau lah darah nya. Tapi, lepas dah amik ok je. Dah tak  tengok dah penerima lain. Bersembang saja dengan orang kiri-kanan, sorilah penerima lain kan.

Habis je semua terima ijazah tu, nak dekat pukul 7 malam . Keluar dewan melilau cari family aku. Terharu masa tu, kakak-kakak aku bagi bunga tiga jambak. Terima kasih ye kakak-kakak semua.

Kira ada berapa semua
Masa ni lagi kelam-kabut, safi rania nak balik jugak petang tu. Semua budak kos dah bertebaran entah mana hala. Aku mamang tak sempat langsung tangkap gambar dengan mereka semua kecuali kawan-kawan baik jelah. Jadi, kat sini ada gambar dorang je. Kakak aku sibuk ajak balik sebab dah maghrib. Sabar jelah.


Malam tu, ada dinner untuk semua graduan. Masa tu, ex-roommate aku hantar mesej banyak kali tanya aku datang ke tidak sebab nak bagi kad birthday yang telah disimpan selama dua tahun.  Kiranya, untuk dua birthday aku tahun ni dan tahun lepas. Aku cakap nak datang tapi tunggu bawang ungu amik aku. Bawang ungu amik aku lambat. Jadi, masa aku sampai dinner tu tinggal berapa kerat je ada lagi. Sedih sangat. Lepas ni entah bila boleh jumpa kan. Dahlah c_comey dan safi rania tak ada.. =(




Disebabkan aku dah tulis entri beserta gambar bukan main panjang lagi. Elok lah rasanya aku stop kat sini. Aku tulis entri ni panjang-panjang bukan apa, sebab malas nak buat part-part lain. Tengok, entri ni pun macam kelam-kabut aku tulis.. Arghhh, minggu kelam-kabut kot.

Sebelum tu, lupa nak cakap aku ni graduated apa kan. Aku amik Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) di Universiti Malaysia Terengganu.



Terima kasih untuk kawan-kawan yang dah tahu dan wish. Terima kasih c_comey dan bawang ungu yang bagi bunga sampai aku nak bawak balik pun tak cukup tangan. Sorry kawan sebab aku tak sempat nak beli apa-apa pun. Nanti aku buat something special untuk korang ei. Thank you safi rania sebab amikkan jubah aku sampai sanggup datang awal dan merempat entah dimana. Kalau tak sebab ko maybe aku dan bawang ungu pakai jubah saiz XL kot.  Tak lupa jugak family aku yang ada sama sampai sanggup mintak cuti. Kakak sulung yang sponsor baju hijau menyerlah yang tak pernah aku pakai seumur hidup. Tapi, sayang aku tak ada gambar hanya dengan baju tu pun. Untuk kakak ipar yang sponsor baju dinner untuk aku pinjam. Untuk kakak lagi sorang yang beli banyak-banyak bunga sebab risau aku tak dapat bunga langsung. Dan of course untuk mak dan ayah yang sentiasa ada untuk aku bila-bila masa dan menghabiskan banyak duit untuk ini. Akhir sekali, syukur pada Allah untuk semua ini. =)

*Tengoklah gambar aku puas-puas.. Hahaha..

UPDATE:: kebanyakan gambar telah dibuang.. ahaks!!

29 comments:

Cik Nur said...

Tahniah atillll..!
Dah grad...!

Cmel atil... walaupun pelbagai peristiwa jadi, tapi atil tetap nampak cool...!

apapun tahniah sekali lagiii...!

kay_are said...

tengok tajuk entri tau dah nak cite pasal ape.. memang takde rase nak terkejut or surprise pun.. bagus r ko tak terjatuh atas stage macam aku mintak tu.. kalau tak confirm femes masuk paper, leh tumpang sekaki =P ape pun tahniah sebab dah grad ye!

akuamir said...

fuhh, panjangnye ucapan , ni berape jam punye tulis, ekeke :D

Chic Na said...

ooo konvokesyen. patutla ada kat terengganu. tahniah atil dah jadi seorang graduan sains biologi. bestnya dapat banyak bunga. :)

mama aryan said...

tahniah atil...jari yg luka dah ok ke? cantik atil mlm dinner tu..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahhhh tahniah...tahniah....
Waa mcm2 hal blaku yerr... Kelam kabut...huhu

MizzTina said...

tahniah atil!!!

kiera'sakura said...

tahniah dik!!!! moga dipermudah segala urusan lepas nie Amin :)

akak tumpang hepy tgk awk hepy dah grad ;)

elyna mirsada said...

laa dtg tganu ke?npe sy xtau,hehe..tahniah dear

shar90 said...

tahniah.... hehee
kelam kabut pon tp still under control... hee xD
tp smpai hati xamik itew... ekekekee xD

Kesuma Angsana said...

tahniah ye !

Jna marcello said...

YEEAYYYYY WELKEM BACK *tetbe hihih
awkkk congratsssssssssssssss
saya bangga dgn awk *ecehh ;))

#konvokesyen. patutla ada kat terengganu.hihi

TiranaAduka said...

salam atil,
1st nak ucap tahniah dulu.
2nd. Nak ole2 dr ganu.hehe

Happy blogging atil..

محمد رازيق said...

salam atil. tahniah. dah grad. selamat melalui cabaran yg mendatang. all the best ")

reenapple said...

tahniah.. eheheh. =)

kyo_9 said...

tahniah..
hmm, Sains Biologi..
lepas ni sambung belajar ke cari kerja? ke dah ada kerja??

akuamir said...

huyyo dah graduated,,, kalau terlucut kain memang memorable gile lah

cweet pinky said...

tahniah !! wah , terujanya rasa kan :P adeh , lama lagik CP nak graduate nih , 2 thn setengah lagik , insyallah , doakan CP dapat habiskan dengan jayanya keyh :P

Mimie said...

Tahniah!!!Dah graduate....

Si Matatajam said...

Tahniah..mesti best kan sb dah grad..

littledolphin said...

Tahniah kawan!!!

sudah grad rupanya. kwn pasti teruja :)

saya ada kawan belajar UMT ambik sains biology jugak kalau tak silap.

jari sampai berdarah? apa puncanya ya?kawan terhiris kertas kot. mungkin la. *main hantam je* haha

lain kali hati-hati tau :p

Orkid Edyliyne @ OrkEd said...

macam2 je kan yang berlaku kalau dah kelam kabut... hehe...
anyway, tahniah... ^^

QA's ~ mamapapa said...

alhamdulillah.tahniah..graduan UMT la ni :)

hainom OKje said...

tahniah Atil....seronokkan....makang apa kat ganu?...heeee

Iffah Afeefah said...

wah die da grad

siap amik sains bio lagi

kagum sampai biol heee

Dayana Bahar said...

tahniah... semoga mndpt kerjaya yg bersesuaian nanti ye

haz said...

tahniah!! dh grad dh die ye.. bestnye =)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tahniah atil dh grad....happy 4 u :-)

Domu-kon said...

Tahniah atil..dah konvo awak yer..hehehe.. ayat cam org tua..

apa pun..selmt fikir msa depan yopp..