dewan rakyat

Saturday, November 17, 2012

Little black dress

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni hari apa?? Erkk.. Dah beberapa hari nak update blog tapi bila buka blog rasa kosong. Jadi, aku ambil keputusan taknak tulis. Buka lagi. Kosong... Apa yang kosong tak tahulah.. Dah macam lagu najwa latif pulak kan..


Beberapa hari lepas dan sepanjang minggu ni entah macam mana dan kenapa aku call kawan-kawan sekolah menengah balik. Berborak panjang mengimbau kenangan lama dan aktiviti baru mereka. Otak aku cuba mencerna kos dan kerja yang mereka lakukan sekarang. Dan tentulah berlainan semuanya sebab ada sesetangah yang mereka cerita aku tak paham. Jadi layan kan aje.. Buat-buat paham..

Ada yang aku call gelak je manjang walaupun tak tahu gelak sebab apa. Ada yang macam serius. Ada yang macam meluahkan perasaan. Rasa macam rindu sangat nak jumpa. Beberapa tahun kan dah tinggal sekolah. Lagi-lagi masing-masing duduk merata dan jauh pulak tu. Belum lagi tempat kerja dan belajar yang berlainan.


Lebih-lebih lagi bila aku tengok movie korea ni,





Cerita pasal persahabatan. cemburu antara kawan baik, pendam perasaan.. Memang membuatkan aku rindu semua. Rindu juga kawan U tapi sebab tak lama sangat berpisah dengan mereka tak kisah sangat. Bila tengok cerita tu memang kadang-kadang kita sembunyikan perasaan sebenar daripada kawan baik kita sendiri sebab kita taknak tengok mereka sedih kan. Cari tempat lain untuk meluahkan perasaan. betul tak??

Kawan sekolah kawan paling lama aku rasa sebab lima tahun bersama. Tinggal asrama lagi. memang tahu perangai masing-masing. Dan aku ngaku sekarang susah dah aku nak jumpa kawan yang betul-betul aku percaya dan sayang macam kawan sekolah. Dunia ni penuh misteri dengan orang misteri kan. Lepas keluar sekolah barulah aku jumpa dunia misteri tu.. Orang yang aku rasa macam takkan wujud dalam dunia ni pun dah jumpa..

Sebab aku up entri ni nak cakap birthday aku 12hb aritu. Masa entri every night tu ada aku tulis macam ni, 

Terima kasih Allah kerana beri kesempatan aku hidup sampai hari ini.. Terima kasih mak sebab lahirkan aku dan besarkan aku dengan penuh kasih-sayang sampai hari ini.. Terima kasih ayah sebab didik dan manjakan aku sampai hari ini.. Hari ini hari bersejarah bagi aku..*wink

Saja tak tulis betul-betul nanti penat pulak korang nak wish kan. Semua laman sosial, aku hide birthday aku. Saja nak tengok kawan-kawan aku ingat tak. Bila yang tak ingat aku ingatkan. Sebab tu aku call semua nya sebab call free kan.. =P

*tcweet_pinky saya memang teruk semua jenis grammar dalam bahasa apa pun.. =P

23 comments:

Encik H said...

ohoo..patut la call kawan2 sekolah..free call rupanya..eh yg free call seminggu tu celcom kan?

terfikir pulak, apa agaknya yg aku komen kat entry kau hari tu..

Cik Nur said...

Belum lambat lagikan, nak wist selamat ulangtahun kelahiran Dearrr..!

Nape tak call nur..hihihi.. :)

eh..nape nur tak pernah tgk citer tu..?

TiranaAduka said...

salam
Uik skodg kat fb..tak lah gurau je..

Domu-kon said...

patutlah tulis ayat cmtu.. ala..kita xtau la atil..dan kat kita notifictn xkuar pun kata besdey atil.. happy belated besdey sis..

Chic Na said...

nnti dah masuk alam kerja lg la mcm2 org misteri yg akan atil jumpa. :)

happy belated birthday atil. serius hari tu mmg tak faham ape maksud atil. tak terfikir pun birthday, cuma terfikir yg lain bila baca hari bersejarah tu. ;)

Kesuma Angsana said...

belum terlambat nk wish epy birthday & always doakan yg terbaik for u ye!

Si Matatajam said...

Hepi belated besday.. Cam tertengok Tajuk crita tu kat mustika..tapi tak layan la plak. Hu hu...rugi2..

reenapple said...

huuu.. kadang3 bila dah lama tak bersama, itu yg kita rindu.. Kita akan ,menghargai bila kehilangan.. ehehee.

hainom OKje said...

Hepy Bezday Atil.......Ada masa kita memerlukan mereka untuk bertukar2 fikiran.... cite psal boypren he...he... kan..kan....eleh macam OKje tak tau!!!

kay_are said...

ko hide.. memang aku taktau r.. dah r tahun ni baru kenal ko walaupun sekampung.. huu.. so hepi belated besday!

aku ade dah cite tu dalam hard disk tapi tak tengok lagi. best ke?

CekbOlat-bOlat said...

Hepi besday oih ! kita se-bulan bersamaa rupanya . November . gitu ?

hehe

-meeSUPERGIRL- said...

mcm best je cte neh ....

yana lyana said...

salam singgah :)

Cik Aini said...

lorh..x coll ai pun..ai nk coll xdapat free sbb tu la ah x coll Atil.ngeeee

boleh lg kan..
hepi besday Atil..moga Allah permudahkan segalanya buat Atil.amin

QasehnyaRania said...

mesti celcom kan..bila befday dapat free 7 hari..btoi tak ?

Lady said...

wah, lme x singgah sini

محمد رازيق said...

hehe. masa besday adalah hadiah free call. owh. patutlah kol depa. hikhik. salam kenal

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ermmm...moon harap...xterlewat nak wish..hehehe

selamat hari lahir...

mama aryan said...

akak tak wish lg kan..hehe
selamat hari lahir..moga murah rezeki,pjg umur,berjaya didunia & akhirat ye...

mmg sonok kalu jumpa kawan2 lama,mcm2 cerita nak citer,x cukup mulut rasanya kan..ok nanti kita jumpa lg,akak kena g kursus la pulak

Jna marcello said...

yeayy baru smlm na jumpe kekwn skolah mase sekolah rendah ;D
semua dah lain..semua da kawen da ade anak dahhh ;)

Azlan Strider said...

sy ade 3 orang kawan yang sy dah berkawan more than 10 years..at the end to build the strong relationship kita kena terima laa mereka seadannya seperti mereka menerima kita seadanya..hehehe

Regards,
-Strider-

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hepy belated besday atil....hope xterlewat lg la akak wish ni hahaha

kiera'sakura said...

pernah jugak call kawan baik masa besday. at last dia tak ingt jugak yang hari tue besday kita walau dah bagitau "free rini sbb tue aku call lelama" =.=